Fast Update #5

Baru balik dari post office bayar bil Streamyx Khai yang pertama. Well, 353 hengget bukan sikit dan harap takde satu sen pon yang bukan sepatutnya menjadi hak TM telah menjadi hak TM. Korang pun paham kan, time-time macam ni la diorang nak amik untung ‘sipi’.. Actually dah terlambat nak bayar. Patutnya before 16 Disember, tapi 17 Disember baru Khai pergi bayar dan menyebabkan pagi tadi Khai kebosanan tak dapat nak connect internet. Balik je bayar bil, terus boleh online. Betul-betul what you pay, is what you get lah. Hehehe.

justkhai_sepi
Biasalah bila takde connection internet je, Khai akan layan filem Sepi. Dah hampir 8 kali kot nengok tanpa sikit pun rasa jemu. Kalau korang masih belum nengok Sepi ni, bawak-bawak la cuba layan cerita melayu ni. Cinematography yang sangat menarik dan jalan cerita yang hebat membuatkan korang takkan bosan even dan menonton 8 kali pun macam Khai. Dua soundtrack Sepi dari Gita Gutawa pun sampai sekarang masih lagi jadi truetones untuk handphone Khai. Sepi dah ada di Youtube. So malam ni, kalau belum tonton, boleh layan sampai lebam kat Youtube yer. (more…)

Posted on 17 December '08 by , under Hidup Khai, Istimewa. 24 Comments.

Masa untuk Happy :)

scukz_happy_ever.gif

Setelah sekian lama berdiam diri dari sebarang pakej promosi, Digi kini keluar dengan pekej yang agak mengejutkan. Happy 🙂 , sebuah Pakej yang membuatkan ramai pengguna terbeliak tidak kurang si merah dan biru yang termenung ketandusan idea. Even Khai seorang pegguna Maxis yang setia pun, agak terdetik hati ini untuk beralih kepada Digi. Tapi pikir balik, susah nak tukar number phone ni coz ramai contact, member, family, borang, database dan macam-macam lagi yang dah simpan rekod number kita.

Hotlink dulu yang keluar dengan Super Savers kini semakin dipandang sepi. Pakej yang pada mulanya RM2 untuk bercakap atau SMS tanpa had dari jam 12 pagi hingga 12 tengahari kini tiada lagi. Mungkin rugi besar diorang agaknya. Ape taknya, Ramai yang duduk semeja pun boleh cakap guna handphone. Tak ke haru tu Maxis nak menanggung?. Kini RM3 untuk bercakap selama 1 jam atau SMS dari 12 pagi hingga 6 pagi sikit pun tidak menjadi buah mulut orang ramai. Bagi Khai, ini kesilapan Hotlink sendiri. Sepatutnya, pakej Super Savers yang sekarang harus diperkenalkan dahulu kemudian baru diikuti dengan pakej perkenalan mereka. Xpax dari Celcom juga turut mengeluarkan rewards yang pelik-pelik untuk pengguna mereka. Khai tak berapa tahu kerana Khai bukan pengguna Xpax, tapi ada la member yang kasitahu pasal rewards yang agak sempurna dan lebih kurang sama seperti hotlink.

scukz_blog_happy.png

Kita lupakan pasal Hotlink dan Xpax. Jika dilihat pada pakej yang ada pada Happy, ianya satu idea yang amat sempurna. 99 sen maks? Ianya satu kerja gila. Mana mungkin hanya 99 sen dikenakan untuk bercakap selama mungkin? Apa pula akan jadi jika orang yang korang hubungi tak banyak masa nak berbual? Hanya 1 sen/saat dikenakan. Tanpa kita sedari, kita agak rugi bila call orang selama 1 minit 1 saat. 1 saat yang lebih tu akan dikenakan charge seakan-akan korang bercakap 2 minit. Mana mungkin kita perasan untuk bercakap selama 59 saat jer. Ada juga yang suka main miss call member kan? Apa jadi kalau tengah sedap-sedap miss call, tiba-tiba kejap je member korang tu angkat? Korang pun cancel la pulak call tu yang akan membuatkan panggilan korang akan dicharge selama 1 minit padahal tak sampai sesaat pun.

Tambah nilai pula, Khai sebagai pengguna Hotlink, kalau topup RM10 hanya untuk Seminggu dan RM30 untuk sebulan. Tapi untuk Happy, sebarang tambah nilai pun hanya akan expired dalam masa 2 bulan. Alahai, betapa best nya. Bagus untuk mereka yang sentiasa berjimat cermat mahupun kedekut kredit. Sudah semestinya, Happy direka Khas untuk membuat anda gembira.

Apa yang peliknya, Pelan Happy ini seakan-akan tidak terlalu mendapat publisiti di kaca televisyen. Apa yang Khai nampak pun hanya iklan cerita kelakar yang diakhiri dengan website happy. Rasanya tak siapa tahu itu adalah pelan dari Digi. Mungkin Digi ada rancangan tersendiri. Sesungguhnya even Khai bukan pengguna Digi, Khai tetap happy kerana Happy berjaya membuat blog ini kelihatan lebih Pink. Ahaha. Apapun, jaga anak-anak anda kerana orang kuning semakin banyak berkeliaran.

*rewards = pelan/plan

Updated 02 January ’08
Update ini dilakukan bagi memastikan segala informasi yang Khai beri di atas lebih tepat. Informasi tambahan ini Khai dapatkan dari pelbagai sumber seperti internet dan Majalah PC. (more…)

Posted on 24 December '07 by , under Lain-lain. 40 Comments.