JomBuzz – Sebuah Lagi Social Bookmarking Terbaik Malaysia

jombuzz-1

Lama dah Khai tak promo website-website buatan anak Malaysia yang bagi Khai memang patut sangat kita sokong secara berterusan. Made in Malaysia by Malaysian for Malaysian lagi. Kalau korang nak nengok beberapa website lagi yang pernah ada di Justkhai, boleh refer pada kategori Web Promotion. Kalau tak bagus, Khai pun tak kuasa nak promo kan. Jadi bila bagus, why not share ramai-ramai kan?

Kali ni mengenai JomBuzz. Sentuhan air tangan kretif dari saudara Feezul. Khai sempat bertanya sedikit sebanyak mengenai JomBuzz kepada saudara Feezul sendiri, dan Khai cuba ringkaskan mengenai tujuan sebenar kewujudan JomBuzz.

1. Untuk pembaca: ‘one stop centre’ untuk mendapat link artikel dari blog-blog and website-website yang berkenaan dengan Malaysia.

2. Untuk pemilik blog: sumber traffic percuma dimana artikel-artikel yang di submit kepada JomBuzz akan di ketengahkan kepada pembaca Malaysia. So ini bagus untuk pengiklanan di blog korang dengan sasaran target tempatan.

Kalau sebelum ni pun ramai dah tahu pasal Digg. Tapi kewujudan JomBuzz ni lebih spesifik sikit untuk market tempatan. Contohnya kalau korang target income dari Nuffnang, tapi korang submit artikel di Digg dan yang masuknya ramai yang dari luar Malaysia, jangan tanya kenapa income korang tak naik-naik. Lagi satu kalau blog bahasa Melayu, tapi submit kat Digg, rasanya membazir je lah kot? (more…)

Posted on 7 March '10 by , under Review. 43 Comments.

Muntader al-Zaidi kini di Wikipedia


Semua orang nak jadi popular. Mudah je nak tahu orang tu popular atau tidak. Sila buat semakkan nama di Wikipedia. Andai kata nama korang pun ada di Wikipedia, mean korang ni bukan calang-calang orang. Korang dah kira popular la tu. Nama Khai ada tak ye di Wikipedia? Ada hati ye tak? Berangan je la ko Khai. Hahaha but maybe someday. Siapa tahu?

Korang still ingat peristiwa Bushoe – George Bush dibaling kasut? Malang sekali balingan Muntader al-Zaidi langsung tidak mengena walau dua kali diberi peluang. Mungkin kasut saiz 10 tu terlalu berat atau mungkin, tangan dia memang jenis tak berbedung? Bush pun boleh tahan hebat mengelak ye tak? Mesti masa kecik selalu main baling selipar ni. Apapun keberanian Muntader menghina Bush dengan cara membaling kasut sememangnya mendapat pujian ramai sehinggakan kini di negara sebelah timur dah anggap Muntader ni sebagai hero mereka. Mungkin kerana keberanian Muntader yang tiada pada orang lain. Kalau ada pun ada je la, buat nya tak berani.

Dan kini, Muntader al-Zaidi dah pun wujud di Wikipedia. Semudah itu dengan cara membaling kasut. Boleh ke kalau kita nak kategori’kan apa yang Muntader ni buat sebagai satu Jihad? Hurmm.. (more…)

Posted on 13 January '09 by , under Politik. 28 Comments.