Pandangan Aku Tentang Video Lucah Ariel Peterpan dan Luna

[entri ini menggunakan aku. Untuk bacaan yang sebaya atau bawah dari umur pemilik blog ini sahaja]

ariel-luna

Bila Gadis Lonely memaklumkan aku pasal tersebarnya video hubungan kelamin antara Ariel Peterpan dengan kekasih dia si Luna Maya, aku agak terkejut serupo nate beruk. Hehe. Speaking Kelate pulok hambo. Dan bagi membantu dia merealisasikan artikel untuk Oh! Artis (kini dah pun release), aku membantu sedikit dan sebanyak apa yang termampu mencari maklumat tersebut.

Untuk mencari video tersebut nyata tidak mudah. Banyak web dan blog yang menulis mengenai video ini, tanpa dia sendiri pernah melihat video tersebut. Ada juga blog yang ada video tersebut dan menyediakan link download, tapi agak leceh sebab nak kena email dia dulu dan macam-macam perkara menjengkelkan lagi.

Untuk makluman, pencarian video tersebut bukan dilakukan kerana ingin melihat aksi berahi tersebut. Jelas, aksi-aksi ala 3GP itu nyata bersepah di dunia internet terutama orang melayu kita sendiri. Dan pada aku, video aksi-aksi kelamin ini tiada apa bezanya. Ibarat skrip dan plot cerita yang sama cuma hanya pelakon yang bertukar-tukar. Masuk sini masuk sana, dah habis cerita. Itu sahaja yang diulang-ulang dan hanya loser yang menonton cerita yang membosankan seperti itu. (more…)

Posted on 9 June '10 by , under Hiburan, Tergempar. 73 Comments.