Soalan Rabak Hujung Minggu Part 3

Kalau ada yang tercari-cari artikel kemerdekaan di sini, Khai dah tulis awal bulan Ogos hari tu lagi. hehe. Boleh klik di sini.


Korang sedang membaca satu lagi artikel Soalan Rabak Hujung Minggu tapi dah part 3. Kalau baru terjebak dalam kolumni blog ni, boleh la baca Soalan Rabak Part 1 dan Soalan Rabak Part 2 dulu. Boleh dikatakan semua persoalan dapat dirungkaikan dengan komen panjang lebar dari korang semua. Terima kasih!

So hari ni dah hujung minggu, masanya untuk soalan rabak seterusnya. Rabakkan kepala korang dengan semua persoalan yang telah merabakkan kepala Khai terlebih dahulu ni. Hehehe.

Soalan 1:
Di Malaysia ni, memang selalu sangat dah kita dengar kes pasal bomoh dan santau. Ada yang buat orang mati, menderita sampai mati, hilang ingatan dan macam-macam lagi lah. Kalau di Malaysia, semua ni boleh dikatakan hanya kes terpencil, tapi bukan di Indonesia (lagi parah). Persoalannya, kenapa diorang ni semua tak guna santau je untuk bunuh George Bush tu dulu? Sanggup pulak pergi letupkan diri dan macam-macam lagi padahal Bush tu hidup je jugak. Dari bunuh bangsa sendiri dengan sifat dengki korang tu, santau Bush tu lagi baik la wei.

Soalan 2:
Mengenai Kunci. Kalau kunci pintu tombol bulat tu, semua pintu pun kunci dia lebih kurang. Sama lebar dan sama panjang. Ukiran mata kunci tu pun boleh dikatakan sama je. Persoalannya, dalam berjuta-juta kunci yang ada, bagaimana masing-masing boleh membuka satu pintu sahaja sedangkan design semuanya agak sama. Korang faham tak soalan ni? Huhuhu.

Soalan 3:
Bagi penganut agama Islam, rambut seseorang wanita adalah aurat dan haram dilihat lelaki. Soalannya, bila perempuan tersebut memotong rambut yang panjang menjadi pendek, kemudian yang telah dipotong tu dibuang merata-rata dan dapat dilihat lelaki bukan muhrim, adakah wanita tersebut berdosa? Adakah rambut tersebut termasuk lagi dalam aurat wanita tersebut?

Soalan 4: (more…)

Posted on 30 August '09 by , under Lain-lain. 109 Comments.

Soalan Rabak Hujung Minggu Part 1


Entri ini sangat ringkas, tapi kalau boleh mahukan penjelasan panjang lebar dari korang semua. Khai tahu pembaca blog ni terdiri dari pelbagai lapisan. Ada cikgu, ada doktor, ada peguam, ada pekerja biasa, ada wartawan dan ada ramai blogger lain yang bijak pandai. Khai ada beberapa soalan yang dari awal sekolah menengah lagi dah buat Khai tertanya-tanya sampai sekarang. Ada soalan yang cikgu Kimia Khai sendiri pun tanya Khai balik, kenapa eh? Aduhai cikgu Kamariah ku sayang. Cikgu yang cikgu ke, saye yang cikgu ni? Rotan nak? Hehehe.

Soalan 1:
– Kenapa bila orang kerat dia punya urat nadi kat pergelangan tangan tu terus mati, tapi orang yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan atau tangan terputus tetap boleh hidup. Biarpun sememangnya hidup tanpa nadi. Mengapa?

Khai dah ada jawapan untuk soalan 1 ni, tapi nak tahu jawapan korang dulu.

Soalan 2:
– Kenapa Bumi bila dilihat dari satelit, akan menampakkan Bumi ni berbentuk sfera dan bewarna biru serta hijau? Biru mewakili laut dan hijau mewakili daratan kan? Persoalannya, mana pergi langit yang bewarna biru tu? Nak kata angkasa, angkasa warna dia hitam. Bukan biru. Habis langit tu apa sebenarnya? Apa warna biru yang kita nengok dari bumi tu? Langit? Habis mana pergi langit tu bila dilihat dari satelit? Sigh~

Soalan 3:
– Soalan yang agak sensitif dan tak perlu dipertikaikan sebenarnya. Tapi harap tak salah sekadar ingin tahu. Kenapa air wudhuk terbatal bila kita buang angin? bahasa indah dia, kentut la kan? hehehe. Bila terkentut, kita kena ambil wudhuk semula. Basuh muka, tangan, rambut, telinga dan kaki. Kenapa tak basuh tempat kentut tu keluar? Khai tak tahu jawapan dia, tapi Khai percaya setiap apa yang Tuhan arahkan tu, adalah sebab yang tertentu.

Dan soalan yang terakhir – confirm korang pun tak boleh nak jawab adalah… (more…)

Posted on 8 August '09 by , under Lain-lain. 144 Comments.