Fast Update #5

Baru balik dari post office bayar bil Streamyx Khai yang pertama. Well, 353 hengget bukan sikit dan harap takde satu sen pon yang bukan sepatutnya menjadi hak TM telah menjadi hak TM. Korang pun paham kan, time-time macam ni la diorang nak amik untung ‘sipi’.. Actually dah terlambat nak bayar. Patutnya before 16 Disember, tapi 17 Disember baru Khai pergi bayar dan menyebabkan pagi tadi Khai kebosanan tak dapat nak connect internet. Balik je bayar bil, terus boleh online. Betul-betul what you pay, is what you get lah. Hehehe.

justkhai_sepi
Biasalah bila takde connection internet je, Khai akan layan filem Sepi. Dah hampir 8 kali kot nengok tanpa sikit pun rasa jemu. Kalau korang masih belum nengok Sepi ni, bawak-bawak la cuba layan cerita melayu ni. Cinematography yang sangat menarik dan jalan cerita yang hebat membuatkan korang takkan bosan even dan menonton 8 kali pun macam Khai. Dua soundtrack Sepi dari Gita Gutawa pun sampai sekarang masih lagi jadi truetones untuk handphone Khai. Sepi dah ada di Youtube. So malam ni, kalau belum tonton, boleh layan sampai lebam kat Youtube yer. (more…)

Posted on 17 December '08 by , under Hidup Khai, Istimewa. 24 Comments.