Konklusi si Desperados of The Year!

Salam guys. Menulis di dalam keadaan internet yang sekadar ada je di kampung. Sekadar nak memberi konklusi pada dua artikel di blog ini yang berkaitan dengan membusukkan nama orang kononnya. Pada hakikatnya kedua-dua insan tersebut tidak Khai kenali, bagaimana ingin membusukkan nama mereka? Kalau ada yang rasa dua artikel sebelum ini agak kasar dan nak lihat perangai dan sifat sebenar Khai melalui entri dan tidak berinteraksi secara terus melalui blog pada mereka yang sengaja mencari masalah, sila ambil entri ini.

Prinsip hidup Khai senang. Orang tak kacau hidup Khai, Khai jangan kata nak kacau hidup orang, geli-geli pun tak pernah. Orang berbudi kita berbahasa. Dan sebagai manusia yang serba kekurangan, bila kita tak kacau hidup orang tapi tiba-tiba orang kacau hidup kita tanpa sebab, bacul kita kalau buat tak tahu sahaja.

Setiap artikel di blog ini yang menghentam secara keras mana-mana pihak atau blog, bukanlah dikeluarkan atas tujuan membabi buta tanpa sebarang sebab. Ianya dilahirkan secara spontan secara direct pada si pembuat masalah. Mungkin ada antara anda yang tak dapat menerima artikel tersebut, kerana anda tidak rasa apa yang Khai rasa atau anda bukanlah berperangai seperti mereka yang sengaja mencari masalah tersebut. Sebarang artikel yang lahir menghentam mereka yang berbuat salah, totally adalah direct kepada keadaan psyschology mereka di mana selama ini tidak pernah gagal hanya melalui kerasnya teguran yang diberikan. Apa yang terjadi disebalik tabir, Khai simpan dalam-dalam dan hanya dikeluarkan jika ada kes yang ingin di bawa ke hadapan.

Melalui kes pertama dan tiba-tiba, (more…)

Posted on 12 March '10 by , under Blog, Daily Craps. 68 Comments.