Kempen Twitter #Merdeka 2009

1,624 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini


Entri ini ditulis pada hari Sabtu – 1 Ogos 2009. Bermakna secara rasmi dah pun masuk bulan Kemerdekaan negara. Dan menjadi tanggungjawab Khai dan korang semua untuk menulis sesuatu mengenai kemerdekaan di blog masing-masing. Dan kerana itu wujudnya artikel ini menggesa agar ramai yang menghargai betapa berharganya kemerdekaan negara. Khai lahir pada 03 Ogos 1988 yang membawa maksud Khai adalah “ANAK MERDEKA” dan turut membawa maksud Hari Jadi Khai yang ke-21 adalah lusa. Teehee!!

Banyak perkara menarik terjadi pagi Sabtu ni. Ada juga yang tak berapa nak menarik. Yang tak menariknya, pagi ni terpaksa cancel nak pergi Pikom PC Fair kat KLCC. Sebab member ada hal penting. Jadi esok (Ahad) baru dapat serbu KLCC lah kan. Tapi bagus juga hari ni tak dapat pergi sebab jalan jam sebab ada manusia-manusia tak sekolah buat demonstrasi ISA apejadah entah. Macam biasa, hanya menyusahkan orang ramai padahal anak bini kat rumah entah makan ke tidak tu sibuk join demonstrasi je kerja. Booyah!

Pagi tadi, Khai saja buat contest sikit kat Twitter. Suruh teka lagu apa yang Khai nyanyi dalam artikel sebelum ini. Ramai juga yang menjawab, dan akhirnya dimenangi @mrbintang coz dia yang first jawab dulu. Berikut Khai edit skit apa yang jadi di Twitter bagi gambaran yang lebih jelas untuk pembaca blog ini.

Maka terbanglah duit Khai untuk topupkan si @mrbintang tu. Tapi takpelah, RM10 je pun. Best apa main teka-teka macam ni kat Twitter kan? Hehehe.

Beberapa minit lepas tu, si @mohdismail pula buat perkara yang sama. Tapi lebih mudah. Hanya ReTweet (RT) tweet dia sempena bulan kemerdekaan, dan ReTweet yang ke-10 akan memenangi topup RM10 juga. Khai pun ReTweet je la sebagai tanda sokongan. Dalam hati Khai, ntah-ntah aku dapat balik RM10 yang aku keluar kan tadi. Sekali betul la pulak kan. Memang berdekah-dekah la gelak tadi. Hahaha!! Kat bawah ni gambaran apa yang berlaku di Twitter. Khai dah susun biar korang jelas.

Ini yang orang kata “What You Give, You Get Back”. See! Kan dah kata, seronok layan Twitter. Hehee. Ok abaikan semua tu sekarang Khai nak cerita sikit pasal apa plan kitorang warga blogger ni sempena bulan Merdeka 2009 ni. Mungkin ramai yang dah terjebak dengan dunia Twitter lepas baca tutorial pasal Twitter dalam entri yang lepas kan? Jadi tanggungjawab Khai untuk memperkenalkan kepada korang.

Kempen Twitter Merdeka 09 bermula dari saudara Mohd Ismail di blog’nya. Kemudian mendapat sokongan dari blogger tempatan termasuk Khai sendiri. Benda baik untuk negara, kenapa tak sokong kan?

Tujuan kempen ni mudah je sebenarnya. Kita sekarang cuba nak memperkenalkan “Trending Topics” ayat “MERDEKA” di Twitter. Kemudian dapat dilihat jutaan yang lain warga seluruh dunia. Sure la mat saleh pening kan apa itu Merdeka. Bila diorang research sikit, secara tak langsung Malaysia dan Merdeka telah diperkenalkan kepada dunia. Tak keluar modal pun beb. Ape la salahnya.

Untuk yang masih blur apa itu Twitter Trending Topics, sila login ke akaun Twitter, dan lihat di sidebar sebelah kanan profile korang. Semua tu adalah ayat-ayat yang paling kerap disebut dalam komuniti Twitter. Jadi mulai hari ini, setiap apa perkataan yang korang hantar di Twitter, pastikan disusuli dengan #merdeka dihujung perkataan. Support beb.. support.. Tolonglah.

Khai saja tunggu bulan merdeka untuk tulis pasal kempen ni. Kalau tulis awal-awal, semua pun tahu Melayu Mudah Lupa. Hehe.

Memang ini semua belum cukup membuktikan semangat cintakan Malaysia atau tak memadai langsung dengan apa yang dikatakan mengenai merdeka tu sendiri. Tapi come-on, lebih baik ada dari tak ada langsung. Jangan kita hanya pandai berkata-kata, sedangkan diri kita tak menyumbang apa-apa langsung pada negara.

Perkara paling asas sebagai rakyat Malaysia dalam jiwa Khai, Khai hafal Rukun Negara sejak darjah 1 sampai’lah sekarang. Rukun Negara memang nampak remeh, tapi dari situlah terbentuknya sebuah negara Malaysia macam yang kita ada sekarang. Boleh rujuk Wikipedia. Tapi camana pulak Khai tak hafal kalau dulu time sekolah, Khai ni pengawas. Nerd pulak tu. Haha! Sometime, kena baca time perhimpunan dan di’follow pelajar lain.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-Undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Dan masih Khai ingat dulu belakang cover buku latihan sekolah yang garis-garis tu, sure ada Rukun Negara ni kan? Refresh your memory.. back to school.. now, ingat tak?

[lagu streaming Negaraku akan diupdate kemudian di sini]

Sekarang, sila buka Youtube dan dengarkan lagu Negaraku. Semoga semangat cintakan negara tu makin menebal dalam jiwa kita semua. Jangan sesekali dengar lagu Negaraku versi Rock pulak, sebab member Khai cerita, dia pernah kena ketuk kepala dengan Polis sebab Polis tu dengar dia guna ringtone Negaraku versi Rock tu. FUh! Polis ni pun satu, tegur je dah la. Jangan nak main ketuk-ketuk kepala anak orang. Kalau Khai la, tak kisahlah ko polis ke apa, sah-sah aku ketuk balik kepala anak ko. Kepala beb. Jangan main-main kalau ko (polis) takde share 1 sen pun bayar nafkah anak orang.

Oh ya, sebagai tanda sokongan lain, letakkan “ribbon” i love Malaysia pada Avatar Twitter korang. Pergi ke Twibbon, kemudian login dan klik support. Mudah bukan? Avatar Twitter Khai dah pun bertambah cute sejak ada ribbon I Love Malaysia tu. Hahaha! Bangga beb. Bangga!

Lastly, tahniah dapat baca artikel ni sampai habis. Korang memang sayangkan negara. Biarpun artikel ni bukanlah kuat mana pun sempena Merdeka 2009 ni, tapi macam yang Khai cakap tadi, lebih baik ada dari takde langsung. Jangan jadi tin kosong bak kata pepatah melayu kita. Berbunyi keleting-keletung tapi apa pun tarak.

Renung-renung’kan dan selamat… Ber’Twitter Merdeka!!

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 2:39 pm 1 August '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,624 views
Dalam kategori: Istimewa, Politik | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

55 Comments »

Comment by ejardkethot
2009-08-01 14:46:26

yeahh….dh join!!~ huu…apsal x taw ponk pasal teka teki khai?
melepas la den…huuu!!~ yeah merdeka…rindu smbut ,merdeka kt skolah :((

..
Comment by azizwan(dot)com
2009-08-02 02:50:12

samalah.. aku pun melepas teka-teki si khai tu. maybe time tu aku tgh tidur kot ataupun aku sedang bercengkerama. hahaha..

neway.. jom support kempen twitter #merdeka ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:30:51

hehe.. hari sabtu ahad, twitter mmg sunyi sikit.. maklumlah ramai yg dating x hengat dunia.. hehe

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by PEMBEBEL
2009-08-03 13:54:30

merdeka merdeka merdekaaaaa

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by SEKSI
2009-08-03 13:55:35

merdeka tahun ni puasa? ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by jambatan
2009-08-01 14:47:37

jom la kite sume kite buat merdeka sampai jdik kt trending topic

..
 
Comment by buyeh
2009-08-01 14:52:32

yes…patriotik sungguh kite…saya sayang malaysia

..
 
Comment by megat
2009-08-01 14:53:55

lor dapat balik RM10 tu!? tak berkembang betul ha3. bak kata orang tetua “kawen sepupu”. kalau aku dapat kira berkembang la juga ha3.

sudah menjalani kempen merdeka! merdeka! merdeka!

..
Comment by Kreuger
2009-08-01 20:53:37

aku dah lame mulakan.. semenjak mail
releasekan entri aku… aku jugak mengikut
jejak langkahnye.. hehehe~ :aie:

..
 
Comment by Khai
2009-08-02 22:32:07

megat, nak buat camne.. nampak macam dirancang plak ye.. hehehehe..

..
 
 
Comment by Mr.Bintang
2009-08-01 14:55:23

hehehe.. “What You Give, You Get Back”
mmg tepat ayat tu utk ari ni kan?
aku pun turut tergelak tadi lepas @mohdismail umumkan.. hahahah.. ๐Ÿ™‚

apaยฒ pun thanks khai.. kebetulan kedit aku tamat tempoh ari ni.. hehe..

aku sokong pasal ternding topic tu.. jom kita mulakan…
#merdeka !!
:love:

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:33:07

u’re welcome bro.. sbenarnya rm10 tu nak hadiah untuk awek ko.. hehehe.. sila call awek cepat!

..
 
 
Comment by Eriyza
2009-08-01 14:56:27

Byk menda telepas kat Twitter
sbb sdg berhibernasi. :p

..
Comment by hanc
2009-08-01 15:14:55

bEtuL2 hanC puN sAmA~~
tApi hanC Bz nGan kEjE~~

..
 
 
Comment by hanc
2009-08-01 14:58:37

pADan ar tD~~
ini upER nyer~~
ermm TAk ikuT sepEnuhnyeR~

..
 
Comment by Ikhwan
2009-08-01 15:30:57

Ayuh rakyat Malaysia, tunjukkan rasa sayang anda kepada negara dgn memasang twibbon ni ! #merdeka

..
 
Comment by Akuro San
2009-08-01 15:30:58

Tadi baru lepas nyanyi lagu ‘Negaraku’ kat bangunan Pekembar Pagoh bersama-sama YAB Tan Sri Muhyidin Yasin. Esok bakal nyanyi dengan Dato’ Najib pulak. huhu…

Ya… Malaysia mmg dah lama merdeka. Happy? happy lah sbb negara kita selamat. Tak mcm negara lain yg sering dilanda perang atau bencana alam. Walaubagaimana pun, perasan tak, skrg nih dah berapa buah IPT yg tutup kerana serangan H1N1? IPT bekas tempat saya blaja, beberapa hari lepas ada buat Aerocarnival. Habis saja Aerocarnival, 7 org junior saya terpaksa dikuarantin krn disahkan mengidap H1N1.

H1N1 bagaikan 1 ‘serangan halus’ yg tak kita sedari. Kalau dilihatkan isu-isu semasa skrg nih, agak serba-salah utk mengatakan negara kita ni aman. waktu mesyuarat pg td, tak ada sorang pun yg menyebut mengenai H1N1. tetapi lebih menekan kan mengenai isu agar tidak terpengaruh dgn agenda pembangkang dll…
(sorry termasuk bab politik lak… :8 )

apa pun, saya tetap bersyukur krn dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Negara yg aman dan makmur. Cuma skrg nih kita kena lebih berwaspada dgn ‘jajahan & serangan halus’ yg tak kita sedari.

‘menulis mengenai merdeka diblog masing2.’ saya setuju dgn apa yg khai kata tu. ya… itu salah satu cara yg terbaik untuk kita menceritakan apa yg berlaku pada hari ini, kerana ianya akan menjadi sejarah pada masa akan dtg…. ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:34:52

hurm, penuh maksud tersirat tu..

teringat pulak tadi pergi pc fair, agak ramai yg pakai penutup mulut tu.. rasa malaysia dah jadi pelik je.. x pernah2 orang kita nak pakai benda tu kan except pergi hospital lawat orang sakit..

..
Comment by finalcross
2009-08-02 23:43:01

bro…jgn main2 bro. skrang ni kn musim penyakit H1N1. semua org berisiko sbg penyebar,so kite kene lebih berhati2 ngan org sekeliling yg jd sbg pembawa. dgn suasana yg sempit,udara kurang,risiko utk menerima sgt la tinggi bro…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by fifie ierina
2009-08-01 15:41:02

hey, this is fun! nanti ble rajin sy datang cni balik, komen panjang lg.. hehehe =p

..
 
Comment by taeone
2009-08-01 16:20:48

erk nak tanya la kan,dah lepas merdeka kita nak buang tanda twibbon tu macam mana?tanya je..

tapikan kalau tak buang tu pun dah cun cantik melecun smart..

tanda kita Twiter Malaysia,mcm slogan I am Blogger Malaysia..

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:35:36

upload je balik avatar baru via Twitter.. atau login kat web Twibbon tu, then cari remove..

..
 
 
Comment by H3r0
2009-08-01 17:39:39

murah rezeki ko khai.. rileks je..
what you give, you get back… he he.. 8)

..
 
Comment by inn
2009-08-01 17:58:59

inn nanti dah balik matrik mase 3hb tuh.inn wish awal leh kan?
hepy bufday yea,dah tua khai.haha:D

hepy blogging.tata:)

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:36:02

hehe.. thanks inn..

..
 
 
Comment by zool
2009-08-01 18:59:27

Caiyalah si khai..
Semakin Patriotik..
Rukunegara tu tiap2 hari aku dengo..
PSU bahagian pentadbiran mesti berikrar setiap pagi untuk pekerja di Jabatan aku..

..
Comment by ejardkethot
2009-08-02 05:53:00

aku pon ari2 dgr dlm radio [fly.fm]!!~ ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by abdusfauzi
2009-08-01 20:16:11

hehe. aku baru nak start trending topic #merdeka tu. td kuar pegi bndr. ๐Ÿ˜€

huhu. kalau ada yang mahu wallpaper, boleh datang blog aku. ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by beliamuda
2009-08-01 20:17:07

jom pakat tweet + #merdeka

..
Comment by Taufik SM
2009-08-03 10:26:16

jom …. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by cyza
2009-08-01 22:22:51

balik modal bebbbb… kool :8

..
 
Comment by tehsafiah
2009-08-02 01:35:27

i love malaysia…n im proud to be malaysian
tapi ku tiada akaun twitter lagi…huhuhu =(

..
 
Comment by Akulaaaaa
2009-08-02 08:33:04

hi korang sume
ni aku nk tnye sket
ari tu korang ade kecoh2 sal nieza minum shampoo kete
aku tk tau pn tntg tu
kt ner korang usha citer tu?bgtaw laaa
aku nk taw…soree kuar topic lak…tlong bgtaw…

err…merdeka!!!…merdeka!!…….merdeka!!!

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:36:43

uiks… cerita lama.. jgn disebut2. hehe.. blog ni dah bersih

..
Comment by Akulaaaaa
2009-08-02 23:44:38

errr…khai,soree ye!
bkn ape,nk taw jer,utk pringtn kpd dri sndri
tkpe lah,kau abaikn jer soalan aku tu
apepn,gud luck 2 u…
smga mnjd seorg blogger yg pling pemes d mlysia nih…;)

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by cidimidi
2009-08-02 08:46:34

owh… tweet sambil taruk #merdeka? klu tweet xpublic pun taruk ade effect ke utk support? 8)

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:37:16

public je.. hehehe.. kalau DM x perlu since orang search x keluar pun..

..
Comment by cidimidi
2009-08-03 15:49:50

owh… jd klu rajin nk taruk ble je kan.. ๐Ÿ˜› oke..

(Comments wont nest below this level)
Comment by fifie ierina
2009-08-08 16:57:03

hehehe, cyumel la awak nie

 
 
 
 
Comment by lizz
2009-08-02 09:41:00

i will!!! nanti nak join gak cuzm i love Malaysia giler2.hahaha.
pastu, best plak wat contest camtu ek. aku nak wat gak ar nnti.sesekali sedekah.kikiki

..
 
Comment by EiNS
2009-08-02 09:55:04

Aku nak edit aku punya future tweet tambah #merdeka jugak lah

..
 
Comment by fira
2009-08-02 10:04:14

thanx khai~!
ye baikla !together we make it happens~!

..
 
Comment by safar
2009-08-02 10:13:48

Tweet untuk merdeka.

..
 
Comment by misseda
2009-08-02 12:12:39

aduuss…xboleh nk baca entry kali ni betol2..sebb kt luar ni bising bangat..bikin kepala ku sakit…tolong saya…esok la plak baca n komen…k Khai…huhu..

p/s : semalam pon terperangkjap lam jam…ms nk blk umh..pas g umh akak kt Puchong…adoi..

..
 
Comment by fifie ierina
2009-08-02 12:24:04

salam…

hurm, idea nie sgt menarik.. maaf pd saudara mohd ismail krn pd mulanya, sy igtkan idea nie bermula dr pak cik nie.. hurm, menarik2.. sy da letak jalur gemilang 2 kt pipi sy, e’eh errrr kt avatar twitter sy.. xtaw cmne die ley positioned kt bhgn pipi la plak, hehehe! (malu) =p

i’ve been supporting this campaign seriously, hehe.. tp, npe sy cm nampak pak cik sendiri sekejap letak #merdeka, sekejap x letak plak.. hey, come on babeh! be consistent ok? heeee~ ๐Ÿ™‚

p/s insyaAllah jika memberi sesuatu dgn hati yg ikhlas, mmg Allah jge akan membalas pd kte dgn cara yg len pula.. pak cik, keep this gud attitude ok! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:38:21

ye la.. org lupa la.. baru2 ni selalu la terlupa.. ape pon even kempen ni x berjaya pun, macam yg tertulis dalam artikel kat atas tu, lebih baik ada dari takde..

..
 
 
Comment by YaNa
2009-08-02 13:43:23

good artikel pasal merdeka

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-08-02 18:11:03

yeahh semangat merdeka… itu yg kita nak… oleh sbb sygkan negara jom kita sing sini http://www.youtube.com/watch?v=e04GKj2exg8

..
 
Comment by paes
2009-08-02 20:44:53

ingat lagi kecik2 dulu merdeka ku sebut mendeka..

haizz jamban bunyinyew.. :[

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:39:24

hahaha… teringat member time sekolah rendah dulu suka sebut MENDEKA!! lepas tu hingus keluar bersepah kat hidung.. aduhai.. lawak2.. ๐Ÿ™‚

mana la budak tu sekarang ye… idop lagi ke dia? hehehe

..
 
 
Comment by nbie89
2009-08-02 21:23:24

hurm…bersempena bulan kemerdekaan cakap melayu..

jujurnya, entri kali ni bosan…
bagi saya demo tu perlu, klu tade demo kiter stil x lepas malayan union kot…nak duduk rumah jer pun watpe, berani sikit…kalau x “diam tanda setuju”.

anyway, macam oprah pulak “oprah big gives”..hakhak
bukan ker, “what you give is what you get”…den pown x sure…

owh yeah~
happy birthday, antara terawal atau terlambat…
saya pun ogostian gaks!

..
Comment by Khai
2009-08-02 22:42:37

what u give is what u get tu dah lain.. itu front page/dreamweaver. hehehe..

anyway demo tu mmg perlu. Tapi bila over, menyusahkan orang ramai + membazir duit rakyat.. sikit2 sudey.. dan bagi kita yang muda2 ni termasuk la kamu nbie89 (20 tahun right?), abaikan la demo-demo macam tu.

Tanggungjawab kita sekarang ni belajar rajin2.. sampai degree/master/PhD.. hehheee.. lepas tu pimpin diri sendiri dan family..

Idop biar sedap!! hehe..

..
 
 
Comment by Putra Al-Maliki
2009-08-02 22:45:41

Happy birthday adik Khai! Dah semakin tua adikku nie. Dah bolehla register sebagai pengundi yer. Anyway blog abang kat blogosphere dah update blum? ๐Ÿ™‚

“Salam Merdeka 2009”

Blog Putra Al-Maliki – http://putraalmaliki.via.my/

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?