Who the Heck is RushKhai?


Agak bingung sehari dua ni bila Oh! Artis dilanda sedikit masalah. Dah down dua hari dah pun. Tapi hari ni dah kembali pulih. Segala masalah dah dapat diselesaikan pihak hosting dalam tempoh masa yang singkat. Apapun still terdapat beberapa problem dan kalau korang masuk Oh! Artis tu slow atau error database ke apa, itu semua hanya buat sementara waktu dan akan pulih dalam masa terdekat.

Hari ni rasa macam nak tolong seorang blogger ni popularkan blog dia la. Ada yang bertanya kenapa Khai lebih suka bahasa’kan diri sebagai “Khai dan korang” di dalam entri berbanding “aku dan kau” seperti blog lain. Bila lelaki umur lebih kurang macam Khai baca, sure rasa macam gay la pulok kan? Hehe. Tapi Khai lebih selesa membahasakan diri sebagai Khai sebab Khai tahu yang baca blog ni boleh dikatakan 75% darinya adalah mereka yang jauh lebih tua dari Khai dan Khai akan rasa pelik kalau ada lelaki boleh kata “Kau Aku” dengan orang perempuan meskipun hanya dikenali di internet. Untuk info, Khai baru 21 tahun pada 03 Ogos ni.

Berbalik kepada niat baik nak mempopularkan seorang blogger ni, memperkenalkan…….. (more…)

Posted on 10 June '09 by , under Blog, Hidup Khai. 110 Comments.