Pagi tadi tengah sedap-sedap call, dapat call dari Exabytes. Diorang cakap kena suspend dulu akaun sebab website berat sangat dan overload CPU usage ke ape ntah tapi yang pentingnya, dah mengganggu pemilik website yang di dalam satu server dengan Khai. Justkhai, Oh! Tidak, Oh! Artis dan Oh! Cun di’host kan di dalam satu server di Exabytes dan semua kos ini ditanggung oleh awek sorang ni,Syia.
Exabytes kata:
Encik Khai.. oooo tido lagi yer? Hurm, kami terpaksa suspend web anda kerana.. bla bla bla.. (tapi dalam english la)..
Khai jawab:
Ya ya.. nanti kejap lagi saya online. Nak tido pun lu kacau. Bincang kat email aje yer. Time kasih la sebab call (pun dalam english jugak)
Habis je dengan orang Exabytes jelaskan dengan panjang berjela, terus on internet. Aiseh, semua website kene tutup daa. Bukak email, hah amik.. berderet email tanye apesal. Maaf sebab satu pun Khai tak dapat jawab sebab Khai memang nak jawab kat Justkhai ni jer terus.
Sebenarnya masalah ni jadi adalah berpunca dari (more…)
SalamX! Khai pon tak tahu ape masalah blog ni. Actually dah jadi masa Khai online kat hostel Limkokwing lagi. Khai ingatkan sebab proxy Limkokwing yang buatkan blog ni leh plain view je, so khai buat dekkk je la.
Then dapat report dari beberapa readers blog ni yang mengalami situasi yang sama. Blog still boleh baca tapi dalam keadaan yang sangt ugly. Tanpa sebarang style, korang pun tahu camana rupanya ye tak? Ibarat korang berbogel then duduk tengah jalan kasi orang view. Huuuuuu…
Khai dah usya directory blog ni, dah Khai dapati ade beberapa file ‘pelik’ yang tiada kene-mengena dengan blog ni tiba-tiba ada dalam server. So khai rasa ade kemungkinan ada orang yang dengki. Fakta ni disokong oleh email Exabytes yang perlu Khai rahsiakan di sini apa isinya.
Buat masa sekarang Khai takde connection internet yang membolehkan Khai perbaiki masalah ni 100%. Online kat CC je dan ni plak online guna pc akak Khai. Tapi tadi Khai dah register Stremyx so Selasa ni InsyaAllah la boleh online semua macam biasa. So harap korang dapat bersabar yer. Buat pelanggan iklan di justkhai, tempoh pengiklanan korang takkan terjejas. Seberapa lama blog ni jadi macam ni, selama itulah tempoh yang akan ditambah bagi iklan korang.
* Khai memohon maaf di atas masalah ini.
Update 22 Oktober: Whole day Khai mengadap problem blog ni, dan finally, sempat pun selamatkan blog ni. Mungkin ada entri yang akan broken link since Khai ada buat perubahan sikit apda Permalink. Thanks pada mereka yang membantu Khai mencari kat mane la silapnye.
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.