Bermulanya satu anjakkan paradigma – Oh! Islam

Salam & salam sejahtera all.

Sebenarnya dah lama Khai dapat soalan yang bertanya, “Kenapa Khai tak gunakan kepopularitian yang ada pada nama Oh! Network untuk buat sesuatu yang berguna pada agama?”.

Jawapan Khai kepada soalan macam tu selalunya pendek je iaitu “InsyaAllah — Dengan izin Allah”. Frankly speaking dulu tak pernah terlintas pun nak buat web macam tu. Dalam kepala fikir nak buat web yang mampu mengembalikan modal yang dikeluarkan. Itu sahaja. Web agama? ramai ke nak baca? Buat ape? boleh jadi top ke? aku ni kan jahil mana layak dan macam-macam lagi, selalu bermain di kepala.

Sehinggakan suatu masa, dengan kehendakNya, tiba satu “nur” yang membangkitkan nawaitu yang tidak pernah disangka. Terus search samaada domain “ohislam.com” masih available atau tidak. Memang gembira tak terkata bila lihat domain tersebut masih available seakan macam tidak percaya sedangkan idea Oh! Islam ni dah lama bermain di mulut pembaca web-web Oh! yang lainnnya.

On the spot, terus beli dan diaktifkan. (more…)

Posted on 13 October '09 by , under Hidup Khai, Religion. 67 Comments.

Rantai Salib Berdindingkan nama Allah


Entri kali ni ringkas sahaja dan selalu’nya diletakkan di Oh! Tidak, tapi hari ini nak juga tahu apa kata reader Justkhai. Gambar di atas ni, dari maklumat yang diterima, lelaki tersebut adalah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hurm, pada Khai kalau difikirkan secara positif, mungkin kawan kita ni non-muslim dan snap gambar di rumah member yang beragama Islam. Tapi kalau difikirkan sekali lalu pula, tak bagus la macam tu kawan. Rantai lambang salib. Kat dinding, ada frame macam tu pulak. Atau memang saja nak buat macam tu? Nak sakitkan hati atau nak popular cepat tanpa perlu masuk Akademi Fantasia atau One in a Million? Jangan cakap tak sengaja, sebab orang bodoh je upload gambar tanpa usya gambar apa yang patut di’upload.

Macam-macam dunia sekarang. Ape kata anda?

Posted on 15 March '09 by , under Tergempar. 94 Comments.

Kini, Aku Benci Pekida


Khai cukup menyampah, bosan dan jelik dengan kisah Awie yang ingin menyaman ayahanda Pekida, Haji Jamaluddin Yusof dek kerana tuduhan kononnya dia mengambil yuran ahli dari ahli Pekida yang lain. Hey come on, buat malu je. Ape ni kononnya pertubuhan Melayu Islam. Tapi sesama ahli pun boleh nak saman menyaman. Alasan Awie, dia difitnah. Tapi mengapa perlu saman? Tak boleh bincang baik-baik ke? Awie Ayahanda Ukays Perdana saman ayahanda Pekida’nya sendiri? Hurm.. Perkembangan terbaru yang Khai baca, si Haji Jamaluddin Yusof tu pulak sedia di saman oleh Awie. Dia tak takut langsung. Mungkin berani kerana benar? katanya, anak melayu pantang dicabar! Rasanya kalau takde lagu dangdut, masakkan punggung bergoyang wahai saudara Awie kan? Haha peribahasa baru hari ini. Keterangan lanjut korang boleh usya Harian Metro. (more…)

Posted on 23 December '08 by , under Hiburan, Tergempar. 228 Comments.