Kita sebenarnya lebih….


Nak dijadikan cerita, semalam tunang akak Khai suruh buat reservation 4 tiket wayang cerita Geng. Hurm, GSC Alamanda untuk jam 6 petang dan 8 malam, kedua-duanya FULL house daa. Ditutup untuk tempahan online. Hurm see.. tak sabar nak tunggu berapa kutipan Geng ni nanti. Sungguh terharu walau nyatanya Khai langsung tiada kena-mengena. Eh ada, Khai adalah warga Malaysia yang berbangga dengan produk animasi 3D tempatan. Kan? dan korang?

Entri hari ni ringkas sahaja. Taknak susahkan korang untuk baca panjang-panjang. Biar entri ringkas, asalkan tepat, padat dan mutakhir. Haha, ala-ala slogan RTM gitu ye tak? Entri dipetik bulat-bulat dari Oh! Tidak.


Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.

Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.
(more…)

Posted on 16 February '09 by , under Religion. 26 Comments.

Google Zeitgeist 2008


Google Zeitgeist mengumpulkan apa yang Khai, korang, dan mereka semua dah search di Google. So rasanya Google Zeitgeist amat penting untuk mereka yang gilakan hits dan populariti di blog. Bila korang tahu keyword-keyword yang selalu orang search, bolah la korang menyelam sambil minum air dengan menulis apa-sahaja yang berkaitan dengan keyword yang menjadi top 10 di Google. Understood?

Jom usya apa yang majoriti orang Malaysia search di Google pada tahun ini. (more…)

Posted on 20 December '08 by , under Lain-lain. 19 Comments.

Artis Malaysia dulu dan sekarang

Ramai yang nak jadi artis. Alasan, boleh cepat kaya, popular, digilai ramai dan boleh kelihatan cun dan ensem. Sadisnya, ada juga yang sebelum jadi artis lagi molek semua aspeknya berbanding selepas jadi artis. Pendek kata, siapa rasa boleh pakai baju kurung dan kebaya tu, tak payah le nak ngade-ngade jadi artis. Popular memang boleh popular. Tapi kat dunia je, akhirat? popular la sangat ye nanti.. hehehe. Hakikat ni dapat dibuktikan dari bukti-bukti sahih berikut.

(more…)

Posted on 10 October '08 by , under Lain-lain. 58 Comments.