Aku rindukan Scukz

Aku rindu.. Aku terlalu rindu.. Aku rindu dengan Scukz.Com.. Aku terlalu rindu untuk design welcome page dia. Aku rindu untuk meng-edit itu dan ini. Aku rindu dengan forums dan semua ahli-ahli forums lebih 10 ribu orang. Aku rindu dengan semua division yang aku buat hampir setiap minit waktu aku online sebelum ini. Aku rindu dengan Scukz yang aku wujudkan dari tingkatan 5 lagi. Tapi itu dulu, sekarang? harta yang aku ada cuma justkhai ini. Blog picisan ini. CGYhost dengan selamba mak bapak depa telah suspend Scukz tanpa sebab. Bila orang masuk Scukz je, akan keluar page suspend sebab tak bayar. Orang akan anggap aku tak bayar hosting tu. Padahal server depa yang down (tak bayar mungkin) dan menghilangkan semua-semua data yang aku buat kali kedua’nya. Kalau dunia ini adil, mungkin aku boleh saman mereka dengan ketahian ini. Ini semua tahi. Janji-janji selama ini hanya tinggal janji. Aku masih simpan janji-janji mereka mengenai sponsorship Scukz.Com. Itulah syarikat Melayu. Kita nak tolong dia, kita kena prek balik!

Sekarang ni hidup ni aku rasa tak berapa best. Aku jarang sekali online. Jarang sekali untuk buka YM lagi. Jarang sekali membuka laptop melainkan assignment. Segala update dan kegembiraan aku di blog ini hipokrit semata. Aku menangis dalam hati. Kerana satu daripada 5 perkara yang membuatkan hidup aku bahagia telah lenyap begitu sahaja. Tanpa sebarang notis atau email dari pihak CGYhost. Begitu tahi bukan? Salah aku juga, tak mahu dengar kata orang lain. Orang cakap CGYhost sucks, aku cakap CGYhost best. Kerana aku ingin memberi peluang kepada mereka. Tapi bila aku dah ditahi’kan?

Jika lepas ini CGYhost itu masih wujud, nasihat aku, jauhi tahi seperti itu. Sekarang nak hantuk’kan kepala kat dinding pun tak guna, sebab mereka dah hilangkan data dengan sekelip mata tanpa sebarang notis. Begitu juga dengan nama domain Scukz.Com. Sungguh tahi bukan? Noktah!!

Posted on 9 March '08 by , under Daily Craps. 42 Comments.

Oh my dear “Just Khai”.. Wut happen ar?

Hi all.. Selamat kembali ke JustKhai.Com.. rindu gila dengan blog ni. Terlalu banyak juga untuk Khai ceritakan termasuklah mengapa blog ni tak dapat korang masuk hampir seminggu. Ramai yang SMS dan PM khai di Yahoo Messenger bertanya akan masalah yang menimpa blog ini. Kak Lea juga hampir tiap hari SMS Khai marah kenapa blog Khai tak boleh di access. Sorry ye Kak. Hehe. Oh, ada yang lebih penting untuk Khai kongsikan apa lagi kalau bukan Yamaha-125zR yang Khai idam-idamkan sekian lama tu.

Bandwidth Limited Exceeded

Bermula dari minggu lepas, blog ini tidak dapat di’access dek kerana bandwidth yang habis tidak sampai setengah bulan. Tak tahu bandwidth tu apa, sila rujuk Wikipedia. Xtudent Hosting Plan yang Khai beli dan dibayar oleh Syia ternyata tidak mampu menampung hit yang melebihi 500 Unique Hits sehari menurut Analytics dari Nuffnang.

justkhai_spanar.jpg
So Syia yang menjadi penaja blog ni telah memindahkah JustKhai ke dalam pakej lain yang diberi nama Ebiz Plus Linux dari Exabytes . Pemindahan ke dalam server baru ni memakan sedikit masa dan kerana itulah, agak lama blog ni berehat. Hurm, kalau ada yang masih bertanya mengapa Syia ingin sponsor Khai, jawapan dari gadis cantik manis itu sendiri sangat mudah iaitu dia suka baca blog Khai ni. Even simple tapi sangat seronok di baca. Puas hati? Syia juga dalam proses beralih ke wordpress dengan berdomainkan dot com. Nantikan saja.

What about Scukz.Com?

Mengenai Scukz pula yang hampir sebulan down, Khai tak mampu berkata apa-apa. Mereka yang bertanya, bukan sengaja tidak Khai balas, cuma Khai malas nak ingat pasal Scukz. Bertapa sakitnya hati. Nasiblah blog ini dah dikeluarkan awal-awal dari server Scukz. Tidak keterlaluan Khai katakan, Khai sendiri sudah anggap CGYhost tidak wujud lagi. Mungkin juga sudah gulung tikar. Apa tidaknya, staff diorang sendiri pun tak tahu ape yang dah jadi dengan CGYhost. Gaji pun tak dapat dengar cerita. Main website CGYhost juga tidak lagi dapat diaccess. CEO’nya si Yazrie, Tuhan saja yang tahu mana dia pergi. Apalah salahnya beritahu melalui email kepada semua user mereka. Jika bankrup pun, biarlah secara terhormat. Hurm, jika benar CGYhost telah terkubur, ini kali kedua Khai ter’kena macam ni. Hampir Dua tahun lalu pernah juga kehilangan seluruh website tanpa ada sebarang backup. Khai bangun dan bina kembali Scukz tu, tapi jadi lagi macam ni. Tapi nasib baik, kali ni Khai sempat backup segala database yang ada termasuklah forums dan register user. Kalau tidak melopong la nampak gayanya. So seperti semua tahu, Scukz berdiri kukuh dengan bantuan sponsornya selama ini. Hilangnya CGYhost menjemput mereka yang berhajat ingin men’sponsor’ forums Scukz untuk menghubungi Khai.

Yamaha 125zR New Edition

justkhai_125zr_1.jpg
Haha, ini bukan gambar hiasan atau gambar motor sebarangan lagi. Ini adalah motor Khai. Yup, mine! Sebuah motor idaman yang dah Khai impikan dari di tingkatan 3 lagi. Motor yang sering Khai sebutkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Yatie dan Abg Fird kerana bersusah payah melalui prosedur pengeluaran motor yang menjengkelkan. Tidak Khai lupa, Kak Lea yang kasi Khai N73 tu sekali lagi memberi bantuan duit untuk Khai dapatkan sebuah Y-125zR. Terima Kasih Kak Lea. So 16 Februari lepas, dah selamat WQX 7709 tu sampai di Cyberjaya dan selamat juga berulang-alik dari hostel ke Limkokwing University. Bus? apa itu? haha.

Nak nengok gambar motor baru yang lain, Khai dah upload’kan di Myspace. Komen la ye. Klik di sini.

Khai penat.. masih mencari feeling untuk ber’blog. Tunggu saja entri akan datang. Salam..

Posted on 19 February '08 by , under Istimewa. 50 Comments.

Yay, New Domain for Khai’s Blog

justkhai.jpg
Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog ni selamat Khai pindahkan. justkhai dot com, sebuah domain yang Khai khas’kan hanya untuk blog keramat ni. “Just khai” tu pun main petik je, malas nak fikir nama domain. Actually, dah berhajat dari minggu lepas lagi nak pindahkan kat hosting baru ni, tapi disebabkan takde duit nak bayar, so Khai biarkan dulu dan cuba cari sponsor kot kot ada. Mujurlah, muncul seorang gadis bernama Syia yang volunteer nak sponsor blog ni. Thank You so much Syia!! I lope u la!! Jom ramai-ramai ke Blog Syia dan tolong ucapkan terima kasih kepada dia. Tidak dilupakan juga, seorang lagi insan yang nak sponsor domain untuk Web download terbesar di Malaysia pula, Emp3s. Thanks Wizurai. Tapi buat masa sekarang, Khai masih belum terfikir domain name yang sesuai untuk web Emp3s tu. Kalau korang ada idea, beri tahu Khai ye.

Hurm, macam biasa, nak memindahkan blog ke sebuah hosting lain memang mudah. Download database di hosting lama, kemudian upload balik ke dalam hosting baru. Tapi yang susahnya, kesan yang diterima selepas itu. Di antaranya, ranking untuk blog ini pasti akan jatuh mendadak. Dulu masa under domain Scukz, PR (page rank) dah capai 4. Tapi untuk JustKhai ni, hurm kosong la ape lagi.. Secara tidak langsung, Pengunjung juga pasti akan berkurang. Pendapatan dari ads juga, akan jatuh mendadak. Ah lantak, apa yang penting bagi Khai selaku penulis blog Syok Sendiri, pertama yang Khai nak, blog ini mampu berfungsi sama seperti dalam hosting lama. So kepada yang tahu cara lain nak tukar URL gambar dalam semua entri dengan cara mudah, sila beritahu Khai. Kalau nak tukar satu-satu entri, ada beratus-ratus entri tu. Khai ada baca entri “Mass Replace String in MySQL” kat blog LiewCF, tapi terlalu ringkas dan tak jelas untuk orang yang baru pertama kali nak berpindah-randah ni. [updated: dah tahu cara, kat sini]

Pemindahan blog ini Khai lakukan atas sebab tersendiri. First, Khai tak mahu blog ini berada dalam satu server dengan Scukz Portal. Semua maklum, Scukz portal dah makan hampir 3/4 percentage dari server so membuatkan blog ini agak slow untuk load. Second, Khai agak “cuak” dengan status sponsorship dari CGYhost sendiri. Asib down je tanpa tahu sebab ape.. Thirdly, blog & domain baru ini menggunakan package Xtudent Hosting Plan dari Exabytes. So apa yang Khai harapkan, blog ber’hosting dan ber’domain baru ini akan jauh lebih bagus dari dulu. No more down down.. Aku dah bosan.. dan paling penting, korang akan nampak blog ini makin aktif dan Khai janji, akan selalu ada entri2 baru kerana Khai akan lebih serious ber’blog dengan adanya blog baru ini.

riena_rasyid_justkhai.jpg
Akak Khai, Riena dah pun selamat nikah 2 Feb lepas. Semalam, baru siap tolong dia pindah rumah baru kat Puncak Jalil. Kakcik, no more Desa Pandan eh? hehe.. Hurm, ini perkahwinan akak Khai yang ke-3 dari 4 orang akak.

Untuk korang, Terima Kasih kerana masih menyokong blog Khai ni eventhough banyak lagi blog lain yang tumbuh bak cendawan lepas Hujan.. Even Khai dah redirect URL blog yang lama terus ke blog baru ni (justkhai.com), tapi korang yang dah letak link blog ni pun, tolong la tukar ye. Tak susah pun bahkan dapat pahala lagi sebab Khai mintak tolong ni. Hehehe..
Selamat Datang kepada JustKhai.Com

sindarela_justkhai.jpg
Pssttt: Jangan lupa nengok Sindarela setiap Selasa jam 9 Malam di TV3. Cerita yang menggantikan slot Lestari sebelum ini, Jelatang. Kenapa korang kene nengok? selain dari muka Sharifah Amani yang comel nak mampus tu, diorang juga berlakon kat Limkokwing University. Haha, tempat study Khai (aku, bukan Khai AF1), IcedNyior, Dafi AF5, Sazzy Falak, Awal Ashaari, Acha Septriasa dan ramai lagi lah. Saksikanlah satu-satunya Universiti paling hitam di Dunia.

Posted on 8 February '08 by , under Istimewa. 36 Comments.