Semangat untuk beriadah kembali membara

1,309 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Semalam dah update, hari ini update lagi. Kalau nak tahu, semalam Khai dah lancarkan satu kempen atau cabaran untuk diri sendiri iaitu satu hari, satu update di blog ini. InsyaAllah, kalau Khai free dan tiada apa aral, Khai akan update blog ini seperti dulu. Kalau takde apa-apa isu baru, Khai akan buat personal update sahaja. Tapi walaupun personal, Khai takkan buat korang baca tanpa sebarang pengisian. InsyaAllah akan ada something yang Khai akan kongsikan untuk pengetahuan baru kita bersama.

Semalam, macam biasalah hari Ahad selalunya Khai akan sediakan sedikit masa untuk si dia. Semalam kami ke Midvalley untuk menonton filem “Sekali Lagi” lakonan Sam dan Lisa Surihani. Kami bukan berdua ya tapi ditemani seorang kawan lain. Iyelah orang kata kalau keluar berdua, nanti syaiton jadi orang ketiga. So kita keluarlah bertiga biar syaiton nak jadi orang ke empat pun, lantak dia lah. Janji tak kacau kami bertiga (boleh plak macam tu ye? haha). Apapun filem Sekali Lagi tu memang best dan rasa puas hati dan berbaloi masa untuk menonton.

Oh ya, kalau korang guna iPhone, boleh download app GSC dari App Store. Senang kalau pakai app tu je sebab korang boleh beli tiket dan pilih seat semua melalui iPhone sahaja. Lebih menarik, pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Paypal sahaja (atau Maybank2u). No wonder applikasi yang memudahkan macam ni hanya akan membuatkan kaunter nak ambil tiket e-payment & Gold Class pun, nak kena beratur panjang juga tak macam sebelum ni. Sabar ajelah!


* teruja bila nengok kat tiket tu ada tulis Paypal. Selalunya Maybank2u. Hehe.

Habis nengok wayang, terus ke SportsLand. Makin cantik kedai ni sebab baru lepas renovate hari tu. Kalau korang biasa pergi Midvalley, takkan tak tahu kot kat mana? SportsLand ni kedai jual pakaian sukan terutama jenama Nike. Yup, jenama pebret Khai dari dulu sampailah hari ni. Tujuan utama masuk ke kedai tersebut, sebab nak beli kasut untuk ber’jogging. Kasut jogging bukan takde (baru sekali dua pakai), tapi Khai nak beli kasut Nike yang boleh sumbat Nike+ kat dalam.

Sedar tak sedar, badan dah makin membulat. Berat dah makin naik walaupun last Khai timbang, berat badan dan ketinggian Khai masih lagi ideal. Perut pun berada di paras bahaya ni. Haha. Beberapa tahun dulu, badan kurus sekeping macam lempeng. Angin kuat sikit je terus melayang (nampak benar menipunya. haha). Sekarang, jauh betul beza dari dulu. Biarpun orang nengok Khai biasa-biasa sahaja (gambar di atas adalah gambar terbaru), tapi Khai la yang risau tentang kesihatan. Kerja depan komputer jadi riadah dan sukan luar ni memang perlu. Terima kasih Allah kerana memberikan kesedaran tentang kesihatan hambaMu ini. Moga dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaMu. Amin πŸ™‚

Jadi nak dipendekkan cerita, Khai pun belilah kasut Nike LunarGlide2 dan juga Nike+ iPod Sensor (beli berasingan di Machines). So meh Khai review sikit pasal kasut dan juga Nike+ iPod Sensor ni.

Atas ni gambar kasut yang Khai beli. Tak penting sangat sebab kasut ikut selera korang la nak ambil yang mana kan? Boleh refer web rasmi kasut ni. Cuma pastikan di tapak kasut tu ada disertakan logo Nike+ dulu. Baru kasut korang tu boleh dugunakan dengan Nike+ Sensor. Kalau nak letak sensor tu dalam stokin time berlari pun takde masalah sebenarnya cuma takut nanti data yang dikeluarkan tak berapa nak accurate.

Dan berikut adalah gambar Nike+ iPod Sensor. Boleh dibeli di mana-mana reseller Apple di Malaysia dan juga kedai-kedai sukan terpilih. Harganya cuma RM79 sahaja.

Nak letak sensor ni, korang perlu buka tapak kasut di bahagian dalam kemudian letakkan di tempat yang dah tersedia. Bateri dia tahan selama 1000 jam, jadi tak perlu risau la untuk berjogging lama-lama pun. Tapi kalau nak pakai kasut tu bukan untuk berjogging, eloklah korang keluarkan sensor tu untuk menjimatkan bateri.

Lupa nak kasitahu yang benda comel ni perlukan iPhone atau iPod untuk beroperasi. Khai gunakan iPhone untuk record data-data dari sensor ni dan kalau nak gunakan iPod Nano (yang Khai jadikan sebagai jam tangan tu), kena beli dia punya receiver dulu untuk dicucukkan pada iPod Nano tu dulu. Takpelah dah ada iPhone so tak perlukan apa-apa receiver lagi. Jangan membazir kata orang. Guna apa yang ada. Hehe.

+ Nike+ iPod Sensor di website rasmi Apple
+ Nike+ iPod Sensor di Apple Malaysia

InsyaAllah esok Khai akan ceritakan tentang penggunakan Nike+ ni untuk kesihatan. Gambar-gambar di atas ni sekadar teaser je dulu. Hehe. Tak boleh nak terus buat review sebab Khai belum try berlari lagi. Pagi atau petang nanti Khai akan keluar jogging dan selepas itu, insyaAllah review mengenai kegunaan sebenar Nike+ ni akan dikeluarkan. Adakah ianya amat bagus dalam membantu kita memiliki tubuh badan yang fit atau ianya sekadar pembaziran? Khai pun tak pasti lagi cuma apa yang pasti, lepas berjongging esok, kita semua akan tahu jawapannya.

Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa sambungan entri ini esok ya. InsyaAllah.

Psstt: Sebenarnya nak berjogging, tak perlu peralatan canggih macam ni pun tak apa. Tapi inilah gunanya teknologi yang akan membantu dan memudahkan kita dalam hal-hal seperti ini. Tak perlu lagi personal trainer. Semuanya boleh dilakukan sendiri. Yeah!

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 2:07 am 4 July '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,309 views
Dalam kategori: Apple, Gadget, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

37 Comments »

Comment by Mohd Isa
2011-07-04 02:18:58

wah, memang terbaik kasut ni. siap ada sensor lg. ini yg nak kena cari sepasang ni. agak lama juga tak singgah sini, apa khabar khai. sorilah agak bz kebelakangan ni, blog aku pun dah jrg update. best gak idea ko ni, 1 hari 1 update yerk. timbul dari 1 murid 1 sukan la ni yerk. anyway, terbaiklah bro. wish u good luck always, insyaAllah kalau takda aral melintang. ada rezeki, kita lepak sesama k. aku pun teringin gak nak melepak dgn ko n geng lain, aritu aku lepak dataran shah alam, call syah. dia ada hal plak. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-04 02:45:19

Hehe. Normal bro kita semua makin lama makin sibuk dengan urusan dan kehidupan masing-masing. Tak apa, ada masa lawat-lawat la sini ya. Khai pun if ada masa, melawat juga blog korang cuma jarang-jarang meninggalkan jejak (komen). Hehe.. Hurm yup kasut ni memang sesuai dengan kau bro.. sgt sesuai. Dah beli kasut ni dengan sensor tu, register dekat nikeplus.com .. Sumpah puas hati woo sebab dia akan train kita betul-betul dari hari ke hari. Apa yang penting, disiplin diri ajelah. Hehe..

..
 
 
Comment by Kirin Selama Perak
2011-07-04 02:20:26

pasni tuff la khai~
wakakkaka πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-04 02:45:34

Hahaha.. Aiyok tak tahu! Hehe..

..
 
 
Comment by the garang
2011-07-04 02:23:52

terbaik bro πŸ™‚

..
 
Comment by ooo
2011-07-04 02:37:08

lepas ni, sape2 nampak lelaki pakai kasut warna tu maknanya Khai la tu… ekekeke πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-04 02:46:24

Haha.. Adoi nasib dalam Malaysia ni ada beribu-ribu lelaki guna kasut warna tu. Hehe..

..
 
 
Comment by Nasrulz
2011-07-04 03:13:13

Best nie Khai..pagi2 dapat la Khai jogging dekat Tasik dekat umah tu..aku pun kadang2 jogging gak kat situ pagi2..ak buat satu round jea..dari tak buat langsung kan..hihi..harap justkhai berseri macam dulu lah yea..hari2 ada update..maklum lah dah semakin sibuk…klu 2 tahun dulu masa kenal justkhai,slalu update..maklum la..empayar tak segah sekarang kan..anyway..good luck Khai..:)

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:04:38

Thanks Nasrulz. Hehe, omh la kita berjogging. Hope semangat berjogging dan update justkhai ni akan berterusan dalam tempoh masa yg panjang. Hehe..

..
 
 
Comment by maz
2011-07-04 05:36:01

nak jogging khai? bagus3…next week moh kite naik broga…teeeeeehehehehehhe πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:05:56

Kalau mendaki ni maaflah, reject awal-awal. Hehehe. Jogging je sudah. Mendaki ni cepat penat dan cepat habis tenaga. Hihi

..
 
 
Comment by pamie
2011-07-04 07:44:46

yess,sehari sekali update dah..tiap2 hari kot datang blog ni,tapi asyik sama je isi sejak khai pindah rumah tu..huhu..

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:06:44

Hehe. InsyaAllah update akan diteruskan. Semangat ni! heheh

..
 
 
Comment by mankuchai
2011-07-04 10:23:36

Terbaik lah kasut ni…berapa harga Khai?

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:07:31

Kasut Khai beli tu harga dia RM399. Kalau nak lagi best, angkatlah yang AIR tu, RM599.. Fuh!

..
 
 
Comment by Jass
2011-07-04 10:52:55

Aku pun suka jogging tapi aku xpakai benda alah sensor2 tu aku pkai ENDOMONDO TRACKER Live GPS,boleh track kita punya run circuit calorie avg speed. Download aje then tada… android boleh, apple boleh ,htc, garmin suma boleh laa. Yg penting free. hehehe

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:08:31

I see. Kira sesuai untuk semua kasut yang lain lah ya. Jadi artikel ini boleh dikatakan lebih kepada pengguna tegar Apple dan Nike. Hehehe. Thanks Jass kerana berkongsi.

..
 
 
Comment by Mat Cool
2011-07-04 11:18:18

Cool la review camni…aku mmg suka gadjet2 camni…
tp cam aku jogging tak minat la…dh pernah bli kasut, tp mmg sekadar hiasan je la…

p/s: personal trainer ni klo nk build up badan ok la…klo nk jogging mybe diorang blh kasi semangat sruh kita push…so mmg sesuai utk org2 cam aku…klo aku yg bli kasut camni, mmg jd hiasan gak la…he…he…

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:11:54

Actually, Nike+ ni pun akan push kita untuk terus berlari dan berlari lagi. Kita boleh sync data larian kita di website mereka di nikeplus.com dan di sana, ada targer-target yang boleh kita pilih untuk kita capai. Lagi best kan masa kita berlari, dia akan play lagu yang mendorong kita untuk habiskan larian. Hehe.

..
 
 
Comment by amat
2011-07-04 12:09:33

cool lah khai…jeles plak aku tengok…hehehe

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:12:46

Nak jeles apanya. Beli je la takmo jeles-jeles. Hehe. Maklumat Khai dah share dan ni tinggal korang je nak bertindak. Hehe.

..
 
 
Comment by yang
2011-07-04 12:11:24

ni first time aku tengok gadget tu d letak lam kasut….salu tengok promo2 je…ow rupa2ny mesti ada nike+….semangat plak nak beli…hehehe

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:13:10

Hehe. Yeah, mari mulakan gaya hidup sihat..

..
 
 
Comment by H3r0
2011-07-04 12:20:35

1st – steady laa bila dgr 1 hari 1 entry dr khai… Sbb aku mmg suka baca blog nie… He he he..

2nd – preview gadget lagi… Kat ipad xleh pkai ke khai?

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:14:03

1. Terima kasih Fazrol. Hehe.

2. Kat iPad tak boleh. Secara logiknya, takkan kita nak berlari bawak iPad kot? Hehehe.

..
 
 
Comment by onetrg
2011-07-04 12:40:15

khai yg dlu dh mai..terbaek hehehe

..
Comment by Khai
2011-07-04 13:14:52

wahaha.. mekasih. InsyaAllah. Hehe

..
 
 
Comment by Mohd Isa
2011-07-04 12:46:19

haha, tahu takpa. jenuh aku nak arrange masa skg ni, tp syukur alhamdulillah final year project aku dah lepas. thesis pun dah hantar, skg tgh siapkan resume nak minta kerja. tp hari2 aku mcm biasa, pagi petang kena pergi training. insyaAllah ada rezeki nanti kena rembat sepasang ni, pastu minta ko tlg ajarkan. boleh? πŸ™‚

..
 
Comment by aimannajmy
2011-07-04 13:49:37

perghh mantop ahh kasut nike ni huhu.. nanti kasi review gadget ni, nak tau dia detect ape je huhu, heartbeat ke, berapa tapak jalan ke huhu

..
 
Comment by Alan
2011-07-05 02:06:49

Wah, kasut baru!
Ahaha…
sehari 1 update memang best…
Dah nmpak semangat Khai tue…
Siap banyak pulak Khai reply pengomen….
Selalu tak macam nie..
Heheh…

Keep it up to date bro.
πŸ™‚

..
 
Comment by ejardkethot
2011-07-05 21:31:48

huaaa…nice nice !!~
btol2…khai mmg makin ‘sihat’ . ho ho ho
chaiyokkk… ejard pon nk jogging gak…tp [=.=] ntah la bila nya….
Chaiyookk

..
 
Comment by anak tekak
2011-07-06 23:45:56

ok la kalau ada semangat nak joging..lagipun aku tengok badan ko dah naik..terkejut gak tengok ari tu..lama tak jumpa nasib baik la cam lagi..huhu

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:40:01

Eh eh, mami Tina. Lama aku tak nampak username tu kasi komen kat sini. Hehe. Ala biasalah badan naik sikit menandakan hati senang. Hahaha. Tapi ko je yang tak naik lepas beranak. Aish pelik.. huhu

..
 
 
Comment by hafizmd
2011-07-07 16:15:27

baguh baguh bagus…

mmg nak seribu daya, kalau tak nak tuh…sejuta dalih…

thanks khai πŸ™‚

..
 
Comment by anak tekak
2011-07-07 20:38:19

ape lak tak naik..berat ni naik taknak turun dah ni..jom gi joging sama2..turun la bentong bawak awek..tak jauh dah dengan ampang tu..

..
Comment by Khai
2011-07-08 09:51:28

Eh, nak lari sambil dokong anak ke? Mesti berat yang degil nak turun tu, turun nnt.. Hehehe. Ala mai la Ampang balik jogging kat tasik area sini. Baru besh. hehe

..
 
 
Comment by mamat
2011-07-16 17:06:11

fuhhh gempak la..kasut nike tu smart

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?