Nengok Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs – Dengan Heliza AF5


Terdengar suara misteri entah dari mana.. – Khai Khai. Nama je peminat No 1 Heliza Helmi. Tapi Syurga Cinta pun kau tak support kan? Hehehe. Bukan taknak pergi nengok kat wayang masa tu, tapi masa tu ada je aral melintang. Tak melintang menegak pun ada. Nak pergi nengok sekarang, celah pelusuk wayang mana pulak la yang ada tayangkan lagi.

Al-Kisah je baru tadi dapat nengok Syurga Cinta. Tahu kat mana? Kat Youtube je pun. hahaha. Baru je di’upload semalam. So kalau rasa nak nengok mata kekasih gelapku itu, go search la on Youtube for Syurga Cinta. Cerita yang hebat dan mantap. Serious, macam nak meleleh je air mata tapi control ensem, member tumpang nengok sekali. Paiseh! Heliza jangan marah ek?

Ada ke yang tanye kenapa Khai suka Heliza? Cantik atau comel tu belakang kira. Tapi since dia pernah berinteraksi dengan Khai penuh comel sekali di Oh! Artis, terus research mengalahkan orang nak buat thesis pasal Heliza ni. Kalau korang perasan Oh! Artis tu pun, siapa pulak model dia kan? Hahahaha!

Before nengok Syurga Cinta kat Youtube, 9 malam semalam nengok Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs. Tapi bukan Youtube la (gila ko?) tapi kat GSC Midvalley. Beratur sumpah panjang sampai masuk dalam McD. Tak habis-habis lagi manusia beratur nak nengok Transformers 2. Hehehe. Kesian Ice Age 3 agak slow penjualan dia sebab ada Transformers tapi tetap jugak kuning (selling fast).

Tadi belanja dua orang member sekali nengok. Harga tiket 17 hengget tu sebab nengok yang 3D punya version. (more…)

Posted on 5 July '09 by , under Hidup Khai. 75 Comments.

Orang Pertama Nengok Transformers: Revenge of the Fallen


Tajuk tak hengat la kan. Hahaha! Fuh, baru je balik nengok Transformers: Revenge of the Fallen dekat Mid Valley. Wow! Seperti yang disangkakan la, cerita ni confirm superb habis. Tak berkedip mata dari awal sampai la habis. Sure ramai yang jeles ni sebab belum nengok kan? Hehehe. Beli tiket pukul 9 malam lepas beratur panjang. Kes lupa nak booking la ni kan. Semua dah sold out. Dem! Actually cerita ni keluar 24 June 2009, tapi ntah kenapa, ada tayangan awal untuk 23 June 2009. Yang tinggal pun pukul 12:30 pagi. Kira dah masuk 24 June la tu. So ini bermakna, siapa yang nengok Transformers untuk tiket 24 June 2009 jam 12:30 pagi, orang tu tercalon antara orang pertama yang nengok Transformers ni kat Malaysia mengikut tarikh tayangan perdana sebenar diorang. Sanggup beratur panjang beb!

Orang punyalah ramai. Diorang ni demi Transformers, sanggup tidur lambat kan? Tak reti-reti nak tidur awal ke esok nak kerja? Kalau penganggur terhormat macam Khai takpe la jugak kan? Hehe. Ramai jugak yang tua-tua bangka pakai helmet Transformers bawak masuk wayang. Gile fanatik la diorang ni. Mengalahkan budak-budak.


10:30 Malam: Lepak Mamak kat bawah skybridge ke The Garden tu. Letih siot nak tunggu.

Tak payah la kot nak cerita pasal Transformers ni, since kalau Khai ceritra pun, sama je la dengan plot yang dapat korang baca kat internet ni. Salute sangat la kat Michael Bay dan crew dia yang dapat jadikan Transformers tu memang macam betul-betul ada dalam dunia ni. Langsung takde cacat cela dari awal sampai la akhir. Cuma agak tak menahan sebab Transformers 2 ni, USA tak habis-habis tunjuk betapa hebatnya ketenteraan negara diorang. Sampai boleh Khai terbayang kalau’lah negara kita ni tiba-tiba saja nak ajak Amerika main perang-perang, rasanya tentera kita baru nak sarung seluar, kita semua dah goal kot? Ok, Malaysia Boleh!


12:18 Pagi: Nak masuk panggung pun kene queue. Punya la ramai kan

Tapi apa yang pastinya mengenai sequel Transformers ni jika nak dibandingkan dengan Transformers 1 dulu, best lagi la yang dulu. Yang ni jalan cerita biasa-biasa sangat. Ending pun tak berapa nak ter’uja. Kalau bukan kerana CGI yang super hebat tanpa cacat cela, baik beli DVD cetak rompak je la kan? Hehehehe. Tapi, (more…)

Posted on 24 June '09 by , under Hiburan. 105 Comments.