Sembilan Belas April


Gambar di atas diambil menggunakan Nokia N73 yang bertarikh 19 April 2008.Dan hari ketika entri ini ditulis, adalah 19 April 2009 di mana genap satu tahun usia gambar tersebut. Sekeping gambar cukup memberi 1001 makna yang sukar dilupakan. Gambar selalunya menggambarkan memori yang indah-indah dalam kehidupan kita semua pada masa lalu. Hakikatnya, biar 1000 tahun, gambar hanya tetap gambar dan kita sebagai manusia harus menerima segala qada’ dan qadar yang pastinya tidak pernah pun digambarkan.

Selamat hari jadi Norasnizah Ab Aziz. Biarpun kita berdua kini masing-masing membawa haluan sendiri dalam hidup, kau tetap seorang wanita yang pernah bertakhta dulu di dalam hati ini. Biarpun sampai hujung nyawa, tiada apa yang dapat memadam kenangan kisah silam suka dan duka kita berdua selama bersama.

Ketahuilah, hari yang paling indah sejak aku mula mengenali cinta, adalah pada hari pertama kau ku kenali. Tiada dendam antara kita kerana apa yang terjadi anggaplah tidak lari dari kekhilafan kita sendiri yang masih mentah dalam menempuhi hidup ini.

Kepada korang yang baca blog ini, ucap dan doakanlah gadis ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya. Janji, ini entri yang terakhir berkaitan dengan’nya di sini.

Posted on 19 April '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 135 Comments.