Salam Ramadan 2024

Balik kampung siap camping depan rumah. Rupanya inilah tempat paling best untuk kau healing bila kau nampak balik diri kau masa kecil berguling-guling kat depan rumah ni. Tak perlu bunyi air sungai pun.

Hari ini dah pun masuk hari ke-9 Ramadan. Alhamdulillah masih hidup sihat menjalani ibadah Ramadan kali ini. Kalau panjang umur, dapatlah jumpa lagi Ramadan tahun depan. Ada beberapa perubahan yang aku cuba buat pada Ramadan kali ini antaranya untuk jaga kalori. Dalam bulan ni, aku dah lost lebih 7KG dengan izinNya walau tanpa exercise pun.

(more…)

Posted on 19 March '24 by , under Hidup Khai. No Comments.

Selamat Pagi Cikgu!


[audio:selamat-pagi-cikgu.mp3]
Selamat Pagi Cikgu, satu ungkapan yang amat ku rindui. Kali pertama menyebut perkataan tu adalah 13 tahun yang lalu semasa memakai baju petak-petak kecil warna merah putih. Tadika la tu. Sekarang, perkataan tersebut tiba-tiba ber’evolusi menjadi “Assalamualaikum Cikgu!!”. Ungkapan yang penuh berlagu. Korang paham-paham sendiri la kan? Macam la tak pernah jadi budak sekolah dulu. Hehe. Semua sekolah pun sama je nada bagi salam kat cikgu. Hehehe.

Tak perlu’lah Khai nak sebut satu-satu nama cikgu yang pernah mengajar Khai dulu. Kalau sebut karang, korang bukan kenal. Bosan je pulak nak baca iye tak? So kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar Khai dulu, ya saya anak murid cikgu yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih. Sape Khai? Khai yang mana? Hehe dulu kat sekolah takde sorang pun panggil saya Khai cikgu. Semua panggil saya Nizam. Nizam mamat paling popular dengan status Taiko penjual cetak rompak paling berdaya maju. Sampai pengetua dengan Penyelia Pagi pun order VCD Mawi. Hehe. Oh! Kenangan. Dah la pengawas time tu. Hancus-hancus!!

Tanpa cikgu, siapalah Tun Mahathir? Siapalah Datuk Seri Najib dan siapalah Lisa Surihani tu. Tanpa guru mungkin mereka hari ni hanya penyapu sampah di tepi Menara Great Estern Ampang. Atau mungkin juga sebagai pembancuh kopi di syarikat korang bekerja. Pendek kata siapa pun kita hari ni, tanpa cikgu takkan mungkin kita pernah sampai ke tahap ini. Tanpa cikgu juga, mungkin dunia blog di dunia ni tanpa title dan tiada entri. Hanya gambar semata-mata.

Selamat Hari Guru, Cikgu!! Kami sayang kamu. Teruslah mencorakkan anak bangsa mu. (more…)

Posted on 15 May '09 by , under Hidup Khai. 87 Comments.