Tutorial Membina Blog Part 2: Install WordPress melalui FTP
3,406 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel IniChange log: 14/12/09
- tambahan tutorial create database melalui cpanel
- tambahan proses redirection. Rujuk no 9.
*Teruskan membaca artikel berikut jika anda sudah melepasi tutorial bahagian 1.

Dengar cerita ramai dah yang beli Pakej Hosting yang Khai kongsi tu. Bagus bagus. Semangat macam ni yang kita nak baru takde yang ketinggalan. Untuk yang ketinggalan artikel sebelum ini, sila rujuk tutorial Part 1: Pembelian Hosting dan Domain terlebih dahulu sebelum membaca artikel ini.
Tanpa membuang masa korang, kita teruskan je lah dengan tutorial seterusnya. Kalau korang dah follow part 1 tu baik-baik, korang kini telah pun mempunyai sebuah nama domain dan juga hosting. Pembelian yang success akan menerima email dari pihak hosting memberitahu username dan password cpanel/directadmin korang. Korang boleh lah nengok apa yang patut apa yang ada dalam tu tapi tutorial kali ni, sila abaikan semua tu dulu dan kita dahulukan dengan proses setup blog WordPress cara pro dan selamat sampai selesai. Kalau korang reti guna Fantastico (cpanel only), boleh je gunakan. Cumanya Khai tak recommend sangat sebab ianya tak berapa secure dan tak memberikan korang pengalaman yang berharga.
1. Download client FTP di bawah.
WS_FTP ni rasanya software FTP terbaik yang pernah Khai guna. Untuk penjelasan lebih detail mengenai software ni, ianya sangat berguna jika korang telah memiliki domain dan hosting sendiri. So melalui FTP client ni, korang boleh upload apa-apa data dari komputer terus masuk ke dalam server. Sama juga kalau korang upload melalui file manager di cpanel/directadmin cumanya melalui FTP ni ianya lebih mudah dan ringkas.
DOWNLOAD [Totally Secure! kompem!]
http://www.mediafire.com/?zmu2oiijrxx
Dah siap download, sila extract dan install’lah macam korang install software lain.
2. Download file WordPress
Download file core WordPress. Ianya percuma dan tanpa proses ni, mana mungkin nak ke proses seterusnya. Hehe..
3. Setup Database
Part tak pun susah di mana korang kena create username dan database untuk WordPress melalui cpanel/directadmin. Tapi jangan risau Khai akan brief satu persatu sampai selesai. Kalau korang guna cpanel, ikut tutorial cpanel. Kalau guna directadmin, ikut tutorial Directadmin ok.
Melalui CPANEL
- Login ke account Cpanel korang. [http://domain.com:2082] dan followlah step seterusnya.



Melalui DirectAdmin
3.1. Login DirectAdmin korang [http://domain.com:2222/]. Maka terlihatlah page seperti berikut.

3.2. Kemudian klik “MySQL Management” > Create New Database
3.3. Isi nama database sebagai “blog” dan password pilihan sendiri. Biar panjang sikit password tu baru secure.

3.4. Selesai! Kan dah cakap senang je. Hehe. Copy Paste hasil yang macam dalam gambar kat bawah ni dalam notepad in-case korang terlupa boleh refer balik kat notepad.

4. Edit wp-config-sample file
Dalam step 2 tadi korang dah extract fail WP tu kan? So masuk dalam folder tu dan cari fail bernama wp-config-sample.
Right click > open with > notepad
Cari 3 benda ni dan abaikan yang lain. Sila rujuk Step 3.4 masa nak isi bagi mengelakkan kesilapan.
/** The name of the database for WordPress */
define(‘DB_NAME’, ‘domain_blog’);/** MySQL database username */
define(‘DB_USER’, ‘domain_blog’);/** MySQL database password */
define(‘DB_PASSWORD’, ‘password-korang’);
Selesai edit korang “save as” file tu dalam directory yang sama dari fail asal dengan nama wp-config.php
5. Login ke root website dan…

Buka WS_FTP Pro yang korang install tadi dan berpandukan maklumat yang dikirim ke email korang selepas pembelian hosting, gunakan untuk login ke akaun ftp. Contoh macam gambar kat atas ni jika domain korang tu adalah justkhai.com. So, sila letak nama domain korang sendiri.
Address: ftp.justkhai.com (tukar justkhai.com tu kepada domain korang)
UserID: admin
Password: **************
Bila dah dapat login, pastikan sekarang korang dah berada dalam subfolder yang diberi-nama public_html.
6. Upload file WordPress ke dalam Public_html

*klik gambar untuk tumbesaran sebesar alam.
Melalui WS_FTP, sekarang upload file WordPress tadi. Cara senang hanya drag n drop fail WordPress tu dari folder terus ke dalam WS_FTP (folder public_html). Tunggu sehingga proses upload selesai. Time ni korang boleh pergi dapur dulu bancuh Nescafe 3in1 ke, nengok Doraemon ke, skodeng awek rumah sebelah ke atau ape ape je la. Hehehe.
7. Rename nama folder bernama “WORDPRESS” (optional)
Ini kalau korang nak blog korang macam Justkhai ni yang beralamat http://justkhai.com/blog. So korang rename folder bernama “wordpress” tu kepada folder yang diberi-nama “blog”. Kalau nak alamat jadi http://justkhai.com/kentut plak, korang rename je lah dengan nama “kentut”. Senang kan? Wohha!
Ini adalah optional kalau korang nak blog korang lebih teratur dan tak penuh file di root website. Kalau nak biar orang masuk terus ke blog tanpa ada /blog di belakang domain atau subdomain, hanya upload file-file yang ada dalam folder “wordpress” tadi terus ke dalam folder “public_html”. Khai suggest korang buatlah folder tu sebab mungkin korang nak create blog lagi satu ke kemudian hari nanti, dah senang tak payah nak keliru segala.
8. Setup blog korang!
OK dah selesai proses upload dan menahan tension nak tunggu siap dek kerana internet korang yang slow (haha), dah sampai pun step terakhir iaitu setup blog WordPress korang.
Buka browser dan point ke URL berikut.
++ http://domainkorang.com/wp-admin/install.php
Isi username dan password untuk korang login semula nanti kemudian tekan setup. Maka kini korang dah pun mempunyai sebuah blog ber’CMS hebat iaitu WordPress. Jangan lupa bookmark dashboard WordPress korang supaya senang nak masuk balik nanti.
9. Redirection
Kalau korang ada buat folder untuk blog tadi contohnya justkhai.com/blog , makanya bila korang masuk justkhai.com tu blog korang takkan keluar. Ini kerana blog korang bukan terdapat di justkhai.com tetapi di justkhai.com/blog. So camana cara nak buat bila masuk justkhai.com je dia akan terus redirect ke justkhai.com/blog? Easy..
Ada pelbagai cara, tapi Khai akan ajar cara yang biasa Khai guna iaitu menggunakan sedikit script yang pendek. Sila follow ya.
1. Open Notepad dan paste script berikut [klik sini untuk script]
2. Copy dan paste script 3 line tersebut dalam Notepad dan tukar alamat dia kepada domain korang sendiri.
3. Save Notepad tersebut dengan nama index.htm
4. Upload file index.htm tersebut ke dalam root public_html menggunakan WS_FTP.
Sekarang test masuk blog korang ikut pintu gerbang. Hehe. Contoh macam justkhai.com then nengok dia redirect terus tak masuk ke dalam blog yang baru korang setup tadi. Now, boleh lah explorer apa yang ada dalam WordPress tu. Create post ke, page ke atau apa sahaja.
Ok. Sambil komen tu harap korang minta sekali apa lagi yang korang nak dalam tutorial seterusnya pada masa akan datang. InsyaAllah sama-sama kita kongsi ilmu di Justkhai ni nanti. Bila berjaya je korang install WordPress ni, maka korang baru sahaja berjimat beratus-ratus ringgit duit dari mengupah orang tolong install’kan.
Selain mengetahui perkara yang baru yang selama ini dianggap susah padahal pejam mata pun boleh buat. Hehe! Ingat, DIY (Do It Yourself) adalah perkara paling indah dalam mempelajari sesuatu yang baru.
* Tutorial berbahasa melayu yang wujud di Justkhai ni Khai tulis sehabis-daya untuk memahamkan semua dan ianya khas disampaikan secara betul-betul tahap kasi faham kepada mereka yang baru ingin belajar (freshie).
* Jangan lupa kepada mereka yang follow tutorial ni, boleh tanya apa yang korang tak faham atau apa yang korang nak dalam artikel akan datang.
* Khai takkan ajar korang menggunakan Fantastico atau installtron sebab senang sangat. Better korang buat clean installation sendiri secara manual so dalam masa yang sama korang akan belajar apa itu FTP. Baru lebih cool dan selamat.
Tutorial Membina Blog Part 2: Mengenali WordPress dan fungsinya – Akan datang!
Change log: 14/12/09
- tambahan tutorial create database melalui cpanel
- tambahan proses redirection. Rujuk no 9.
Boleh print kalau nak
Artikel Berkaitan
» Membina WP-Blog di Windows XP atau Vista» Tutorial Membina Blog Part 1: Pembelian Hosting dan Domain
» Akhirnya: WordPress 3.0 “Thelonious”
» Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 3)
» Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 2)
» Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 1)
» Help
» Zone Straits, Penyedia Domain Percuma Tempatan
» Wajah Baru ServerFreak dan Promosi Merdeka
» THE NEW 7 WONDERS IN THE WORLD








































khai, WS_FTP tu macam filezilla tu ke Khai?
lebih kurang same je kot.. tp saya suke FileZilla.. ringan..
saya lebih suka guna filezilla
saya pun suka filezilla. huhu
yup Kak. Tapi lagi best sebab ada macam-macam function lagi dan juga standalone. Bukan add-ons yang memberatkan firefox.
Bukan terlupa. Sambungan dalam entri part 3.. siapa yang dah pro sama2 la kita ajar mereka yang berminat nak belajar tu. Hehe.
khai, filezilla bukan addon firefox. filezilla standalone.. yang addon firefox tu fireftp..huhuhu
http://filezilla-project.org/
Gune fantastico bahaya… sbb org boleh agak database username
sama juga filezilla the best
Khai.. kat DA tu bukan tersedia Softaculous ke?
Maybe pada beginner susah skit nk ngedit kan.. x pe lah.. lmbt laun kene blaja gak.. ngeee…
Paling senang pakai installatron/fantastico…one click install…sesuai ntuk newbie
@mrbintang @eins – macam aku ckp la dalam entri kat atas tu, kalau newbie ni tanye camne nak install WP, korang dok cakap pakai fantastico je, sampai bila2 pun orang tu tak tahu. Dan sampai bila2 pun newbie tetap newbie. Hehe. Lagipun tajuk entri ni “Install WordPress melalui FTP”.
Ni aku ada masa lebih sikit + rajin, maka biarlah aku yang merajinkan diri buat tutorial ni.. Sebab 5 tahun dulu, benda ni jugak la yg aku belajar selain guna Fantastico tu. Hehe.
better dr mula2 terus upload manual, jgn pkai fantastico.. kn? fantastico ni leceh.. byk kekurangan die.. cara manual lg mantap.. byk ilmu bleh dpt kalo wat manual ni..
betol. manual lagi best. fantastico tak bape best. boring. sumer blog aku, aku pakai manual. hoho~
ha’ah.. installatron @ fantastico memang sesuai sgt la untuk newbie.. tapi kalu nak belajar, pakai localhost dah la.. macam XAMPP tuh
localhost bukan bertujuan nak belajar.. tu lebih kepada nak test site before publish untuk web designer. Nak belajar, kasi setup online terus la blog. boleh minta pendapat kawan2 blogger yang lain ape yang terkurang di blog. Kan lebih bagus.
Anarm, Fantastico mmg x bagus. Dari dulu aku dah tahu yang security dia x berapa nak bagus dan tak tersusun (ye la kalau dah semuanya auto generate). Better buat manually.
lebih kurang sama mcm si roslan ajar, tp ada lain sikitla…
seronok dah ada wp..ngehehe..
Ape pasal tak guna installatron jer?? haha guna lah yg lebih sng..macam Cpanel ade fantatisco..
khai ko betoi2 buat budak2 bajar dari bawah..ganeh2..
korang ni.. baca entri skip2 tu yg duk tanye apesal x guna installatron/fantastico je..
dah dijelaskan ni tutorial nak ajar newbie benda yg baru. Kalau guna fantastico je sampai bila2 pun dia x tahu. Kalau dpt cpanel pun, bukan semua hosting ada license Fantastico tersedia. So kalau harap benda tu je, susah la diorang ni nanti.
So selain dari ajar install WP ni, dalam tutorial akan datang byk lagi yg akan disentuh berkaitan FTP. So buat sekali larung.
xpela khai..aku lebih suke tutorial jenis ko nie..step by step..bljar dari bawah lgi best wpun skit cam pening kapla..teruskan khai..yeahhh..
yup, suka jugak, sekurang-kurang boleh belajar lain pulak..=)
hahaha /kentut khai? busuk bau nama tuh..ajar diorang redirect lak..ke tak pyh redirect? so dari ketutkhai.com ke kentutkhai.com/blog redirect terus..
ade kan dalam direct admin tuh
tutorial ko guna direct admin, tp aku berani jamin 95% guna cpanel. so maybe agak konfius bagi newbie
Nanti malam aku update artikel ni dengan cpanel punya cara sekali.
Tapi tutorial ni sambungan dari part 1 di mana tutorial lebih difokuskan siapa yang beli hosting dalam artikel part 1 tu (directadmin).
cayalah khai…tutorial yg cukup hebat..respekla kt ngko nie..
aku pulak ? masukan semua theme dan plugin semua dalam wordpress lepas tu zipkan semua upload dalam format zip.
Upload guna ftp atau Cpanel .. lepas siap unzip dan run installations.
Penting jangan lupa chmod 777 folder wordpress tu lepas tu chmod balik 755. Hacker terliur tengok chmod 777 tu kalau lupa tukar
sebab apa zip ? sebab kalau guna mode biasa mesti ada files tertinggal … biasala internet kat malaysia … selalu fail masa kritikal
Satu lagi jimat bandwidth sebab format zip (.tar.gz) lebih kecil untuk upload.
ya bro.. benar sungguh. But tutorial ni akan ajar step by step dari bawah sampai la masuk part plugin.
part chmod pun akan ditunjukkan dalam tutorial part 3 akan datang, insyaAllah.
alahai
ku da updah org da buat
kan bagus klu buat awal2 post ni
Takpe2.. lepas dah siap sepenuhnya artikel berperingkat ni nanti, ramailah yang kerja tukang install blog ni tutup kedai. DIY.. DIY.. hehe.
tak jugak .. kena pakcik-pakcik dan makcik-makcik nak buat bisnes buka web aku selalu tolong setupkan.
Dan baguihnya diaorang nie tak kedekut duit. Tapi lepas tu nak mengajar tu payah siket.
Haa tapi lepas ada MS Word 2007 korang leh setupkan post melalui MS Word 2007 atau melalui Windows Live Writer. Selalunya orang yang aku ajar guna nie akan cakap … mudahnya nak update blog .. patut masukan tutorial tu
aku wat gne ftp xlepas..so aku gne directadmin jer..
alhamdulillah lepas..apapon khai thanx byk2..akhirnya dpt gak aku dok kt rumh sndri..
mekasih sbb cerita pasal direct admin.. aku tgh pening dok ngadap direct admin.. selama ni biasa pkai cpanel je..
Thanks Khai, bg ilmu free. Tmbh pengetahuan aku yg nk tahu pasal benda ni. Blog aku pun upah org, Khai tahu orgnya kan. hehe
eh eh.. tahu takpe bro.. hehe.. lepas ni boleh try test sendiri kalau mempunyai kelapangan.. Kalau duit byk n takde masa nak layan install2 blog ni semua, upah je orang.
khai.. macam susah je.. pening2..
bro. aku dah buat sebijik2 macam kau suruh tp xjadi pun. bile pegi dekat domain die tak kua pape pon. still same mcm b4 buat tuto ni. cmne ek?
Ada buat folder tak kat public_html tu? Kalau ada cuba try masuk ikut situ.. http://www.domain.com/???? macam tu.. mesti keluar dan dalam part 3 nanti baru khai sentuh camne nak buat masuk domain.com je terus redirect ke http://www.domain.com/????
itu macam.. hehe
pakai directadmin ni pening sikit kalau orang tak biasa. Aku lebih suka pakai cpanel banding directadmin. tapi kira oklah. Dua-dua daku dah biasa pakai..
Bagi Khai pula dan kalau mereka2 yang ada banyak2 website dalam 1 root ni, mesti akan prefer DirectAdmin berbanding cpanel. DA lebih tersusun dan teratur serta lebih mudah dari Cpanel.
aku x penah guna directadmin… biasa cpanel jek… kalo nak carik hosting baru pun cari cpanel jgk…
ws_ftp lama sude x guna…
Bro.. serius tak tipu.. lama gila tak dengar khabar.. macam dah kurang aktip je?
ohoho dah lama tak main dengan -ftp… selalu guna filezilla je dulu.. tapi sekali tu serverfreak block filezilla terus x guna -ftp..
nice tip khai. well done. thanks for sharing.
x dapat nk bukak
http://domainkorang.com/wp-admin/install.php. Dh tukar domain tu. Lepas tu, kt dalam public_html tu, dh ada bbrp file. COntohnye cgi.bin, logo.jpg, etc..
er.. mmg mcm tu ke
same dengan masalah ko ngn aku nie..khai boleh tolong kami???
adoyai… letih try.. tp akhinya, berjaya… wahaha.. pastu I.z siap import lagi content blog lama tu ke blog wp yang baru.. ngeh ngeh ngeh..
hurm… tq j.k atas tutorial yang berguna (ayat skema).
leh x bg cmane nk tukat themes kalo pakai wp hosting sendiri nie..
waa happy nye.. baru nak reply soalan kat atas u dah explore sendiri dan berjaya.. nice!! suka suka! hehe.
Mengenai theme, dalam part akan datang.. Nantikan ya atau anda boleh cuba explore sendiri.. WP ni senang gile.. jgn risau.. hehe.
Kesian aku tgk ko khai. Yg dh pro tu asyik ckp install gna fantastico la ape la.
Ni mesti kes xbaca abes post ni..Apa2 pn aku setuju dgn ko, install manual guna FTP lebih feeling. Kita boleh satu2 file tu. Aku pn kalu ada org upah psg blog mmg aku guna FTP sbb aku rasa lg laju kot compare to fantastico.
Lps abes siri tuto ni aku harap ko kumpul semua persoalan kt komen2 ttg setup wordpress pastu buat FAQ post. Ala2 FAQ question. Aku nk buat tp aku xda blog dlm malay.
hehe.. np fazreen.. then why tak buat satu blog malay sekali?
bagi aku, install guna cpanel lagi senang…
Nice khai… walaupun DA ak ada installtron..
Blog ak tetap setup manual jugak..hehe…
Lpas ni mungkin kena masuk sikit pasal [/upload/2009] etc…
sebab first time nak upload gambar selalunya gagal… (berdasarkan pengalaman setup blog wp)
Apa2 pun tutorial ni amat mudah difahami dan dicerna oleh newbie…woohaaa~~
mengenai upload/2009 tu, just chmod kan folder wp-content dan folder upload, mesti selesai problem. Hehe.. ok next part nnt.
beb, bler nk bkak lg pakej jualan hosting murah tu??? hehehe..ak lmbtla ritu..
konye tutorial ni konpem 1 malaysia nye lah!!! hahahaha
p/s : ko gune ipswitch ek..ade beza x ngn cuteftp?
n3dmax, mmg guna ipswitch ws_ftp dari dulu dan tak pernah guna yg lain. So tak tahu la apa bezanya tp semua pun sama je untuk access root blog kan.. hehee..
Hosting murah tu dah dapat yg baru dari Serverfreak. Kejap lagi Khai update entri part 1 tu.
Aslkm.
khai..ni web sy yg terbengkalai..cerite dier cmni..sy upah org buat web..tp yg menyedihkan..die hanya pakai office frontpage shj..format HTML yg xcantik..dan dier juga tidak pandai membuat grafik..sy selalu pergi ke blog JustKhai.dan rangkaian OH!, dan hr ini sy terpanggil utk membaca care nak menginstall wordpress theme..utk pengetahuan saudara, sy hanya tahu basic perkomputeran dan internet shj, utk login ke wp-admin/install.php sy terpaksa mengambil mase sejam..krn sy menggunakan c-panel sy bace komen2 ade gune MyphpAdmin, fantastico de luxe, my sql, disebabkan sy ader sumer, sy try sumer2 sampai jd..akhirnya sy dpt value dier kat Mysql..yg lain sy xreti nak cr… sbb sy ingatkan yg kat ats ni c-panel..hahaha..silap xpandang picture!
soalan sy..
favicon, logo 32×32 yg cute kotak2 yg JK kat address bar awak tu..camner nak masukkan dier??klo dlm index.html ble buat pakai frontpage..klo index.php ni cmner??sy hanya tahu gune frontpage shj.
hrp dpt tunjuk ajar.
Terima Kasih.
Nice2.. dengan explore dan google sebenarnya kita dah boleh jadi expert. Tak perlu upah orang. Dan kalaulah Google tu ada orang yg guide, siapa lagi yang nak masuk University kan? hehehe.
Mengenai FavIcon tu, dalam tutorial part 3 yg akan datang. InsyaAllah.
wah, mantap segala. aku pasal ftp guna cpanel sokmo. tak reti sgt nak guna software, kalau pakai filezilla pun bolehkan khai. aku nyer public pun dah terabur, nak kena susun balik. tp takut pun ada. kang ilang naya je. hehe, cam mana nak wat backup yerk?
Kenapa WP dan bukan blogger?
sudah semestinya wp da best. blogger boleh pakai self hosting tak? hehe, klu ada sila terangkan.
Tapi aku malas nak tukar2 doe. Sayang follower hehe.
Btw, tak nak buat tutorial for blogspot ke?
Salam awak, follower leh dipindah ke web baru wp atau lain, dengan menukarnya di google friend connect:)
And lagi satu, pasal “Login ke root website” tu apa maksudnya?
Aku x leh buka WS_ftp sofware yang kau kasi tu. Dapat error.
Dan benda ni tak boleh di delete. Aku nak try delete and re-install tapi failed. Dah berapa kali restart tapi still tak boleh.
lupakan…aku guna filezilla.
Just, masa aku guna filezilla utk upload, aku dpt byk file yang sama so aku tak tahu nak kena overwrite or just skipped.
So how now?
Stress dan tertekan.
Haiss.
http://theotherkhairul.com/wp-admin/install.php
Aku tak boleh buka. Dapat error;
“The requested URL /wp-admin/install.php was not found on this server.”
Why ah?
P/.s Sorry sbb spam blog kau dengan komen aku. >,>
Mr K..
Kalau follow betul2 instruction tu rasanya takkan ada masalah.
Apapun, Email Khai dengan detail http://ftp.. username dan password. Khai tolong nengokkan.
Tahu email khai kan? khaixy@gmail
bro, cpanel ko tunjuk tu version brapa?huhuhu version lama? ni ada tips dari aku kepada pengguna cpanel 11.
cara yang ko gunakan rasanya lambat nak tunggu.. upload file dalam folder wordpress satu-satu kan? kadang2 mungkin terjadi ada file yang tertinggal(tak terupload). mcm pening bukan? ini tips mudah kepada cpanel11. Cara ni boleh diguna kan untuk apa saja process(core wordpress, template, plugin, joomla pon oke, apa-apa la yang nak diupload dengan lebih cepat)
1. Upload file core wordpress ke ftp korang di public_html atau www(terus upload file yg korang download tak payah extract eg. wordpress.zip)
2. Login cpanel korang (http://domainkorang.com/cpanel).
3. Klik pada File Manager–>Web Root (public_html/www)
4. Tick pada file yang korang upload tadi (wordpress.zip).
5. korang tengok kat atas tu ada “extract” button(no.2 dari kanan). Klik extract (pastikan korang tick pada wordpress.zip SAHAJA)
6. tunggu dia extract. SIAP
7. korang pandai2 la nak rename ke folder wordpress yang korang dah extract tu.
that oll. capat btol guna cara ni. benda ni xd kt cpanel yang version tok kaduk. dan setahu aku kt direct admin pon tak ada.huhuu
^_^ mekaseh byk.. mmg dpt blaja byk dari entri nih..
~tgh tertunggu2 next entri~
mekaseh khai!
mantap..keren sekali tuts nya khai…
try wat kat hosting free ofees.net..menjadi cara manual…thanks..
aku dah install wordpress guna manual step ni. dah ok. 2,3 hari tu ada prob. aku kena install balik. so aku guna fantastico. senang gile. haha…
khai. nk tanye skit.
aku dh ikut la semua step atas tu. dan dh jd la website aku tu.
pastu aku nk try import post2 lame aku kat blogspot lame aku.
aku pakai la tools kat wordpress tu.pastu kuar ni
“There was a problem opening a secure connection to Google. This is what went wrong:
Unable to find the socket transport “ssl” – did you forget to enable it when you configured PHP? (3)”
nk buat cam mane ek? thanks.
masalah dh selesai =_=’
Salam…
Sedlamat tahun baru 2010, Saya nak mintak tolong lawat ke blog saya jap. then cube click kat tajuk entri atau memane link kat situ, pelik la kenape link x funtion kat blog saya nie.
Boleh tolong selesaikan?
sampai no 4 ak da stuck
ak da donlod p2 extract..
tp x jumpe pn wp-config-sample file 2..
sebab yg ak donlod latest version ke?huhu
yg database tu mmg kene wat ke?
klo nak wat homepage kat .com pn kene add gak?
ke da bole skip?
knape ni bro??
Apache/2.2.14 (Unix) mod_ssl/2.2.14 OpenSSL/0.9.8e-fips-rhel5 mod_auth_passthrough/2.1 mod_bwlimited/1.4 FrontPage/5.0.2.2635 Server at norfirdausyunus.com Port 80
khai,aku da ikut mcm kau buat tu..hasilnye berjaya pon.leh x tolong guide untuk import dari blogpsot lame ke wordpress nie?ngan untuk pasang widget skali.thx
sng je ni bro… just amik import kalo kt dashboard dan ikut je arahan dia.. kalo susah google . ada jwpn kalo utk soalan mcm nie
Khai, yang part C Panel tu camne nak dapatkan Control Panel? ke kena cari sendiri?
nak tanya sikit .
if belum bayar lagi maksud nye belum beli just buat tempahan jea daa bole mula start buat blog belum?
sila la jawab nye.
Bayar dulu baru dapat hosting.. then baru boleh install blog.. sekadar tempahan je, x dapat ape ape..
oh
thx Khai coz respon yang cepat
cara paling mudah nak buat pembayaran cam mne eh?
kalau gune check?
or something like that laa
Oh! Khai, akak mintak maaf. Hehe a/c akak hosted guna cpanel rupanya so soklan akak semalam tuh (ttg direct admin) kira cancel ye.. TQ.
Askum Khai…
Nak tanya skit. Step 3.4 yg ‘copy paste’ tuh haku x paham la. Nak gi bahagian mana? Haku tgk x ade pun mcm dlm gmbr tuh. Blh tlg jelas skit. Terima kasih.
Untuk step 8, haku nak ke URL untuk setup wp x blh le. Apasal ha… Dia tulis ’404 not found’. Tlg skit…
khai…aku baru belajar buat blog guna wordpress..
1 jek pblem aku skung..asal nk upload gmbr ta dpt erk…dah byk kali try tp stilll ta dpt..
need ur help..
Alhamdulillah
thanks khai dgn tutorial ni.
berjaya setup..
tunggu part3 ni..template, widget dan lain2
salam..
khai, sis sblm ni ada org dah tlg settingkan…
kalo untuk domain lain mcm mn sis nk buat??
sis dah pening dah ni…huhu tolong eh
hee..
.
dah boleh buat redirect page.
terima kasih banyak-banyak ye khai.
huhuhu…x jd pun..
da wat dr awal follow step by step..
tp step 8 2 sangkot la..
xde kuar paper pun..
page done tp ksg jer..
naper ek?
Thanks… Tunjuk Ajar Yang Amat Jelas… Cuma Nak Tanya Macam Mana Nak Set RSS ? Sebab Bila Ping Kat Gengblogger, Takde Gambar Yang Kuar… Hehehe.. Thanks…
aku newbies n bru dpt exposure dlm blog ni khai..
lau baik hati tlg tgk aku pnye blog n komen la pape..
please……tq
pergh bro..
entri yg ni mmg btul2 respek la,
baru berjaya install wordpress td setelah 3 hari cobaan hampeh.
apela nasib.
tq bro.
Saya akan cuba ikut apa yg khai ajar dlm ni selepas beli domain dan hosting beberapa hari lagi. harap menjadi..hehe
saya akan beli ikut apa yg khai ajar pada tutorial Pembelian hosting dan domain..
sedang menunggu part 3. takde pun!
if you are going to get a VPS server make sure that it has cPanel coz it makes server maintennance easier.-`.