Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1

WARNING! ARTIKEL INI AGAK PANJANG JADI PASTIKAN ADA MASA YANG LAPANG UNTUK MEMBACA. DAN IANYA KHAS UNTUK MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER SEPENUH MASA

blog or not

Hoi korang! eh kurang ajarnye.. haha.. ok kita tukar..

Wei korang! pun macam kurang ajar gak.. takde adab main wei wei pulak. Kita tukar lagi..

Oit!! Oit!! Ni lagi biadap. Hahaha!

Assalamualaikum korang! Haaa ini baru betul cara orang Islam. Dan salam sejahtera buat pembaca Justkhai yang bukan beragama Islam. Hari ni Khai nak membebel pasal kerjaya seorang blogger. Sejauh mana kerja macam ni boleh pergi berdasarkan pengalaman sendiri yang baru bernafas di bumi Allah selama 21 tahun ni. Mungkin 40 tahun lagi, mungkin 20 tahun lagi, mungkin 1 tahun lagi, mungkin sebulan lagi, mungkin seminggu lagi, mungkin 1 hari lagi atau mungkin 1 jam lagi akan meninggalkan dunia yang fanak ini.

Untuk yang mengenali Khai secara in-person dia tahu sangat la apa Khai buat sekarang. Hari-hari duduk bilik tak keluar nengok matahari. Malam baru keluar lepak mamak. Kalau rajin sikit baru la keluar be’rekriasi nengok wayang, shopping, lepak-lepak tasik macam orang normal yang lain. Itu tak bermakna Khai tak normal cumanya Khai rasa cara hidup Khai sekarang atas apa yang Khai inginkan. Pilihan masing-masing la kan?

Kerjaya Khai Sebelum Ini?

Di usia semuda ini, Khai cuba menjadikan Blogging sebagai satu medium pekerjaan yang mungkin tak berani dicuba orang lain. Tapi Khai sempoi. Hidup biar sedap bak kata orang. Apapun apa yang akan Khai cerita ni, berdasarkan dari pengalaman Khai dan Khai tak jamin semua orang boleh lakukan perkara yang sama.

Khai bukan tak pernah bekerja di mana-mana syarikat terutamanya di dalam bidang Multimedia. Belum habis study, Khai dah ikat contract dengan Asia Media (Puchong) di mana syarikat ni buat advertising dalam bas RapidKL. Masuk ke alam praktikal, Khai contract 5 bulan di Limkokwing University di mana tempat Khai sendiri menuntut ilmu yang kebanyakkannya Khai sendiri pun dah tahu (sigh). Tapi takpe kita re-call balik apa-apa yang dah terlupa. Itulah kuasanya “rajin explore” di mana lecturer hanya sekadar “ada ada” je. Lecturer pun kadang-kadang ada yang jenis malas. Ajar tak sampai 5 minit dah suruh student cari sendiri dalam internet. Apejadah la ko jadi lecturer macam tu? Baik budak-budak ni tak payah masuk University. Suruh semua belajar sendiri kat internet je.

Berbalik kepada alam praktikal, Khai menjalani dunia latihan industri di Centre of Content Creation (CCC) di mana CCC ni adalah badan khas yang bertanggungjawab membina segala macam website di bawah network Limkokwing University dan segala-bapak jenis Multimedia yang ada. Tamat praktikal dan graduate, Khai sepatutnya kerja terus kat situ, tapi Khai tarik diri sebab ada offer dari syarikat lain. Selain itu kerana…

1. Bos seorang bangsa cina dari Mauritius kalau tak silap. Perangai dia ni jangan cakap Khai je yang tak tahan. Semua dalam office tu pun rasanya kalau diberi peluang tumbuk muka mamat tu, rasanya kene tumbuk sampai lumat kot? Walaupun bos paling besar adalah Timothy Lim (anak Tan Sri Lim Kok Wing) yang baik gila selalu lepak dengan Khai merokok sama-sama (masa tu saya adalah perokok ok! Haha), dia pun tahu rasa mengambil hati pekerja.

2. Khai seorang je bangsa Melayu dalam office tu. Ianya tak menjadi masalah langsung sebenarnya sebab memang best bekerja dengan cina berbanding melayu di mana mereka ni tak kedekut ilmu dan banyak perkara Khai belajar dari mereka. Asal kita pandai bergaul dan jangan poyo, no hal beb!

3. Iyalah. Cumanya bila keluar makan Khai sorang. Balik kerja Khai sorang dan sebagainya membuatkan Khai bosan. Environment la orang cakap. Kurang seronok kerja macam tu. Kita hidup bukan untuk kerja tapi kerja untuk hidup.

4. Member-member yang praktikal sekali kat situ tapi dalam bidang lain semuanya tak continue kerja kat sana. Tinggal Khai seorang. Siapa nak melepak dengan Khai kat Cyberjaya tu nanti? Kalau korang biasa dengan Cyberjaya, korang boleh mati kering kebosanan kalau takde kawan kat situ. Oh! Tidak.

Lepas tu Khai kerja beberapa hari di sebuah syarikat guaman di De Palma Hotel, Ampang. Tapi dalam bidang Multimedia lah. Gila apa nak jadi lawyer. Loyer buruk tahu le. Haha! Tempat ni pun sangat ok sebab betul-betul suasana office yang bebas tapi atas sedikit masalah komunikasi, Khai tarik diri juga sebab tak tahan dengan karenah. Mungkin juga sebab keadaan masa tu tak mengizinkan untuk Khai follow arahan-arahan pelik mereka. Masa tu tengah struggle gila nak siapkan report untuk Industrial Training.

Beberapa bulan lepas tu, Khai kerja di sebuah Syarikat Hosting di Shah Alam. Ini pun tak lama kot sebabnya tak tahan dengan Environment kat situ. Itu sebabnya keluar entri Ada Apa dengan Shah Alam. Maaflah orang Shah Alam. Khai bukannya niat nak mengutuk tempat tu ke apa. Tapi Khai sekadar tulis apa yang Khai rasa untuk disemadikan di blog ini. Kalau korang rasa Shah Alam tu tempat paling marvelous, itu kehendak masing-masing la kan. Kita tak perlu nak menafikan apa yang orang lain rasa. Itu yang dia rasa. So dia tahu. WYSIWYG! Tahu ape? What You See Is What You Get! Hehehe.

Dan selepas itu.. I just give-up! Super give-up untuk bekerja di bawah tekanan, bekerja di bawah arahan orang, di bawah keranah orang dan kerja meng’kaya’kan orang lain. Full Stop!

Memilih Blogging sebagai kerjaya sepenuh masa

famouse blogger

Cuba kita pandang keliling kita kehidupan orang bekerja pejabat ni. Ramai yang bangun pagi tak sempat gosok gigi (kes bangun lambat la ni) dah kelam-kabut pergi office. Nanti bos marah pulak. Dalam perjalanan pergi dah tekanan masa jem. Keluar pagi balik petang pun Jem jugak. Tambah karenah orang-orang kat tempat kerja pulak lagi la tekanan sampai dah balik rumah pun nak bad mood memanjang mengalahkan orang perempuan period. Bila malam baru pukul 12 lepak-lepak dengan member kat mamak (bola pun baru nak start), dah kena balik rumah nak tidur. Esok nak kerja katanya. Maka pulanglah dengan muka tak ikhlas dan hati yang berat untuk bekerja esok harinya. Fikirkan tentang kalau tak kerja, takut tak makan pulak.

Cuba kita lihat keliling kita kehidupan seorang blogger sepenuh masa pula. Tidur ikut sukahati mak bapak dia. Malam nak lepak sampai pukul berapa pun no problem sebab selagi bukan hal penting, dia boleh manage masa dia untuk kawan-kawan. Lepas solat subuh baru tidur dan bukannya siap-siap untuk ke pejabat. Lepas tu bangun pun sukati mak bapak dia jugak. Haha. Orang lain tengah bulan akan sengkek, tapi blogger senyum je. Orang lain sakit jiwa dengan kerenah bos dan kesesakkan jalan raya, blogger tengah syok duduk rumah goyang kaki layan Youtube sambil makan Twisties dan air Twister. Whoaa!

Dan buat masa sekarang ni, Khai memilih untuk kehidupan yang lebih mengikut apa yang kita mahu. Bukan hidup di dalam keterpaksaan atau arahan. Hidup ini hanya sementara jadi hiduplah dari apa yang kita mahu dan kejarlah atas apa yang kita inginkan. Dan untuk hidup dengan apa yang kita impikan, usaha berterusan perlu ada dan tawakkal menjadi peneman diri.

Dalam soal ni, Khai hargai sangat family Khai yang faham apa yang Khai inginkan dalam hidup dan menghormati keputusan Khai untuk memilih jalan kehidupan yang begini.

Apapun, paling penting minat korang nak buat dari blog. Budak 5 tahun pun boleh ada blog kalau setakat hobi. Kalau minat korang bukan pada internet dan blog, jangan sesekali nak cari duit dari blog. Korang SUSAH nak berjaya. Lepas tu masuk part usaha pulak. Tanpa usaha, korang TAKKAN boleh berjaya. Nak berusaha pun ada caranya.

Jangan jadi Internet Marketer yang bodoh pergi SPAM email orang lain dengan produk-produk ebook bodoh. Itu cari rezeki bangsat dan menyusahkan orang namanya. Agak pelik kenapa wujud Internet Marketer yang mengajar orang untuk ber’business melalui penghantaran email secara rawak ke alamat-alamat email orang lain tanpa diminta. Come on lah. Kalau diri kita tak suka dapat email-email macam tu, hormatlah juga privasi orang lain. Kan dah ter’emo. Ampun-ampun. Hehe.

Ada Apa dengan Blogger ni?

1. Blogger/Internet Marketer ni kalau korang jumpa kat dunia nyata, dia pun sama macam korang. Apa yang dia borakkan tu adalah diri dia. Apa yang dia tulis di blog adalah ilmu, kata hati, pengetahuan dan naluri dia which is dia tak ceritakan di kedai-kedai mamak atau in-person melainkan bila blogger bertemu blogger. Blogger sebenarnya di internet tak jadi sepenuhnya diri dia yang sebenar tetapi lebih mementingkan trademark tersendiri. Sebab tu kalau ada yang cakap blog Justkhai ni banyak warna pink dan owner dia pondan/gay, korang memang silap besar! Better elakkan diri dari bertembung, nanti ada yang makan nasi guna straw. Time tu korang tahu pondan ke tak. Haha.

2. Blogger selalunya pengetahuannya lebih luas dari mereka yang kerja di pejabat. Di pejabat masing-masing dah ada skop kerja khas masing-masing. Tetapi blogger ni skop kerja yang sangat luas. Macam-macam perkara yang perlu dilakukan. Dan semua kerja-kerja tu bakal membuahkan hasil. Tahu design theme, korang boleh jual theme tu. Tahu setup blog WordPress dengan complete, korang boleh buat business dari segi tu dan macam-macam lagi. Blog dah popular atas usaha berterusan, korang letak iklan.

3. Blogger yang menghabiskan masa di internet, selalunya bukan membuang masa tetapi setiap masa selain tidur, ianya terisi dengan ilmu. Macam Khai, setiap saat yang Khai lakukan bila buka internet, Khai akan cuba penuhi dengan segala macam ilmu. Tutorialized adalah Universiti Khai, Google adalah guru Khai, Berita Harian Online, Harakah Daily, Malaysia Kini, Metro Online dan Utusan Online adalah sahabat gosip Khai, Digg adalah perpustakaan Khai dan PES 2010 adalah bahan lucah penghilang tension. Wohha!

Pendek kata, setiap jam memberikan ilmu yang baru..

Untuk itu..

Kesimpulannya, artikel ni part 1 ini bukan saja menjurus pada pengenalan kehidupan seorang blogger sepenuh masa. Ianya sama juga kalau korang buat keputusan untuk jadi freelancer, full time web designer dan sebagainya. Mengikut pada bakat yang dikurniakan Allah lah. Ingat, bukan semua orang terpilih untuk menjadi seperti itu dan jika korang adalah satu dari antaranya, maka bersyukurlah dan hargainya sebaik mungkin.

Itulah Khai pernah keluarkan statement dalam satu artikel kat Justkhai ni dulu. Kalau dulu mak bapak awek korang tanye korang kerja apa dan kalau korang jawab dengan pekerjaan selain doktor, peguam atau engineer korang akan nampak la muka mak bapak perempuan tu macam lempeng basi. Kot-kot esoknya ada doktor yang datang meminang anak dia, memang muka korang pulak la yang jadi lempeng basi lepas tu.

So zaman sekarang, bila mak bapak awek korang tanye korang kerja apa dan korang jawab Full Time Blogger/Internet Marketer, biar mereka tahu betapa cool’nya bakal menantu dia. InsyaAllah anak dia takkan mati tak makan. Mati sebab menderita tak dapat nafkah batin tu mungkin kalau dah suami duk sibuk dengan blog je sampai tak perasan isteri sedang kegersangan. Whoaa!

Apapun dalam part 2 nanti akan Khai ceritakan lebih detail mengenai soal duit. Ini soal paling penting dalam dunia blogging sepenuh masa. Khai takkan buang masa nak cerita kalau Khai tak melaluinya. Nuffnang? Advertlets? Innity? Google Adsense? Stay tune…

Update:
Part 2 released!!

Ditulis pada 5:27 PM 9 December '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 5,172 views | Dalam kategori: Blog, Hidup Khai, Pendapatan | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

120 Comments »

Comment by Roslan Nazri
2009-12-09 17:35:30

saje suke…aku nak baca dulu..jgn marah

..
Comment by megat
2009-12-10 15:35:42

sunguh teruja. aku tak sangka sedikit sebanyak aku daapt mengenali khai melalui blog pink ini (he3).

sesungguhnya khai sememangnya idealisme kerana artikel yang diterbitkan sentiasa mengandungi maklumat yang sangat berguna disamping dapat menangkap emo pembaca melalui penulisan bersahaja.

tahniah khai, walaupun aku rasa macam aku dah tua tapi aku tahu ada rahsia di sebalik dunia blog.

aku menantikan catatan seterusnya. rasa macam nak tunggu episod nur kasih seterusnya pulak (kah3)

setakat ini aku hanya househusband yang mungkin akan mencapai impian untuk menjadi full time blogger!

ps – sorry tumpang reply kat sini sebab jauh nak kebawah (he3)

..
Comment by luth textile
2009-12-14 10:22:39

nasib badan la jadi bini khai, aku rasa susah nak rasa tidur dengan laki sebab laki duk tido dengan komputer je..

tak kesahla hang nak buat kerja apa sekalipun, yang penting minat kedua rajin dan ketiga usaha. kalau tak dak minat, hang push la diri macam mana sekalipun, mesti tak kan boleh blah..

aku tengok hang bahagia kerja hang macamni.. tak payah nak letih dan berpanas macam orang lain untuk mendapatkan sen. Syokla..

setiap orang ada halatuju dan carahidup sendiri.. bagus juga share dengan orang lain pasal diri sendiri ni..

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-12-15 04:12:43

sekadar berkongsi pengalaman hidup Luth. Hehe. Mmg lain orang lain halatuju kehidupan. Tapi untuk pembaca Justkhai, inilah halatuju owner blog ini. Moga ada kata2 semangat yg diterima pembaca dari artikel seperti ini.

 
Comment by Ralf
2010-05-23 19:05:54

aku da jatuh cinta dgn dunia blogging nieh. penulisan kau memberikan aku byk aspirasi.. tapi nak mula dari mane eh?. na mulakan sebagai hobi .. but how?.

 
 
 
Comment by Pembebel Seksi
2009-12-10 23:20:24

panjang gile
haha

..
 
Comment by akak yOna
2009-12-12 12:21:01

Salam…
Bg akak, hidup adik sungguh menarik… akak sker. thanks ya dik kerana sudi kongsi dengan kami… Akak menanti cite selanjutnye…

..
 
 
Comment by akudanmuzik
2009-12-09 17:40:51

good luck…we will stay with u…may god bless ur k..keep it up…rezeki ALLAH ada dimana2..USAHA adalah kuncinya.

..
Comment by Khai
2009-12-09 18:43:59

Tocei tocei.. muahahha!

..
Comment by ketuk_angel
2009-12-14 23:23:05

hurm… nko mmg pandai tarik minat org untuk baca blog nko… stay tune lagik!! whoaa ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Roslan Nazri
2009-12-09 17:47:26

good luck jer utk ko..ayat2 ko lak kene jage gak..kang orang lempeng kat ko lak..haha..will wait for second part gak…

p/s: asal la ko tak karang sampai aku leh bukak page 2 entri nih..hahaha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by feez
2009-12-09 17:51:11

info yg menarek dan membuatkan saya tertarek.. :love:

..
 
Comment by Fazreen
2009-12-09 17:56:37

suspend je baca sampai abes. ko xnk sambung belajar ke?

..
Comment by Khai
2009-12-11 03:45:28

Buat masa ni, belum lagi.. Wee… enjoy2.. hahaha

..
 
 
Comment by sofia
2009-12-09 17:57:31

sy juga skg sama dgn khai..keje sorang2 malay..betul..diorang mmg best..cume envrmnt yang buat kiter bosan…huhu =(

..
 
Comment by akma
2009-12-09 17:59:19

besttttttttttttttttt je dgr cter ko…. huhu.. aku bab coding2 ni salu rujuk ceeramoon je.. huhu.. cam best la plk ek klu jd full time blogger. hehe. tp tu la. aku x expert pun. huhu.. cikgu bi blh x ek jana pndptn cm ko? ok aku da mula berangan. weehu!

..
Comment by mantis
2009-12-09 21:08:55

ceh!.. awal2 dah berangan

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:22:29

ko ni bro.. patutnya kena kasi semangat kat awek tu.. hehe :p

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Apih Halim
2009-12-12 23:40:37

biarla dia nak berangan…asalkan jgn jd spt mat jenin udah ler

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Mr Fathi
2009-12-09 18:04:54

panjang dan padat!!!jdi blogger sepenuh masa???mak tak marah ker???orang kampung khai tak pandang serong ke??yela lepas Uncle LKW mesti boleh gi JAUH punyer!!! :beurk:

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:25:01

mak nak marah nape plak.. anak omak ni.. hehe.. orang kampung pandang serong pun tak heran.. lantak pi la depa.. (fuh speaking utara).

Memang lepasan LUCT mmg leh pi jauh dalam bidang multimedia (gua pun pelik apesal nama LUCT ni gah sgt). Tapi ikut hati masing2 je la. Mana yang senang di hati nak dibuat.

..
 
 
Comment by hanif
2009-12-09 18:08:38

yah rezeki tuhan dimana-mana .. kena rajin jer ! kalau malas tak kuasa laaa

Yah aku nak dengar nie .. harap dapat realease secepat mungkin. Mungkin leh buat kajian … pastu bagi kat cikgu kaunseling untuk kaunseling kerjaya kat bebudak sekolah.

Mungkin buleh ngko ceramah kot ? kira usahawan gak kategori pemblog sepenuh masa nie

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:27:38

Betul tu. Buat apa2pun dalam dunia ni, kalau berdasarkan minat dan keikhlasan, Tuhan tu maha adil dan pemurah. Tawakal je la insyaAllah berjaya.

Kasi ceramah bro? lebih suka berkongsi ilmu dengan tulisan buat masa ni. Tapi kalau ceramah secara personal dgn awekawek, insyaAllah. Hahaha!

..
 
 
Comment by hanc
2009-12-09 18:13:38

Salam bro~~~ Nasib de masa baca owh~

..
 
Comment by fatehah
2009-12-09 18:17:15

cayalah khai.aku suka entri ni.

..
 
Comment by paeh
2009-12-09 18:28:23

yeah! khai sgt superb. tunjukkan pada dunia yg jadi freelancer takkan mati kebuluran. pendedah yg sgt hebat

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:31:01

Aku sgt respek dengan sesiapa sahaja yang bekerja as freelancer tak kiralah apa2 bidang pun. Berpijak atas kaki sendiri untuk meng’kayakan diri sendiri dengan bakat kurniaan illahi.

..
 
 
Comment by lilacfla
2009-12-09 18:37:15

woh banyak k income dengan just berblog ni?

pendapatan cukup untuk solo/sara family/sara anak bini?

..
Comment by Khai
2009-12-09 18:56:07

Kalau betul caranya, lebih dari cukup. Tp bukanlah blog pasal personal (kalau ada pun kes terpencil atau anda seorang artis).. Tp lebih kepada blog berbentuk maklumat.. Manusia kan memang dahagakan ilmu sepanjang hayat.

Blogging ni mmg nampak hala tuju dia. Kalau Malaysia dah maju dalam talian internet je la at least, dah lama dunia blog kat malaysia ni setanding dengan luar.

..
Comment by lilacfla
2009-12-15 13:24:03

so ka.. hehe im blogging just for fun.

goodluck ah khai. Boleh jadi perintis nanti.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Fahmishah
2009-12-09 18:45:01

Dengan blog juga dapat ramai kawan. haha

..
Comment by Khai
2009-12-09 18:59:40

no doubt.. hanya dgn blog, ibarat kita secara tak langsung bercampur dengan mereka2 yang berbeza pemikirannya dan semua rakan internet ibarat sebaya sahaja. Umur tak pernah menjadi masalah kan? Hehehe

..
Comment by Akuro San
2009-12-09 19:52:03

ya, betul~ kadang-kadang saya terfikir, entah-entah umur saya sebaya kak kujie~ haha~
tapi, rasanya tak kot~ ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Khai
2009-12-10 02:38:20

nak hosting terbaik, gunalah server-freak.. hehe.. baru betul..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Hamdi
2009-12-09 19:37:25

weeeeeeiiiiii
agak agak la
kalo kau kerja sana, aku tunggu kau balik
bukan ke dulu kau nak pegi keje aku tunggu
kau balik keje aku tunggu?
tipu la kan kau tak ingat aku
huwaaaaaaaaaa

..
Comment by Khai
2009-12-09 19:49:29

Haha. Nak buat camana x panjang jodoh aku dengan Limkokwing tu.. lama x rasa aiskrim kat Wings.. err.. yg selalu ko belanja aku tiap2 petang tu.. hahahaha!

Belajar rajin2.. nnt leh jadi anak angkat tan sri Lim Kok Wing.. whoaa!

p.s: mmg aku nak turun cyber n desaria ni.. ada hal sikit..

..
Comment by Hamdi
2009-12-10 00:15:35

bila turun?
aku mungkin next week ada sana
MUNGKIN!
haha
tak pasti lagi
so, bila nak jumpa?
rindu kat kedai bapak kau
Hassa Cafe
hahaha
lol.

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-12-10 02:39:23

Aku nak bukak Khai Cafe plak kat Cyberjaya tu.. asyik lepak Cafe bapak aku je tak best plak.. Tak tenteram. hehe

 
Comment by Hamdi
2009-12-10 06:25:01

layan gak tuh
hahahah

 
 
 
 
Comment by Akuro San
2009-12-09 20:04:41

tak sabar nak tunggu cerita khai yang seterusnya~ mungkin boleh dijadikan pedoman dan iktibar utk jadi seorang yang terbaik dalam berblogging~

tapikan, bila saya buat blog nih, baru saya sedar yang saya ada bakat menulis cerpen/novel~ saya pantang nampak cerita tergantung, terus saja dapat idea untuk sambung cerita tu jadi kisah yang menarik. *seperti apa yang terjadi diblog ‘ladynass’ baru-baru nih~ huhu~ :aie:

..
Comment by Khai
2009-12-11 03:48:21

Hehe.. Betul tu Akuro. Apa yang dikongsikan di blog ni, sama2 kita jadikan iktibar memperbaiki diri. Khai bukan cerita pasal diri Khai je. Kalau Khai cerita pasal diri Khai pun, korang bukan kenal. Jadi tak timbul isu orang kata Khai berlagak la, poyo la, kerek la.. amenda la diorang ni..

..
 
 
Comment by ayong_qila
2009-12-09 20:36:02

whoa! menarik2~ and pape pon khai, gud luck! ramai yg sokong khai dr blkg. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:40:41

Thanks Ayong. Ayong boleh sokong dari belakang.. yg lelaki jgn ngada2 nak sokong dari belakang. Orang cakap ghei nanti.. hahaha.. ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by joegrimjow
2009-12-09 20:40:59

buat pape, asalkan halal, itu yang pentg
gudluk ye
nanti cepat2 skit post part2
pasan tak
banyak part 1 xde part 2
hehe, mintak2 yg ni terkecuali

ku xdapat nak log in ke blog sendiri, view pun xley.
tp klu guna komp org, bleh plak
haha
ape agaknya masalah die?
sampai skrg xsolve lg…

..
 
Comment by Eriyza
2009-12-09 21:00:48

Dah lama berblog tp x penah
wat duit melaluinya. Tahun dpn
kot nk try cari wang guna blog.
Khai tolong ajar. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mantis
2009-12-09 21:19:22

:oups: sume ada berapa part khai? macam susah je..

..
 
Comment by aten_zone
2009-12-09 21:40:38

memang menariklah khai. memang panjang post khai kali nie.
tapi memang menarik minat.

..
 
Comment by starlight86
2009-12-09 22:22:33

artikel yg menarik.khai,teruskan berblogging dan kongsi ilmu yang ada..:) semoga khai terus sukses!

..
 
Comment by syinrayafa
2009-12-09 23:32:47

” Jangan jadi Internet Marketer yang bodoh pergi SPAM email orang lain dengan produk-produk ebook bodoh. Itu cari rezeki bangsat dan menyusahkan orang namanya. Agak pelik kenapa wujud Internet Marketer yang mengajar orang untuk berโ€™business melalui penghantaran email secara rawak ke alamat-alamat email orang lain tanpa diminta. Come on lah. Kalau diri kita tak suka dapat email-email macam tu, hormatlah juga privasi orang lain. Kan dah terโ€™emo. Ampun-ampun. Hehe. ” -ini aku setuju dgn statement ko khai…hahaa… (bersemangat aku baca abis..ku tak tipu..hihi)

best la ko, ada sokongan/dorongan utk terus hidup mcm tu.. tapi aku rasa kalau ko ada awek baru, mesti dia bangkang punye…haha..bkn apa, kalau dulu sblm kahwin, u kata u xde org lain selain dari i…lps kahwin, balik-balik rumah… rupanya baru i tahu u dah lama bermain dgn si dia*…haha..

* si dia bermaksud blog… :8 :o:

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:44:09

Ala bro, awek aku yg dulu pun selalu aku ketepikan sebab internet dan blog. Sian dia. Tp duit dari blog tu la yang aku suap masuk dalam mulut dia bila keluar dating. So dia kena la faham.

Kalau bakal isteriku ada terbaca statement ini, tak puas hati boleh cari orang lain. Kalau Aiman tak kisah, Khai lagi le tak kessaaah!! Wohhaa!

..
Comment by Lady Nass
2009-12-25 21:00:44

insyaALLAH dia nak jadi isteri ko. ALLAH lebih tahu. Moga dialah insan yang tercipta utk ko. Yg faham ko. Kerana, daripada tulang rusuk ko lah dia dijadikan. Sape lagi akan lebih faham ko lebih dari dia? Hoho. ๐Ÿ˜€

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by papa-itam
2009-12-10 00:27:22

Apa-apa pun aku ucap taniah.Moga terus berjaya.

..
 
Comment by a1zudd1n
2009-12-10 00:54:59

harap2 dpt cite lebih pasal innity ngn google adsense lak nt..hehe
tp blogger ade wit pencen x??haha ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-12-10 02:47:38

kena consider duit simpanan as duit KWSP la.. hehehe. :p

..
 
 
Comment by cikepal
2009-12-10 01:15:18

muda lagi anda ini rupanya….agak salute dengan ini blog~~~ ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by hana
2009-12-10 03:07:53

5 words. i damn love dis entry. xtau nape. opps. terlebih suda~

..
 
Comment by Mr.Bintang
2009-12-10 04:23:36

abis jer aku baca.. 1 je nk ckp.. ko same je ngan aku… kat bilik manjang… hahaha… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by zool
2009-12-10 09:47:46

aku pun kengkadang terfikir nak jadi full time blogger tapi duit income online ciput je jadi tak leh lagi.. Maybe lagi 10 thn untuk aku pencen awal…

Kadang2 tak tahan ngan karenah manusia kat sekeliling ni.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-12-10 10:19:53

Even saya tak pernah kerja dengan orang lagi, tapi saya dah boleh bayangkan apa yang saya akan rasa kalau saya kerja dengan orang.

Sebab tu saya stay dengan apa yang saya buat sekarang dengan freelancing, blogging, networking.

Khai, awak ni dah dikira sampai tahap kebebasan berkewangan nih. heheh. Congrats2! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Mr Propito
2009-12-10 10:20:57

betul la, sekali kite buka internet..kite akan dapat ilmu. samaada ilmu tambahan ataupun ilmu sedia ada…

Tapi kena keja gak sebab nak cari duit…
Sebab aku tak reti perniagaan online ni.haha :bloody:

..
 
Comment by onetrg
2009-12-10 10:33:09

best2 khai1 entri yg panjang dan berguna..kiranya kamu ni freelancer lah yer….khai aku nk tanya apasal ko x bukak cc ke…bru ko leh untung banyak..ko kan fasih bab2 it neh… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by aloqmalai
2009-12-10 10:45:47

caya la khai..kdg2 kagum gak aku ngan ang..muda lg plak tu 21 tahunn…btw,good post bro..keep it up…

..
 
Comment by hilmi
2009-12-10 12:04:08

post kali ni yang membuatkan aku betul2 tertarik… nice post and thnx bg kitorg maklumat pasal kerjaya sbgi full-time blogger ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nus
2009-12-10 12:55:37

good3,
oleh itu mintak izin ltk link ini blog di blog sy…makaseh!! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Kujie
2009-12-10 13:18:09

Kak Jie #MAKCyber

tahu kemampuan diri sendiri dan telah membuktikan…. :p

Tahniah utk org yang kenal diri sendiri dan tahu hala tuju hidupnya

..
 
Comment by syi_aziera
2009-12-10 19:02:32

huhuhu…..
best2! info berguna nih 4 me n for other! ๐Ÿ˜‰

smga trus mju dlm dnia blogging nih

x sbr nk tggu part 2 plak!

psstttt:-khai cpt2 la sket! ๐Ÿ™‚ ;))

..
 
Comment by diaien
2009-12-10 20:38:03

aku belum sampai nak jadi full time blogger lagi. part time je la… ada masa, baru leh berblogging

..
 
Comment by lee
2009-12-10 21:10:52

blogging….
mmg best pun kalau kepala kite manyak idea…
cam en.kai……
kalau justkhai mmg ๐Ÿ™‚ marvelous abis…
two thumb up…..
but for me, im into create and sell website…
dah sebati ngan diri aku, buat website utk org…
partime jerrrrrr

..
Comment by Khai
2009-12-11 03:52:28

Hehe.. Lee! Lu memang.. gua salute 2 tangan terus! Hehe.. keep it up bro ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by arrizz
2009-12-11 02:27:27

aku buat shabis baik dulu stakat nie..klau ada rezki, apa slahnye jd full time blogger kn..

8)

..
 
Comment by finalcross
2009-12-11 15:52:23

Yezzzaaa,blogger yg btol2 menyerlah. Syabas bro. Tingkatkan prestasi mase akan dtg.

P/S: Bile nk tuka theme baru bro? Eins da byk kali tuka dh theme laman jomphp. hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Anarm
2009-12-11 17:46:01

mantap entri ni.. teringin gak aku nk jd fulltime blogger.. bleh lepak2 kt umah je.. :love:

..
 
Comment by x-po
2009-12-11 19:25:43

sekurang2nya apa yg aku dpt simpulkan kt sini ialah ko ni jnis yg memilih kerja..hehe

..
 
Comment by Shahrul
2009-12-11 22:33:58

Aku suka entri2 khai ni. Kata2 secara iklas. Aku pun start blogging sejak jumpa blog justkhai ni. Nk juga full time blogging dan freelance (electrical).

..
 
Comment by MK
2009-12-12 10:41:18

Assalamualaikum Khairul (eceh rasa cambest lak bagi salam kat nama sendiri :P)

Aku sebagai seorang penjawat swasta ni saje la nak kongsi pengalaman sendiri. Bagi aku, kerja dengan orang tu bagus sebab ada tekanan dan disiplin. Tekanan dan disiplin tu la penting supaya kita akan berusaha untuk maju dengan lebih cepat, paksa diri untuk belajar dan mahirkan diri dalam masa yang singkat.

Contohnya kalau aku tak kerja sekarang, aku rasa aku takkan sentuh kot Ruby on Rails. Hatta PHP pun aku akan belajar cikai2 je setakat nak survive edit theme WP.

Environment kerja pun tak lah seteruk mana. Setakat lambat 30 minit – 1 jam tu bos aku tak bising pun. Dan staff semua sempoi2, walaupun aku antara minoriti Melayu kat situ. Boleh je keluar makan sama2, have fun sama-sama. Kena pandai la gak pilih tempat kerja ๐Ÿ™‚

Tapi, apa yang paaaaaling pentingnya adalah, kita puas hati dan hepi. Biarpun hari-hari aku kerja lebih masa takde OT, tapi aku puas hati dan hepi sebab dapat mahirkan diri dalam programming, dan sebab ada officemate yang comel2 belaka.

Macam Khai la. Ko pun dapat rasa kepuasan sebab dapat bekerja di rumah dan bersama famili sekali.

Satu hari nanti mungkin aku akan bekerja secara independent gak kot. Tapi bukan sekarang la, banyak lagi yang kena belajar ni ^_^

Waow, terlebih panjang lak mengomen. Sebab dah lama tak mengomen kat sini la Khai, hihihi.

Good luck buat Khai, apa2 pun jangan tinggal solat dan jamgan lupa basuh kaki sebelum tidur ^_^v

..
Comment by Khai
2009-12-13 04:50:29

Waalaikumsalam Khairul (rasa cambest gak jawab salam kat nama sendiri.. haha)..

Betul bro apa yg ko kata tu. Apapun minat la. Dengan minat segalanya jadi. Kalau tak minat, boleh jadi juga cumanya kena asahlah dulu baru jadi. Betul tak?

Dan kerja bawah kuasa org mmg bukan semua akan ada masalah biarpun dia jenis yg memilih kerja. Ikut juga. Kalau bernasih baik dan kena dengan persekitaran, mmg kitalah pekerja paling bahagia kat dunia ni.

P.s: mmg dah lama pun x nampak ko komen panjang2 kat sini.. hehhe.. ye la org busy..

..
 
 
Comment by akak yOna
2009-12-12 12:25:05

yayayaaa.. khai anak omak! sume pun syg khai…
Tahniah dik.. even panjang entri kali ni, sungguh menarik minat kami..
buat kamu, buat aje pape yg penting minat…
if tak minat,sggp tinggalkan ape yg dikerjakan skrg pun teda gunanye… ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:01:35

hehe.. anak lelaki mmg la anak emak.. ingat time kecik2 dulu, nak mintak duit semua kat mak.. padahal mak nak duit pun mintak kat abah dulu.. hehehe..

..
 
 
Comment by ruben
2009-12-13 00:02:49

hey man!!! really interested in the way u speak out loud and really really waiting for your part 2 MAN!!!!

U always Have ma support 100% man!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hazim
2009-12-13 03:01:42

gila sempoi artikel nie khai!!!
letih siut membaca..anyway good job la,
hang bole buktikan kat orang laen yg tak payah nak kerja teruk2..
just guna usaha and bla..blaa..(ngantok neh)and..125 hang yg hilang dulu ke yg baru,hang guna duet hasil blogging kn? aku pon dah lupa lah.. ๐Ÿ™‚ haha..serius weh,salute hang lah!!

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:06:58

Alhamdulillah.. Sememangnya apa sahaja yang di’share’kan dan tidak di’share’kan kat Justkhai ni, semua dibeli dgn hasil blog semata-mata.. Termasuklah 125zr tu. Patah tumbuh hilang berganti berkat kesabaran. Amin..

Thanks Hazim dan yg lain atas sokongan korang. Saya ANAK MELAYU dan saya berbangga dapat melakukan sesuatu di atas nama MELAYU tanpa menyakiti sahabat bangsa ku yang lain.

..
 
 
Comment by sham
2009-12-13 08:05:06

saja lalu lalang…rileks dow hidup kau, masa depan aku pon tak tau lagi…duk study macam dah takdak dunia…hua-hua

..
 
Comment by Dakjaat
2009-12-13 09:35:34

hoo… bercakap pasal blogging ni, aku mula blogging 2005 dari handphone jer dulu melalui MBLOG MAXIS yang pada awalnya percuma 100%. time tu menganggur, hari2 dok pandang telefon, gelak2 bila baca comment. Mak pun dah cop aku ni gile senyum sorang2 kat handphone motorola aku dulu. ingatkan hobi ni hanya seketika.. masa keje sambilan dulu pun blogging, ntah.. last2 sekali dapat kerja government… jawatan BLOGGERS. Ngaaa? biar betul? tak sia2 usaha aku mendekatkan diri dengan blog dari dulu lagi.. hahaha! Seronok gile babi, internet tanpa sekatan kat office.. :p still kena datang kat office, tak dapat nak goyang kaki kat rumah… ๐Ÿ˜

..
 
Comment by zamstylo
2009-12-13 16:36:10

salute ko khai? bile la aku nak jd blogger berjaya ni haa???

artikel justkhai sumer pon best~
cam keropok twities bingit..
haha..
->

..
 
Comment by Jejaktrend
2009-12-13 19:55:57

wa bro khai, kerja dgn syarikat hosting tu buat ape kerja dia ?

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-12-15 00:15:02

cantekk rr khai.. aku suka part motivasi. memang seswai sangat ko bagi motivasi untuk part 1 nie.. sebab bagi aku, perkara yang perlu bagi blogger adalah semangat dulu.. hohohoho..

..
 
Comment by Jimmy MRR2
2009-12-15 02:11:40

Kalau yg tak mahir berblog tapi ade ilmu pun bole kerja dari rumah gak..

Buat je freelancer kat tenet. Yang penting kena ada ilmu dulu.. jadi belajar la rajin2..

..
 
Comment by knightblogger
2009-12-15 19:46:40

hehe. aku suka jadi blogger dan aku suka buat kerja lain. Janji kita pandai bahagikan masa.

..
 
Comment by sis mieya
2009-12-16 01:52:33

good for you..is good 4 us..
tp ktrg nak jadi cam khai kene lajar alif ba ta dulu..hehe
well..entri yg sgt bagus utk di kongsi dgn semua..
tengkiukkks =)

..
 
Comment by imabiz
2009-12-16 13:06:49

salam sejahtera.. bagus info yang empunyer blog nie berikan.. imabiz pun skrg baru ade hasil dari pada blog.. aper yang imabi lakukan adalah tarik traffik ke blog imabi dulu.. baru nanti ade hasil daripada blog tersebut…

..
 
Comment by mohdisa
2009-12-18 20:04:21

first of all, aku mengucap syukur sebab aku berjaya meluangkan masa untuk membaca entri ko pada kali ini. memang mantap abis. hehe, aku teringin juga hidup mcmni. tp apakan daya, harapan mak bapak aku terlalu tinggi buat aku. pelaburan buat aku pun tidak ternilai sudah. nak taknak, blog separuh masa shj. klu dah stabil boleh la aku full time. tp nak taknak kena study hard dlu cam mana nak menghasilkan duit melalui blog ni. nnt boleh la ko ajar yerk. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Nazz
2009-12-19 06:56:37

Mantap la entry kali nie. silent reader macam aku terus bangun ni. hehehehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by boyah89
2009-12-20 17:13:06

aku tengok kawan2 aku ramai dah ad blog masing2.
aku je tak
huhu
sbb aku tak dpt ilham lagi..
or mayb bukan naluri aku..
tapi sbrnye bnyk je yg aku nk tulis..haha
weh khai,ayat2 terakhir ko mcm hampeh,,hahaha
ko paham2 sndiri ar ek :o:

..
 
Comment by deennasour
2009-12-20 21:04:21

oooooo alkisah nye……

pee/ass ; ada jawatan kosong tak bang?

..
 
Comment by Lady Nass
2009-12-25 20:55:32

Salam bro.
Pilihlah kerjaya yang diminati. Itu lebih baik dan afdhal. Tujuannya satu. Agar kita ikhlas. Tu sajo.

Aku berblogging kerana minat. Hobi tu bukan kot. Aku suka menulis tapi aku cukup tak suke chek karangan budak2.hoho.

Tahniah. I’m waiting for the next stori mori from u. :8

..
 
Comment by Oh! Malaysia
2009-12-28 08:49:49

smart la gambar how to become a famous blogger tu..

..
 
Comment by sahibul hikayat
2009-12-31 15:13:39

enko nie ensem x khai??? aku sentiasa tebayang kan khai Af dl….hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by oshinz
2010-01-26 19:49:18

pergh.. best ah keje sendri. takde tekanan. tak yah buat keje terkejar2. bile dateline sampai.. memang dead ah~~ =(

..
 
Comment by Jerinho
2010-02-08 17:48:11

salam khaiโ€ฆ

tumpang tanya khaiโ€ฆ lau aku start blogging secara konsisten… staun leh dpt bape org reader tetap agak2

msti ko pnah wat freelancing… leh bg tunjuk ajaq sket?

..
 
Comment by jawatan kosong
2010-02-14 23:17:48

Betul tu keputusan memilih blogging sebagai kerjaya. Kerja senang, penghasilan senang pula ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Meow
2010-03-07 01:15:39

aku pun kini menjadi full time blogger…

susah nak cari kerja, baik aku kerja kat rumah sahaja la… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by iffa yuna
2010-04-02 22:41:19

hurm teringin gak nk jd full time blogger tp nurse bz maa..=(
org sakit xkire ms..
ape2 pun gudluck utk khai ye! ๐Ÿ™‚
terus2la menulis blog ni, sk sgt bc penulisan khai..
padat dgn ilmu n pengajaran yg bgune..
wish u all the best! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Afyrd best
2010-05-16 23:18:19

Kusyuk afyrd membaca entry ni. Inilah yang dikatakan otai blog. Hehe.. Apapn Justkhai tlh memberi byk input kepada kita semua. Kalau anda rasa tips2 yang diberikan adalah yang terbaik, silakanlah menjejak langkah Justkhai yang seusia semuda 21 thn ini. Moga tips2 yang diberikannya menambahkan lagi pengetahuan kita dalam dunia blog ini.
Thanks a lot to Justkhai.com!

..
 
Comment by mohdzuwairi
2010-08-09 17:21:15

hidop sbg blogger lg flexible…
bleh manage time sesuker hati jer…
aku stuju dgn khai kerja utk hidop n bknyer hdop utk kejer..
yeah hidop blogger.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by SistemJanaDuit
2010-08-17 21:46:27

kerjaya sebagai blogger boleh dijadikan part time je,
kerja utama xperlu la berhenti.

esk dah tua xlarat nk kje, income yang utama tu bekerja tuk kita.. 8)

..
 
Comment by nickname rejected
2010-09-20 11:52:11

nak jadi fulltime blogger jugak..tpi blog x popular,,,wa……………

..
 
2011-02-12 12:37:23

asal pink je gay…asal pink je pompuan..ish ape ni…mentality xbest..hihi…kte kne bmain ngan warna..bru hidup amn dan harmoni…haha..sesuke jek…btw blog yg sgt ilmiah…like2!!

..
 
Comment by ayie
2011-03-12 17:46:22

salam,
best giler,sumenya isi ayatnya berisi .(betol ke ayatni)

kalo dulu layan jom php.sekarang justkhair dan jomphp.

i like it ahah ahah…

semoga berjaya jadi jutawan…bagi orang yang berusaha fi sabillilah

..
 
Comment by macam ni lah
2011-03-29 12:15:01

Sebelum ni mmg kerja sendiri,. sekarang baru nak mula ber bloger ,. mmg rase ape yg khai rase, rase bebas dan berilmu apabila segala informasi semuanya kat monitor,. best buat blog macam2 rase ade,.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by zam black
2011-03-29 21:51:58

as-salam khai…..1st time aku baca blog ko ni…..blog yang padat dengan isi walaupun di sampaikan dengan ayat2 yang selamba….aku bookmark blog ko ni…………:-) :oups:

..
 
Comment by zam black
2011-03-29 22:05:08

as-salam khai…..1st time aku baca blog ko ni…..blog yang padat dengan isi walaupun di sampaikan dengan ayat2 yang selamba….aku bookmark blog ko ni…………:-)

..
 
Comment by aiez
2011-03-29 22:15:24

thank khai info segala,ak pn baru jer berjinak2 dengan blog ni ..tak lokek ilmu dalam share pengalamn yang ada pada yg membaca ni.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Pak Udi
2011-04-06 08:06:13

Salam menarik juga blog ni,

..
 
Comment by nabel
2011-05-07 02:10:27

siapalah yang taknak ada kerja tetap kan. tapi kalau blogging dengan mempunyai output yang bagus itu best. tambah pulak bila ada kawan-kawan blog yang lain. macam khai, seronok betul tengok kerja sama-sama, sama smaa buat blog.

tapi yang sakit sikit tu bila baru nak bangun kan blog tu, macam nabel ni. ishh, kadang terasa jugak malas nya nak update. siapa malas, dialah rugi kan. harap akan kuat dalam bidang blog ni. amin. ;D ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by luqman hakim
2011-05-21 14:27:38

salam..bro saya baca semua luahan hati bro..hehe seronok la bro ni la first time saya msuk blog bro baca kat blog bro…kalau
dulu msuk je tengok da kuar je sbb nth tak biasa lagi dengan blog..ni!!hehe ๐Ÿ™‚

..
 
2011-06-01 15:44:14

entry ni dah lama tapi saya baru jumpa… very touching huhu… tapi saya tak mampu nak hidup sebagai blogger sepenuhnya kerana ada seorang kawan baik bernama KEMALASAN…

..
 
Comment by Anuar
2013-07-16 05:44:58

Satu info yang menarik oleh seorang blogger tegar untuk dibaca oleh blogger tegar yang lain…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Tips 10 cara membuat duit dengan blogging | AkuBiomed.Com
  • Berblogging secara serius | Kelebihan dan kekurangan « IzzatAzizDotNet
  • 10 Langkah Di Hadapan - ShahranSams