Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 1)

504 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

* Izinkan Khai menulis entri ini menggunakan “aku” instead of “Khai” seperti selalunya. Anggaplah ini luahan hati dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

Dalam kehidupan kita ni, semua orang akan bercinta. Aku, kau, dia, semuanya akan bercinta. Cinta bukan hanya terletak pada kekasih hati. Mungkin cinta kepada pencipta, mungkin cinta kepada ibu-bapa dan keluarga atau mungkin cinta kepada harta-kebendaan. Tapi dalam kes aku ni, nak cakap pasal percintaan bersama kekasih hati lah.

Mungkin ramai yang masih belum pernah bercinta. Samaada merasakan dunia percintaan hanya satu pembaziran atau mungkin masih belum bertemu insan yang bernama cinta. Ramai juga yang kata taknak bercinta sampai bila-bila atau mungkin tidak mahu berkahwin, tapi sebenarnya sebagai manusia yang normal, jauh tersimpan di lubuk hati perasaan cinta. Perasaan mencintai dan dicintai. Itukan lumrah yang Allah jadikan bukan? Sesuatu yang menyeronokkan bila kita tahu diri kita dicintai dan disayangi. Begitu juga betapa feeling’nya perasaan mencintai seseorang samaada insan yang di’impikan itu tahu atau tidak. Atau mungkin pura-pura tak tahu. Stalker!

Aku seorang lelaki dan mungkin pembaca blog Justkhai ini lebih ramai wanita dari yang lelaki. Jadi aku tidak pernah berniat untuk melabelkan wanita sebagai sesuatu yang tidak enak. Ibu aku, kakak aku dan nenek aku juga seorang wanita. Jadi apa adanya untuk berbuat demikian?

Dalam kehidupan, aku dah lalui segalanya. Alam cinta monyet ketika sekolah, alam ketika study dan juga cinta di alam pekerjaan. Tapi di mana cinta sejati untuk menempuhi hari tua? Kalau berumahtangga untuk setahun dua buat apa kalau bukan mahu sampai ke hari tua? Aku kenal ramai lelaki yang mengaku diri mereka “Playboy” dan mungkin ber’bangga kerana memiliki ramai kekasih. Bagi aku, mereka itu masih belum cukup matang untuk kenal erti kehidupan. Mempermainkan hati orang lain sememangnya sungguh sedap tetapi bagi yang dipermainkan, bagai kaca yang berderai jatuh ke tanah.

Sebagai seorang lelaki yang super-setia, aku memandang kehidupan dan keasyikkan lelaki yang begitu selalunya tidak kekal lama. Apabila dia bertemu dengan insan yang benar-benar ingin dijadikan permaisuri hidup, pada masa itulah hukum karma bakal terjadi. Maka gundah-gulana’lah hati si Playboy mengenang pembalasan dunia yang diterimanya. Dan akhirnya, dari Playboy bertukar menjadi Gayboy. Selama ini aku mampu dapat seberapa ramai wanita yang aku nak. Mengapa bila hati aku betul-betul setia, begini jadinya? Mungkin itu perasaan si Playboy yang kini telahpun menjadi Gayboy sepenuh masa.

Hukum karma ini juga selalu jadi pada wanita. Seorang wanita kurus tinggi dan mempunyai kecantikkan luar biasa, mampu memiliki seberapa-ramai lelaki yang dia mahu walhal pada hakikatnya, kesemua lelaki itu hanya mahukan satu pada dia iaitu tubuh untuk dijadikan pelunas bil air yang kini sudah naik ke kepala. Wohha!

Bila hadir lelaki yang benar-benar ikhlas untuk hidup bersamanya, mungkin dia hanya memandang sebelah-mata atau mungkin tanpa sebelah mata sekalipun. Lantas bila dinodai suku-suku lelaki sampah di luar sana sehingga teragut’nya sebuah darjat yang dinamakan maruah, itu yang dikata pepatah, sudah jatuh baru nak terngadah. Nasi yang sudah menjadi bubur, mana mungkin mampu menjadi nasi semula dik oi! Dan kerana itulah, aku selalu dapat melihat ramainya wanita cantik yang ber’couple dengan pengkid. Bagi mereka, hanya wanita yang memahami hati wanita. Maka bertukar jugalah seorang Playgirl kepada Lesbian sepenuh masa.

Sememangnya dalam kehidupan, aku percaya hukum karma ini benar-benar wujud. Kerana Allah itu Maha Adil. Kepercayaan aku bukanlah pada kepercayaan hindu mengenai hukum karma, tapi bagi aku setiap apa yang jahat kita buat, pasti ada balasannya di dunia. Akhirat, nanti sendiri tahu. Semua orang pun tahu. Lelaki baik untuk perempuan baik dan begitu juga sebaliknya. Kalau benih tidak baik, masakkan mahu anak yang baik-baik? Ibarat menyemai benih, kalau benihnya sudah busuk, mana mungkin dapat hasil yang harum dan subur.

Bagi aku sebagai seorang lelaki, aku menganggap duit hantaran zaman kini yang bernilai selalunya lebih RM10,000 ibarat membeli anak dara orang untuk disimpan. Sama macam kau membeli sebuah TV LED untuk disimpan dan ditonton. Dan kadangkala aku terfikir, RM10,000 itu juga mungkin untuk membeli “dara”nya dan apalah harga bagi mereka yang tidak mempunyai dara lagi? Masihkah kau rasa diri kau hebat untuk menjadi Playgirl? Tidak.

Betapa ramainya wanita murahan diluar sana, menyerahkan segala-gala untuk seorang insan bernama kekasih? Tanpa sebarang bayaran? Atau mungkin hanya se’tin air Coca Cola sudah mampu memiliki segalanya? Atau mungkin hanya membawa jalan-jalan menaiki motosikal sekeliling KL, sudah mampu tidur bersama di hotel jalanan.

Berbalik kepada kisah aku, sambungannya pada entri akan datang sebab aku sedih sangat nak cerita kisah aku ni. T.T

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 1:33 pm 16 March '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 504 views
Dalam kategori: Kisah Cinta, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

102 Comments »

Comment by EiNS
2010-03-16 13:41:46

Hahaha…ada la sorang aku kenal tuh…dia nie kaki pompuan…kuat mengorat…keje nak berkepit ngan pompuan je kalo boleh…tapi cinta dia sering dikecewakan…last2 memang dia jadi gayboy…

..
Comment by Khai
2010-03-16 13:56:21

Fullamak Eins. Aku percaya dalam kehidupan kau dan yang lain juga, penuh dgn manusia2 begitu rupa. Akhir zaman sigh.

..
Comment by muhammad fakhruddin
2010-03-16 23:23:14

Mungkin juga tak sampai tahap jadi gayboy atau lesbian,tapi bak kata ibu Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih…
‘Mahukah graduan Al-Azhar punyai isteri yang dipeluk cium lelaki lain di khalayak ramai?’

Fikir-fikir…

p/s:jgn sedih2 Khai,la tahzan innallaha ma’a sabirin…

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by shamiza
2010-04-04 01:36:17

2 la masalah laki2 skang..frust skali 2 trus jadi mcm 2..kalo smpai ke 2 xbole ubah..mesti rugi…rugi dunia akhirat…huhuhu… =(

..
 
 
Comment by Mr Fathi
2010-03-16 13:46:33

wah2…itu namanya takdir…
takleh blah btol playboy jadi gayboy
wanita cantik tapi sekelilingnya lelaki sampai yg nak byr bil air
dan byk lagi la…

Khai adalah lelaki SuperSetia…takleh dinafikan πŸ™‚

Selingan:Khai,apsal saya takleh komen kat shoutbox?shoutbox tu ckp dia banned IP address saya.. 😐

..
Comment by gadissenyum
2010-03-20 20:48:18

jauh betul mau komen d bwh. tumpang komen sini ja la.
sekian lama x lawat blog ni..
n bila bila entri latest ni,
hee~ i still like u khai
aku suka blog ni
caiyok-caiyok!
(n___n) :love: :love:

..
 
 
Comment by highcarl
2010-03-16 13:48:49

cinta itu subjektif~

..
 
Comment by darahcine
2010-03-16 13:57:37

khai..nak nagis dh nie khai.. =(

..
 
Comment by AMR
2010-03-16 14:08:05

Entri yg penuh makna dan air mata… Percaya kepada Qada’ dan Qadar adalah jalan penyelesaian terbaik..

..
Comment by Luth Textile
2010-03-24 19:44:35

betula.. ikut rukun iman sudah.. percaya pada qada dan qadar.

aku pun.. banyak jgk cerita pasal ni. tapi pendam je

..
 
 
Comment by hilmi
2010-03-16 14:09:03

huih… khai meluahkan perasaan…

erk? dari playboy jd gayboy?? geli-geleman aku dgr.. weekkss! :[

..
 
Comment by Alan
2010-03-16 14:16:21

Apa yang Khai tulis semua pernah terjadi. Tapi nak tanya

pendapat laa, kalau boy or girl tue 1st time bercinta dia setia.

Tapi malangnya dipermainkan. Apa yang akan terjadi?

gamaknya playboy & playgirl laa yee?

..
Comment by Alan
2010-03-16 14:18:38

So, nanti Khai nak playboy laa yee? haha jgn marah.

..
 
 
Comment by Hanis
2010-03-16 14:44:34

em..
sila sambung. mahu baca lg. πŸ™‚

..
 
Comment by Scromix
2010-03-16 15:38:00

walla bro, mcm pernah kena kt aku kot.. perempuan ni hot, tp dia jenis cpt mesra ngn org.. dia x leh sunyi. kt mana tmpt die belajar, situ dia akan cari laki… pergh.. persoalannya, masih ramaikah yang betol2 dara?

..
Comment by availableaction
2010-03-16 23:50:06

Salam.. Tahun bape ntah, around two years ago kot, ade budak budak dari sebuah universiti kat area Selangor buat satu kaji selidik tentang pelajar pelajar sekolah Form 4-5.. Hasil dari kajian mereka kat sebuah sekolah, hanya satu peratus je pelajar pompuan yang masih dara, selebihnye sudah kehilangan dara.. Kalu tak salah aku, jumlah girls form4-5 kat sekolah tu around 200 kot, means, 2 jela yang masih dara.. Wallahuaklam..

..
 
 
Comment by Mahaqaseh
2010-03-16 16:34:21

sabar2

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-03-16 16:43:08

berkawan dengan lelaki tidak salah, asalkan pandai jaga diri dan maruah.
Jangan buat jahat kat org lain, sbb nnti akan ada org yang buat jahat kat kite.. tul..tul.tul.. itu balasan dari Allah sebenarnya, utk pengajaran..
sama2 muhasabah diri supaya cinta yg kita cari akan ketemui juga suatu hari nnt..

..
 
Comment by n3dmax
2010-03-16 17:32:01

sungguh ak sokong ko sgt2 khai!!!

..
 
Comment by ika
2010-03-16 21:16:45

Khai teruna lagi x??? jwb ngan iklas… 8)

..
 
Comment by Meow
2010-03-16 21:27:20

erm, kenapa khai leh jadi sedih???

tak kan lah pasal kes sebelum ni menjadikan khai lemah??
:[

..
 
Comment by wanie
2010-03-16 21:44:12

suka sangat artikel nie…
dah tak ramai yang peduli sangat pasal halal haram zaman sekarang nie…
selagi boley pegang, diorang pegang…nafsu lebih tinggi dari akal..itula yang jadi…

..
 
Comment by FCUKZBLOG
2010-03-16 22:08:48

ya hukum karma tu memang ada,tapi kadang-kadang lambat datang balasan dari tuhan sebab nak bagi peluang kepada kita untuk berubah.

walaupun jodoh percintaan tu datang dari tuhan kita mesti selalu mencari cinta yang sebenar.

walaupun,hati sakit sebab dikhianati,tapi itulah hikmah nya.mungkin pasangan tu bukan baik bagi kita.

kita kena sabar menghadapinya,sebab tuhan kasih dan sayang pada kita sebab tu ada ujian pada percintaan.

cuba cinta yang dikhinati tu diteruskan juga,kalau berakhir dengan perceraian tak guna juga.

lelaki/wanita baik hanya untuk lelaki/wanita baik juga.

bersabarlah menghadapi dugaan tersebut.mungkin pasangan tu bukanlah pilihan yang baik bagi kita.

..
Comment by fifie ierina
2010-03-17 20:28:48

i love this comment.. nicely written! =)

..
 
 
Comment by Eriyza
2010-03-16 22:45:42

Suka perkataan super setia tuh sbb
ianya sealiran dgn diri cheq seniri. 8)

..
 
Comment by din
2010-03-16 23:14:21

Allah akam membalas setiap perbuatan kita..yang kita xtau nile Allah akan bls..mugkin esok mungkin lusa dan mungkin nnt kiamat baru bls..tp bls ttp bls..kadang2 meraka yg gunakn klbhan rupa ni xsedar yg bile2 mase je Allah blh tarik..kang tibe2 jtuh moto ke hbs rabak muka..ish3..ni la yg jadi bile manusia xbersyukur..nauzubillah..

..
 
Comment by h3r0
2010-03-16 23:23:57

ayat ko khai…
Tak sabar menunggu sambungan seterusnya.. 8)

..
 
Comment by joegrimjow
2010-03-17 05:58:29

what u give
u get back

..
Comment by menteil
2010-03-17 06:30:34

ermm… saje mencelah sini…
rasanya dalam percintaan tak selalunya yang ini boleh dipakai…
kadang beri yang terbaik dapat hampeh! balasan macam harem!

*sori.. xsengaja nak marah.. =P

..
 
 
Comment by menteil
2010-03-17 06:28:27

erm… bercerita hukum karma ni tak berani sangat… susah jugak.. kebahagian tak datang sendiri kalau tak berusaha nak mencari..

*aku bukan playboy…

..
 
Comment by Eldy
2010-03-17 08:50:48

Oik, khai putus cinta ? hmm, sabar skit, mmg jarang sgt perempuan ok pd zaman ini LOLX

..
 
Comment by adieyza
2010-03-17 09:16:04

setuju dgn apa yg khai ckp.. if kita pernah sakitkan hati org tu, xmustahil satu hr nnti kita akn dpt kekecewaan yg sama atau lebih teruk dr tu.. if bukan terjadi kat kita, terjadi pd adk brdk kita, anak2 kita or mungkin cucu2 kita..

..
 
Comment by cidimidi
2010-03-17 09:45:58

hurm… kiter pun percaya…
what u give.. that what will u get..

klu dedah kecntikan.. yg dtg pun yg mengharap kecntikan,..

klu dedah kekayaan.. yg dtg pun mata duitan.. kaki kikis..

baik bersederhana.. xsume perlu bgtahu…

hanya jauhari mengenal manikam.. =)
-lama tak komen kat justkhai.. hehehe-

..
 
Comment by sarangsuju
2010-03-17 11:15:22

baca entries ni sambil dengar lagu Dari Jauh-Nabil. feeling habis! huhu

*encik khai cepat sambung ye. ^.^

..
 
Comment by iZwaN
2010-03-17 11:19:14

Sabar la Khai dgn dugaan yg menimpa…
Sesungguhnya Allah sayang akan hamba-Nya yg penyabar…
Percayalah pada hukum Qada’ dan Qadar…
Sesungguhnya perbuatan baik akan dibalas baik…
dan begitulah sebaliknya..perbuatan jahat akan dibalas jahat..
Sabar itu separuh drpd iman..

p/s: x sbr tggu the next entri..

..
 
Comment by akiratoriza
2010-03-17 11:51:32

khai..khai…
sedih bebenor la hai… napernyer leh jadi ceng gitu…
tak sabo ni nak tunggu part 2 punyer citer lak… cepatla publish.. kuing..kuing..kuing… πŸ™‚

..
 
Comment by alyyani
2010-03-17 12:01:46

salam.. sorry out of topic ni. nak tanya, mana khai dapat gambar kahwin saya tu ye? ke khai kenal photoG masa saya kawen dulu?

..
Comment by Khai
2010-03-17 13:37:11

salam. eh x sangka gambar hiasan kat atas tu pembaca Justkhai jugak. hehe. Anyway saya ambil dari sebuah website art. Kalau klik pada gambar tu, akan sampailah ke website tersebut.

Dah terlanjur tuan sebenar gambar pengantin ada kat sini, minta izin ye jika x keberatan. Gambar tu sgt unik.

..
Comment by ishak
2010-03-22 15:31:06

kalau ko nak khawin..nanti aku bagi idea untuk design kad khawin hehehehe

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ahmadyusrie
2010-03-17 12:10:08

owhh tak masuk cerita lagi…baru mukadimah la ni…mmm aku tunggu part ii

..
 
Comment by cinta
2010-03-17 12:12:36

aku pn pnuh setia…tp last dri sendiri yg kecewa…ak benci cinta yg pnuh penipuan…… =(

..
 
Comment by gurl
2010-03-17 12:56:30

la..
nie kre intro la nie..

..
 
Comment by nikillas
2010-03-17 13:00:57

baca awal sampai akhir.. pinau mata.. @_@
tgk mukadimah aje.. huhu..
susah nak cari yang setia sekarang ni..
trust issue mesti ada..
lagiΒ² long distance relationship..
sigh~!

..
 
Comment by FaisalReza
2010-03-17 13:06:10

Salam Khai,
Perghh sedih siot aku baca.. huhu… anyway seolah mcm kisah hidup aku jer kat atas tu… tapi x smpi la tahap Gayboy.. wakaka..

Anyway… waiting for kisah cinta ko k… jgn sedih2… biasa la lelaki ganas dalam hati ada taman :8

..
 
Comment by akma
2010-03-17 13:16:40

bilo sambungan eh

..
 
Comment by Naima is Imma
2010-03-17 16:06:34

Sabar ye khai… Allah itu maha adil… Just pegang 1 hadis ini “Baragsiapa yang ditimpa bencana, maka ia bersabar, maka syurga lar baginya”…. Ape lg yg kita leh wat selain sabar… Pape pun yang paling penting Iman kena tetap dalam hati… Pertolongan Allah semakin hampir… Itu janji Allah bukan janji manusia k…. Cheer up khai….

..
 
Comment by ishak
2010-03-17 16:31:29

khai confirm lah kalau nak dapat dara ni,perkara pertama jangan menebuk dulu..kalau orang yang pernah dapatkan dara perempuan sebelum nikah,memang dia akan khawin nanti akan dapat perempuan takde dara lah πŸ™‚

..
 
Comment by ejardkethot
2010-03-17 16:38:33

aku tggu part 2

..
 
Comment by epid
2010-03-17 16:53:08

1st time ptus chinta, nangis giler2 n jd down smngu 2..smlm kali ke 4 aku ptus chinta..hlg suda prsn..0 kurasakan..sedey idak..hepi pn dak..geram je la sket2 psl x pro..time melamar jd awek, kemain elok bhs..time clash ibarat fail BM spm..huhhh

..
 
2010-03-17 17:50:09

waaa.. kisah cinta khai telah di journal kan.. πŸ™‚

..
 
Comment by aizuddin
2010-03-17 18:40:59

rilek bro..sorg ilang..10 orang nak kat ko..hehe πŸ™‚

..
 
Comment by fifie ierina
2010-03-17 20:23:58

bismillah…

dalam kehidupan nie Khai, hukum alam ini memang sesuatu yang pasti.. saya sangat bersetuju dengan awak, cuma lewat atau cepat sahaja pembalasannya bukan?

pada mereka2 yang pernah mengecewakan atau mempermainkan hati orang lain dengan sengaja, mereka hanya perlu tunggu satu saat di mana mereka akan sedar, betapa langit ciptaan Allah itu adalah tinggi atau rendah..

janganlah pernah berputus asa untuk mendapatkan yang terbaik, sekiranya setiap hari kte berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.. janji Allah itu kan pasti?

dalam hati kecil saya, saya sangat percaya satu hari nanti awak akan mendapatkan seseorang yang benar-benar tahu, bagaimana untuk menghargai hati seseorang yang tulus menyintai seperti awak sehingga ke akhir hayatnya..

percayalah pada qada’ dan qadar Allah.. dalam sisi lain di dunia ini juga, tentu ade seorang gadis yang pernah merasa betapa sakit terluka hatinya, dan ternyata die hanyalah sedang menunggu kehadiran awak dalam hidupnya untuk menyembuhkan..

segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia lebih tahu siapa yang sebenarnya terbaik untuk awak.. wallahualam

..
 
Comment by ain
2010-03-17 20:40:02

saya suka entri ni..

hurm kita sebagai manusia jangan lah terlalu mengharap cinta seorang manusia..kerana ianya takkan kekal lama..tapi kita manusia..punya hati untuk disayangi dan dicintai..sedih kan bila putus cinta and hilang orang yang kita sayang..?

sebagai manusia,kita kena terima perkara ni sebagai qada’ dan qadar yang dah Allah tetapkan..kita kena redha dengan ujianNya..

Dan kita kena percaya yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Saya pernah putus tunang, putus lg 2 bulan nak bernikah..kecewa mmg lah kecewa..lg2 bla dia dah siap ada pengganti masa tu…tapi mcm yg saye kata,,tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya… πŸ˜‰

..
 
Comment by rauter!!!!
2010-03-18 03:09:50

i’m not a virgin but!! what the hack!!!! i’m married!!! lolz…. :p :p 8) πŸ˜† =( :bloody: :love:

..
 
Comment by mello
2010-03-18 04:28:11

ada betolnya apa yg ko ckp tu khai.. kdg2 perempuan menilai lelaki dari paras rupa, dari kata-kata mulut yg manis berbicara.. padahal yg penting dlm perhubungan sebenarnya keikhlasan, kejujuran, pengorbanan.. masa belum kahwin mmg pandang remeh benda2 ni tp bila dah kahwin benda2 ni la yg terpenting ntuk rumah tangga.. whoaa! 8)

..
 
Comment by Kujie
2010-03-18 10:08:51

adakah perempuan itu materialistik atau lelaki yang tidak mampu…?

Bab hati sangat subjektif dan kita pun susah utk menafikan zaman skrg ramai perempuan yang salah mentafsir makna cinta

..
 
Comment by lizz
2010-03-18 10:51:36

khai, dunia Tuhan ni luas seluas-luasnya. Jangan terlalu sedih kalau dapat ujian Tuhan naa. Itu cuma asam garam hidup. Betul, wanita zaman skrg ni rasanya murah sangat. boleh dibeli dengan duit. lagi banyak lelaki buat pelaburan, lagi senang. hahaha. ikhlas atau soal sayang jatuh no 2.

tapi, bukan semua wanita macam tuh. masih ada yang hidup bermaruah. kalau khai rasa wanita2 yang khai jumpa “busuk”, carilah kat tempat lain. kehkehkeh. jangan sedih lama2 woo

..
 
Comment by lalalulu
2010-03-18 11:52:09

cam cite ‘Blogger Boy’.
Tapi sangat menarik untuk di follow.

Akak dah kawin.. kiranye dah tutup buku ngan all ex bfs
Tapi dgn kecanggihan iternet..wujudnya pesbuk..kita boleh ketemu cinta lama….:D
Some of them success.. sampai keje obersea. Some of them sederhana…Some of them not make a life.

Maybe Its a noughty thought (ya ampun suamiku..) what if dulu I stay with this fella..where would I be now?
(Pssst..I never share this feeling before with anyone..simpan sengsorang)

But as Khai said, Allah itu maha adil.. I do believe my husband the perfect destiny for me until my last breath………..

Khai…teruskan ceritamu
Dah financial year end nie…Bosan kat opis..huhuhu πŸ™‚

..
 
Comment by fira
2010-03-18 12:40:13

betul2.
aku pon pecaye pade hukum karma.
kau buat baik dibalas baik vice versa
kau kerja asyik bikin onar, lama2 kau sendiri teronar atau dionar atau sendiri bikin onar kat diri sendiri.
kekdahnya, marilah jaga diri masing2. sebelum berharap mndapat yang baik2, sendiri harus jaga diri, dalam dan luar, insya Allah. Allah tu kan Maha Mendengar dan Adil.

..
 
Comment by mawar mustika
2010-03-18 13:31:52

tabah menghadapi dugaan hidup ye en. khai….cinta juga adalah salah 1 dugaan dr-NYA….cinta yg hakiki adalah cinta pd-NYA….so jgn lupa ‘date’ kita setiap hr dgn NYA…

kite tahu setiap manusia yg dihidupkan berpasang-pasangan so pasti ade seseorg utk anda di luar sana…cume cepat or lambt je dia dtg….bersabar pasti dia akan dtg pd anda nnt…

jgn lupe lelaki yg baik utk prempuan yg baik…begitu juga sebaliknya….so be good boy ye πŸ™‚

..
 
Comment by puan nina
2010-03-18 18:42:22

emm..cam sedey je khai..nape?
tgg part ii nih..

..
 
Comment by nenny
2010-03-18 20:15:19

hurmm..realistik ape yang khai ulaskan..ape yang terjadi buat seseorang itu takut untuk menerima cinta lain..membuatkan individu berfikiran -ve kepada lelaki/perempuan..dikala dia membuka hati untuk menerima cinta lain, malangnya cinta y dia terima itu juga palsu dan plastik…pada pandangan saya, dalam ape jua yang kita buat..semua berbalik kepada niat…niat mencintai seseorg wanita/lelaki itu kerana Allah… insyaallah, perhubungan itu diberkati dan bersama selamanya…bergantung kepada jodoh plak kan…. 😎

..
 
Comment by titan
2010-03-18 21:36:37

emm..bagi aku, pembalasan yang Allah nak bagi tu, selalunya ada signal. Kita sedar atau tak sedar aje..selalunya, memang kalau kita nak kena balas atas dosa yang kita lakukan, memang teruk jugak bila kena. Bukan sikit, kekadang tak tertanggung dibuatnya. Apa yang kita mampu buat waktu tu, sabar dan sabar. Jika kita survive, percayalah, kita mampu untuk pergi dengan lebih jauh.

..
 
Comment by hafizmd
2010-03-19 00:04:41

khai..cerita ko mmg tulus..Allah itu Maha Adil..cerita ni makin sedeh dah nie..cepatla sambung yer..

p/s – 1 cinta 2 jiwa.. 8)

..
 
Comment by NsI
2010-03-19 02:40:12

first time bangkit dr jd silent reader. huhuh.
ape yg kamu ckp btol.
kter break up ngan pakwe kter sbb kter ckp kt dier, ” Cinta sy pd ALLAH S.W.T. lebih besar dari cinta sy pd manusia”. then, dier tros clash ngan kter. hohooh… :o:

..
 
Comment by merahjambu
2010-03-19 08:10:40

salam……
huhh nsib baik aku dh kawen….
tklaaa aku gundah gulana nk mncri cnta sejati nih….
zman skrg nih cinta cuma di bayangi dgn duit dn nafsu smata2………
ade lgi ker cnta sjati??
mgkin ade kut…tpi pyahlaaa nk jmpa…
aku pn pnah kcewa d prmainkn…
mmg pediiiiihhhhhhhhhh….bkn skali jer…
bkali2 tuh….huhhhhh….
nsib baik aku dpt mprthankan mruah aku…..
tpi hikmahnye….Allah s.w.t temukan jodoh aku dgn llaki yg bnar2 baik dn beriman…..
sblum nih aku sring lalai dlm mnunaikn kwjipan aku sbg umat islam….
tpi lpas kawen, dier bimbing aku ke arah kbaikan…
sntiasa bsbar dgn krenah aku…
skrg aku dh prgnant 2bln lbih..mmg bhagia…
syukur alhamdulillah……..
smoga ko pn akn mnemui kbhagiaaan yg sejati 1day nnti Khai…..
amin…………..

..
 
Comment by Are_na
2010-03-19 10:35:18

Salam….

Setiap yg baik tu akan dibalas baik
Yg jahat tu akan dibalas jahat
Tp klu kt wat baik tp dibalas jahat, anggap jer tu dugaan…
Jgn berdendam….

What goes around come around….. πŸ˜‰

..
 
Comment by Nine
2010-03-19 14:16:19

sabar, di setiap kejadian tu ada hikmahnya…

..
 
Comment by azhelmy
2010-03-19 21:15:24

sabor…bawak bersabor….khai , bila akaun facebook nak aktif balik nie?

..
 
Comment by rizzar
2010-03-19 23:58:06

saya penah sayang seorg playboy nih.. penah percaya hidup2 dgn seorg playboy ini.. penah beri harapan 100% kat playboy ini dan segala2nya utk dia… sampai sekarang ada rasa kesal sbb penah bagi kasih sayang pd dia tuu.. saya cuba lupakan kisah cinta palsu itu… buat2 hidup gembira buat2 tak kisah.. tp hati hanya Allah jer tau rasa kesal itu..

tp lama-kelamaan saya hadapi rasa kesal itu dgn keyakinan bahawa dugaan itu tak dtg dgn sia2.. sekali kita tersilap langkah jgn kita ulangi lagi cukuplah sekali… saya belajar dunia ini medan ujian dan Allah itu sgt sayangkan hambanya..

jadikan sesuatu yg negatif itu sbg satu yg positif.. saya tak mahu memperbodohkan diri saya dgn tidak mempercayai lelaki dan kemudian mencipta cinta songsang… bkn kah bodoh nama nye tuu.. menambahkan kemurkaan Allah..

tp manusia ni mmg byk sgt ragam nya… masing2 ada pendpt sndri… berpesan2 lah kearah kebaikan dan kesabaran…

..
 
Comment by Sya Isya
2010-03-20 13:30:08

wang hantaran 10k macam beli dara? uhuhu..menusuk kalbu ayat tu, khai..biasanya wang hantaran tu buat belanja majlis, bukannya perempuan tu amik pun duit tu. Buat majlis pun lebih dari 10k, khai. Zaman sekarang kalau buat majlis, biasa2 je pun, dah 20k, paling sikit. Perempuan, or parents perempuan tu still lagi kena keluar duit. Last2 yang perempuan tu dapat, nilai mas kahwin je. Macam perempuan johor, dapat lah 22.50 dari suami. 22.50 aje, ok!

..
 
Comment by oh! kanak-kanak!
2010-03-20 16:09:50

khai, bila nak activate fb? tak meriah lah news feed tak de update dari khai. πŸ™‚

..
 
Comment by nursyilham
2010-03-21 00:58:15

salam…. huhu sedih plak bace citer ni…
samelah kiter khai….:love: :love:
insya-Allah… tak mgkin akan mengecewakan
tapi slalu dikecewakan….(urm…betul?):((
ha….. nanti cptlah smbg eak…
kalau rase2 nak nangis=( tu spare kain tuala siap2..
hahahaha baru puas nak lap air mate…..
hahaha…. hihi…!!! πŸ˜‰

..
 
Comment by msas_89
2010-03-21 02:35:00

hwaaaa…. =(

intro yg mnusuk kalbuku…
aku sbg lelaki sring kali dikecewakn byk prempuan
krana diowg brtuhankn “materialistik”

cdih…
smbg r ag, khai…

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-03-21 10:52:26

kata ganti nama aku best jugak hang guna.
asyik khai ja
suka ayat membeli anakdara
ramai org cakap makayah zaman skrg tak ubah mcm nak jual anak mereka. ahaha

..
 
Comment by Azleah
2010-03-21 12:24:21

harapnya kechick@scukz suka aku sebab ikhlas la
huhu…nak masuk 4 tahun dah kapel ldr ni
haish

..
 
Comment by mat sempit
2010-03-21 14:42:51

ak rasa klu ko bt novel jd laris kot pasaran…. ta2 cita bt duit plak..aha

saba bro.hdup ini x slalu indah.bumi mna xdbasahi hujan.
laut mna xde ikan.ntah btul ke x… =(

..
 
Comment by stonez145
2010-03-21 17:26:18

assalamualaikum..

ada yang diberi paras yang sgt mengagumkan,tapi hatinya tiada nilai,agamanya berkecai…
ada yang sekadar biasa2 saja,tapi hatinya 1 dlm sejuta,taat pd Penciptanya…
bila seseorg itu menjg agamaya,sekaligus hatinya akn terjga…

tp jika anda memperoleh psgn yg ada kedua2nya,itu bonus bg anda..
namun ckup pyh berjumpa yg sbegitu rpa di zmn ini…

apbl mencri cinta, pilih agamanya, kmdn dpt hatinya…
yg bnr2 mengamalkan agamanya,sinar akn terpncar d wjhnya..wlaupun x secantik model d mjlh2…
jika parasnya adlh keutamaan kamu, maka bersiap lah dgn hasil di kemudiannya…

..
Comment by merahjambu
2010-03-22 07:31:08

hurmmmm stuju sngt aku ngn komen stonez nih
rpa pras yg cntik x mjnjikan kbhgiaan
blm tntu hatinya scntik rpa prasnya
jgn pndg sbelah mata pd yg bruk rupa
krna kta x tahu akn keindahan hatinya

lelaki or wanita mmg sukar d mengerti
sukar utk d fahami
prlu ksbaran yg tggi utk mndekati
dan d risik sbg pndamping diri….emmmmm

..
 
 
Comment by mohdisa
2010-03-22 00:45:30

khai pun sudah menulis bab cinta, lagi aku sedih…sebab org yg aku cintai…ades, musnah…

..
Comment by ishak
2010-03-28 17:39:00

tak apa muka bro hensem,ramai blogger wanita tergilakan bro hheeheheheheh

..
 
 
Comment by tenteraangin
2010-03-22 20:01:28

aduh…. perit jer rasa baca entri ni… tak sangka lak gayboy …. :beurk:

..
 
Comment by ak@k
2010-03-22 22:21:36

sesungguhnya tiap yg berlaku itu ada hikmahnyaaa…
Yang pasti Allah udah tetapkan apa terbaik untuk umat yg disayangiNya.. byk2 bersabar yer atas ape yg terjadi.. paling penting “think positive”… nnt suma akn berjln dengan lancar… tamo cedey2 k… moga khai bahagia dengan pilihan hati khai…

..
 
Comment by nursarah
2010-03-23 02:10:20

alahai, tengah excited baca tetibe bersambung plak.

hukum karma..kita mungkin terhukum dek kerana kita pernah menghukum orang lain. atau kita dihukum atas apa yg kita percaya. dah kata tak percaya cinta, mungkin sampai bila takkan jumpa. itu pun, hukum karma jugak. hehehe

..
 
Comment by mat sempit part 2
2010-03-23 07:57:40

damn u for plying my small heart..u think u big enough(plygirl)?

mothercooker btul…

angin kencamg skit pgi ni…
:love:
ak xbsalah…

..
 
Comment by nursyilham
2010-03-23 22:12:26

hhmmmm….betul jugak eak…. adelah… membew…. asyk frust jer last2 skali jadi playgirl…. hmmm…. nak balas dendam punyer pasal…

..
 
Comment by stonez145
2010-03-24 06:21:27

heh fikir2 la balik…
adakah dgn jd playgirl,lesbian,playboy,gay bleh balas dendam pd org yg pnh kecewakan kita?
apa kaitannya?
heh dia syok2 dgn org lain,kta plak wat bnda songsang,bnda haram…
dosa ja yg dpt..

hai redha la dgn apa yg jadi…segala apapun semua aturan Allah yg sentiasa aturkan yg terbaik utk kita…

..
 
Comment by stonez145
2010-03-24 06:24:10

kalau ya pon nak balas dendam,balas pada yang kecewakan kita…
bukan pada orang lain yangtak tahu apa2…
heh perlu bimbingan mereka2 ni

..
 
Comment by ummu
2010-03-24 17:32:57

salam khai
sekian lama just silent reader je
kali ni terpanggil nak komen kat sini meski jadi pengkomen entah keberapa.:)

entry khai ni penuh maksud tersurat dan tersirat.
sebagai perempuan,saya tersentuh juga,kerana secara
tak langsung khai mengur kami secara halus.

apa yang saya faham,wang hantaran tu untuk belanja hangus.erm,mungkin lain tempat lain caranya tak tahulah.kalau mas kahwin di Johor, cuma rm22.50 je..hantaran pun ikut kepada pihak ibubapa perempuan bagaimana..dalam hidup ini kadangkala adalah penyejuk jiwa
mungkin dari situ,kita akan dapat kembali kekuatan baru
meski yang patah takkan berganti yg asal..
moga kan tumbuh yang baru yang lebih baik…

..
 
Comment by amir
2010-03-25 13:27:33

awatnye sedih khai? mcm kes ni terjadi kat ko jer.. huhu.. pape pun sabo le. jgn terikut2kan sgt perasaan tu.

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-03-25 23:13:16

pergh!! mukadimah post adalah satu post! nak tunggu isi post kena tunggu post pasnie? mantap gila.. haha, rilek2, kalo sedeyh, take your time bro.. chillax.. all is well..

..
 
Comment by animeow
2010-03-26 09:20:28

adui…apsal khai sdh2 nie….bro tggu jodoh ke pe….rilek bro…jgn r sdh2…t aku pun sdh gak… =( ..hehehehehe….. πŸ™‚

..
 
Comment by nu_Ox3r
2010-03-26 20:48:32

ORANG ISLAM WAT PE PERCAYA KAT HUKUM KARMA.PERCAYALAH KAT RUKUN IMAN,RUKUN ISLAM.ALLAH MAHA ADIL.BKN NYA PERCAYA HUKUM KARMA…

..
 
Comment by stonez145
2010-03-28 04:25:28

uiks…rsanya perkataan ‘hukum karma’ tu cuma 1 perumpamaan sja..

“Sememangnya dalam kehidupan, aku percaya hukum karma ini benar-benar wujud. Kerana Allah itu Maha Adil. Kepercayaan aku bukanlah pada kepercayaan hindu mengenai hukum karma, tapi bagi aku setiap apa yang jahat kita buat, pasti ada balasannya di dunia.”

x slh,mksudnya percaya sesuatu balasan pada perbuatan kita..
buat baik,dibalas baik…
buat jahat,dibalas jahat…

..
Comment by nu_Ox3r
2010-03-28 12:41:14

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan ‘karma’ bermakna ‘tuhan’. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep ‘dugaan’ dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

http://halaqah.net/v10/index.php?page=238

..
 
 
Comment by boyah89
2010-03-28 07:28:19

hehe
lama tk usha blog ko ni khai,maklumlah laptop rosak,tpi nsb baik senior aku kasi pinjam dekstop die sbb die dah ad laptop. πŸ™‚
dalam minggu lepas aku dah alami khai,si dia dah ad pengganti,walhal belom setaun lagi ktowg putus.dan aku,masih single
tibe2 rasa down gler2 lak,haha
nasib baik aku ad kwn2 rapat yg leh kongsi,,n now,aku dah hepi balik..
tapi aku taknak suke laki!!hahaha
tidak!! :[

..
 
Comment by Khai
2010-03-28 14:12:41

Nu_Ox3r, segala macam mengenai kepercayaan ni, ada juga disebut dalam entri di atas. Cuba baca betul-betul. Mesti ada part yang ter’skip tu. Hehehe.

..
 
Comment by eiyda
2010-03-28 14:47:52

super setia…jgn sampai gadaikn maruah diri…ingt halal dan haram..seronok dunia..akhirat?..huhuhu..entah lah..T____T

..
 
Comment by Miss Marquis
2010-03-28 22:40:18

semua orang concern dgn khai. ehehi.

..
 
Comment by topekketopekan
2010-03-29 02:08:58

sedih aku baca post ko ni khai..aku pon pernah kena gak dulu cam kes ko ni.tap ape nak buat, benda dah jadi. kalau ada jodoh, insyAllah tak ke mana πŸ˜€

..
 
Comment by pl8ners
2010-04-01 00:48:29

like it…
you reap what you sow…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?