Pencukur elektrik yang diimpikan jejaka moden, Philips AquaTouch! – Pt. 1

Hai. Lama Khai tak buat review sebarang produk kan? So apa kata hari ni korang baca review yang lain sikit dari selalunya. Selalu tak habis-habis dengan smartphones mahupun sebarang gadget lain kan? So kali ni kita cerita pasal bagaimana teknologi mampu memberikan kesempurnaan pada diri kita sendiri tapi teknologi yang akan Khai ceritakan berkenaan mesin pencukur moden di mana sangat penting untuk orang lelaki tapi tidak kurang pentingnya juga untuk kaum wanita. Perempuan nak cukur apa? Eh come on, macam-macam yang boleh dicukur ok. LOL!

Berbicara soal mencukur misai dan janggut ni, ianya sangat subjektif mengikut citarasa si jejaka itu sendiri. Ada lelaki yang sukakan misai tapi tak suka janggut. Ada yang suka bela janggut tapi tak suka misai dan tak kurang juga yang tak sukakan kedua-duanya. Khai tergolong dalam golongan yang sukakan janggut tapi tidak menyukai misai kerana membuat diri rasa 10 tahun lebih tua dari usia. Boleh dikatakan setiap hari lepas mandi mesti akan cukur misai. Tak kasi chance langsung misai nak tumbuh walau sedikitpun. Janggut pula memang nak sangat dia tumbuh, tapi segan-segan pulak dia dia nak tumbuh. So nak taknak, memang akan cukur juga janggut ni untuk kasi dia tumbuh semula dengan panjang. Tapi alhamdulillah ada juga dari yang bersungguh-sungguh nak janggut tapi sehelai pun tak sudi nak keluar. Lagi kesian. Haha! Apapun Khai tak mempunyai bulu di pipi atau lebih dikenali sebagai jambang lah kan.

Khai memang tak suka gunakan pisau cukur atas beberapa sebab. Satunya sebab lambat dan leceh. Bila dah siap-siap nak pergi meeting tu lah baru perasan ada misai. pakai pisau cukur biasa, kalau tak hati-hati bersepah jatuh misai tu atas baju. Kalau tak jatuh atas baju pun, bersepah dalam sinki. Lepas tu silap sikit mesti kulit akan luka. Paling tak best lepas pakai sekali dua, tak sah kalau pisau dia tak berkarat. Dah kena beli baru kan? Tak ke mambazir namanya tu? Jadi untuk artikel ini, lupakan terus tentang pisau pencukur yang menyusahkan. Kita bercerita tentang mesin pencukur yang terbukti memudahkan semua orang terutamanya para lelaki moden yang hidup sentiasa dalam kesibukan urusan harian. (more…)

Posted on 30 November '12 by , under Advertorial, Hidup Khai, Review. 9 Comments.