Jenis Blog Hina lagi Falsampah

[Entri ini akan menggunakan ganti diri “gua” berbanding “Khai” seperti biasa]

Tadi gua terjerumus kejap dalam longgokan blog falsampah. Tak sangka ada juga orang yang blogging sambil RAGE rakan-rakan blogger lain. Dah la dunia blogging kita ni ciput je pun. Lepas gua check entri-entri dalam Justkhai ni, rasanya belum pernah ada satu entri pun yang mengutuk atau mencela mana-mana blogger lain. Gua bukan baik tapi at least gua cuba jauhkan diri dari buat benda yang tak patut.

Gua pernah cakap nak tutup blog ni tapi kenapa gua tak tutup? Satu, sebab itu hak gua nak tutup or nak bukak pada bila-bila masa. Dua, sebab majoriti pembaca blog ni gua lihat begitu menghargai. Dan gua tak sangka ada blog falsampah ni siap buat entri khas pasal gua tak jadi nak tutup blog. Gyahahaahaha!

Blog-blog yang mengutuk dan mencela blog ni gua perasan memang banyak. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Biasalah orang kita senang kena jangkit virus ikut mengikut. Dah macam jadi satu trend pulak kewujudan blog dan entri-entri “anti-khai” ni sampai gua dah naik menyampah. Seburuk-buruk blog ni pun, gua cuba sedaya upaya sampai ilmu mana yang gua tahu dan gua percaya mereka-mereka yang anti-khai ni pun layan semua tutorial tu tanpa mengucap terima kasih. Tapi gua tak kisah sebab apa yang gua sampaikan, itu tanggungjawab gua kepada dunia walaupun ilmu gua ni tak seberapa. Gua tak pernah paksa sesiapa baca kan?

Dan tulisan-tulisan di blog gua ni pun, gua tulis dari persepsi gua sendiri. Apa pandangan gua kepada dunia. Kalau lu orang tak setuju, gua rasa tak perlu sampai buat entri khas nak menghentam gua. Gua tak pernah kisah kalau ada sesiapa yang menegur ke arah kebaikkan, tapi gua kecewa dengan teguran yang lebih kepada mengajak orang membenci. Apa yang gua perasan, lagi gua teruk dihentam tanpa mampu membela diri (gua malas nak layan), lagi murah rezeki gua Allah kasi. Alhamdulillah. Percaya yang Allah itu maha Adil kan? (more…)

Posted on 16 June '10 by , under Blog, Daily Craps. No Comments.