Hari Pertama Saya Kembali Berjogging

Alhamdulillah. Berkesempatan lagi untuk menulis di blog ni berkat cabaran 1 hari 1 update untuk diri sendiri. Hehe. Artikel kali ni mungkin pendek saja sebab Khai banyak kerja nak dibuat. Ni pun online kat mamak je. Baru lepas habis meeting kat office tadi.

Tadi ke office dengan krew Oh! Media yang lain untuk ukur dinding. Buat partition lah senang cakap sebab nak bahagikan ruang bekerja dengan ruang tempat client duduk. InsyaAllah akan letak LED 40″ nanti dan juga PS3. So client datang boleh la main game kalau nak. Korang nak lepak kena la jadi client dulu. Hehe. Walaupun Oh! Media ni Khai yang punya, tapi tak pernah nak anggap brand ni Khai punya sorang. Ajak member-member join sekali sama-sama buat kerja dan cari duit sama-sama as krew. InsyaAllah sama-sama berjaya.

Apapun nak sambung update untuk larian Khai petang semalam pertama kali menggunakan Nike+ dengan Nike+ Sensor for iPod/iPhone. Kalau belum baca artikel sebelum ni pasal sensor ni, korang boleh rujuk artikel semangat untuk beriadah kembali membara. Sensor tu akan beroperasi bila korang berlari. Bila berhenti, dia akan pause data yang korang catatkan tu secara automatik. Bila sambung berlari, dia akan continue semula mengira data larian korang.

Sambil berlari tu, korang juga boleh dengar lagu. So bila korang berlari dia keluar lagu dan bila korang berhenti, lagu pun akan berhenti. Lagi satu dia akan keep on kasitahu korang berapa lagi jarak larian yang perlu dihabiskan berdasarkan apa yang korang set kan sebelum berlari. Dah macam suara GPS pulak dah.

Untuk larian hari pertama, patutnya Khai hanya perlu berjalan selama 1 minit iaitu dalam lingkungan sejauh 1KM. Tapi petang semalam bantai berlari tak ingat dunia dengan member sampai tak sedar dah terlebih 1KM pun. Boleh refer gambar kat atas tu. Haha. Ini kalau coach Khai tu manusia, dah lama kena piat telinga ni. Haha.

Persoalannya, siapa coach Khai yang bukan manusia tu? (more…)

Posted on 5 July '11 by , under Apple, Hidup Khai. 64 Comments.