Konklusi si Desperados of The Year!

571 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Salam guys. Menulis di dalam keadaan internet yang sekadar ada je di kampung. Sekadar nak memberi konklusi pada dua artikel di blog ini yang berkaitan dengan membusukkan nama orang kononnya. Pada hakikatnya kedua-dua insan tersebut tidak Khai kenali, bagaimana ingin membusukkan nama mereka? Kalau ada yang rasa dua artikel sebelum ini agak kasar dan nak lihat perangai dan sifat sebenar Khai melalui entri dan tidak berinteraksi secara terus melalui blog pada mereka yang sengaja mencari masalah, sila ambil entri ini.

Prinsip hidup Khai senang. Orang tak kacau hidup Khai, Khai jangan kata nak kacau hidup orang, geli-geli pun tak pernah. Orang berbudi kita berbahasa. Dan sebagai manusia yang serba kekurangan, bila kita tak kacau hidup orang tapi tiba-tiba orang kacau hidup kita tanpa sebab, bacul kita kalau buat tak tahu sahaja.

Setiap artikel di blog ini yang menghentam secara keras mana-mana pihak atau blog, bukanlah dikeluarkan atas tujuan membabi buta tanpa sebarang sebab. Ianya dilahirkan secara spontan secara direct pada si pembuat masalah. Mungkin ada antara anda yang tak dapat menerima artikel tersebut, kerana anda tidak rasa apa yang Khai rasa atau anda bukanlah berperangai seperti mereka yang sengaja mencari masalah tersebut. Sebarang artikel yang lahir menghentam mereka yang berbuat salah, totally adalah direct kepada keadaan psyschology mereka di mana selama ini tidak pernah gagal hanya melalui kerasnya teguran yang diberikan. Apa yang terjadi disebalik tabir, Khai simpan dalam-dalam dan hanya dikeluarkan jika ada kes yang ingin di bawa ke hadapan.

Melalui kes pertama dan tiba-tiba, ada seorang peminat fanatik blog ini (dulu hingga kini), kononnya hebat kerana dapat tahu alamat rumah Khai serta No telefon. Bila dah tahu, tanpa sebarang sebab, pergi sebarkan dengan penuh bangganya melalui Facebook miliknya kononnya dia maha hebat kerana dapat tahu perkara yang orang lain tak tahu (melalui WHOIS padahal).

Sebar sahaja tidak mengapa kerana tak memberi masalah pada Khai, tapi penuh pula dengan perkataan “cari pasal” ibarat dah takde kerja lain nak buat dan mencabar Khai untuk bersuara. Apapun, hakikat sebenarnya, itu adalah alamat palsu dan no telefon juga adalah palsu. Dalam kes ini, apa masalah dia berbuat begitu sedangkan Khai masuk blog dia pun tak pernah apa lagi untuk kenal dia? Siapa yang cari masalah sebenarnya dan kemudian nak hangin-hangin satu badan?

Kemudian mengatakan yang Khai memalukan dia kerana meletakkan gambarnya di dalam artikel tersebut, pada hakikatnya itu adalah gambar dari Facebook miliknya yang ada sekali di dalam screenshot yang Khai terima. Semua pun tahu, di Facebook, status yang kita tulis di sebelahnya ada gambar profile milik kita. Jadi itu silap sendiri atau Khai sengaja meletakkan muka dia? Apapun, fikir sekali lagi kalau kamu tak buat sesuatu yang tak harus kamu buat, perkara ini tidak akan terjadi.

Melalui kes kedua pula, Khai membuat kunjungan ke Geng Blogger untuk menyertai komuniti tersebut. Malangnya, di dalam persinggahan tersebut, terdapat kurap yang terhinggap. Sebelum ini, Khai tak pernah peduli jika ada mana-mana blog mengambil penulisan Khai walau tanpa izin asalkan mempunyai kredit yang sewajarnya. Yang tidak ber’kredit juga ada malah banyak, cumanya secara waras, Khai faham artikel itu dikongsi atas dasar ilmu. Berlainan dengan kes ini, ianya dikongsi di Geng Blogger kerana inginkan populariti dan pendapatan pengiklanan (atas angin) dan yang paling keji, mengaku artikel itu miliknya untuk melahirkan perasaan kagum pada pembaca yang tersesat ke blog’nya melalui link di Geng Blogger tersebut.

Dalam kes ini, entri yang telah diambil blog tersebut adalah nombor 1 di dalam senarai entri paling popular yang terdapat di Geng Blogger. Jika anda’lah di pihak Khai, adakah anda boleh tersenyum melihat artikel yang dikeluarkan anda dengan hasil research semenjak mula menjadi seorang blogger dan dipraktikan, kemudian dikongsi secara percuma kepada orang ramai walau pada hakikatnya tidak perlu dikongsi kerana ia sangat sulit dan “mahal”, di mana akhirnya, telah diambil orang dan mengaku pula artikel itu miliknya sendiri dengan penuh bangga dan hebat. Hakikatnya, usaha yang diberi mereka, hanya beberapa saat untuk masuk ke blog anda, copy artikel dan paste di blog’nya kemudian mengaut keuntungan dari hasil usaha keras anda sebelum ini.

Kemudian, mempertikaikan kenapa dia tidak ditegur dengan elok kalau Khai seorang yang waras? Persoalannya, adakah dia seorang yang gila kerana tak dapat membezakan perbuatan yang betul dan perbuatan yang salah. Dah baling batu sorok tangan kemudian tuding orang lain. Dah buat sesuatu yang salah, cuba mengaburi mata orang dengan perbuatannya yang salah itu dan cuba mencari kesalahan orang lain kerana tidak dapat tegurnya dengan baik. Adakah dia seorang budak bawah umur yang belum bersunat dan tidak mampu membezakan betul dan salah serta hingus meleleh hingga ke tapak kaki?

Orang panggil blog ni dan Khai sebagai Top Blogger di Malaysia which is Khai tak pernah minta untuk orang anggap begitu. Malah semua itu tak memberikan apa-apa makna untuk Khai untuk terus berblogging memberikan sesuatu buat sesuatu. Mungkin ada yang masuk ke blog ini dan dapat benefit dari apa yang dia baca dan senarai Top 100 Blogger in Malaysia yang dikeluarkan secara rasmi sebelum ini memberi penilaian sendiri pada diri para pembaca dan diri Khai sendiri untuk menilai sejauh mana langkah Khai untuk terus maju di dalam bidang blogging ini secara sepenuh masa.

Pengajarannya, jangan cari pasal dengan orang tak pasal-pasal. Dah tahu perbuatan salah, jangan buat dan mengharapkan kesalahan yang sengaja dibuat itu mendapat nasihat dan teguran secara baik. Anda bukan istimewa untuk berbuat jahat dan dinasihatkan secara baik. Kalau macam tu, lepas ni kalau ada pencuri yang mencuri harta anda, jangan bawa ke balai polis, tapi kasi nasihat baik-baik supaya dia berubah. Macam tu?

Bila anda berbuat begitu, anda terimalah apa yang bakal anda terima dan sudah jangkakan. Dalam kedua-dua kes yang terjadi dan Khai highlight’kan di Justkhai, Khai mengambil langkah “kesian” dengan hanya megeluarkan artikel di sini tanpa membuat sebarang laporan pada mana-mana pihak sedangkan kedua-dua masalah yang sengaja dicari tersebut adalah mampu membuat kedua-dua mereka datang melutut meminta maaf. Anda TOTALLY harus bersyukur dan mengukur baju dibadan sendiri.

Akhir kata, Demi Allah Khai tidak pernah menggunakan nama-nama lain di mana-mana blog untuk mem’backup diri sendiri. Kalau namanya Khai atau Khaixy, itu adalah komen dari Khai. Hanya orang bodoh sahaja cuba menjadi pandai untuk main cakap yang komen itu dan ini di blog’nya datang dari orang yang sama tanpa sebarang bukti. Belajar lebih lagi dik!

Dan untuk kes ke-2 yang tertulis di atas, permohonan maaf anda di atas kesalahan sengaja yang anda buat sebelum ini, Khai terima dengan senyuman tetapi bila melihat sikap anda yang cuba pula menyerang Justkhai melalui beberapa entri bersama pihak-pihak anti-justkhai yang datang kepada anda secara tiba-tiba untuk mengambil peluang dari apa yang tengah panas, dilihat terlalu kebudak-budakkan dan menjijikkan. Anda yang berbuat tahi, kemudian cuba memalitkan tahi pada orang lain.

Dan jika anda merasakan entri di Justkhai cuba memalukan anda, jika anda mempunyai telur, silalah buat laporan polis dan kita jumpa di mahkamah. Setel kes mahkamah, kita boleh minuk kopi bersama. =)

Dan wujudnya artikel ini, di mana entri yang terakhir untuk kes-kes sebegini dan tiada lagi apa-apa komen dari Khai. Terpulang pada anda untuk menilai. Apa yang pasti Khai adalah Khai dan hanya nilai kekeluargaan dan persahabatan yang kenal siapa diri Khai. Untuk yang hanya kenal melalui blog dan penulisan bukannya hati, anda boleh meletak apa-apa tanggapan baik dan buruk yang anda inginkan. Selebihnya, Dia yang mentetahui. Majulah Blogger untuk Negara.

Wassalam.

Ditulis pada 4:12 am 12 March '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 571 views
Dalam kategori: Blog, Daily Craps | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

68 Comments »

Comment by nizam
2010-03-12 04:24:25

sampai nak masuk mahkamah ni~
jangan ISA sudah hehe~ πŸ™‚

..
 
Comment by akmal-hacks
2010-03-12 05:31:15

sungguh deperados al ikan kukus tul dye tuhh..cool khai.. starlight dahi klu jmpe dpan mata

..
 
Comment by deennasour
2010-03-12 06:02:11

hah khai.
takpe takpe. Tuhan maha berkuasa.
Buat buduh sudah.
takpun khai, ko ada masa, ko daftarkan suma artikel ko ni buat lesen.
kang sapa yang curik tanpa kredit yang sepatutnya, ko saman!
yehaaaa.
kang aku buat liputan. hoyeh!

..
 
Comment by Scromix
2010-03-12 06:15:58

sudah la khai, terlalu bnyak kes yg menimpa ko. aku rasa ni mngkn ujian yang dtg menimpa ketika kita tgh snang.. td pon mmber aku (yg xda blog untuk dinyatakan) bg tau sjak akhir2 nie penulisan ko lebeh kepada kategori personal dan bukan seperti dulu. susah la nk bg tau kt sni cmne…

cuma bnyak2 kan lah bersabar ye. jgn smpi ke mahkamah plak yerkk.. πŸ™‚

..
 
Comment by aizuddin
2010-03-12 07:06:17

tak de pasal..jangan carik pasal..tu je.. πŸ™‚

..
 
Comment by waneechombi
2010-03-12 07:33:52

khai,khai… dari penulisanla orang dapat menilai hati…
yang bersalah, tetap salah…n yang betul tetap betul.
ye..khai betul..tapi setuju ngan scromix n kawan beliau…
susah nak bagitau camne…

p/s: terase macam diri ni pulak yang kena hentam dalam entri di atas…*i kne suap cili, i rase pedas*..sigh…~

..
Comment by Khai
2010-03-12 08:03:46

wanee & scromix, ya maybe Justkhai x macam dulu since Khai pun tak senang macam zaman study dulu lagi. Sekarang banyak urusan lain dan blog dah bagai satu komitmen juga. InsyaAllah lepas ni Justkhai akan kembali seperti dulu.

Tapi harap ada la walau sedikit input baik yang korang dapat dalam2 mana2 entri baru yang korang baca.

..
 
 
Comment by nursarah
2010-03-12 07:37:46

ermm. blogger lain pun jadilah readers yang bijak. blog masih baru tp post entry letak figure traffic mencanak pun ada yang percaya. patutla plagiator tu boleh berlagak ‘handal’. really funny.

..
Comment by Khai
2010-03-12 08:07:39

Bila masuk sana hari tu, sekilas pandang pada entri blog tersebut bertajuk “nuffnang oh nuffnang” dah cukup menjawab siapa owner blog tersebut. Bagai tin kosong, bunyi sahaja yang lebih. Berdasarkan entri tersebutlah juga munculnya artikel di Justkhai sebelum ini yang menjawab mengapa artikel tersebut menjadi top artikel di Geng Blogger..

Kadang-kadang banyak perkara yang tak perlu Khai nak jelaskan dengan harapan korang faham-fahamlah sendiri.

..
Comment by ishak
2010-03-12 18:35:12

owh ya khai.. buat toturial entri lepas ni khai…,khai bual lah entri yang ada unsur kekeluargaan juga ke,macamana nak menghargai ibu bapa ke….boleh kan..ko buat,apa apa entri pun rasa best baca ahahahaah

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ayong_qiela
2010-03-12 07:38:57

panjang luahan hati khai, tp sempat gak habis membaca sume. apa2 pon klu boleh setel cara baik, better settlekan cara baik k? πŸ™‚

..
 
Comment by qimie
2010-03-12 07:46:49

Apa yang pasti, aku anggap khai ni macam sifu aku dalam berbloging ni.. takde Khai takde Qimie.. biasalah dunia ni.. bukan boleh puaskan hati semua orang.. kalau nak berjaya jangan segan nak bertanya…

..
 
Comment by izzat aziz
2010-03-12 08:24:59

wikipedia pun orang copy dari situ kena link back, ni blog harta peribadi orang kata tak kan senang-senang nak bagi orang paste, kalau boleh orang paste, baik aku bukak satu blog copy je content hongkiat.com tak leh no 1 no 2 top blogger jadilah..haha

kalau blogger sm2lah kita flag blog meniru ni, kalau selfhosted wordpress sama-samalah boikot. πŸ™‚

..
 
Comment by are-pa
2010-03-12 08:39:52

panjangnye..bebulu mata baca. haha!
btw, lau aku, aku pun wat cam kmu. org skarang dah tak makan nasihat/teguran manja2 mcm ape yg org laen harap an..

cakap senang, bile dah kena kat batang hidung sendiri? :[

..
 
Comment by pendekar laut
2010-03-12 08:49:15

steady la khai~!!
yiihhaaaaa~!!!
sape buat taik ngan ko khai pasni?
kite lempang ramai2 pakai selipo jepon nak?
jom laa jom laa.. hahahhaa..
selambe sudah~!! πŸ™‚

..
Comment by kliaman
2010-03-12 09:16:55

kalau ko nak g jgn lupa jemput aku bro…nak join gak..
jom ramai2 tlg khai.. :-[)

..
 
 
Comment by connie
2010-03-12 09:10:15

thumbs up tuk khai

..
 
Comment by Nasrulz
2010-03-12 09:20:30

Majulah blogger untuk negara..yeahhhh..hehe.. πŸ˜‰
haha..lawak2..,diorang xde telur la..,sbb klu diorang ade telur..,diorang akan minum kopi ngan Khai..hehe..,
ape yg khai cakap tu betul..sokong khai.. :8

..
 
Comment by waneechombi
2010-03-12 09:25:03

Dear khai,

ye.. ade jugak input yang dapat diterima akal dalam entri ni.. contoh macam pencuri n polis..2 memang betul…
maaf klau teguran sebelum ni wat hati khai terbakar sampai terpaksa wat entri untuk jelaskan kenape dan kenape dan kenape khai buat macam 2..

p/s: cam sedih je nak bace justkhai lpas ni..sigh~

..
 
Comment by kamen_rider
2010-03-12 09:36:00

Hari ni aku baru aku baca blog justtherangers tu…adoiiiyaii kesian dia…dia tu dah matang ke baru pramatang hahahha…sengal seh. Dia mula dulu bole plak marah2 org lain…aku suka peribahasa baru ko khai…”Anda yang berbuat tahi, kemudian cuba memalitkan tahi pada orang lain”… boleh suggest kat DBP….hihihi…kesian budak tu blog dia dah kotor…blogspot, apa susah create la baru…kan freeeee….hihihih:[

..
 
Comment by Ryehanna
2010-03-12 09:53:34

panjang lebar kau tulis…

kalau mesej tak sampai lagi tak tau la…

ape2 pun, keep up ur good work!

..
 
Comment by zuwairiaiman
2010-03-12 10:00:32

harap semua yg dengki ke, atau busuk hati ke.. pk dulu paedahnye.. πŸ˜€

..
 
Comment by menteil
2010-03-12 10:01:32

dulu aku menulis dengan sebolehnya tak mahu melukakan hati sesiapa..
sekarang aku menulis semahunya tak nak aku sendiri yang terluka..
nasib kita sama je khai..

..
 
Comment by lazaac
2010-03-12 10:02:30

mcm2 hal bebudak skrg… kalo entri panjang mcm ni pun masih xsedar-sedar diri lagi tak tahu la… mungkin kena sediakan karpet merah utk dia bertandang ke mari.. hahha.. :p papepun, keep up khai! kami suma sokong anda… jgn layan si kurap tu.. haha..

..
 
Comment by serol
2010-03-12 10:37:01

dah buat salah tu, buat-buat la cara orang yang bersalah. bila kena tegur tu boleh lak nak serang balik~ada ke patut..nasib baik khai tak sampai nk buat report ke apa ke. tak sedar2 lagi la tu…

..
 
Comment by Eldy
2010-03-12 10:47:32

Cantik penulisan bro ! Walaupun macam hangat mahu meletup, tapi Khai masih boleh ada kata-kata slumber.. haha ~

Yang syok sendiri / x sedar diri itu biarkan saja, Khai tidak mungkin akan dapat dijatuhkan memandangkan kedudukan Khai dlm dunia blog ; kedudukan si orang yang main tahi itu xkan tahan lama πŸ™‚

..
 
Comment by zie@cswy
2010-03-12 11:09:37

sabar khai…kami d belakang anda πŸ˜€

..
 
Comment by apis
2010-03-12 11:11:15

hah,semoga justthefingers tuh bace entry nih dan kepalanya tidak keras lg.

..
 
Comment by Sapitt
2010-03-12 11:20:57

Semoga mende2 mcm ini menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai hamba Allah. Kita sangat lemah di sisiNya.

Sama-sama kita berdoa agar kita sentiasa terselamat dari azab api neraka. Nauzubillah..

..
 
Comment by Khairi
2010-03-12 11:39:16

Salah satu cara hebat untuk tarik trafik.

Cari fasal dengan orang glemer hehehe. Sabar yo Khai. Tak sampai tahap AdukaTaruna lagi dia ni sampai cari fasal ngan kerabat Johor huhu.

..
 
Comment by Eriyza
2010-03-12 13:11:52

Sabarkan saja Khai.
Perangai org ni sukar nak ditebak.
Maklumlah darah sama merah tapi
kumpulan lain-lain.

..
 
Comment by ismail noh
2010-03-12 13:30:30

Semoga jadi pengajaran buat blogger yang laen seperti aku dan kamu semua πŸ™‚
Teruskan perjuangan, komando.. :-[)

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-03-12 14:44:12

pjg luahan hati khai ni.. tapi betul.. penah gak tegur mllui komen di blog blogger yg copy paste dari blog lama saya, tapi dipadamnya komen saya tu.. habis kalau dah cmtu, nak buat cmner lagi.. mmg haruslah jadik macam khai..

..
 
Comment by khairil
2010-03-12 15:12:16

perkara patutnya boleh setel cara senang tapi dorg yg plagiat ni nak tegakkan benang yg basah…

..
 
Comment by harun
2010-03-12 15:21:18

biasalah blogger dunia tanpa sempadan. orang nak plagiat sukahati je lepas tu mengaku hakcipta miliknya. sabar la bro.

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-03-12 17:20:12

pembetulan ejaan *mentetahui
bila nak kuar membina blog part 3 ni?
aku buat redirect tak jadi la.
adakah script silap?

..
 
Comment by faris
2010-03-12 18:08:00

memang tajam dan pedas ayat tu, kalau tak tembus kat hati si *ehem tu gak, tak tau la…

Al-maklumlah, blogger zaman sekarang…

..
 
Comment by hisham
2010-03-12 18:25:56

mungkin memandangkan nko dah tersenarai sebagai top blogger.. so dia mengambil kesempatan untuk meraih trafic yg tinggi dengan mengutuk nko secara membabi buta…

..
 
Comment by kisahremaja
2010-03-12 18:54:39

Jika seseorang itu boleh terima secara positif di atas kesalahan sepatutnya …. ia jadi lebih baik…

..
 
Comment by fira
2010-03-12 18:59:50

ha ambik kau
bapaklah panjang berjela2 surat ” cinta” dari khai buat siapa yang makan cili dia lah terasa pedas.
memang all out lah…

..
 
Comment by marilynn
2010-03-12 21:29:07

Blog ni dah mcm tak berubah jer dengan blog lain2. Blog lain2, copy other people’s blog, yang blog ni plak, comment2 pasal blog lain yang copy orang lain punya blog. Boring dah.

To author, dah sudah la tu, we know you’re upset, benda dah jadi, sabar jer la, terus kan jer usaha you gempakkan blog ni.

Kalau every week benda samer jer, asyik2 mengamuk pasal blog sampah, naik boring gak.

Khai, give us something more interesting to read!

..
 
Comment by azleah
2010-03-12 23:09:20

bila si khai dah membebel, kalah aku πŸ™‚

..
 
Comment by Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin
2010-03-12 23:22:50

justsabar…

justsokongkhai…

P/S: Lebih elok dan lebih baik kalau Khai buat notis dekat bar sisi (sidebar) contohnya yang macam http://chedet.co.cc buat ini:

“…Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to CHEDET.CC…”

Sebab benda-benda macam ini benda-benda legal, kalau tak ada penafian (disclaimer), perkataan hakcipta (copyright) (blog ini ada, tak apa) dan sebagainya, susah… tak ke mana kes tu nanti… kena cakap sejauh mana boleh salin (copy), perlu kredit pautan (link) atau pun tidak, langsung tak boleh salin ke, kena ada royalti ke, apa ke, dan sebagainya ke…lain orang lain ragamnya, lain orang lain meragamnya…ada sesetengah blog boleh sesuka hati salin, penulisnya tak kisah, ada sesetengah blog tu kena paut (link) balik, ada sesetengah tu diharamkan salin, macam-macam…

Ini bukan masalah “gunalah common sense sedikit”, ini mungkin masalah arahan tak jelas…

Faisal Tehrani pun kadang-kadang letak “Dilarang terbit semula”…

P/S LAGI: Kalau susah sangat, guna copyscape.com sahaja…

..
 
Comment by Anarm
2010-03-12 23:40:06

tak tau nak masuk belah mane.. aku baca jela blog korang.. yg mane elok, aku amik.. yg mane tak elok, aku abaikan.. 1 Malaysia Blogger! πŸ™‚

..
 
Comment by Cucu Tok Samad
2010-03-12 23:56:21

huhuhu
Susah jugak ek jadi blogger famous mcm khai ni..

Sabar je la khai..
im support u~

..
 
Comment by Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin
2010-03-13 00:41:10

justsabar…

justsokongkhai…

P/S: Lebih elok dan lebih baik kalau Khai buat notis dekat bar sisi (sidebar )contohnya yang macam http://chedet.co.cc buat ini:

“…Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to CHEDET.CC…”

Sebab benda-benda macam ini benda-benda legal, kalau tak ada penafian (disclaimer), perkataan hakcipta (copyright) (blog ini ada, tak apa) dan sebagainya, susah… tak ke mana kes tu nanti… kena cakap sejauh mana boleh salin (copy), perlu kredit pautan (link) atau pun tidak, langsung tak boleh salin ke, kena ada royalti ke, apa ke, dan sebagainya ke…lain orang lain ragamnya, lain orang lain meragamnya…ada sesetengah blog boleh sesuka hati salin, penulisnya tak kisah, ada sesetengah blog tu kena paut (link) balik, ada sesetengah tu diharamkan salin, macam-macam…

Ini mungkin bukan masalah “gunalah common sense sedikit”, ini mungkin masalah arahan tak jelas…

Faisal Tehrani pun kadang-kadang letak “Dilarang terbit semula”…

P/S LAGI: Kalau susah sangat, guna copyscape.com sahaja…

..
 
Comment by wawa
2010-03-13 01:23:48

sabar..sabar..saber..sabar………………………. 😐

..
 
Comment by nazz
2010-03-13 01:30:03

bersabar sahaja lah khai…dunia ni mmg banyak cabaran hidop…ada saja orang yg cuba nak jatuhkan kita…yg penting kita tau kita ni betul….
pedulikan saja lalat-lalat yg menghurung taik tu..
kat dunia leh la lepas..setel kat akhirat t.. πŸ˜€

..
 
Comment by Alan
2010-03-13 02:08:15

biasa la tue. Kita hidup niy ibarat roda. Kadang-kadang tue kita kt atas dan ada masa lain pula kita di bawah. Ini semua takdir yang telah ditentukan oleh ilahi. Jadikan ia sebagai dugaan hidup. Dalam masa yang sama jadikan ia sebagai teladan untuk kita hidup di dunia ini beribadat kepadanya. Hanya sementara.

..
 
Comment by acap2405
2010-03-13 03:08:30

hahaha..
penat baca entri yang berat berat nih..
happy arr sikit bro..
dan bro taknak sambung ker soalan rabak.?
saya suka arr entri soalan rabak semua tuh.

..
 
Comment by Omar
2010-03-13 04:00:26

sabar jer khai..
biasa la tu bab memplagiat ni, dah jadi cam perkara biasa dalam Internet, cuma yang buat silap tu patutnya kena faham la etika Internet

pasal entri yang pertama (tak silap aku kau cakap pasal LOSER) nasib baik domain kau guna .com, kalau domain .my cam blog aku, terpaksa la gunakan alamat betul..huhu

em..khai, aku tau kau tak suke baca balik atau edit entri yang kau tulis..cuma ada silap ejaan la…minuk = minum..hehe πŸ˜†

..
 
Comment by Mr Fathi
2010-03-13 20:15:56

takut jugak kalau wat tutorial tapi isinya sijibik ngan blogger2 lain…tapi sekarang tak pernah pun kene marah ngan blogger2 lain… πŸ™‚

..
 
Comment by FaisalReza
2010-03-14 10:42:49

Salam Khai,
Anyway respek coz berani menhentam org2 yg berkenaan secara terang… cuma bg FR 2 artikel menghentam ni terlalu dekat dr segi jarak tarikh post… so looklike more controversy.. tkt readers2 baru ingat blog ni blog utk menghentam

Anyway cuba selang-selikan post ur blog with other categories.. mcm tutorial ke… Funny story.. anyway we all mmg nnti2kan post from u… cuma 2-3 post kbelakangan ni.. semuanya ttg ketidakpuasan hati u.

Come on Khai, we all support u.. n we all mmg mnantikan post2 yg berkualiti dari u. Manusia mmg x lari dari buat silap. Kembalikan post2 yg buat kitorang rasa why we come JustKhai again… n again n again…

anyway Khai we all are waiting the JustKhai. πŸ˜€

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2010-03-14 11:23:29

Manusia sekarang suke cari gaduh. Sengaja mencari gaduh. Pedulik kan mereka, Khai. Aku pun dah fedup dengan spesies2 camtu. Lebih-lebih lagi, makhluk2 yang mengomen kat blog Oh Islam, pasal hukum warnakan rambut tuh. Hish, yang tu memang tak leh blah. Banyak ilmu agama, tapi cara dakwah, dengan menjatuhkan orang lain. Kena gelak je.

..
 
Comment by cik epal
2010-03-14 15:04:31

sabar je la πŸ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-03-14 15:20:37

hehe, nice post.. selesai daaa masalah, kalo dia attack ko skali lagi, memang kena arr… huhu, sabar2…

..
 
Comment by fifie ierina
2010-03-14 20:10:01

bismillah…

sebenarnya kalau ikutkan, saya bersetuju dengan komen di atas yang mengatakan bahawa melalui penulisanlah kte ley mengenali hati seseorang.. tp saya juge mempunyai pendapat tersendiri, (melalui feedback comment oleh Khai pada entry sebelumnya) bahawa ble Khai mengakui sesetengah penulisannya tidak menggambarkan karakter sebenar die, hal ini juga adalah diakui tepat bagi sesetengah penulis…

melalui blog plagiat tu, saya juga dah masuk dan baca beberapa entry serta komen berkaitan ketidakpuashatian die pada Khai.. dan die menuduh orang yang back up Khai gune nama lain tu adalah Khai sendiri.. pada saya, ini adalah satu tindakan yang sangat random, tidak wajar dan amat childish sekali…

bagi orang2 yang selalu berhubung dengan Khai di twitter, facebook atau email sekalipun, rasanya akan faham bukan mudah die nak reply semua tu melainkan die benar2 mempunyai masa senggang yang amat panjang.. dan selalunya, hal masa senggang yang amat panjang itu tidak berlaku.. sedangkan nak uruskan semua benda tu pun rasanya x menang tangan, nie kan lagi nak menyamar jadi orang lain.. jadi, argument yang Khai back up diri die sendiri dalam blog plagiat tu memang tidak masuk akal langsung…

kepada Taufik Mansor, saya dah bagi nasihat dah pada awak dalam komen saya sebelum nie.. pada saat majoriti orang2 yang komen dalam blog nie kutuk2 awak dengan cemuhan yang pelbagai, saya back up awak dengan mindset yang mengatakan, awak nie sebenarnya bukan seorang loser tp mungkin cz awak masih sedikit mentah, jadi awak tak lepas dari melakukan kesilapan.. tp ble dah jadi cmni (nasihat ke mane ape ke mane), saya rasa sedikit kecewa dan menyesal kerana back up awak.. berubahlah dan jadilah seorang lelaki yang ley berfikir dengan jauh lebih matang, kerana tindakan kutuk-mengutuk belakang orang nie sememangnya adalah tindakan seorang LOSER.. sorry to say this pathetic truth…

dan untuk owner blog plagiat tu, sejujurnya saya bukan termasuk dalam golongan orang yang akan sokong Khai sesuka hati.. suka2 hati awak je eh cakap readers blog nie semuanya akan support Khai membuta tuli wpn terang2 die salah.. awak ingat readers Khai nie kebanyakannya budak hingusan yang tak ley fikir dengan matang lagi ke? Khai manusia biasa, kelemahan2 die sudah banyak kali saya lihat melalui penulisannya.. dalam entry sebelum nie, isi hati saya harus berterus terang bahawa penulisan Khai sangat kejam dan kurang nilai sensitiviti berkenaan effect emosional tuan punye blog yang dhuraikan, wpn saya tau Khai memang sengaja tulis cmtu untuk bg kesedaran tahap maksimum…

tuan owner blog plagiat, tindakan awak meminta maaf itu adalah tindakan yang betul dan sangat baik.. tp kemudian, tindakan awak untuk hentam Khai balik atas kesilapan awak sendiri jelas menunjukkan awak sebenarnya tak ikhlas pun nak minta maaf.. dan ini adalah sangat mendukacitakan…

ape sebenarnya yang ingin saya konklusikan (melalui pemerhatian saya), Khai turut mempunyai kesilapan seperti mana dua orang yang lain tu.. tp mungkin kesilapan Khai kecil je dalam hal nie.. yang terbaik untuk hamba2 Allah yang melakukan kesilapan adalah dengan bermuhasabah diri dengan hati yang ikhlas dan tawadhuk.. sekiranya ade mana2 perasaan tak puas hati yang timbul kerana komen nie, saya terlebih dulu ingin meminta maaf.. wassalam

..
 
Comment by RangersJoker
2010-03-14 21:54:43

helo fifie ierina,utk pengetahuan anda kes sudah selesai erk..

dan untuk pendapat anda tentang kes ni boleh saya ibaratkan “hangat2 tahi ayam”.

senang je saye nak jawab tanggapan awak tu,fifie…

*blogger superman kena plagiat dgn mamat joker

blogger superman bengang kerana entri die diplagiat,dan die membuat entri “sakit jiwa” die itu tanpa batasan.sepatutnya die wat entri yang just memberi teguran/advice kepada mamat joker plagiat tu tapi die buat entri “kutukan” kepada mamat joker tu bukan membuat entri “advice”.

SO mamat joker tu benganglah jugak,mula2 die nak mintak maaf coz die plagiat entri blogger superman tu,tapi die sakit hati melihat cara,gaya,penulisan blogger superman tu yang lebih ke arah “mencemarkan” peribadi die,bukan ke arah “menegur” kesilapan die.

itu pasal mamat joker tu mintak maaf dgn care yang kasar dan membuat entri “blogger superman yang keras burung hati”.

Kalau blogger superman tu tak wat entri camtu,takderlah si mamat joker tu nak buat entri hentam blogger superman tu balik…

sedari fifie ierina,sila hayati kisah mamat joker dengan blogger superman tu erk.Anda akan tahu ape erti sebenar di sebalik kebenaran dan petunjuk yang sebenar dalam probs ini..

~why so serious ?~ :8 :8

..
Comment by deennasour
2010-03-15 04:17:41

alah takpe nyah, superman tetap superman.
wakakaka

..
 
Comment by fifie ierina
2010-03-15 08:02:53

RangersJoker,

hakhak, awak nie kelakar la.. eh ape pulak? saya rasa, awak yang tak faham komen saya.. sila baca balik 100x lagi dengan hati yang terbuka dan fikiran yang mendalam ye.. because konklusi yang saya wat tuh wpn mgkn x berapa tepat, sebenarnya dah pun merangkumi “fakta” yang awak nyatakan kat atas nie wpn x dhuraikan secara terang..

owh yes, one more.. saya serius? hihihi, awak nampak ke muke saya masa taip komen tuh? x kan? lalalalala~ :8

..
 
 
Comment by AMR
2010-03-15 10:16:36

rilek2 suda… peace no war.. πŸ™‚

..
 
Comment by zik
2010-03-15 11:01:51

Pasti ada hikmahnya πŸ™‚

..
 
Comment by RangersJoker
2010-03-15 23:34:39

erm masih xfaham jgk,xper ah,lagipun kes ni dah tutup,cakap banyakpun tarak gune jgk…

aku bukan nak mengata,tapi aku nak cakap yang kalau nak solve sesuatu benda tu biarlah elok,barulah org bace n tgk care die solve tu elok jugak,

aku xkan naik hangin kalau entri tu just tegur aku n xbuat satu statement yang memalukan aku n blog aku…

tu pasal aku mintak maaf dgn care xbetul,n aku buat entri hentam balik kat khai…

pasal aku cakap ramai followers khai yg always support khai whenever he do wrong or right,itu mmg betul…sebab yg ramai kutuk blog justtherangers aku tu kebanyakannya follower khai,yg support aku tu plak orang yg xpernah bace blog khai,tu pasal aku cakap “khai buat salahpun,followers die tetap support die”…n care ko komen tupun fifie,nampak sgt ko bukan 99% berada di “pihak” aku…okey ?

satu lagi sblm aku berhenti menulis komen kat sini,words “why so serious” tu bukan ditujukan kepada sedari fifie,itukN trademark joker(dark knight)…so jangan “terase” K πŸ™‚ ,hehe..aku mmg ske gune ayat ni…”why so serious?”

..
Comment by Z1K1
2010-03-21 21:17:36

asal la ngan ko ni?..mentang2 kitorang sokong khai sebab follower dye la…ingat kite ni bodoh cam dye barang kali tak tau nk beza yg mana baik dan buruk…

..
 
 
Comment by lady sara
2010-03-16 16:31:23

Biarkan khai….janji ko makan duit halal…..kan….yg diorg tu buat duit tak halal…….
Janji kau tak buat dajal kat orang,sudahlah……janji aku tetap sokong kau dan apa jua web2 kau…..

..
 
Comment by stonez145
2010-03-22 02:35:17

assalamualaikum…

sabar saja…
mmg 2,3 minggu ni artikel suma pasal tak puas hati,tapi x pa..
skrg kamu tgh ssh,sy sng hati sj nak tlg bc isi hati kamu…
x pa… sbb slama ni pun dah byk ilmu2 peroleh dr dlm ni…
jd skali skala nak luah, x ksh…

sabar shj…
Allah x uji tnpa sbb…
psti ada hikmahnya…
cari…
tabahkan hati…

..
 
Comment by atokx_me
2010-03-25 18:40:44

tetiba plak gua rasa nak mencoret sepatah dua kata kat sini…keh3..dlm bykΒ² comment, gua benarΒ² tertarik kat comment by fifie_ierina.. nice n sweet..n penuh diskusi..

ok.. back to da topic.. sekali lu ambik hak org..
jgn fikir boleh terlepas.. hari ini boleh..esok, lusa belum tentu..
Dia Maha Mengadili..nun di atas sana Yang Maha Kuasa..
sudah ambik hak org.. tanpa izin pulak tu.. dan bila tuan punya hak bersuara.. boleh pulak persoalkan kenapa tidak ditegur secara berhemah..

hey common laa..! sblm lu amik dulu tu.. ada ker fikir tentang perasaan org lain.. ada pernah terfikir or terdetik di hati betulkah perbuatan lu utk amik sesuatu tanpa minta izin.. sepatutnya fikir dulu.. sebelum nak baling salah kepada orang lain.. jangan kerana nak sorok salah sendiri sanggup perbesarkan kesalahan orang, ok..

dan kepada yang suka menunjuk lagak pandai.. menjaja hak peribadi orang.. sudahΒ² lah tu.. tak ada gunanya.. jangan ingat lu dah dapat detect address n phone number orang tu.. lu dah terror.. ingat beb! ada lagi yang lebih master dari lu, k..

penat lah pulak menaip banyakΒ² cenggini.. minum kopi o cicah chipsmore dulu lah..chiawwwwwww..!!

..
 
Comment by Khai
2010-03-26 04:44:58

atokx, waa.. terbaik la komen atokx. Terima kasih kerana memahami.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post