Special Moment: Khai’s Graduation Day


Alhamdulillah, segalanya dah selesai. Macam yang korang tahu (sebab Khai dah kasitahu.Hehe), berlangsung pada 14 Disember 2008 lepas, seramai 409 student dah selamat menghadiri Convocation di Limkokwing University dengan penuh gilang-gemilangnya. Penat memang tak terkata. Bermula sehari sebelumnya datang Limkokwing untuk payment, gown dan rehearsal, kemudian sehari lagi untuk Graduation Day.

Masa graduation day tu, Khai bukan sahaja sah bergelar Graduan Limkokwing dalam bidang Creative Multimedia, tapi juga sebagai penerima Industry Award for Excellence – Best in Interactive & Web presented by Hewlett Packard yang disampaikan oleh Tan Sri Senator Jins Shamsudin, pelakon veteran kita. Award ni pastinya menaikkan sedikit saham yang ada pada nama Khai nanti bila nak apply kerja. That why i love HP sebab Acer kedekut nak kasi award. Kan? Hahaha. (more…)

Posted on 16 December '08 by , under Hidup Khai, Istimewa. 95 Comments.