Wishlist Khai untuk tahun 2009


Masih belum terlambat rasanya untuk Khai wish Happy New Year secara officialnya untuk korang yang rajin berkunjung ke blog khilaf ni. Satu je doa dan harapan agar tahun baru ni, kita semua mampu jadi jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua orang sibuk dengan wishlist bagi tahun baru begitu juga dengan Khai sebagai tanda cabaran pada diri sendiri. Apapun perlunya berserah pada Qada’ dan Qadar Allah. Pengalaman banyak mengajar apa sebenarnya erti hidup pada diri Khai.

1. Oh! my First Job
– Khai masih seorang jobless ketika ini di saat ramai member-member lain dah pun bekerja. Bukan kerana memilih kerja, cuma Khai rasa tak perlulah terburu-buru. Hidup di KL sebagai designer dengan gaji RM800, bukanlah satu pilihan yang bijak. Hidup di KL sebagai pekerja di Mc Donald juga, takkan mampu merubah hidup kau apalagi hidup kedua ibu bapa di kampung. Biarpun ianya rezeki yang halal, Khai percaya rezeki ada di mana-mana. Jangan sakitkan badan jika ianya tak membawa korang ke mana-mana. Apapun, mungkin bulan Februari, Khai akan mengucapkan selamat tinggal kepada apa itu “jobless”. Ada la entri di Justkhai ni nanti. (more…)

Posted on 6 January '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 71 Comments.