Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 2)

354 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Sambungan kepada Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 1).

hukum-karma-2

Berbalik kepada kisah aku yang tak berkesudahan pada bahagian entri ini yang sebelumnya, bukan mudah untuk aku ceritakan. Mungkin ada yang menanti sambungan entri ini. Jadi aku sambung entri ini walau pada hakikatnya, aku tak rela sebenarnya. Aku tak berniat nak kisahkan ceritera cinta aku di sini, tapi anggaplah kisah aku dan kisah dia, sedikit sebanyak menambahkan asam garam dalam kehidupan kita semua. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan aku.

Aku mempunyai kekasih. Orang yang paling aku sayang. Pernah dulu aku meletakkan dia nombor 1 di dalam hidup aku. Biasalah, budak baru nak kenal erti cinta sebenar kononnya.

Tiap kalinya dia merindukan aku, tanpa sempat ingin merasa rindu, terpacak aku hadir di sisinya. Dek kerana taknak dia merengek, habis sahaja azan aku terus memecut ke sana dan kadang-kala dari habis azan, terus berkumandang azan yang seterusnya, aku masih tidak mengambil air sembahyang (faham-faham je lah maksudnya). Nyatanya betapa bodoh dan banggangnya aku hanya kerana keinginan seorang wanita, aku abaikan perkara yang patut aku dulukan. Itu dulu, sekarang insyaAllah tidak lagi.

Tiap kalinya dia merindukan aku, aku sanggup mengetepikan saat yang sepatutnya aku bertemu kedua ibu bapa aku mahupun keluarga aku dengan seribu-satu alasan. Hanya untuk bersama dia yang tersayang. Mungkin aku lupa siapa lagi yang patut aku dulukan. Benarlah aku hamba cinta yang buta dari segala aspek. Itu dulu, sekarang mungkin tidak lagi.

Tiap kalinya dia inginkan sesuatu, aku ikutkan apa kemahuannya. Walau adakalanya poket ini ketandusan ringgit untuk dilaburkan, aku sanggup melahap Maggie untuk santapan perut yang kian berkeroncong. Cukuplah sekadar menahan desakkan keroncong yang makin bercelaru dan bergentangan. Asalkan dia dapat apa yang dia inginkan, aku sanggup buat apa sahaja. Kononnya, jika dia gembira, aku juga bahagia. Itu dulu, sekarang mungkin tidak lagi.

Seribu-satu kesalahan dilakukan, aku tetap memaafkan dan cuba membutakan mata walau kadang-kala segalanya terjadi di depan pengetahuan aku sendiri. Biar hati remuk-redam, segalanya terpadam kerana cinta yang mendalam.

Banyak lagi perkara bodoh di dalam dunia percintaan bagi seorang lelaki seperti aku. Adakalanya kita inginkan wanita idaman yang sederhana sahaja. Yang berbudi bahasa, pandai menghormati kita, bertudung dan sungguh ayu sekali senyumannya. Tetapi apa yang kita inginkan, bukan selalu menjadi hak milik kita. Adakalanya terkurang dan adakalanya terlebih. Apa yang kita dambakan, mungkin termaktub sebagai hak orang lain yang lebih layak.

Aku tak rasa itu sebagai hukum karma lelaki yang tak pernah sesekali mengejar kesempurnaan. Tapi mungkin itu bukan jodoh sebenar yang tertulis semasa perjanjian kehidupan aku turun ke bumi. Dan aku percaya, seribu satu kesilapan yang pernah aku lakukan, segalanya sudah tertulis tanpa mampu aku elakkan.

Ketika saatnya aku menerima siapa sahaja yang hadir dan sekali lagi kebodohan aku sebagai seorang lelaki menjelma sehingga mengabaikan apa yang tidak sepatutnya aku abaikan. Oleh kerana kebodohan tidak belajar dari kesilapan yang lalu, sekali lagi aku terhanyut di lambung rakus ombak yang diberi nama ombak kasih. Aku terhanyut tanpa aku sedari.

Dalam kes aku, ketika aku tidak sihat adakalanya aku inginkan sms atau call yang mengambil berat tentang kesihatan ku. Cukuplah sekadar beberapa patah kata berbunyi “Awak Dah Sihat?”. Tapi yang aku terima selalunya makian kerana memberikan alasan demam sebagai sebab tidak melayani karenahnya. Sampai kadang-kala aku terima ayat yang berbunyi, “Dah nak mati sangat ke, demam sampai tak boleh nak sms?”. Dan aku tersenyum membacanya. Itu dulu sekarang mungkin tidak lagi.

Sebagai remaja, tiada bezanya aku dengan kebanyakkan remaja di luar sana. Berpegangan tangan, berpeleseran sana sini dan kadang-kala lebih dari itu, sudah ku lakukan. Apa yang peliknya, semasa semua itu berlaku bukan aku tidak pernah ingatkan Allah. Bukan juga aku tidak pernah ingatkan mati. Tetapi dah menjadi kebiasaan bukan perkara tersebut untuk pasangan yang bercinta. Katanya, tak pegang tangan tak romantik. Tak peluk bahu, tak sama dengan pasangan bercinta lain.

Dari segi keburukkan, semuanya dibezakan dengan orang lain. Tetapi dari segi kebaikkan, jarang sekali dilihat apa yang baiknya. Apa yang diharamkan agama, itu selalunya yang suka kita lakukan. Apa yang diharuskan agama, dah tentunya sukar untuk kita jalankan.

Itulah ceritera kebodohan percintaan aku di mana aku terlupa, hukum karma sebenarnya antara aku dan Allah. Hari ini aku lupakan Dia, tapi Dia tak pernah lupakan aku. Hari esok aku lupakan Dia lagi, masih kuat ingatan Dia kepada aku untuk mengajak aku kembali ke rahmatNya. Hari-hari aku ingatkan mati, tapi adakalanya aku buat-buat lupa dengan itu semua. Serta-merta aku dilihatkan dengan kematian didepan mata sendiri, menitis sayu air mata merenung ke langit yang ada kalanya seakan tidak ingin lagi meneduhkan aku di muka bumi ini.

Kisah sebegini, jangan dipandang kononnya dari pengalaman hidup aku semata-mata. Aku percaya ramai antara kita yang melalui proses hidup yang sama, samaada sedar atau tidak. Proses yang mematangkan kehidupan. Proses mencorakkan kain putih yang kita bawa semasa turun ke bumi dahulu. Entah apa coraknya, pandai-pandailah lihat sendiri. Jika penuh dengan kekotoran, pandai-pandai kita jugalah untuk mencuci.

Tangan terikat ke langit dan kaki terpacak dalam ke bumi. Itulah kehidupan yang memaksa aku untuk terus dijalankan. Semoga hidup aku penuh dengan keredhaan. Dunia menyakitkan aku, dunia merosakkan aku dan dunia juga yang mematangkan aku. Berani buat berani tanggung. Hukum Karma, aku terima apa adanya.

Diusia seawal ini, syukur masih sempat untuk aku belajar apa itu cinta sejati dunia akhirat dan apa itu kebodohan hanya kerana seorang wanita hiasan duniawi. Mungkin sebentar lagi, hari esok, lusa atau bila-bila sahaja akan hadir sebuah sinar yang sememangnya sudah tertulis untuk ku.

(Tamat Bahagian 2)

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 5:01 am 30 March '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 354 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Kisah Cinta, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

92 Comments »

Comment by blowie
2010-03-30 05:08:10

Hukum karma, kita tak boleh lari. Selalunya, dah terkena baru tersedar.

Kalau tak kena? Memang tak reti reti nak sedar.

..
Comment by lizz
2010-03-30 16:28:23

betul tuh. karma ni selagi tak terkena kita sendiri tak kan sedar. huhuhu

..
 
Comment by kery
2010-03-31 15:51:41

Mudah2an begitulah hendakNya buat kamu.. Amin~ 8)

..
 
 
Comment by cidimidi
2010-03-30 05:08:22

Mudah2an begitulah hendakNya buat kamu.. Amin~

..
Comment by Khai
2010-03-30 05:22:48

Hehe.. tq cidimidi n blowie.. sama2lah kita..

..
 
 
Comment by joegrimjow
2010-03-30 05:24:15

mmg kite akan jadi bodoh dengan perempuan ni
bukan sebab takde otak atau ape
mungkin follow hawa nafsu melebih

jadikan yang lepas satu pengajaran
untuk menjadi sejati dikemudian hari

..
 
Comment by aizuddin
2010-03-30 05:25:23

tak pe lah..belajar dari kesilapan..kalau dah jodoh tak ke mana..bunga bukan sekuntum lgpun.. πŸ™‚

..
 
Comment by mohdisa
2010-03-30 05:26:45

sudah menjadi lumrah alam, adat bercinta. jika cetek iman, cinta indah jadi buruk. hurm

..
 
Comment by Scromix
2010-03-30 05:32:42

kemana agaknya si dia khai sekarang?

rileks khai, pengalaman mematangkan kita 8)

..
 
Comment by n3dmax
2010-03-30 05:35:23

………….satu pengalaman yang bagus utk dikoangsikan bersama……………..

..
 
Comment by stonez145
2010-03-30 05:43:32

assalamualaikum..

“Hari ini aku lupakan Dia, tapi Dia tak pernah lupakan aku. Hari esok aku lupakan Dia lagi, masih kuat ingatan Dia kepada aku untuk mengajak aku kembali ke rahmatNya.”

setuju.
mungkin krn itu, putuslah cinta anda dgn ‘wanita itu’.
Dia mahu anda menyedari tdk berkekaln dan tak akn halal cinta sblm perkahwinan.
s’sgghnya yg halal dan haram itu adlh ckup jelas dlm islam.
mereka yg menafikan,bknlah mereka yg taat pd perinth Penciptanya, ttp mereka yang taat kepada perintah nafsunya.

jika yg diamal itu buruk,maka buruk la hasilnya.
jika yg diamal itu baik,maka indahlah hasilnya.

..
Comment by mawar mustika
2010-03-30 13:43:20

sgt bersetuju dgn anda….nmpknya en khai pun dh sedar akan kesilapan2 lalu….moga dijadikan panduan utk masa hadapan….tp jgn lupa pada DIA lagi…..

..
 
 
Comment by feeza
2010-03-30 06:07:31

aah, try lah dengar lagu ‘Alasanmu’ – Exist.

” bila tidak lagi bersama,
terasa jauh diriku ini dengan dosa ”

kadang-kadang cinta yang dikejar ni memang tak kemana. sebab betullah kan, yang halal tu lagi baik. tapi ramai je lagi yang sekarang hangat bercinta & tinggalkan Dia yang patut selalu ada tu. tengoklah sendiri, jujur, berapa ramai couple yang keluar sama-sama, akan stop untuk cari tempat solat? yang selalu jadi, masing-masing buat muka donno.

..
 
Comment by ayong_qiela
2010-03-30 06:31:40

pengalaman memantangkan kita. sokong apa yg khai ckp. n hidup mmg ada karma nya tersendiri

..
 
Comment by syin
2010-03-30 07:54:22

aku hampir terjerumus dlm kancah ini…..haha..cerita lama..tapi aku sengajakan biarkan ianya pergi…tak kisah la berapa yg datang…

..
 
Comment by konteng
2010-03-30 08:18:38

bukan semua orang akan tersedar dari leka yang di reka-reka.. tapi bila tersedar ada baiknya dikongsikan cerita itu, sekadar berkongsi kisah hidup, amik tauladan dan berubah menjadi lebih baik.. wa caya sama lu bro..

..
 
Comment by Firdauslatib
2010-03-30 09:00:09

khai…thanks 4 da entri…

“DIA bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu…”

“Kdg2 Allah sembunyikan matahari, DIA dtgkn petir & kilat. Kita tertanya2 kemana hilangnya matahari.. rupa2nya Allah berikan kita pelangi..”

..
 
Comment by AMR
2010-03-30 09:05:13

Salam. Jadikan segala pengalaman masa lalu untuk sebagai pedoman untuk menghadapi masa depan..

..
 
Comment by puteh
2010-03-30 09:15:37

tapi bab semayang ni memang kene jage gila la wei.tambah2 lelaki yg nak jadi ketua keluarga ni.mak aku kata,lelaki at least sehari tu wajib ade solat berjemaah.

..
 
Comment by entah
2010-03-30 09:20:48

salam..sabar jew lah khai..mgkin dew hikmah di sebaliknya..
mne tau dpt yg lbih baik drp yg dulu..jd kn pengalaman sbg pedoman..

p/s : baca entry nie wat aty terharu..ahaks.. =(

..
 
Comment by are-pa
2010-03-30 09:30:52

haha..bgusla khai.. Allah is first..
Aku dulu..err..lain, tak berani nak pegang tangan/ dating itu semua.. sebab aku nak die jadi perfect as muslimah walaupun kitorang couple. tak sanggup ‘rosak’ an die. :8

..
 
Comment by infozi
2010-03-30 09:46:02

yup! aku pun percaya pada karma. Hidup ni memang berputar. memang tak boleh lari dari karma…. πŸ˜€

..
 
Comment by merahjambu
2010-03-30 09:55:50

salam..
Khai…ayh aku pnah ckp,kalo nk cri psangn yg btul2 ikhlas jujur,
crilah yg sggup trima KEKURANGAN kite LEBIH dri KELEBIHAN yg kite ade…brulah dier dpt mncntai kite dgn ikhlas wlau dlm ape skalipn kdaan kite..

PERTANYAAN UNTUK CINTA

β€œAdakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA…(yg nie mmg ade kt dlm dri ko kn??)
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

..
Comment by fifie ierina
2010-03-30 22:09:22

gadis merah jambu,

terima kasih banyak atas perkongsian.. apabila saya membaca bermula petikan berkenaan perasaan cinta, ade air mata yang sudah menitis tanpa saya sedari.. tak mungkin ada orang lain dalam dunia ini yang paling saya rindukan, apabila membacanya melainkan bekas kekasih hati yang tidak kesampaian…

pada saat saya membaca semua hal berkaitan cinta yang dinyatakan, benarlah saya mempunyai kesemua ciri2 itu ble menyintai seseorang.. tp x mengapalah, itu cerita lama…

memberikan peluang pada seseorang untuk menyentuh hati kita terlalu banyak itu hanyalah satu tindakan yang pasti akan membuatkan ia terkunci rapat dengan sendiri pada satu hari nanti.. sekiranya hati seseorang tidak terkunci rapat setelah berdepan kekecewaan yang maha hebat, maka cintanya bukanlah cinta yang benar-benar mendalam dan berhak untuk dia banggakan…

thanks kerana berkongsi again, saya sangat suka komen ini…

..
 
 
Comment by topekketopekan
2010-03-30 10:08:46

memang tak dinafikan, cinta di dunia terhadap makhluk bernama WANITA itu sunnguh menyeksakan.
cerita ko ni Khai, memang tak lari dengan cerita aku dulu. sekarang ni si dia pon dah ada orang lain, pengganti diri aku. harap-harap dia bertemu dengan lelaki yang benar-benar dijadikan untuk dia, walaupon hakiktnya aku masih lagi terbayang-bayang kat dia. maka benarlah kata pepatah:

“Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penguhujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.”

life’s goes on 8)

..
 
Comment by putcomey
2010-03-30 10:11:34

khai,kamu makin bertambah matang… πŸ˜€

..
 
Comment by availableaction
2010-03-30 10:22:59

bait2 lagu Dua Dunia nyanyian Too Phat and Dato’ Siti Nurhaliza ~

‘kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah,
kerna bila dilamun indahnya tidak terkata’

Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya~

..
 
Comment by aween_90
2010-03-30 10:28:59

erk! cerite rekaan ke? anyway mcm best je…

..
 
Comment by puan nina
2010-03-30 10:31:02

oh..entry ni menusuk kalbu sungguh..aduhai…

thanks khai..

..
 
Comment by FCUKZBLOG
2010-03-30 10:40:40

kita tak boleh lari dari mengalami kekecewaan dalam percintaan.cinta yang kecundang di tengah jalan bukanlah perkara yang buruk.

kerana di sana kita boleh mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku.

lelaki yang baik akan mendapat pasangan yang terbaik suatu hari kelak.pecinta sejati pasti akan menerima dugaan dan cabaran dalam perjuangan mencari cinta.

jadi teruskan lah perjuangan khai dan mereka-mereka yang lain dalam mencari makna cinta sejati.

percayalah,cinta sejati pasti akan menjelma juga suatu hari nanti.

..
 
Comment by loti
2010-03-30 10:43:16

mendalam maksudnya

..
 
Comment by kery
2010-03-30 11:02:41

Kery percaya pada hukum karma kamu…Khai…hehe..tapi Kery tak pernah laku perkara tak bek..huhu :beurk:

..
Comment by tuan baja
2010-03-30 11:34:08

“tapi Kery tak pernah laku perkara tak bek..huhu”

ape ko ckp kery?ko x pnah buat benda x baek?? ko ada ke sifat maksum? sedarlah..setiap org setiap hari ada benda x baek dia akan buat dalam sedar atau x..yg penting sentiasa berubah utk jadi lbh baik dari hari semlm..

..
 
 
Comment by x-po
2010-03-30 11:16:04

kisah ko sebijik cam aku bro.tak apala, nnt bila si dia terkena gak cam kita, baru dia rs betapa seksanya perpisahan.

..
 
Comment by lixdo
2010-03-30 11:40:03

“Tetapi apa yang kita inginkan, bukan selalu menjadi hak milik kita. Adakalanya terkurang dan adakalanya terlebih. ”

Ayat-ayat yang selalu menjadi pegangan aku sepanjang hidup aku untuk bersyukur atas apa yang aku ada daripada apa yang aku takde. 8)

..
 
Comment by tenteraangin
2010-03-30 12:24:13

aku pun sama… mangsa cinta… khai, aku nak nangis… nanti kuar la posting pasal luahan kecewa para pembaca ker =(

..
 
Comment by nur
2010-03-30 12:37:53

khai, nur pon rase nur mcm pentingkan diri..nur rase nur xpnh bersyukur pada apa yang nur dpt..tpi khai..pengalaman menjadikan kita tbah..knp bile wanita terlalu baik tpi disakiti tetapi bila wanita curang dpt lelaki yang baik..khai..tabahkan hati,muhasabah diri..semoga lepas ni khai sentiasa dengan senyuman..

..
Comment by merahjambu
2010-03-30 12:47:57

salam saudari nur….
mmg kan??ade wnita baik,dpt laki x baik…
ade plak laki yg baik,dpt lak wnita x baik kan…
msti ade sbb nape jdi cmtu….????
sy dlu pn bkn wnita yg baik…
tpi alhmdulillah dpt suami yg baik…
wat sy b`pk akn mksd hdup yg sbnar…

..
Comment by stonez145
2010-03-31 03:03:06

mudah saja…
jangan bercinta sblm berkahwin…
itu bukan cinta, itu perhatian..

knp lelaki baik dpt isteri tak baik?
dan perempuan baik dapat suami tak baik?

supaya yang lebih baik itu,boleh memimpin yang kurang baik, ke landasan sebenar agama…
maka insyaAllah tiada sesiapa yang akn tercicir dari nikmat iman..
jika yg tidak baik,diberi psgn yg jg tdk baik,apa jd?

aturan Allah sentiasa yang terbaik..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by rizzar
2010-03-30 13:17:16

hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup di dunia ini tetapi ingat kamu akan mati, cintailah sesiapa saja kamu mahu cintai di dunia tetapi ingat dia akan mati…

pernah menjadi bodoh juga kerana cinta… dan tak mahu menjadi bodoh selama nya.. moga Allah beri pelindungan kepada hamba2 Nya

..
 
Comment by iffa yuna
2010-03-30 13:57:25

hurm~
jgn jd bodoh sbb cinta..
insyaAllah ade yg lebih baik menanti kite..
dl aku pun kne mcm en.khai ni jgk..
smpikan baju g kuliah hr2 pun die yg tntukan..
syg pny psl, ikut je..
lmbt reply msj seminit dua, dh kne maki bertali-tali..
cinta pny psl, sabau je..
smpila satu thp, bile die meminta hbgn yg menjurus ke arah zina, aku menolak dan natijahnye aku ditinggalkan..
sedih mmgla sedih..org yg kite syg tggalkan kite smate2 sbb kite ingin menjaga ape yg sptutnye dijg..
tp skang aku bersyukur sbb aku msih lg terpelihara utk insan yg bakal menjadi suami aku nnt…
alhamdulillah.. =)

..
 
Comment by tiangletrik
2010-03-30 14:23:43

paham perasaan camtu.. buat2 gile jer..leh jd gile :[ cam aku haih..

..
 
Comment by haz
2010-03-30 14:37:17

tak tau nak kate ape tapi tgk la video ni

..
 
Comment by Anarm
2010-03-30 15:02:34

emo la pulak.. huhu.. tu sume pengalaman tu.. 😎

..
 
Comment by MQ
2010-03-30 15:08:01

Semoga lepas nih Khai akan tabah meneruskan hidup bersama impian nak digapai……

senang criter :- peduli apa orang nak kata asalkan kita buat tu betul dunia dan akhirat..yeyyyy!!!!

..
 
Comment by alin meli
2010-03-30 15:14:35

mtk mf encik khai memakse update d 2nd part. =(
w0oh0o,byk yg bt0l nye ayt2 d dlm itu.
bwk bersbar naa..

..
 
Comment by Amir
2010-03-30 15:19:32

tamat bahagian 2. mungkingkah ada bahagian 3? hehe.. πŸ˜€

entri ni benar2 menginsafkan aku sebagai manusia yang bergelar lelaki. walaupun sekarang ni takdelah bercinta bagai nak rak, at least aku akan beringat2 selalui..

khai, hidup kita tak selalunya indah. ada jugak pahit maungnya. cuma kepahitan itu banyak yang mematangkan kita. jadi terimalah dugaan, cabaran dengan seadanya. InsyaAllah hidup kita akan diberkati. Amin.

p/s: apsal msg aku sblm ni x kuar. masuk spam box ke?

..
 
Comment by Eriyza
2010-03-30 15:29:25

Love is weird.
Actually, kita tak perlu berhati patah
untuk hal yang kita tak mampu ubah. :choler:

..
 
Comment by henfon
2010-03-30 15:54:00

last 3 posts,personal style blog..next post how?

..
 
Comment by rashid
2010-03-30 18:22:03

Masih sempat untuk insaf dan sedar, carilah pasangan yang menarik kita kejalan yang di redhai ALLAH…amin.. :love:

..
 
Comment by nazz
2010-03-30 18:47:06

cinta membodohkan kita waktu kita tidak mengenali apa cinta itu…cinta yg benar2 adalah cinta kepadaNya..cinta kepda pasangan kita bila hubungan antara kita dan pasangan kita telah halal…itu barulah cinta sbtl cinta.cinta sejati ssh dicari.
ia akan datang tanpa kita sedari itu adalah cinta sejati kita.
ia datang waktu kita tiada apa2.
waktu kita masih dibawah,
cinta sejati menerima kita seadanya,
baik atau jahat kita baik atau buruk kita ia menerimaa kita tanpa byk bicara.kerana ia benar2 cintakan kita.
itu lah cinta. 8)

..
 
Comment by Ryehanna
2010-03-30 19:27:01

oh my…

bull’s eyes!

..
 
Comment by ELIEYA
2010-03-30 19:59:29

lastly keluar jugak part 2…

..
 
Comment by jojo dtg lg
2010-03-30 20:10:38

cintailh Penciptamu…

itulh nikmat sgala cinta

..
 
Comment by ishak
2010-03-30 20:19:40

hampir sama dengan kisah cinta aku lah khai..kenapa eh…..,? aku heran gak..kenapa perempuan ni susah nak memahami lelaki..?

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-03-30 21:18:38

pengalaman dan usia mendewasakan kita.
aku jugak pernah terhanyut.mcm hang kata.budak2 baru nak kenal cinta.
beli buku La Tahzan.best seller ni

ada lagi part seterusnya?

..
 
Comment by nursarah
2010-03-30 21:47:10

aku suka penulisan ini. beri kesedaran buat aku juga. syukran!

..
 
Comment by e-liex
2010-03-30 22:28:49

The best teacher is our own experience. Pengalaman memang mematangkan kita. And khai, you are really a good writer. Love it. Dalam menceritakan pengalaman lalu, terselit nasihat dan pesanan sesama manusia. thanx~

..
 
Comment by hytiq
2010-03-30 22:39:52

wow..best r entri kli ni.touching gler.!aku hrap ko pasni tau r ex bzekan mne yg utme n plu diutmekn.ok r khai,pape pon all the best 4 ur life.

..
 
Comment by iffa yuna
2010-03-30 22:49:02

yea..
all the best 4 khai.. πŸ™‚
lelaki baik utk pmpuan baik, insyaAllah…
doa byk2 yea~
moga kite ditemukan ngn jodoh yg membawa kite ke jalanNya, aminn~ πŸ˜‰

..
 
Comment by fuzz_0603
2010-03-30 23:14:17

Assalamualaikum..
selama nie jadi pemrhati jew…
hari nie tiba2 rjin nk komen..
anyway,
ingat ye Khai, sabda Rasulullah S.A.W..
“Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)

moga dijadikan iktbar..muhasabh diri..

p/s maaf klau trsinggung perasaan..saya hnya hamba Allah yg lmah.. =(

wassalam.

..
 
Comment by arnamee
2010-03-30 23:51:22

salam khai.

ya,pengalaman mengajar segala.
cinta yang ALLAH juga indah:)

..
 
Comment by aloya
2010-03-31 00:03:13

ingat lah….”ALLAH SWT xkan sesekali Turunkan DUGAAN pada HambaNya..,Jika Dia tahu HambaNya takkan mampu Hadapi Dugaan itu..”

..
 
Comment by akma
2010-03-31 00:15:47

takut lah plk klu cinta aku x kesampaian. mmg tak pandang org lain dah. ermmmm… =(

..
 
Comment by Omar
2010-03-31 03:02:09

adoi..pening aku nak memahami entri ni πŸ™
2-3 kali baca baru faham…

ada part 3 ke ni?

..
 
Comment by mello
2010-03-31 03:14:30

“Banyak lagi perkara bodoh di dalam dunia percintaan bagi seorang lelaki seperti aku. ”

act bnd bgitu x bodoh khai.. bila kita btol2 iklas,syg, mmg bnyk bnd yg kita lakukan, kdg2 smpai mengabaikan dri sdiri.

kesah kita sama.

..
 
Comment by Kira
2010-03-31 04:42:03

amende karma ni khai?

apa2 pun, aku ucapkan syabas..bukan mudah untuk meluahkan perkara mcm ni dlm blog..

moga istiqamah dlm perubahan.=)

dlm next entry, citer la ye, ape jadi pada bekas awek ko tu..hehhe

dan terima kasih Allah, sbb setakat ni aku xde awek lg, walaupun nak rase gak satu perasaan ber’awek‘..kalau ade mungkin lg teruk aku skrg.

..
 
Comment by ika
2010-03-31 11:11:33

cdeynye bce,nasib kte same.. =(

..
 
Comment by *zaza*
2010-03-31 14:18:10

harap khai tabah menghadapi semua dugaan…
pasti kebahagiaan akan datang juga…

..
 
Comment by fira
2010-03-31 18:17:26

xpe xpe
mari kita belajar dari kesilapan
nanti kalau orang tua-tua cakap
aku da makan asam garam lebih dari kau
kita boleh la balas.
” makcik, saya pon da terover telan garam asam etc daaa walaupon umo still muda”

inilah kehidupan.
dont worry. for the time being, kita jaga diri sendiri, sayang mase depan sendiri, take care family, org2 tedekat, happy2 dengan kawan, ishh kekdahnye, banyaka lagi laaa perkara yang menggembirakan dan enjoy di luar sana , x semesti harus berpasangan baru rasa bahagia berbunga di hati.
haha..

..
 
Comment by pl8ners
2010-04-01 01:05:13

best entry 2nd ni brader khai…

..
 
Comment by analyzer
2010-04-01 14:44:05

kisah yg ko da lalui seakan sama seperti yg aku dah pun lalui.akibat terlalu percakan perempuan,akhirnya termakan diri sendiri.

perempaun mempunyai 9 nafsu.golongan ini tidak pernah puas dgn ape yg dieorg dah pun miliki.termasuk la boyfriend! =(

..
Comment by key
2010-04-01 15:18:09

golongan ini tidak pernah puas dgn ape yg dieorg dah pun miliki.termasuk la boyfriend!

golongan ini?
merujuk kpd pmpn ke?

manusia yg xpenah puas adalah manusia yg xbersyukur.
xpenah puas =pmpn
xpenah puas= xbersyukur
pmpn= xbersyukur ??

uishh…bisa nyer statement~

haa kluar dah persamaan2 nih~~

..
 
 
Comment by key
2010-04-01 15:10:10

haiz…….
entri yg mengimbau kenangan lame ni…
tujam mmg sakit ati r..
heh, skrg rileks2 sudey der.. πŸ™‚

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-04-01 16:40:31

moga yg cerah akan menerangi kamu khai.. biasa lah, hidup penuh dengan cabaran & dugaan — tandanya Allah sayangkan kita..
Moga pas ni dapat belajar dari kesilapn yg dulu.. sesungguhnya kesilapan itu mematangkan kita..

..
 
Comment by SYAHIRAN
2010-04-01 22:33:06

kagum sungguh aku mendengar ayat ko ni bro..
kadang menyedarkan aku betapa aku selama ini jauh terpesong dari panduan jalan yang betul

aku juga bercinta. dan kini masih lagi bercinta. apa yang khai ceritakan memang betul berlaku di dunia nyata..
namun aku bersyukur kerana dikurniakan seorang gadis yang baik akhlaknya.malah jauh lebih baik daripada aku..
alhamdulillah..

hurm.. semoga suatu hari nanti kau akan dikurniakan sorang bidadari yang bakal merubah semua tu khai..
aku doakan semoga kau dapat kebahagiaan yang kau cari.. amin~

..
 
Comment by PakarLuahHati
2010-04-04 08:13:23

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau…….” (Rujuk Quran surah 47 ayat 36)

..
 
Comment by zedzaidi
2010-04-04 13:33:11

Salam perkenalan…khai, cinta itu permulaannya harus dengan kebaikan barulah seterusnya akan datang kebaikan-kebaikan…Dan jangan kita mulakan dengan keburukan..sekadar perkongsian…(,”)

..
 
Comment by zedzaidi
2010-04-04 13:51:30

Orang yang bijak adalah org yang cepat sedar dari kesilapannya.

..
 
Comment by mistress~
2010-04-04 16:13:25

bagusnya kalau semua orang pun berfikiran macam ni..saling jaga batasan antara each other…

oh…aku baru je nak menjebakkan diri dalam bidang couple2 ni, rasa macam dah tua sangat untuk terus pegang status single neh..tapi bila baca entry ni, buat aku sedar…

thanx..sesungguhnya kau dah berjasa khai dengan buah pikiran kau ni terhadap pembaca-pembaca kau…sememangnya usia bukan kayu pengukur untuk mengukur kematangan seseorang tu…

..
 
Comment by kuyam
2010-04-04 16:14:15

isk..ramai yang buta sbb cinta.sy dulu pernah bercinta jgk,tapi nasib baik Tuhan masih jaga sy. dan sekarang makin matang jadi sudah tak mauh fikir tentang cinta yang buang masa itu πŸ˜€

tapi sal karma tu,mmg sy juga percaya dgn hukum karma.wut goes around comes around πŸ™‚

..
 
Comment by nursyilham
2010-04-04 22:14:36

salam…………. mak ai sodeh eh…….
cian mr.khai kite…..
tapi…. sy lagilah….. dikenekn kwn sndri….
huhu….. dah takdir nak wat gane eak…..
terime yolah…………..

..
 
Comment by nenny
2010-04-05 17:15:07

lek r abg khai… itu tanda kita manusia biasa.. tapi alhamdullillah kesedaran datang jua.. walaupun selepas itu kita buat lagi.. ape pun, atas kita sendiri nak berubah ke tak.. usaha penting… semangat kene kuat..
terima kasih atas cerita ini..memberi kesedaran sikit pada nenny.. walaupun dh terlajak jauh…kita masih boleh mencari jalan pulang…

..
 
Comment by hafizmd
2010-04-07 11:41:04

takpela khai..yg bagusnya..rahmat DIA sentiasa ada untuk kite.hambanya yg selalu lalai..tengok..diri khai pun dah makin tabah dan bertambah macho..tahniah dan terima kasih kongsi pengalaman ni.. πŸ™‚

..
 
Comment by imran
2010-04-10 00:50:32

salam…. hmmm…. kalau korang nak tahu samada Islam mengiktiraf atau tidak akan hukum karma,, korang boleh lawat laman web ni…

http://azzariyat.com/wujudkah-istilah-hukum-karma/

renunglah bersama… ISLAM!!!

..
 
Comment by abdfatah
2010-04-11 12:18:39

ternyata ko lelaki setia pada cinta nampaknya…namun itulah yang akan ko hadapi… dikecewakan cinta.

moga ko akan dapat jodoh yang lebih baik dari gadis sebelum ini.. biarpun ko akan jumpa saat kecewa untuk berulang kali kecewa yang berulangan dengan genre kekecewaan yang berbeza…

dengan kekecewaan yang melanda jadikan ia sebagai pedoman masa depan. belajar dari kesilapan silam dan ko sepatutnya mengenali lebih ramai lagi gadis pilihan untuk dijadikan suri hidup rumah tangga.

bukak minda dan cuci bijik mata ko luas-luas… usah berharap sekadar hanya satu2 gadis semata-mata untuk ko buat pilihan sebagai suri rumah tangga…(bukan bermaksud untuk menjadi buaya) fikirkan masa depan yang lebih terjamin lagi bahagia bukan sekadar cinta yang remeh…

buat pilihan dan research itukan lebih baik dari terhegeh2 tanpa belas ehsan dan tanpa belas ditinggalkan begitu sahaja…

maaf ler… berjerela komen aku untuk ko…

..
Comment by Khai
2010-04-11 15:13:49

Thanks Abd Fatah dan semua.

nasihat korang benar2 buat Khai lebih kuat menjalani kehidupan dan menyedarkan siapa yang layak buat diri kita.

Terima kasih.

..
 
 
Comment by damiya_han
2010-04-15 23:30:35

khai boleh!!! teringat saat2 sy bercinte…lumrahla remaja br knl erti inta yg xseberapa tu..semoga Allah tetapkan hati kite setelah Dia bg hidayahNya:-)

..
 
Comment by Pie Pie
2010-04-28 21:34:45

aiikk??
kna tgl ka mr. khai last2 2?
susah mau pham owh crita ne…
:[ 😐 :-[) :oups: :aie: :beurk: :((

..
 
Comment by .SaYa SeDaP.
2010-05-01 21:13:45

u’re not stupid. u’re just HUMAN. πŸ˜‰

..
 
Comment by man
2010-10-02 23:04:53

salam khai.

huhu..actually aku pon baru mengalami keadaan mcm ko ni…
seyesly sedey sgt2…everyday asek trigt…mmg xbole lupe..

aku akui semuanya start dgn salah aku…aku ignore die even xbape lme time internship trening….at da same time dia yg tgh intern+hati luka dgn sikap aku jumpe dgn sorang mamat ni…

sedey sbb cpt sgt die sangkut dgn mamat tu…seolah2 aku ni xde dlm hidup dia…tp aku redha je lah…aku da cube yg trdaya utk dptkn balik tp mungkin dia bkan utk aku….

tp bila aku bace2 balik entry ko,mmg ade yg tepat kne batang hidung aku…semoga pengalaman lepas mematangkan aku dan hubungan yang akan datang..

btw nice one khai,entry ko mmg tulus dari hati.keep it up! πŸ˜‰

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?