Gomo Selangor Gomo! Kelate rilek-rilek suda!


Kalau entri sebelum ini mengenai pergaduhan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Kelantan, ramai yang sangka owner blog ni mungkin orang Negeri Sembilan. Sebab tu dia backup team bola sepak Negeri Sembilan semacam je kan? Sebenarnya tidak. Khai dilahirkan di Johor dan parent Khai berasal dari Selangor. Di mana Negeri Sembilan’nya di situ?

Kalau ada reader yang berasal dari Kelantan rasa tak berapa senang dengan entri tersebut, Khai minta ampun minta maaf. Takde niat pun nak create apa-apa yang tak sedap dipandang mata. Itu tak lebih dari sekadar teguran untuk yang berhak bersuara. Selagi polis mahupun BPR tak keluarkan kenyataan jangan tulis entri untuk menegur. Berulang-kali diulang, segelintir dan segelintir, tapi ramai je yang emo tak tentu pasal. Dalam komen marah-marah cakap bukan semua orang Kelantan macam tu. Memang la bukan semua, dalam entri pun jelas-jelas dah ditulis, hanya segelintir.


Semalam, ingat nak turun Bukit Jalil nengok Selangor VS Kelantan. Tapi atas aral yang melintang-pukang, akhirnya nengok kat mamak jugak. Hahaha. Best gila bila ramai penyokong Selangor dan Kelantan boleh minum satu table menyokong pasukan masing-masing. Ape barang pergi stadium, mamak lagi best. Boleh nge’teh sambil berasap. Itu baru nengok bola namanya. Hehehe.

Bila keputusan selepas extra time pun 1-1, finally, Selangor menang penalti bila dua orang pemain Kelantan tiba-tiba buta tak jumpa mana pintu gol. Satu terkena tiang dan satu lagi keluar terus. LOL!! Oh! Tidak. Dan apa yang tak sedapnya, terdengar suara manusia bangang yang menjerit….. “woi ape tunggu lagi.. dah menang tu blah je la“.. Satu kenyataan berani mati yang membuat penyokong Selangor tak senang duduk. Rasa nak kasi penyepak tang muka. Nasib tak melingkup meja-meja kat mamak tu. Kalau tak boleh join sekali melingkupkan kedai mamak tu.

Kat Stadium Bukit Jalil, tak tahu la apa pulak jadi. Harap masa Berita Utama malam nanti takde la sesuatu yang kurang enak dipandang mata. Stadium Bukit Jalil terbakar pulak ke? Rilek la, bola aje kot? Nak emo satu badan buat ape kan? Adat permainan ada menang dan kalah. Tapi, (more…)

Posted on 26 April '09 by , under Hidup Khai, Tergempar. 71 Comments.