0308 – Surprise Party dan Kasih Sayang
Alhamdulillah. Ini official entri dalam Justkhai ni sempena birthday aku yang ke-22 tahun. Entri semalam bertajuk tu, mukadimah je kot. Dan entri ni tak panjang, tapi hanya untuk menyemadi’kan gambar-gambar kenangan dan peribadi untuk mengukir senyuman aku sendiri di masa hadapan. Kerana apa? Kerana hari ini adalah hari paling istimewa dalam hidup aku. Sebab gua kena surprise party gila babeng punya. Hasil usahasama berminggu-minggu si dia dengan family Khai dan kawan-kawan. Terbaek la korang sebab aku memang betul-betul surprise habis kot? Rasa nak geget je idong sorang-sorang time tu terkujat punya pasal.
Plan’nya pukul 9 Malam dengan Cik Eifa, gerak ke McD. Dari haritu lagi dia dah warning untuk tempah aku awal-awal. So dengan senang hati malam tu aku ready nak celebret besday ala-ala romantik la dengan berdua-dua’an. Masa lepak tu, aku nengok sibuk sangat dia dengan phone. Kejap ummi call la, kawan call la. Padahal tu semua kawan dengan akak aku yang call nak teruskan planning kejam diorang. Hahaha. Pandai ek dia? Hehe. (more…)