Oh my dear “Just Khai”.. Wut happen ar?
Hi all.. Selamat kembali ke JustKhai.Com.. rindu gila dengan blog ni. Terlalu banyak juga untuk Khai ceritakan termasuklah mengapa blog ni tak dapat korang masuk hampir seminggu. Ramai yang SMS dan PM khai di Yahoo Messenger bertanya akan masalah yang menimpa blog ini. Kak Lea juga hampir tiap hari SMS Khai marah kenapa blog Khai tak boleh di access. Sorry ye Kak. Hehe. Oh, ada yang lebih penting untuk Khai kongsikan apa lagi kalau bukan Yamaha-125zR yang Khai idam-idamkan sekian lama tu.
Bandwidth Limited Exceeded
Bermula dari minggu lepas, blog ini tidak dapat di’access dek kerana bandwidth yang habis tidak sampai setengah bulan. Tak tahu bandwidth tu apa, sila rujuk Wikipedia. Xtudent Hosting Plan yang Khai beli dan dibayar oleh Syia ternyata tidak mampu menampung hit yang melebihi 500 Unique Hits sehari menurut Analytics dari Nuffnang.
So Syia yang menjadi penaja blog ni telah memindahkah JustKhai ke dalam pakej lain yang diberi nama Ebiz Plus Linux dari Exabytes . Pemindahan ke dalam server baru ni memakan sedikit masa dan kerana itulah, agak lama blog ni berehat. Hurm, kalau ada yang masih bertanya mengapa Syia ingin sponsor Khai, jawapan dari gadis cantik manis itu sendiri sangat mudah iaitu dia suka baca blog Khai ni. Even simple tapi sangat seronok di baca. Puas hati? Syia juga dalam proses beralih ke wordpress dengan berdomainkan dot com. Nantikan saja.
What about Scukz.Com?
Mengenai Scukz pula yang hampir sebulan down, Khai tak mampu berkata apa-apa. Mereka yang bertanya, bukan sengaja tidak Khai balas, cuma Khai malas nak ingat pasal Scukz. Bertapa sakitnya hati. Nasiblah blog ini dah dikeluarkan awal-awal dari server Scukz. Tidak keterlaluan Khai katakan, Khai sendiri sudah anggap CGYhost tidak wujud lagi. Mungkin juga sudah gulung tikar. Apa tidaknya, staff diorang sendiri pun tak tahu ape yang dah jadi dengan CGYhost. Gaji pun tak dapat dengar cerita. Main website CGYhost juga tidak lagi dapat diaccess. CEO’nya si Yazrie, Tuhan saja yang tahu mana dia pergi. Apalah salahnya beritahu melalui email kepada semua user mereka. Jika bankrup pun, biarlah secara terhormat. Hurm, jika benar CGYhost telah terkubur, ini kali kedua Khai ter’kena macam ni. Hampir Dua tahun lalu pernah juga kehilangan seluruh website tanpa ada sebarang backup. Khai bangun dan bina kembali Scukz tu, tapi jadi lagi macam ni. Tapi nasib baik, kali ni Khai sempat backup segala database yang ada termasuklah forums dan register user. Kalau tidak melopong la nampak gayanya. So seperti semua tahu, Scukz berdiri kukuh dengan bantuan sponsornya selama ini. Hilangnya CGYhost menjemput mereka yang berhajat ingin men’sponsor’ forums Scukz untuk menghubungi Khai.
Yamaha 125zR New Edition
Haha, ini bukan gambar hiasan atau gambar motor sebarangan lagi. Ini adalah motor Khai. Yup, mine! Sebuah motor idaman yang dah Khai impikan dari di tingkatan 3 lagi. Motor yang sering Khai sebutkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Yatie dan Abg Fird kerana bersusah payah melalui prosedur pengeluaran motor yang menjengkelkan. Tidak Khai lupa, Kak Lea yang kasi Khai N73 tu sekali lagi memberi bantuan duit untuk Khai dapatkan sebuah Y-125zR. Terima Kasih Kak Lea. So 16 Februari lepas, dah selamat WQX 7709 tu sampai di Cyberjaya dan selamat juga berulang-alik dari hostel ke Limkokwing University. Bus? apa itu? haha.
Nak nengok gambar motor baru yang lain, Khai dah upload’kan di Myspace. Komen la ye. Klik di sini.
Khai penat.. masih mencari feeling untuk ber’blog. Tunggu saja entri akan datang. Salam..
bila mau tuka body moto? ekeke.
emm2, patutlah xdpt bukak web scukz.
=[
haha..gile kew baru beli dah nak tukar cat.. hehehehe
lu jgn cari psl sama gua lu ingat gua x tau pe lu wat lubuat ngan wawa ari pi jumpe di end main payu dara dia siap main raba petpet lagu tu,,,,,,,,,,
pegi la mampos… wawa? nama gula2 ke tu? lu salah orang ni
suke nyer dia dpt moto baru…..jgn nak salah guna sudah lerrr…ingat tuuu
salah guna? pe ni?
bro,
scukz.com dah jadi semacam tmpt bagi remaja bertukar pendapat dan download berbagai content. So… aku nak sponsor pun tak ler mampu cuma dorongan semangat aje boleh aku bagi.
kalau khai boleh bangkit masa first time kena macam ni; I have no doubt you can get back up again for this time around…..
be brave bro…
all the best!
huhu, beratnye hati..ape pon thanks k
sapa pula nak sponsor scukz?
aku pon nak beli moto.to..nanti dululah
entahla.. sapa2 je la yg berminat… ade gambar motor nanti, share la ye
patut la lame xleh acces justkhai.com ni..ingat ke dh terkubur hehe..neway teruskan mnyajikan content2 menarik2..
thanks hairie.. hihi.. insyaAllah Khai akan terus menyanjikan cerita2 menarik secara ikhlas…… peace!!
gile kentang down… apa la malang… harap pasni tak down lagi…
aku dapat tau hosting CGY kena attack dgn ddos… so, memang tak boleh buat apa la… cari hosting dari company lain jek…
hurm, itula.. kesian ngan diorang.. scukz pon dari awal lagi membangun dengan CGYhost sampai dah sebati namanya dengan cgy.. hurmm..
moga diorang dapat membangun semula..
adeh..tuler..jgn la pakai malaysian hosting.
dulu cgyhost tu ok je.. tapi now la makin problem.. ade la tahu skit2 cerita dalaman diorang.. mmg teruk gak. hurm, hope depa leh membangun balik la ek….
tapikan awk nak kene gak sokong malaysian made maa.. hehe
rindu betul pada scukz. hari² kalau login, web tu la yg dilogin dulu, baru la yahoo, fs, ms dll. ermm..
khai, ko kan kaya, apsal x beli kete je? huhu.. pelik tul lelaki, suka sgt kat motor. smpi mati pun x mau la aku naik motor hahahaha. (upss.. kecik ati org tu klu dia tau awek dia x mau naik motor) hahahaha
huhu.. doakan je ar scukz tu cepat sihat.. sian dia saket.. hahaha.. hurm, ala sbb senang nak gi University je.. kete kete ni sume nanti nanti je la pikir.. hahahaks!!
hehe.. di’sebabkan Scukz mempunyai ramai follower, aku rasa better ko tulis surat mintak sponsor dr mana2 hosting company.. aku rekemen exabytes.. diaorg stable & rajin sponsor org π
dan, tiba dah kot masa’nya Scukz pergi lebih dr sekadar forum/komuniti… form satu team, ada marketing, ada management, ada content coordinator.. biar yg nak sponsor pun lebih yakin.. π
memang lelaki sangat pelik.. ada duit tak nak beli kete kan.. syia sokong..patut beli kete..leh angkut ramai kawan hehe
itu la.. selama ni khai bergerak secara solo ntuk scukz tu.. dibantu oleh crew & moderator.. hurmm, mungkin sudah masanya..
takpe.. tunggu saje.. π
psstt: masa scukz pemes dulu, ramai follower dak dak skolah je.. itu yg susah..
apa ye history scukz.. cerite sikit boleh tak?
ini petikan ringkas yg khai copy dari page index scukz dulu.. mmg sangat x detail.. tapi just kasi gambaran la ape itu scukz.com..
…………
Scukz adalah sebuah Komuniti Remaja untuk mereka yang berumur 15 hingga 32 tahun. Namun ianya adalah terbuka kepada sesiapa jua tidak kira peringkat usia. Dua tahun di arena komuniti dunia, menjadikan kami sebuah portal yang popular dan semua tahu Scukz adalah sebuah komuniti yang paling pantas membangun berbanding yang lain. Dari mana anda tahu mengenai Scukz? Beritahu kami di sini
Ironinya, dalam usia sesingkat itu, kami sudah menerima ahli berdaftar lebih 10,000 orang dan lebih 10 juta unique hit sehingga kini. Menurut Alexa Ranking, Scukz.Com berada di dalam ranking 100 ribu dari berbilion website di dunia.
Scukz telah disponsor sepenuhnya oleh CGYhosting Network pada tanggal 19 March 2007. Kini ianya ditempatkan
…………..
ini mengenai forums.. juga history ringkas..
Sebuah web komuniti remaja Malaysia yang terawal. Menjadi komuniti di luar jangkaan apabila mendapat sambutan hangat yang membuatkan namanya terus melonjak naik setanding portal-portal popular lain pada masa itu. Melongkah naik dari hari ke hari.
Menerima pelbagai ancaman dari mereka yang tidak bertanggungjawab. Kami sudah 4 kali di hacked dan admin sudah beberapa kali menerima ancaman termasuklah emailnya yang berjaya di hacked oleh mereka yang tidak berguna. Tujuan kewujudannya di alam siber ini tidak lain tidak bukan untuk memeriahkan dunia internet di Malaysia selain berkongsi pelbagai informasi melalui forums dan banyak lagi modul yang tersedia. Percayalah, berforums amat mengasyikkan.
sebagai menyambut kembali nye khai, anda telah kena tag
terima kasih
DONE.. selamat dah ditunaikan… pls refer to this link..
http://www.justkhai.com/trackback-tag/
thanks k..
oh, scukz punye sponsor dah berkubur rupernye…. scukz still 4 eva…. tinggal nak carik sponsor jek ye… rasa macam nak sponsor jek…. (macam lah). Berapa ratos setahun khai, kalau nak sponsor?
*adeh! nampaknya berkubur lah musnaz.scukz.com tu ye? hu hu… tu lah, khai dah suroh back up, terlupa pulak… nasib baik penah download die kat libry, nak pegi carik la pulak, hu hu…
CGYHOST = HOSTING TAHI BUATAN MALAYSIA
Sia sia kawan aku beli domain dari cgyhost
Yazrie makan duit haram ke?Mungkin jugak.
Kalau dh bangkrap tu bagitau la jangan terus lesap je
betul tu.. hilang je dia.. hurmm.. nanti2 gak email kot kot diberitahu ape dah jadi.. tap itu hak dia.. dan hak kita?
ko ada database Khai.. setup forum baru.. nama baru.. mana tahu lebih gemilang π
50GB tu!!
sebenarnya ko boleh kurangkan bandwith dengan kurangkan image di blog ni..aku ada blog visitor 600-800 sehari tapi bandwith 2gb je sebulan..
aku tahu tu.. tapi image sume aku lebih selesa host kan kat dalam server sendiri.. 600 – 800? wow.. unique hit ke tu? dasat sungguh lagi2 ntuk blog macam ko yg baru nak bukak.. hehe..
huhuhu abg khai dah beli moto laa
125-z
ape lagi bile nak race ngan 135lc??
135lc boleh kejar ke? hehehehe..
huhu walaupun 135lc tu x laju tp 125-z ko tengah dlm pantang
hahaha confirm x dpt KEJAR nyer
haha
abis tu dah tahu, nak ajak gak lumbe tu.. jahat tul.. hehe.. jom la kita lawan congkak je.. lg best ape.
congratz for new domain…erm aku takmo ler cakap aper2 cuma si gie pn tau dulu ngan site lama dier tu…kang ader “orang” kata aku batu api ler plak…lantak ler…hohoh
lol, itula dah lme x dpt bukak,
baruΓΒ² nie dpt bukak,
pepepun good work π
cgyhost? . hahaha. they dead! . serious ! . i remove my web from their hosting since last year ! . my http://www.zerodeuxsix.com now is much better !
aku pun dh sakit hati dh ngn CGYHOST..
3 web kompeni aku, aku host kt die..
skang menjawab aku ngn bos..
aduih… klu ye pn email la sbb ape down…
hurm, mmg cam syial… syial gile ar… sakit gile hati..
isk2..aku sedih btol la ble tgk ape yg jd kat scukz..hajat nk bantu mmg ade..scukerz mane la x sygkan scukz tu kan..tp phm2 aje laa..
wey tuka le rim tu kasik cun sket..wane merah cam wane body tu ke..hehe..
ramai member aku suggest colour hitam.. huhu.. tapi tunggulah lagi 15 tahun.. lepas dia karat.. hehehe..
hoho..semoga scukz cepat sembuh…aku tau domain ko down dari blog ismail…huhu…
khai,
aku ada proposal utk scukz.com. kalau berminat, hantar emel kat aku, dan bagi YM ko. ASAP. π
wow wawa, thanks.. khai hantar email nanti..
Hmmm. warna maroon hangat nie pasti menikam kalbu percuri. Aku beli sama model la.. tapi dah tukaq warna hitam takde sticker apa-apa. Tak tahan dah 3 kali hampir kena songlap. Khai pernah test ke top speed motot tu? saya pernah test (nak tau tahap kemampuan betui) buleh cecah habih 180 tus.. huhu…
* Bior nampak buruk dan takde tarikkan janji sodap bawak..
uwaa.. ekceli khai takut gak kene rembat.. tapi now parking dalam campus ni, rasa selamat la jugak..
hurm.. ade duit leh gak buat macam bro ek.. tukar warna,. cabut sume sticker kasi nampak plain jer.. baru pencuriik x pasan.. hehehehe…
motor khai bawak aritu rm170.. tapi rasa leh naik tinggi lagi..