Jawapan Aku Kepada Persoalan Kalian

jawapanku

Salam guys. Khai dapat banyak feedback mengenai blog ini yang jarang-jarang sangat di’update dan pelbagai lagi’lah persoalan yang Khai terima. InsyaAllah lepas ni Khai akan cuba berikan masa yang sama seperti dulu untuk blog Justkhai ini. Kesian pulak nengok blog ni kan update lambat-lambat. Macam kalau ada yang hari-hari masuk tunggu entri baru tapi tiada dan terus tiada. Apapun dikesempatan ni, Khai nak story sikitlah pasal blog ni yang ramai pembaca baru tak tahu. Yang dah follow lama dan setia, korang dah tahu everything kot pasal blog ni kan? Hehe.

1. Kenapa JK tak update selalu macam dulu?

Blog ni diwujudkan pada hari pertama Khai menjejakkan kaki ke Limkokwing University. Pertengahan tahun 2006 yang lalu. Masa tu as student, memang banyak masa terluang untuk berblogging. Bila siap assignment apa lagi yang menarik untuk dibuat kalau bukan curi sedikit masa untuk update blog kan? Kalau dah itu minat kita. Berkongsi 1001 pengalaman dengan pembaca yang dikenali atau tidak dikenali, amatlah menarik.

Bila Khai tulis blog, Khai selalu bayangkan Khai tengah bercerita dengan member-member di kedai kopi. Kalau di kedai kopi, mungkin untuk beberapa orang. Tapi di blog, beribu-ribu orang akan membaca which is air liur tak membazir dan setiap apa yang nak disampaikan boleh sampai dengan lebih sempurna kerana ianya tulisan. Kalau kita bercakap, masuk telinga kiri, keluar pulak kat telinga kanan.

Kerana itu, mengapa blog ini jarang di’update seperti dulu mungkin kerana Khai kini bukan lagi seorang student yang mempunyai banyak masa yang terluang. Lepas grad, Khai juga bukan working on Justkhai sahaja macam dulu tapi sekarang dah berbelas-belas web projek yang lain samaada diketahui umum atau tidak. Itu dari pandangan seorang blogger sahaja. Malangnya Khai juga seorang freelancer yang amat sibuk dengan urusan yang lebih mencabar berbanding menulis blog.

2. Apesal blog ini membahasakan diri sebagai “Khai” instead of “Aku” atau sebagainya? Macam gay je?

Teringat kisah ada seorang blogger tua otak kat lutut ni, mempertikaikan penulisan yang ada di Blog ini dan seraya memberitahu umum yang Khai adalah seorang gay dan krisis identiti. Hanya dari penulisan, mudah sangat orang nak melabel kita dengan pelbagai sesuatu yang tak masuk akal kan?

Untuk Blogger tua tersebut dan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui, gelaran diri pada tulisan di blog ini iaitu “Khai” adalah trademark blog ini sendiri. Kali pertama Khai kenal apa itu blog pada tahun 2004, Khai dah blogging dengan nama “Khai”. Bila “Khai” itu diguna, terasa lebih dekat dengan pembaca dan rasa kelembutan penyampaian pada ayat bila blog ini dibaca oleh mereka yang lebih tua dari Khai terutama’nya golongan wanita.

Dalam dunia nyata, Khai tidak membahasakan diri sebagai “Khai” kepada sahabat-sahabat lelaki tetapi “Khai” kepada sahabat-sahabat wanita kecuali jika wanita itu membahasakan dirinya sebagai “Aku” dan Khai juga akan turut menggunakan “Aku” sebagai kata pengganti diri.

Selebihnya, nama blog ini sendiri sudah “JUST KHAI”, maka setiap apa tulisan yang ada di blog ini, adalah penulisan dari seorang “Khai” kepada pembaca yang sudi membacanya. Bukan “Aku”.

3. Kenapa artikel dah lebih kepada personal dan tak macam dulu lagi?

Khai akui banyak artikel terkini di Justkhai, adalah entri personal. Mengapa dah tak macam dulu yang penuh cerita dengan pelbagai kategori yang menarik untuk dikongsi? Jawapannya adalah bukan kerana Khai tidak lagi berminat menulis artikel pelbagai kategori seperti dulu, cumanya setiap kategori itu telah dipecahkan kepada web-web yang lain. Bukan lagi di bawah satu bumbung blog ini.

Kebanyakkan artikel-artikel yang sepatutnya dikeluarkan di Justkhai, telah beralih arah ke beberapa website lain di bawah OH! Media samaada website tersebut dipromosi kepada umum atau di bawah pengetahuan Khai sahaja. Tiada siapa sebenarnya dapat mengira berapa web pelbagai kategori yang Khai keluarkan selain hanya Khai sahaja yang tahu.

Diingatkan, mempunyai banyak website dan blog bukanlah sesuatu yang hebat sebaliknya lebih kepada ke’seriusan dan disiplin insan yang betul-betul ingin berjaya dalam bidang yang diminati’nya. Jika korang buat sesuatu yang korang sendiri tak minat, maka ianya jadi tak ikhlas dan korang sendiri akan mengeluh tak larat. Maka, hantukkan kepala ke dinding kerana tidak mengenali minat sebenar diri sendiri.

4. Lama tak dengar kisah cinta Khai.

Artikel personal itu mungkin ada tetapi sesuatu yang berkaitan dengan bercinta dan putus cinta, atas sebab tertentu ianya tidak lagi dikongsikan di blog ini seperti dulu.

5. Apa best’nya baca blog ni? Artikel berjela-jela macam tak berfaedah je?

Ketahuilah, setiap artikel yang dikeluarkan di blog ini, walaupun ianya sebuah artikel personal, pendek atau panjang, tetap terdapat banyak pengajaran buat mereka yang mahu berfikir dan bijak untuk menilai. Khai takkan buang masa Khai sendiri untuk perkongsian yang tidak bernilai. For me, time is money and money is tissue. Hehe.

6. Mana nak jumpa Khai? Mana nak cari gambar Khai?

Korang tak perlu jumpa Khai kalau meminati kretiviti yang Khai hasilkan. Tetapi ambil’lah apa sahaja yang korang rasakan berguna dan berfaedah untuk dijadikan contoh jika mahu. Kenali Khai mengenai tulisan dan bukan pada tuannya. Buat masa ini juga, tiada gambar personal yang dikongsikan lagi seperti dulu. Ini kerana terlalu ramai yang tidak senang dengan owner blog ini kemudian menggunakan gambar-gambar peribadi untuk di’ekploitasikan ke jalan yang tidak baik.

Ianya pernah berlaku sebelum ini dan hampir menjadi kes polis yang nyata membuang masa banyak pihak. Khai tidaklah seperti Fahrin Ahmad dan tidak jugalah seperti Acappan. Maka sayangi dan kenalilah bakat yang terhasil. Apapun, kalau rajin, selaklah ratusan artikel yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Harap masih ada.

7. Pernah Terjumpa typo error dan ayat yang pelik.

Tiada satu artikel pun di Justkhai yang di’semak ayat dan ejaannya betul atau silap. Dan tiada satu pun jua artikel yang dipadam selepas dikeluarkan melainkan benar-benar perlu atas sebab-sebab tertentu. Jika ada ayat yang tersilap dan berbelit, sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk ditangkap oleh korang semua para pembaca. Mengapa Khai tak semak semula? Sebabnya setiap entri yang Khai keluarkan adalah luahan tulus-mulus dari hati ibarat sedang bercerita kepada ramai sahabat-sahabatnya. Dan jika semakkan dibuat, Khai dah tak rasa suasana tersebut. Terpulang pada cara masing-masing.

8. Tak setuju dan benci dengan beberapa artikel.

Sememangnya banyak artikel di Blog ini yang tidak disenangi mereka yang terkena pada batang hidung’nya samaada Khai perasan atau tidak. Jika Khai menulis tidak suka perangai orang ini dan itu atau pun Khai mengatakan pemain Chelsea adalah bebal, itu adalah pendapat Khai semata-mata. Itu sebagai contoh je lah ye? Hehehe.

Jadi, tolonglah jangan terlalu rajin sampai buat satu artikel khas di blog mengeji Khai atas sesuatu yang korang tidak suka di blog ini. Hormati pendapat orang lain dan jika rasa tidak puas hati, hubungi’lah secara peribadi melalui email. Antara kita-kita sahaja dan Khai akan menjelaskan mengapa wujudnya itu dan ini yang mendatangkan ketidakpuasan hati korang. Tidak perlu mengeluarkan satu artikel khas di blog mengenai blog ini dan menanti jawapan Khai sendiri pada ruangan komen blog korang tu. Sebelum Khai jelaskan di petak komen, selalunya dah banyak komen terdahulu yang ditinggalkan di mana dengan suka hati menambah rencah secara membabi-buta sahaja sedangkan langsung tidak tahu-menahu apa cerita.

Adalah terlalu keji jika sebelum ini blog ini dijadikan rujukan sehingga mengaku blog ini adalah idola dirinya tetapi kerana satu artikel yang tidak memuaskan hati, terus melupakan segala-galanya yang baik pada dirinya dan melabelkan blog ini sebagai sebuah blog yang teruk dan terus mencerminkan keperibadian sebenar penulis.

Hukum manusia, 1001 perkara baik diterimanya terlalu mudah dilupakan hanya kerana 1 perkara tidak baik diterimanya. Terus mula melatah dan melabel sana sini ibarat sebelum ini langsung tiada apa yang baik pernah diterima dirinya. Ibarat kacang lupakan kulit. Maaf kepada yang terasa.

**************************

Apapun, terima kasih kepada follower blog ini yang sudi membaca sebarang artikel Khai tulis dan rajin juga meninggalkan komen yang bukan kepalang. Kadang-kala ada komen yang lebih panjang dari entri. Seronok Khai baca. Kalau ada komen yang tak sempat Khai balas, mohon maaf dan cuba rujuk point No 1 dalam entri ini.

Kalau nak minta bantuan atau memberikan teguran, email Khai secara peribadi dan setakat ini, tak satu email pun yang tertinggal untuk Khai balas walau kadang-kala lambat juga. Hehehe. Sekali lagi rujuk point No 1 mengapa dan kenapa.

Terima kasih kerana membaca penjelasan ini dan kalau-kalau’lah ada sebarang persoalan boleh’lah korang tanya dalam petak komen sebelum blog ini kembali seperti Justkhai yang dulu pada hari Jumaat ini. InsyaAllah selagi nyawa menghela nafas dari udara Allah SWT.

KHAI: TERFIKIR KALAULAH TUHAN CHARGE RM10 UNTUK SETIAP HELA NAFAS YANG KITA SEDUT, PASTI RAMAI YANG TERSEKSA. INI ALLAH DAH KASI PERCUMA MALAH MELIMPAH RUAH REZEKI PUN MASIH RAMAI TAK BERSYUKUR. KHAI, TOLONG BERSYUKUR YA! TEEHEE!

Ditulis pada 6:26 AM 5 April '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 841 views | Dalam kategori: Blog, Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

66 Comments »

Comment by Saffa
2010-04-05 06:34:20

Gedik nak jadi pengomen pertama boleh tak? haha. Okay. Tak yah jawab. Dah komen pun! Hahahaha.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Pembebel Seksi
2010-04-07 03:39:41

hehe macam best jeee

..
 
Comment by Amir
2010-04-15 17:08:30

tak pernah jadi 1st commentator kat blog khai. hehe.. mesti dah belakang2 baru dapat komen..

harap khai teruskan men’update blog.. hari tu orang tanya, apsal blog khai PR2, saya pun tak tahu nak jawab. adakah sbb jarang update?

..
 
 
Comment by dhia hanna
2010-04-05 06:36:14

peduli apa org kata..teruskan je..kami kat luar negara ni masih sanggup baca apatah lg yg kat msia..xsuke pun derang baca gak kan?huhhuhu.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Piratz
2010-04-05 07:07:01

Ala Khai.. Biarpun ade orang tak suka… tapi masih lagi ade orang yang support ko…. :love:

..
 
Comment by hantu kentang kowt...
2010-04-05 07:08:24

tros kn usaha khai..
lantak la owh nk kte..
mulut tempayan ley kte tutop ,mulut owg mna ley kte tutop..
:bloody: …

..
 
Comment by Is
2010-04-05 07:10:41

Sokong kau! :o:

..
 
Comment by syin
2010-04-05 07:19:56

dipagi hari membaca entri yg panjang suam2 kuku memang mencabar…hahaahaha…

soalan : ko pakai tshirt apa kat dlm sweater tu…? mcm meriah je corak dia….hahaha…

p/s : smoga Allah merahmatimu.

..
Comment by Khai
2010-04-05 21:09:22

Hehe, tu tee Cherating tu.. kenangan masa lepak Cherating hari tu.. Gambar tu pun kat Kuantan. On the way balik rumah.

..
 
 
Comment by stonez145
2010-04-05 07:30:24

assalamualaikum…

betul la tu…
kita bukan apa, nak cuba sebaik mungkin senangkan hati semua orang…
tapi memang, kadang2 tu, buat tak tahu lagi baik…

apa2pun, tak kisah sangat sebenarnya artikel personal atau ilmiah…
bila dibaca artikel ilmiah,dapat lagi ilmu..
bila dibaca artikel personal, saya semakin mengenali kamu…
cuma jangan artikel bercanggah agama, atau promoe sesuatu yang bukan dalam fitrah islam…
contohnya tak tutup aurat?
huhu…

ok semog aberjaya pada kamu…

..
 
Comment by Scromix
2010-04-05 07:35:53

berbelas web . wah , xnak bagi satu kt aku ke khai? h0h0 ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by aizuddin
2010-04-05 07:45:23

kena ada minat baru boleh hidup..dan tak semua akan setuju dengan kita punya pendapat..lagi2 pasal bola..hoho :bloody:

..
 
Comment by entah89
2010-04-05 08:56:16

salam..ermmm..ckp psl no.6 tue kn..
aku rse penah nmpk gmbr khai kat dlm nie..
nk bg tau kat sni ke?
kang 4sure org berebut2 nk tgk.. :bloody:
hehehehe..
x pasti lah tue gmbr btul khai or org len..

pape pun..selama nie aku hanya sbg silent reader..
skrang nie komen skit2 pew yg ptut..
hehehehe..

btw khai..
aku sbg ex-silent reader.. ๐Ÿ™‚
menyokong khai dr blkg..
hehehehe..
keep da gud work!!! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by nizam6281
2010-04-05 09:24:22

Penjelasan yang baik En khai.

..
 
Comment by Menteil
2010-04-05 09:41:03

Hehe.. Memang payah bila berganjak dari pelajar kepada pekerja.. Makanya orang diluar sana jangan pertikaikan masa seorang pelajar dengan seoramg pekerja seperti kami.. =p

tapi dah nama pun minat, aku curi masa rehat berkerja untuk menyiapkan entry dengan hanya menggunakan handset..

..
 
Comment by microdyt
2010-04-05 10:25:17

haha..
good work khai.

..
 
Comment by arnamee
2010-04-05 10:33:45

Salam khai. satu yg anem suka tntg khai- mhu dikenali melalui kreativiti not orgnya. teruskan .all the best:)

..
 
Comment by IzwaN
2010-04-05 10:40:05

Khai…
keep it up…
xkesah la slalu update ke..x ke..
I’ll always follow this blog…
Congratz bro.. 8)

..
 
Comment by onetrg
2010-04-05 10:43:26

persetankan,periblisan cakap2 org 2 khai he3..ko buat je ape yg berfaedah dan baik suda..moga jk trus maju..majulah jk ntuk negara..;) he3..

..
 
Comment by zida
2010-04-05 11:10:17

keep it up bro ! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by merahjambu
2010-04-05 11:18:50

alaaa Khai, nk puaskn ati org mmg ssah
nk puaskn ati sndri pn,smpai skrg x gak puas2…
inikn plak ati org……….
bgi aku kalo ade artikel kt dlm nih yg aku x suke
aku tkkn bca smpai abes
snang citer…
nk kutuk pn utk ape??
kalo aku dpt ktuk ko dpn2 ok gak..
tpi stkt nih aku mmg sntiasa snang ngn artikel2 ko nih
ini blog ko,trplg pd ko nk tlis ape yg ko suke
asl ko tau ape yg ko tlis kan
aku sntiasa mnyokonh JK nih
sbb bestttttttttttttttt….
hsband aku pn ckp bestttt…

..
Comment by Khai
2010-04-05 21:12:52

kirim salam hubby ye.. hehe..

..
 
 
Comment by nur
2010-04-05 11:27:33

Sayang khai..hehe..time kasih tlg jwbkan soalan yg bermain di pikiran..hehe

..
 
Comment by lazaac
2010-04-05 12:17:58

aku respect khai nyer personaliti dan mentaliti dalam berblogging, mulia sungguh… bukan nak bodek tapi ni fakta, tak ramai blogger yg tidak mahu dikenali ramai mcm khai, sbb kebanyakan dari blogger skrg lebih suka populariti dan lebih dikenali di dunia maya juga nyata… mcm artis wannabe jer suma… btw, keep it up khai, good work utk web ni dan web2 yg lain… perjuangan perlu diteruskan..

p/s : kerja freelancer ni sungguh memeningkan kepala kalo tak adjust tul2 mcm aku, ades…. byk projek web, kekadang tak terurus langsung, disiplin aku kurang ckit… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by misssipisippi
2010-04-05 12:41:36

cet…duit mcm tisu…..siot je khai.hahha bagi la kt sy 1bgkus tisu itu………huhuhu lalalalla 8)

..
 
Comment by Kujie
2010-04-05 12:49:30

baca blog Khai dan sesekali bertembung juga perbezaan pendapat antara kita, tetapi hanya sekadar membaca…kita diberi akal utk menapis dan menyerap apa saya yang dibaca

kesalahan ejaan satu dua bukanlah perkara keji – selagi maksud ayat masih boleh difahami

..
Comment by Khai
2010-04-05 21:15:24

Benar Kak Jie.. Masing2 ada cara pemikiran sendiri. Jadi bila membaca pendapat orang lain, tak semestinya kita harus membangkang kan? Terpulang untuk kita stick atau tidak pada pemikiran dan pegangan kita as long blog ni tak memesongkan akidah. Minta dijauhkan. Hehe.

..
 
 
Comment by fiezaradzi
2010-04-05 12:51:02

wah.. duit khai cam tisu.. nak tisu sikit khai.. hehe..
pjg pnjelasan kali ni.. pape pun, gud luck dgn projek yg diusahakan..

..
 
Comment by eiyda
2010-04-05 13:03:38

walo pe pon..dr dulu sampai la skang..xjemu2 bc blog Khai…sebb blog yg 1st i jumpe n baca…adalah blog u khai…
bak ’tisu’ sekotak..selsema ni ha..heheh ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by akiratoriza
2010-04-05 13:30:51

huhuhhu…
khai..khai… memacam orang cakap tapi aku tau ko akan tetap jadi diri ko.. bak kat pepatah mulut tempayan boleh ditutp tapi mulut orang tak boleh… tapi kalau nak tutup jugak kasi mati jelah tuan empunya diri kan… hihihi… papepun aku tetap setia jadi silent readers ko… ko tulis macamna panjang pun aku tetap akan baca walau kekadang sambung-sambung baca.. sakit mata wei baca entri ko yang tulisan begitu halus… ๐Ÿ˜Ž

..
Comment by hidayah
2010-04-05 13:41:05

mane tshirt scukz.com yg dijanjikan oleh khai kdp sume forummerz,…musim berblog..jd forum pun xde….snang gituh dop???

..
Comment by Khai
2010-04-05 21:17:45

hidayah, tee sepatutnya akan diterima semua pada minggu ini. Dah ada yang dapat pagi Isnin tadi.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by fetty
2010-04-05 13:44:04

em..panjang tul explanation en. khai nih.. :8
paper pun pe je entry khai aku bace jek… ๐Ÿ™‚
neway keep up the good work ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by khairil
2010-04-05 14:06:28

life as student x sama bila dah keja..xkira la keja apa sekali pun..tangggungjawab kita lagi berat ๐Ÿ™‚

gud luck utk semua projek yg mendatang

..
 
Comment by nurfarazila
2010-04-05 14:26:23

salam..huhu…bagus bahasakan diri dgn khai tu…sopan n sedap didengar ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Mr Fathi
2010-04-05 16:06:17

Alhamdulillah…setiap hela nafas yg kusedut percuma tanpa ada caj tersembunyi..hihihi

Khai,saya ada soalan,apsal saya takleh komen kat shuoutbox??? =(

..
 
Comment by rashid
2010-04-05 16:31:19

Keep it up khai…ape pun orang cakap, khai da hampir 5 tahun berblog secara serius, dan kalau itu minat khai, teruskan!!!

..
 
Comment by hunny_qtn
2010-04-05 17:42:35

“Terus mula melatah dan melabel sana sini ibarat sebelum ini langsung tiada apa yang baik pernah diterima dirinya. Ibarat kacang lupakan kulit. ”

Khai pkai pepatah mcm Karam Singh Walia. haha

..
 
Comment by iffa yuna
2010-04-05 17:54:59

pedulik ape org kate..
aslkan khai tau ape khai wat..
chaiyok3!!!
support khai smpi bile2..
heheh =)

..
 
Comment by fahmi
2010-04-05 18:18:15

hehe ๐Ÿ™‚ sokong khai…. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by fahmi
2010-04-05 18:20:15

hai…. huhu

..
 
Comment by Eldy
2010-04-05 18:24:39

bro Khai terlalu rendah diri untuk menampakkan wajah sebenar.. haha!

..
 
Comment by Piratz
2010-04-05 18:29:30

bile la ko nak tunjuk gambo ko kat blog.. huhu..
bukan ade orang nak bomoh pun.. hahaha…. :p

..
Comment by Khai
2010-04-05 21:21:28

kalau ada yang follow kes awal tahun lepas, mesti tahu kenapa sekarang setiap gambar aku di’blur kan..

..
 
 
Comment by Roslan
2010-04-05 19:05:24

ehem!!! baik sikit mulut tu..aku ade detect something messy yg tak kene mengene ๐Ÿ™‚

aku la..aku sng baca blog yang tak berbelit sgt..aku suke baca blog yg mcm agak sembang2 jer..and takde nak men kroni2 ko jer duk blog tu…dah macam ape plak..haha..aku baca blog ikut kesudian aku sdri..aku tulis blog pun ikut masa aku sendiri..aku pun dah jarang update plus idup aku semakin bz..n kat twitter jer la aku ade..tu pun duk perangat2 ko.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2010-04-05 21:24:03

Haha.. Kan tu contoh je.. Lalalala.. ya bro, itu bezanya menulis blog secara suka-suka dengan beza menulis blog sebagai part of bussiness.

..
 
 
Comment by ejardkethot
2010-04-05 20:26:13

saya tetap akan jadi follower setia anda..
bukan stalker ..tp ska apa yg khai kongsi
[^.^] tabahkan diri anda !!~ yeah live must goo onn …
yeahh..

..
 
Comment by wawa
2010-04-05 20:39:41

sentiase s0k0ng khai~ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Khai
2010-04-05 21:27:31

Thanks guys. Maaf tak sempat nak reply semua. Apapun terharu dgn sokongan korang dari dulu sampai sekarang. Jika satu hari nanti, Khai berhenti dari dunia blogging, sokongan berterusan koranglah yang akan menjadi kenangan tak dapat dilupakan.

..
Comment by merahjambu
2010-04-07 08:08:08

hehe..ko mmg berbakat besar dlm dunia blogging nih
aku pcaye rmai pmbca kt JK nih yg menyokong ko…
aku sndri pn kagum dgn kbolehan ko
ko bijak…..

heheh hrp2 biler ank aku lhir nti akn bijak cm ko jgak…hahahaahahahahah

..
 
 
Comment by Wan Perlis
2010-04-05 22:32:15

aku dah attack jk sebelum entri ni ditulis.
sory aku terpaksa khai
bagaimana pun aku berterima kasih dgn entri kenangan orang tak puasa

remaja kecewa – Arau

..
 
Comment by Zizie
2010-04-06 01:19:46

khai!! we;re behind ur back at all the time!!
akan sentiasa menyokong karier kau walaupun takpernah bersua.hehe.
nnti dah ber’nama’ jgn lah sombong.keep low profile ;))

..
 
Comment by Alan
2010-04-06 02:05:55

Ingat walaupun ada orang benci kita tak bermaksud tak ada

seorang pon yang suka dengan kita.

Kalau kita cakap hidup kita susah, orang lain ada yang lagi

susah.

Kan bende macam ni sepatutnye Khai tulis dalam entri

Hukum Karma Part 3

Lol~

..
 
Comment by kisahremaja
2010-04-06 08:36:46

semestinya…. komitmen as full time blogger perlukan peruntukan masa yang tersendiri…..dan pada saya its ok untuk kita berbeza pendapat ….barulah pemikiran akan lebih berkembang…dan lebih terbuka…

..
 
Comment by ayong_qiela
2010-04-06 08:42:34

all the best khai.

kita memang tak boleh puaskan hati sume orang, so just let them be. yg penting, kte tahu ape kte wat. n mmg salute ngn khai dr dulu till now ^__^

..
 
Comment by x-po
2010-04-06 10:38:42

bdsrkan pic di atas, aku agak2 bdn ko tak terlalu tggi sgt…ekekeh btl x bro?

..
Comment by me amor
2010-04-06 11:28:32

bdan mmg x tnggi sngt….slalu lmbt msuk klas dlu….n….kedekut ilmu skit…hahahaha (dr hati) ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by syahirul
2010-04-07 00:06:06

khai ni kurus dan tinggi sket dari aku kalo tak silap.. aku 170cm.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by titan
2010-04-06 14:33:20

hehe..biasalah tu. Sibuk dengan kerja..

..
 
Comment by MQ
2010-04-06 21:06:37

salam….setiap usaha yang tulus mulus….akan dikurniakan dengan keindahan dan kelapangan dlm idup..so khai teruskan apa yg khai rasa baik utk seme org dan diri khai….Chaiyuk2 khai…..

..
 
Comment by fuzz_0603
2010-04-06 21:48:31

Assalamualaikum…..
x tau email khai pown…
anyway, saya ttp sokong khai..

*semoga ALLAH merahmatimu… =(

..
 
Comment by As
2010-04-07 17:39:02

[deleted]

p/s: khai,mnta permission ye utk wat promo kt cni ye.. Tq ๐Ÿ˜‰
Ape2 pun usah peduli ape org nak cakap.. Hanya kite yg faham diri kite.. Teruskan usaha anda! Good Luck for ur future undertaking!

KHAI: Sorry As, mmg tak boleh promo apa-apa di bahagian komen. Hihi

..
 
Comment by belalang
2010-04-08 01:55:01

lama x jenguk sini..hehhee
khai… keep blogging k =)

..
 
Comment by justme
2010-04-08 16:44:13

salam khai, saya cuma silent reader selama ni..saya suka cara anda yang telus itu. Dalam komen anda, dlm entri anda..amat menyenangkan hati membacanya. Gaya penulisan juga membuat saya teruja untuk membaca ke ayat yang seterusnya.Bagi saya, kita tidak perlu dengar perkara atau komen2 negatif yang melemahkan kita. Teruskan sahaja dengan cara kita selagi tidak menyentuh sensitiviti agama atau perkauman. Saya menyokong anda kerana anda sangat berbakat dalam penulisan. Kenapa tidak khai menceburkan diri dlm dunia penulisan buku pula?

..
 
Comment by nursarah
2010-04-09 12:55:52

sebenarnya, saya rasa pelik dengan mereka yang mahu blogger tertentu menulis mengikut acuan pemikiran mereka, sedangkan pemikiran kita masing2 sememangnya tidak sama.

khai, saya suka penulisan anda yang panjang berjela-jela. tak kisahla khai jarang update ke apa. dan saya pun selalu baca entry anda secara bundle.

..
 
Comment by naem
2010-04-09 20:27:04

personal2 pon ada makna jgak kan…besh jgak kan…hu3 ๐Ÿ™‚

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post