Sebab Lu Kaya!!


Bandwidth Photobucket habis la pulak. Tadi dapat email diorang cakap kene tunggu sampai 21 Disember untuk bandwidth tu reset balik. Kena fikir baik-baik ni samaada nak Upgrade to Pro atau buat akaun Photobucket banyak-banyak. Dan semestinya, orang yang bijak pasti akan buat akaun Photobucket banyak-banyak. Buat apa nak bayar. Hahaha.. (bijak ke kedekut eh sebenarnya camtu?.. lantak ah!)..

Masih ingat akan entri mengenai runtuhan di Bukit Antarabangsa beberapa minggu yang lepas tak? Kalau tak ingat, boleh baca balik kat entri Photos: Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang. Ini ada orang yang tak kaya nak meluahkan rasa hati. Semoga mereka yang kaya-kaya tu lepas baca ni, pergi la bertaubat. Bawak-bawak la insaf wei… dan kasi la owner blog ni duit skit.. haha

Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang…rumah juta-juta…Harta juta-juta…buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la…sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?…Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak…rumah juta-juta…harta juta-juta…tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?…Sebab apa?… (more…)

Posted on 19 December '08 by , under Hidup Khai, Tergempar. 57 Comments.