Jenis Blog Hina lagi Falsampah

[Entri ini akan menggunakan ganti diri “gua” berbanding “Khai” seperti biasa]

Tadi gua terjerumus kejap dalam longgokan blog falsampah. Tak sangka ada juga orang yang blogging sambil RAGE rakan-rakan blogger lain. Dah la dunia blogging kita ni ciput je pun. Lepas gua check entri-entri dalam Justkhai ni, rasanya belum pernah ada satu entri pun yang mengutuk atau mencela mana-mana blogger lain. Gua bukan baik tapi at least gua cuba jauhkan diri dari buat benda yang tak patut.

Gua pernah cakap nak tutup blog ni tapi kenapa gua tak tutup? Satu, sebab itu hak gua nak tutup or nak bukak pada bila-bila masa. Dua, sebab majoriti pembaca blog ni gua lihat begitu menghargai. Dan gua tak sangka ada blog falsampah ni siap buat entri khas pasal gua tak jadi nak tutup blog. Gyahahaahaha!

Blog-blog yang mengutuk dan mencela blog ni gua perasan memang banyak. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Biasalah orang kita senang kena jangkit virus ikut mengikut. Dah macam jadi satu trend pulak kewujudan blog dan entri-entri “anti-khai” ni sampai gua dah naik menyampah. Seburuk-buruk blog ni pun, gua cuba sedaya upaya sampai ilmu mana yang gua tahu dan gua percaya mereka-mereka yang anti-khai ni pun layan semua tutorial tu tanpa mengucap terima kasih. Tapi gua tak kisah sebab apa yang gua sampaikan, itu tanggungjawab gua kepada dunia walaupun ilmu gua ni tak seberapa. Gua tak pernah paksa sesiapa baca kan?

Dan tulisan-tulisan di blog gua ni pun, gua tulis dari persepsi gua sendiri. Apa pandangan gua kepada dunia. Kalau lu orang tak setuju, gua rasa tak perlu sampai buat entri khas nak menghentam gua. Gua tak pernah kisah kalau ada sesiapa yang menegur ke arah kebaikkan, tapi gua kecewa dengan teguran yang lebih kepada mengajak orang membenci. Apa yang gua perasan, lagi gua teruk dihentam tanpa mampu membela diri (gua malas nak layan), lagi murah rezeki gua Allah kasi. Alhamdulillah. Percaya yang Allah itu maha Adil kan?

Gua blogging dari jiwa dan dari jiwa turun ke penulisan gua yang tak seberapa ni. Gua sendiri tak rasa setiap apa yang gua tulis ni terbaik, tapi at least gua cuba sebaik mungkin memberikan input yang berguna kepada pembaca untuk membayar setiap saat waktu yang diorang habiskan untuk baca entri gua yang selalunya memang panjang-panjang belaka. Samaada diorang perasan atau tidak, apa yang gua pasti, gua dah cuba selitkan sesuatu buat sesuatu.

Gua tak pernah marah pada sesiapa pun yang membenci blog buruk gua ni lepas baca tulisan-tulisan lu orang sebab gua tahu orang kita memang suka dengar pada satu pihak tanpa tahu perkara sebenar. Sebab gua pun macam tu dan gua rasa better kita sama-sama ubah diri. Tapi nasihat gua, kenalilah blog ini dan peribadi pemiliknya dan maaf kalau buat lu orang jatuh cinta untuk masuk sini hari-hari.

Bukan susah gua nak kenal orang yang ikhlas nak nasihat dan orang yang memeng sakit hati dengan gua. Kadang-kadang artikel benda lain, tapi tag dia penuh dengan perkataan anti gua. Contohnya macam blog falsampah ini. Sila lihat tag di bawah entri. Adakah kena mengena dengan artikel yang dia tulis? Itu satu contoh je la. Yang lain gua malas nak tolong promo’kan sebab itu yang diorang nak.

Ya, dan hari ini gua dah gelarkan beberapa blog sebagai falsampah. Dan gua tak cakap pun blog gua ni bukan blog falsampah so tak perlulah nak buat entri khas kasitahu dunia yang blog justkhai gua ni suka gelarkan blog orang tertentu sebagai falsampah. Kalau orang lain ada blog, lu orang pun nak ada blog, so buatlah blog betul-betul. Tak payahlah nak cerita pasal blogger-blogger lain. Gua memang benci dengan blog murahan (berkaitan publisiti) macam tu.

Oh ya, untuk artikel ni, gua tak open pun tempat komen sebab gua malas nak layan gelagat kumpulan anti-khai ni yang gua percaya hari-hari tetap masuk blog gua ni cari bahan untuk dijadikan entri kat blog diorang. Mungkin gua patut pasang “pagar” kat blog ni untuk terhindar dari syaitan-syaitan bertopeng manusia.

Update:
– Satu blog falsampah telah bersuara (gua tak masuk tapi ada yang beritahu). Bukti hari-hari blog ini menjadi santapan bacaannya. Gyahahahaha!
– Apa sumbangan anda kepada masyarakat dalam blogging? Tiada. Gyahahaha! Selain mengajak orang buat dosa bersama-sama dalam sesi kutuk-mengutuk. Gyahahaha! Blog Falsampah cacat otak..
– Tumpang publisiti kepopularitian orang lain dalam menulis entri. Gyahahaha!! Shame on you. Cemburu tahap tertinggi mungkin. Gyahahaha!

Ditulis pada 4:52 AM 16 June '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 659 views | Dalam kategori: Blog, Daily Craps | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.