Fast Update #5
Baru balik dari post office bayar bil Streamyx Khai yang pertama. Well, 353 hengget bukan sikit dan harap takde satu sen pon yang bukan sepatutnya menjadi hak TM telah menjadi hak TM. Korang pun paham kan, time-time macam ni la diorang nak amik untung ‘sipi’.. Actually dah terlambat nak bayar. Patutnya before 16 Disember, tapi 17 Disember baru Khai pergi bayar dan menyebabkan pagi tadi Khai kebosanan tak dapat nak connect internet. Balik je bayar bil, terus boleh online. Betul-betul what you pay, is what you get lah. Hehehe.
Biasalah bila takde connection internet je, Khai akan layan filem Sepi. Dah hampir 8 kali kot nengok tanpa sikit pun rasa jemu. Kalau korang masih belum nengok Sepi ni, bawak-bawak la cuba layan cerita melayu ni. Cinematography yang sangat menarik dan jalan cerita yang hebat membuatkan korang takkan bosan even dan menonton 8 kali pun macam Khai. Dua soundtrack Sepi dari Gita Gutawa pun sampai sekarang masih lagi jadi truetones untuk handphone Khai. Sepi dah ada di Youtube. So malam ni, kalau belum tonton, boleh layan sampai lebam kat Youtube yer.
The Burj, Dubai
Masih ingat mengenai entri “Kenapa aku nak sangat ke Dubai” beberapa minggu lepas? Khai ada bercerita mengenai The Burj, Dubai yang dikatakan 1KM lebih tinggi dari KLCC. Betul ke? Bulan ini (Disember) adalah fasa terakhir untuk The Burj ni siap dan dah ada gambar-gambar yang diambil dari puncak The Burj. Kalau korang ada masuk ke Oh! Tidak, mesti dah dapat usya dulu. Apa lagi yang nak dikata, simply amazing.
Gambar atas ni yang dikatakan pemandangan dari the top of The Burj mampu menunjukkan yang Bumi itu berbentuk sfera. Alahai, tingginya. Tanda-tanda kiamat kan? Hurm… bila manusia berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit.
Isma Yusof adalah Gay?
Kalau tak kenal siapa Isma Yusof, korang mesti kenal dengan watak Butang dalam cerita Sindarela kan? Atau si Jongos dalam Kerana Cintaku Saerah. Oh, dalam drama Popular di Astro Ria pun ada dia. Khai dah kenal dengan Isma ni before dia jadi popular lagi. Masa tu dia masih lagi student di MMU, Cyberjaya. Dulu selalu jugak la chat dengan dia. Dulu dia ni selalu tunjuk kat kitorang (dalam conference) video assignment dia dan kebanyakkannya adalah mengenai gay. Temubual dengan gay dan sebagainya. Atau mungkin, dia ni sememangnya gay. Hanya Tuhan, diri dia dan gay-gay yang lain je yang tahu kan? Tapi gambar-gambar mesra ni si Isma Yusof ni dengan buah hati dia ke? Orang kata ni buah hati dia. Tapi kenapa Khai rasa macam jantan je yer? Untuk berfikiran positif, anggap sahaja teman wanita si Isma ni si gadis yang mirip wajah lelaki atau mungkin member lelaki di makeup seperti wanita untuk menjayakan persembahan teater. What the Fish! Kudos: Hafreze
Justkhai kini juga WordPress 2.7
Semua orang sibuk nak upgrade blog ke WordPress 2.7. Baru semalam Khai sempat upgrade. Before Khai guna WordPress 2.7 RC-1. So semalam dengan beraninya, Khai gunakan function one-click upgrade yang ada di WordPress 2.7 RC-1 dan voila, selesai. Makin lama, makin mengancam WordPress ni. Jika anda masih pengguna blogspot yang tegar, satu je pesanan. Dunia dah maju, zaman dah berubah. Macam Berita Harian jugak. Hehehe. Dan sebenatar lagi, semua network Scukz seperti ohtidak, ohartis dan sebagainya, turut akan ke WordPress 2.7.
Web Team
Khai ada beberapa projek web yang baru nak bermula. So sesiapa yang berminat dan rasa design website ni semudah menghembus asap rokok, sila email Khai untuk kita bekerjasama. Projek bukan free dan korang pasti akan dapat imbuhan yang lumayan. Email: khaixy[at]gmail.com .. jangan sesekali PM di YM kalau korang berminat. Sila Email ok. Letakkan subjek ” Berminat Join WebTeam” dan nanti Khai akan roger korang balik.
Pssttt: Fast Update di mana pelbagai story dari pelbagai kategori Khai himpunkan dalam satu tempat.
waaa…rm353 bil tenet khai..huhu.. byk tuuu…
wah…pas grad…ada je pojek baru ye…bagus2…
1st bill put.. so mahal sket.. hurmmm.. projek ntuk scukz insyaAllah, ada…
projek cari makan pon, moga2 ada la.. so cepat2 join webteam ku ini… tangan khai ada 2 je.. kalau cam labah2 ada 8 kan best.. hahaha
ooo best rupanye cita sepi tu….aku ingat bosan nak mampus…akan ku cari DVD minggu ini jugak dan menengoknya….banyak jugak bil ko khai? tapi berbaloi blog ramai datang baca…he he he
wah, mahal gila bil streamyx kau.. aku byr rm99 bulanan jew..
hurm, diorg tahu tu tanda-tanda kiamat kenapa diorang nak buat jugak ya bangunan tinggi-tinggi ni??
weyh, sepi tu citer pe? aku tak pernah tgk pun.. haha.. katak bawah tempurung gak aku ni..
psstt : asal muke pompuan tuh cam terbakar je.. hehe..
hahaha…jelita la sgt mamat2 tu… =)
ooo…1st bil ke…ingt ke mmc camtu bil tenet khai…huhuhu…
cik khaixy[at]gmail[dot]com
aku minat nak join projek semudah hmbusan asap rokok.
flowerbunkus[at]gmail[dot]com
hoho..dah ada projek web dah..cantik.. 😀
Ntah sapa ntah isma
baik aku layan tengok katun anime…
Aku tgk muka dia pun seram woo
dalam sepi aku suka kisah yang last sekali tu. memang nampak real baizura kahar melakonkan wataknya…
oh ya, isma yusuf nie ada blakon dalam cite SUTUN kan?
correct me wrong..
betul la tu.. ada dalam cite sutun.. kisah gay yang distory kan… what the fish..
salam
Saya antara pembaca yg tersinggah di blog anda ini. Membaca byk entri di sini..menarik, berpotensi..cuma kurangkan jawab menjawab dlm blog anda ini sbb kekadang elok biarkan bloggers yg lain mencurah pendapat..mungkin anda akan katakan ini blog saya..saya buat apa saya suka..well benar…tapi anda mencari musuh free sahaja begitu..nasihat saya..kalau rasa anda boleh terima..tunjukkan kematangan anda berblogging…anda pun sudah 20 tahun..abis diploma…sepatutnya lebih rendah diri..humble..diam itu bukan kalah..jgn menang sorak kampung anda tergadai..
Maaf kalau anda rasa terganggu dgn kata2 saya.
Salam.
salam.. thanks di atas nasihat.. untuk pengetahuan intan, menjawab komen dari reader blog ini bukanlah berniat untuk mencari musuh atau sebagainya, ianya hanya ingin memperbetulkan keadaan. Jika benar apa yang dikomen itu, khai meng’iya’kan.. jika tidak benar, tak salah untuk khai membalas dengan kenyataan yang betul..
kematangan bukan sahaja boleh dilihat dari sifat humble.. kalau tidak kena tempat, susah jugak.. bukan kalah menang yang dicari, persoalannya, mana satu yang benar-benar tepat… itu saja..
neway thanks
sepi.. aku tak tgk lg la. huhu.. nmpak gayanya kena layan utube la lps ni. tp mcm aku memang tak berminat la nak tgk movie ni. wakakaka.. btw, kena la juga tgk sbb kau dah kata best. hehehe..
isma yusof adalah gay? aku no komen sbb aku tak kenal pun mamat ni. huhu.. tp nak gak la komen sket walaupun ianya off topic. mata mereka menyeramkan. LOL
psstt: kalau aku jd rakan kongsi modal dan juga keuntungan utk projek kau tu boleh tak? hehehe..
SEPI itu indah.
Layan. Jangan tak layan.
hai,khai!!
sy nie bru jer guna wordpress,sbelum nie sy guna blogger..
tp lps bace post kat blog khai nie..tergerak hati nak try wordpress..tp x bper nak pndai lg la..
penah gak try nak upgrade wordpress 2.7,tp xtau kat mner hasilnye..haha..susah giler nak update..
senang je sebenarnya kalau ikut file readme yang terkandung dalam file wp 2.7 tu… .. neway good luck.. x jadi tanye khai ye.. insyaAllah khai leh tolong..
Isma tuh b’lakon dlm citer sutun erk ???
ak bkn antoo TV …
tuh psl jahiliyah skit bab artis2 malaysia nih …
ekekke
1st Bil Streamyx memang mahal, diorang mula2 je kata tak payah byr apa-apa time mula pasang, aku pasang sendiri dulu pon 1st bil beratus gak
pastu konon murah la, padahal dia cut sikit je sewa talian, guna jelah Streamyx, stabil sikit dari broadband celcom/maxis
Isma Yusof tuh pandai buat website gak kan, pasal aku pernah tengok nama dia kat 1 site filem Afdlin Shauki
SEPI- sama la kita yob, aku tgk tang Afdlin jer
betul.. masa register, ini x payah bayar, itu tak payah bayar.. no register fee n bla bla bla.. tapi bila bil sampai, cakap byk pon tak guna.. tetap gak kena bayar…
Hurm, isma tu mmg pandai wat website kot.. rasanya dulu kat MMU dia amik course Creative Multimedia jugak…
pergh..ape lame tertunggak tu khai?
patot da lame kene block nih..
huhuhu~
first bill la bro.. tertunggak apa nya.. hahaha…
cun ar bapok tu
grr…