Siapa Idola Anda?
Berbicara soal idola, saya gemar untuk membahagikannya kepada dua iaitu idola kecil dan idola besar. Idola besar saya hanya ada tiga insan yang benar-benar saya ikuti perkembangan kisah hidupnya.
Idola besar pertama saya, pastinya ayahanda saya sendiri. Kesusahannya membesarkan kami 6 beradik dulu, banyak mengajar saya erti kesusahan. Mengajar saya erti suka-duka menjalani liku-liku kehidupan selagi hayat dikandung badan. Segala pesanannya, sudah lama mendap di jiwa. Segala peringatannya, telah lama terbuku di hati. Tanpa dia tiadalah saya di sini. Tanpda dia, saya tidak akan berdiri di atas kaki saya sendiri seperti yang saya dapat lakukan hari ini. Pendirian hidupnya, sememangnya tebal membuku di dalam jiwa saya. Cara saya melayani orang lain dan bagaimana saya “kena semula” dengan orang lain, lebih kurang sama dengan dia. Dia idola terbesar saya walau sukar untuk saya menceritakan segalanya tentang dia. Apa yang penting saya sangat sayangi dia dan saya percaya, setiap dari kita juga pasti menjadikan ayah sendiri sebagai role model utama di dalam hidup, bukan?
Idola besar kedua dan ketiga saya adalah insan yang banyak mengubah dunia ini iaitu mendiang Steve Jobs dan Bill Gates. Melihat bagaimana kesusahan mereka semasa ingin bermula dulu dan bagaimana mereka boleh menjadi satu nama yang amat besar dalam sejarah dunia, amatlah membuatkan saya menjadi seorang yang amat ber’inspirasi tinggi. Kegigihan mereka dalam membangunkan satu brand sendiri, membuatkan saya lebih kental kerana saya tahu ianya memang tidak semudah yang disangka. Ekpressi mereka pada dunia, amat membentuk saya pada hari ini. Dua insan ini pasti kekal dalama diri saya sampai bila-bila.
Bagaimana dengan idola kecil saya? Saya kategorikan insan ini sebagai idola kecil saya di mana dia bukanlah seorang insan yang saya ikuti sepanjang masa. Bukanlah insan yang saya tahu segala-galanya tentang dia. Cuma apa yang membuatkan insan ini menjadi idola kecil saya adalah kerana saya terkesan dengan susah payah yang beliau lalui sebelum dapat dikenali ramai orang yang berada di dalam bidang photography di Malaysia mahupun di dunia. Salute! Tidak perlu huraian panjang, mungkin gambar berikut dapat menjelaskan siapa idola kecil saya ini.
* klik untuk paparan lebih jelas & jangan lupa untuk drag ke atas*
Ini status Facebook saya beberapa minggu lalu yang sempat saya “gotcha!”. Hope suatu hari nanti saya dapat bekejersama dengan beliau.
Pada saya, dalam hidup kita perlu ada idola. Idola adalah role model di mana bagaimana cerita mereka berjaya dapat di’adaptasi dengan baik di dalam diri kita. Usah sesekali menjadikan artis sebagai idola kerana anda akan hancur. Bagaimana pula dengan idola anda semua? Siapa mereka dan bagaimana mereka begitu terkesan di dalam hati anda?
Idola aku – DDR … Usahawan nombor 1 di Malaysia. Walaupun orang duk hina dia , perli dia tapi tengok sapa yang makin kaya. DDR sangat mesra kalau orang mesra padanya . Teringin nak bergambar dengan DDR
Ya, usahawan Melayu yang hebat. Tapi dia bukan No 1 pada saya.
saiful nang? ok ๐ nk google…. ๐
Idola yang selalu orang mention adalah :
– Ibubapa sendiri
– Rasulullah saw
Setakat ini aku tak dapat lagi tambah idola aku selain dari 2 kategori tu.. Hoho..
Saiful Nang ni bagus.. Aku hasil photography dia.. Dengar-dengar dia dah rancak dengan filem pendek dia.. Hehe..
Btw Khai, aku yakin mesti dalam tak sedar ada orang yang jadikan ko sebagai idola dia.. ๐
Ada beberapa orang yang pernah menyatakan begitu kepada saya. Tapi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan ajelah. Saya tak layak dijadikan idola.
yeah! khai, kita berkongsi idol, SN and Steve jobs, mereka sangat2 awesome. ๐
ada orang kata istilah idola tu maksudnya sesuatu yang disembah atau berhala..????? ???? ๐
…dan orang tersebut mungkin tidak betul kepala otaknya. Hehe. Idola pada saya adalah insan-insan hebat yang boleh kita contohi untuk berjaya. Yang sembah-sembah agama lain tu dipanggil berhala. Bukan idola.
paling utama yang aku selalu jadikan role model, Rasulullah SAW. walaupun aku tak boleh ikut semua yang dia pesan. tapi sekurang-kurangnya aku ada usaha dalam diri aku untuk ambil sedikit bahagian dalam kehidupan beliau.
terasa kerdilnya kita bila nak dibandingkan dengan Rasulullah SAW. kita berjaya setinggi mana pun, beliau masih tetap yang teratas. Susah payah beliau ada diceritakan didalam kitab. Iktibar perjuangan dan pengorbanan beliau tetap jadi sanjungan.
Ya, junjungan kita sepanjang zaman.
Jeorge soros dan Tun M jadi idola ku. Lihat sajalah bagaimana mereka mempengaruhi dunia. Seluruh dunia takut dan kelam kabut dek angkara mereka berdua. Tapi idola utk duniawi je la. Idola utk akhirat dah tentu rasulullah… Petunjuk sepanjang zaman.
Khai idola aku! Mana boleh dia muda dari aku… He he…
Apapun, ada certain part about khai yang aku rasa boleh dijadikan teladan tak kira orang tu muda atau tua…
Mudah-mudahan bro. Hehe
Diri sendiri adalah idola yang terbaik. Asyk nak tgk orang je, tapi diri sendiri tah kemana. Lebih baik majukan diri sendiri,
Idola itu lain. Idola merupakan role model untuk kita berjaya. Kalau nengok diri sendiri, tak tahu la camana ceritanya tu. Hehe.
Alhamdulillah, kami juga baru sahaja menemubual Tuan Saiful Nang pada edisi ezine Majalah Niaga yang terbaru. Beliau memang seorang yang hebat! ๐
Ya, saya ada baca tu ๐
Nabi pun boleh dijadikan idola jugak kan? ๐
yah, ikutan terbaik rasul dan ibubapa, bagi anem ๐
mybe khai juga idola kecil kepada insan di luar sana yg lain, siapa tahu, kan? ๐
ada idola tp xtau nak jadikan idola sebagai inspirasi pon naya jugak….
Tu tak boleh nak bantu la tu. Pendek kata, baik tak payah ada idola kalau sekadar idola. hehe
Selain dari Nabi kita dan sahabat2 beliau,Khai juga boleh dijadikan idola kepada blogger kat Msia ni.
Berjaya dalam dunia online dalam usia muda ๐
Saya tak berjaya lagi bro ๐
bro khai,sebenarnye betul cakap si Ambe tu pasal maksud idola..
ni petikan daripada http://petuaceritaberita.blogspot.com
kalau tak yakin,maybe boleh try bukak kamus Oxford yg lama/baru
Maksud Idola Yang Sebenar
Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :
IDOLATRY = Penyembahan berhala
IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu taksub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.
Gunakanlah perkataan ikon untuk menggantikan perkataan idola apabila merujuk terhadap orang yang menjadi teladan atau contoh ikutan.
Peace yaww 8)
nak tambah sikit..kalau tak yakin lagi,tanye la Ustaz Azhar Idrus..senang je nak tanye.. ๐
Pada saya, ianya merepek. Pada saya orang kita suka menambah-nambah dan melebih-lebih. Cukuplah kita tahu Idola tetap idola dan idol itu adalah idola.
http://en.wikipedia.org/wiki/Idol
apapun terpulang kepada penerimaan masing-masing.
salam khai knpe penggunaan kata gnti diri dh tukar cm janggal je bce blog khai sbb gne “saya” rase nya klau gne khai lbih sedap di bace kot..saya dh follow blog khai dr thn 2008 so dh biasa bce khai membahasa kn diri dgn nme
*hope khai tukar smle..hihi ๐
Erk! Hahaa. InsyaAllah nanti saya tukar semula. Saya actually sedang membiasakan diri dengan penulisan menggunakan kata ganti diri saya demi Ebook saya. Hehe. Saya juga mengharapkan kata ganti diri “saya” ini tidak kekal lama kerana memang ianya bukan style saya apabila menulis di blog purple ini. Thx ya.
idola? so far, memang kate rasulullah itu idola aku, tapi kekadang rasa tak begitu mencontohi akhlak dan peribadi baginda, huhu.. ๐
btw, khai rajin reply comment eh sekarang? hehe ๐
saya suka adola kecil 4 memang abat lah
๐