Kempen Twitter #Merdeka 2009
Entri ini ditulis pada hari Sabtu – 1 Ogos 2009. Bermakna secara rasmi dah pun masuk bulan Kemerdekaan negara. Dan menjadi tanggungjawab Khai dan korang semua untuk menulis sesuatu mengenai kemerdekaan di blog masing-masing. Dan kerana itu wujudnya artikel ini menggesa agar ramai yang menghargai betapa berharganya kemerdekaan negara. Khai lahir pada 03 Ogos 1988 yang membawa maksud Khai adalah “ANAK MERDEKA” dan turut membawa maksud Hari Jadi Khai yang ke-21 adalah lusa. Teehee!!
Banyak perkara menarik terjadi pagi Sabtu ni. Ada juga yang tak berapa nak menarik. Yang tak menariknya, pagi ni terpaksa cancel nak pergi Pikom PC Fair kat KLCC. Sebab member ada hal penting. Jadi esok (Ahad) baru dapat serbu KLCC lah kan. Tapi bagus juga hari ni tak dapat pergi sebab jalan jam sebab ada manusia-manusia tak sekolah buat demonstrasi ISA apejadah entah. Macam biasa, hanya menyusahkan orang ramai padahal anak bini kat rumah entah makan ke tidak tu sibuk join demonstrasi je kerja. Booyah!
Pagi tadi, Khai saja buat contest sikit kat Twitter. Suruh teka lagu apa yang Khai nyanyi dalam artikel sebelum ini. Ramai juga yang menjawab, dan akhirnya dimenangi @mrbintang coz dia yang first jawab dulu. Berikut Khai edit skit apa yang jadi di Twitter bagi gambaran yang lebih jelas untuk pembaca blog ini. (more…)