Salam Ramadan 2024

Balik kampung siap camping depan rumah. Rupanya inilah tempat paling best untuk kau healing bila kau nampak balik diri kau masa kecil berguling-guling kat depan rumah ni. Tak perlu bunyi air sungai pun.

Hari ini dah pun masuk hari ke-9 Ramadan. Alhamdulillah masih hidup sihat menjalani ibadah Ramadan kali ini. Kalau panjang umur, dapatlah jumpa lagi Ramadan tahun depan. Ada beberapa perubahan yang aku cuba buat pada Ramadan kali ini antaranya untuk jaga kalori. Dalam bulan ni, aku dah lost lebih 7KG dengan izinNya walau tanpa exercise pun.

Kemudian, aku cuba bebaskan diri dari apa sahaja jenis asap. Paling payah adalah untuk tinggalkan tabiat vaping sepenuhnya tapi rupanya langsung tak mustahil. Kalau selama ni kita rasa payah sangat, bulan Ramadan ni memang masa yang paling tepat sebab sepanjang siang kau tak usik benda tu, kenapa tak teruskan sampai ke malam dan sambung esoknya lagi ye tak?

Abah… Kalaulah abah masih ada, rasa tak pernah cukup nak menggembirakan abah. Korang yang masih ada mak ayah, jangan pernah penat membahagiakan mereka dengan apa sahaja di bawah kemampuan diri. Ramai yang tak tahu mana satu priority antara orang tua dan anak-anak.

Seterusnya adalah memastikan sehabis-baik untuk dapatkan pahala berjemaah pada setiap kali waktu solat walau apapun caranya. Cara paling mudah untuk pasangan yang dah berkahwin, solat berjemaah bersama isteri. Nampaknya masih gagal untuk setiap waktu ke masjid tapi tak apa, perlahan-lahan kita cuba pergi ke arah tu.

Aku cari pusara ni sampai jumpa sebab entah kenapa aku asyik teringatkan Allahyarham. Tak boleh lupa bagaimana arwah dulu selalu geli-geli tangan aku masa bersalam sebab nak bergurau dan arwah yang selalu potong rambut aku masa kecil dengan harga 70 sen sahaja.

Bersedekah pun aku cuba untuk buat lebih hardcore dalam kata lain, apa yang ada itu yang kita bagi. Contohnya macam kelmarin aku balik kampung untuk melawat guru mengaji yang tak sihat dan kebetulan aku baru keluar duit kat ATM, kemudian terfikir nak hulur berapa ya kepada beliau. Jadi aku sailang terus pemikiran untuk berkira-kira macam tu dan bagi sahaja semuanya apa yang ada. Apalah sangat berbanding ilmu yang pernah dia sampaikan pada aku sejak kecil dulu.

Pusara ni aku tak tahu milik siapa sebab tiada nama tapi bila tengok kubur ni, aku rasa sejuk mata memandang bagai sedang melihat satu pusara seorang ibu yang meninggal semasa melahirkan anaknya. Wallahualam tapi itu yang aku rasakan masa tu.

Bila aku cuba fokus sebaiknya kepada semua core ini, aku dapat lihat banyak perkara baik yang datang pada diri. Kesihatan diri rasa lebih baik bila kau mula jaga kalori dan tidak merokok/vape, dan janji Allah pula kita kena ingat yang lagi banyak kau bagi maka lagi banyak kau akan dapat semula dari pelbagai aspek di hadapan. Hidup rasa jauh lebih tenang dalam mencari keredaan dariNya.

Kalau ada umur yang panjang untuk bertemu lagi Ramadan tahun depan, harapnya pada ketika itu akan ada peluang untuk perbaiki lagi diri yang dah lama jadi pendosa ni. InsyaAllah. Amin.

Ditulis pada 6:09 AM 19 March '24 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 6,666 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post