(Review) BookBook oleh Twelve South

Dah lebih setahun saya menggunakan iPhone 4 sebagai phone utama saya dan dia (iPhone 4) mungkin boleh dikatakan sebagai satu device yang sangat penting untuk saya. Bukan sahaja untuk call, sms, ambil gambar dengan mudah, surfing, Facebook dan banyak lagi perkara asas untuk sebuah smartphone, ianya juga sangat banyak menyimpan data yang amat penting untuk saya. Termasuklah data-data ramai gadis skandal. Haha. Gurau je πŸ˜›

Terlebih dahulu, saya mohon maaf awal-awal jika ada pembaca blog ini yang tidak selesa jika saya bercerita tentang produk Apple. Kalau dah memang saya sedang memakai iPhone pada ketika ini, mana mungkin dapat saya bercerita tentang Nokia, Sony Ericsson atau apa sahaja jenis smartphones yang lain kan? Kalau saya pakai boleh lah saya berkongsi kepada pembaca blog ini. Jadi sila menjadi lebih open minded ketika membaca blog peribadi saya ini. Please?

Untuk artikel ini saya ingin kongsikan gambar-gambar dan cerita mengenai kelebihan dan kekurangan sejenis aksesori khas yang menarik pada saya khas untuk pengguna iPhone 4 mahupun iPhone 4S yang diberinama BookBook. Sebuah produk dari Twelve South. Stok terbaru untuk BookBook baru sahaja sampai ke Malaysia dan baru sahaja diumumkan oleh Machines dua hari lalu melalui Facebook mereka. Lihat sahaja update mereka, terus saya ke Machines, KLCC untuk mendapatkannya sebelum kehabisan. Jadi orang pertama pula tu kata seorang pekerja di Machines. Haha. Menurut mereka, BookBook ni memang macam goreng pisang panas. Sekejap sahaja licin dah.

Ini video komersil mereka tentang BookBook.

Selama ini, memang saya mencari sejenis wallet yang boleh menyatukan handphone, pelbagai jenis kad dan juga wang ringgit. Ini kerana, kadangkala saya kerap tertinggal wallet tetapi handphone tak pernah pula nak lupa. Jadi terfikir, kalaulah ianya disatukan, masalah ini insyaAllah akan hilang.

BookBook merupakan produk pertama yang saya dengar mampu menjadikan apa yang saya bayangkan itu satu kenyataan. Ada orang kata, tak takut hilang ke? Hilang phone akan hilang wallet sekali. Jawapan saya, kalau bukan rezeki kita dia nak hilang, dia akan hilang juga. Kalau semua benda takut hilang, tak payah beli motor. Tak payah beli kereta. Nanti takut hilang! Kalau hilang kerana kecuaian kita sendiri, ah padanlah muka sendiri. Hehe.

Apa yang menariknya pada BookBook ni? Ok, kita lihat gambar dahulu.

justkhai-bookbook
justkhai-bookbook
justkhai-bookbook
justkhai-bookbook
justkhai-bookbook
justkhai-bookbook
justkhai-bookbook
justkhai-bookbook

justkhai-bookbook

Gambar iPhone di dalam gambar ini adalah dummy sahaja (disertakan sekali bersama BookBook). Saya tiada lagi gambar iPhone yang betul-betul diletakkan ke dalamnya kerana semua gambar ini diambil menggunakan iPhone sahaja semasa menunggu seseorang di Old Town Bangsar lebih 4 jam! Hehe. Maaf kalau gambar tidak memuaskan. DSLR tinggal di Office.

Bagaimana BookBook ini mampu menarik perhatian saya untuk membeli? Bukan semua benda dapat menarik perhatian saya jika ianya bukan suatu produk yang unik di mata saya memandangkan saya ada sifat sedikit cerewet dalam membeli apa sahaja yang saya mahu.

Kelebihan:
1. Ianya, 100% Leather! Jadi ianya memang tahan lasak, tidak boleh terbakar, tidak kotor, tidak lusuh dan berkualiti tinggi sepadan dengan harganya yang agak mahal juga tu.

2. Memudahkan diri sendiri kerana idea BookBook ini menyatukan antara handphone dan juga wallet amatlah menarik dan amat praktikel sekali untuk sesiapa yang mahukan style yang simple dan memudahkan.

3. Mempunyai tiga slot untuk ruang kad dan satu slot untuk ruang duit kertas. Ruang syiling tiada. Ada lagi ke orang yang suka simpan syiling dalam wallet? Berat der!

4. Gaya lebih berketerampilan lebih-lebih lagi jika korang selalu berdepan dengan client dan sebagainya. Baru sehari saya pakai, dah ramai orang yang saya jumpa teruja bila melihat BookBook ini. Masing-masing bertanya mana nak beli. Hehe.

5. Dapat menjimatkan ruang poket seluar, beg atau sebagainya kerana wallet dan handphone telah disatukan.

6. Menggunakan BookBook, kiranya korang telah menyarungkan satu casing kulit kepada iPhone. Apapun sebenarnya, saya lebih prefer iPhone tidak memakai apa-apa jenis casing kerana casing mencacatan kesenian yang ada pada design apa-apa gadget sekalipun. Tetapi kebaikan bila memakai casing ni kalau iPhone jatuh pun, masih boleh senyum lagi. Lebih-lebih lagi jika ianya BookBook. Hurm, dah jatuh sekali pagi tadi masa keluar dari kereta tapi langsung tak effect pada Phone. Terima kasih BookBook. Haha.

7. Tak perlu ingat banyak perkara bila keluar ke mana-mana. Ingat handphone, korang akan terus bawa sekali dengan wallet. Ingat wallet, anda tak mungkin akan lupa tentang handphone. Simple rite? Ouh, at least for me.

8. Find My iPhone akan boleh digunakan juga untuk Find My Wallet ataupun kalau lupa wallet letak kat mana, “call” ajelah wallet korang tu since ianya bersama handphone. Ring Ring! Hahha. Amacam?! yeah Win!!




Kekurangan:
1. Oleh kerana ianya leather, ianya nampak agak season. Mungkin rekaannya memang sengaja dibuat begitu agar tampak lebih style, namun bila korang baru pakai seminggu kemudian nak jual dengan orang, rasanya amat sukar untuk meyakinkan si pembeli yang ianya masih baru! LOL!

2. Walaupun nampak style, kalau ianya hilang atau tercicir, maknanya korang akan kehilangan secara “COMBO” di situ. Pakej baik untuk si pencuri juga tidak dinafikan! Phone hilang, kad ATM hilang, kad kredit hilang, kad pengenalan hilang, lesen hilang dan macam-macam lagi. Apapun di sini, adalah hak kita untuk meletakkan mana yang penting atau tidak secara bersama atau berasingan di dalam wallet dan seperti apa yang saya katakan di awal entri, kalau nak hilang, dia akan hilang juga. Rilek aje sudah.

3. Slot yang tersedia agak terhad. Saya mengambil keputusan untuk hanya meletakkan IC, Lesen, satu kad ATM dan satu kad kredit di dalamnya bagi mengurangkan imej kekembungan pada BookBook ini. Sama seperti apa yang saya lakukan pada wallet yang saya gunakan sebelum ini (kini dah disimpan dengan baik dalam laci buat pekasam)

4. Nak jawab call, perlu angkat dengan wallet sekali ke telinga anda. Sekali imbas nampak macam orang gila tengah bercakap dengan wallet. Haha! Walaupun ianya bukan satu masalah pun sebenarnya, tapi mungkin kita akan perlukan masa juga untuk berasa selesa kerana dah terbiasa hanya menggembam telefon sahaja. BookBook ini boleh flip ke belakang, jadi bolehlah diumpamakan anda memakai casing yang jenis flip tu untuk iPhone anda. Tetap nampak kool bro.

5. Tiada lubang untuk kamera. Ini bermakna, setiap kali anda ingin mengambil gambar, anda perlu menolaknya keluar sedikit dari sarung sama macam apa yang dipertontonkan di penghujung video komersil mereka di atas tu. Terfikir juga susah sangat ke diorang ni nak buat satu lubang untuk kamera. Apa yang pasti mereka tentunya ada alasan tersendiri kerana pada saya, lubang untuk kamera akan mencacatkan design BookBook. Kalau anda memang kaki ambil gambar dan akan rasa annoying nak keluar masukkan iPhone, mungkin BookBook ini bukan untuk anda.

Mengenai point nombor 5 di atas, kalau rasa nak juga ada lubang untuk kamera tu, bolehlah buat sendiri kerana tak susah mana pun. Ada seseorang yang dah berkongsi cara untuk membuat lubang pada BookBook tersebut.

Tak cukup lagi, review berikut mungkin dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang kelebihan dan kekurangan BookBook ini atau adakah ianya sesuatu atau tidak untuk diri korang.

Kesimpulan yang dapat saya berikan untuk BookBook ini, ianya amatlah berguna untuk saya dan setiap sen yang keluar untuk membelinya, akan dibiarkan pergi dengan penuh makna tanpa sedikitpun rasa penyesalan. Jika anda rasa ianya menarik, ianya belum cukup menarik lagi selagi anda tidak mencubanya sendiri. Boleh dapatkan di Machines (saya beli di Machines, KLCC) pada harga RM239 atau beli secara online dari website mereka dengan harga selepas di’convert, RM189 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran).

Pssttt: Omaigod! Mereka juga ada keluarkan case untuk Macbook. Nampak macam Novel versi gergasi. Haha. Yang ini saya tak sanggup nak pakai. Over ok!

=.=’

Ditulis pada 8:01 PM 13 November '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,009 views | Dalam kategori: Apple | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

35 Comments »

Comment by kaizen
2011-11-13 20:28:01

8. Find My iPhone akan boleh digunakan juga untuk Find My Wallet ataupun kalau lupa wallet letak kat mana, β€œcall” ajelah wallet korang tu since ianya bersama handphone. Ring Ring! Hahha. Amacam?! yeah Win!!

Betul punya WIN! hahahhaa

2. Walaupun nampak style, kalau ianya hilang atau tercicir, maknanya korang akan kehilangan secara β€œCOMBO” di situ. Pakej baik untuk si pencuri juga tidak dinafikan! Phone hilang, kad ATM hilang, kad kredit hilang, kad pengenalan hilang, lesen hilang dan macam-macam lagi.

also WIN! hahahha

..
Comment by Khai
2011-11-13 21:03:48

Haha, well.. pastinya ada pro & contra.

..
 
 
Comment by SamsulAhmad
2011-11-13 20:38:12

stylo! nak smbar satu gak pas nie… kat switch rasa2 dah ade blum bro?

..
Comment by Khai
2011-11-13 21:04:43

Rasanya tiada. Di Machines seluruh Lembah Klang memang ada. Di Johor Bharu, by next week.

..
 
 
Comment by aminto
2011-11-14 00:34:01

wallawei mmg nmpak style pon..nmpak mcm lusuh2 sket mmg smart..tp 2 la..takot ilang package..da ilang iphone(mahal) tmbah plak ilang ic duit dan kad sbgnya..nangis xkeluar air mata beb πŸ˜€

..
Comment by Khai
2011-11-14 01:39:49

Minta dijauhkan dan haruslah hati-hati selalu.

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-11-14 00:48:09

design dia retro abis.

Cool lar. Khai, just ingin bertanya walaupun saya masih tiada lagi sebarang produk Apple. BookBook ni kalau ditutup, tak de ke macam magnet kecil untuk memastikan ianya sentiasa tertutup walau dipusing dari pelbagai arah?

Khai cakap ianya selamat.Tapi kalau BookBook ini terbuka semasa jatuh, pasti membahayakan iPhone tersebut.

Terima kasih Khai Hassan

..
Comment by Khai
2011-11-14 01:52:15

Ianya tidak mempunyai sebarang magnet mahupun button. Dalam kes saya, ya ianya masih selamat. Tak kiralah jatuh dari bahagian mana, tidak akan memberi kesan pada iPhone. Kalau jatuh dalam keadaan terbuka, mungkinlah akan memberi kesan itupun kalau jatuh pada permukaan tidak rata. Jika pada permukaan rata, jangan risau kerana ianya dilindungi BookBook ini dibahagian depannya..

..
 
 
Comment by mrnamie
2011-11-14 02:04:25

Ada point tak bagi orang main henpon kita pasni. Cakap je, henpon i kat wallet. Since wallet is personal, sorry la x dapat kasik pinjam henpon. :p

..
Comment by Khai
2011-11-15 05:32:02

Hehe. Satu lagi kelebihan yang bagus. Takde la banyak tangan nak pinjam main game kat iPhone lagi dah. Hehe.

..
 
 
Comment by kpah k-poh
2011-11-14 02:36:31

lucu jugak yaaa..bila tengok org bercakap dgn wallet..heeee..Kpah masih lagi dgn iphone 3G.. πŸ™„

..
 
Comment by pjah
2011-11-14 03:38:17

cool giler.. :mrgreen:

..
 
Comment by Safwan Seth
2011-11-14 06:17:56

pergh kalau hilang memang menangis tak berlagu la jawabnya,

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-14 14:08:04

Itulah yang saya risaukan kepada pengguna BookBook ini andai ianya jatuh sepertimana yang Khai katakan itu. Tapi hendak buat bagaimana, design mereka dan itu yang terbaik.

..
 
Comment by Omar
2011-11-14 16:00:38

Haha. Ini kalau kena seluk dalam LRT. Memang cam Khai cakap la, pakej COMBO la si pencuri tu dapat.

..
 
Comment by Tuan Tanah
2011-11-15 07:13:13

menarik jugak ttp ada kontranyer…maisng2 punya minat hehhee..:)

..
 
Comment by aku
2011-11-15 15:11:47

tapi kalau letak kat poket blakang pastu terduduk mmg naya laa, haha

..
 
Comment by Pacifista
2011-11-15 19:29:22

menarik la.kalau pencuri masuk rumah pun boleh selamat lagi iphone tu.takkan la pencuri nak curi buku lama kan? πŸ˜›

..
Comment by Khai
2011-11-15 20:46:54

Ya, sangat logik di situ even anda main phone di tempat orang ramai pun, orang lalu depan anda akan ingat anda baca buku. Macam beberapa orang rakan saya yang menegur, “baca buku ape bro?”. Hehe.

Dan kepada yang kata kalau anda tercicir, di dalam iphone ada app Find My iPhone. Bila anda find iPhone, secara automatik anda akan find wallet sekali. So insyaAllah, ianya memudahkan kita untuk mencari barang yang hilang. Hilang ya dan bukan dirompak, disamun atau sebagainya. Kalau hilang kerana salah letak atau apa, insyaAllah ianya akan memudahkan kita.

..
 
 
Comment by Syahirhalili
2011-11-16 01:55:24

.. Aku dah gunakan method ni. Tp bukan bookbook namenyer.. Just wallet iphone casing. Bley je letak kad 2 3 keping.. Murah je beli xsmpi 50 pon..Tp slot duit tu kecik sgt.. But so far okay la selesa guna.. πŸ˜‰

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-11-16 02:34:55

fuhh mmg menarik tak sabar rasanya nak beli..tp kena tunggu iPhone4s keluo dulu lah

..
 
Comment by Anarm
2011-11-16 04:22:44

untuk samsung galaxy takde ke? huhu.. smart plak camtu..

..
 
Comment by Prince
2011-11-17 15:17:37

Sekejap saja ada keluaran baru.
Masa beli hp touch screen jenis sensor haba tahun lepas, sekarang ni dah ketinggalan pula dengan speed processor hp lain..huhu πŸ™„

..
 
Comment by Arrul
2011-11-20 12:18:06

tggu utk macbook plak le…hahaha πŸ˜€ bru lah owg kte bwk buku(rjin membaca) kononnya la… πŸ˜€ dah nme pn macBOOK. πŸ˜€ πŸ˜€

..
 
Comment by hanszzz
2011-11-22 15:19:59

hi…
just nk make sure..before this someone said bookbook utk macbook air xleh guna sbb dibuat dr kulit khinzir…what about for iPhone?? cz die jual balik bookbook die then tell me that not suitable for muslim…kt lowyat.net…
πŸ˜€

..
 
Comment by titan
2011-11-22 16:04:40

hoho. ini memang kool.

..
 
Comment by im4string
2011-11-29 02:17:15

sempoi brg ni bro. tp kene select card la mane yang nak letak,sbb ruang kecik..
perlu dptkn jugak nih..heheh

..
 
Comment by izhar
2011-11-30 14:18:19

perghhh..mmg hebat…pape pun berhati-hati semasa dipantai…tengok ni http://terubukbakar.blogspot.com/2011/11/kerana-terlalu-ghairahartis-ini-disepit.html

..
 
Comment by Faris
2011-12-14 12:28:44

Wow! Memang menarik bila dapat pakai novel klasik ni. Tunggu nak beli tapi bukan buat masa ni pasal belum beli iPhone lagi. Kerana review macam ni dapat menyakinkan lagi pengguna apabila baca blog pink kesayangan Khai ni. Congrats! πŸ˜€

..
 
Comment by faa
2011-12-29 08:48:54

btul saya pon ada baca dia nak jual original bookbook case for macbook air, reason dia jual sebab ada certain parts buat dr kulit khinzir. leather dia u tau tak jenis apa?

..
 
Comment by miecs
2012-03-04 22:15:50

sy dah terkena beli casing mcm book2 ni dari kulit khinzir…better u khai check ada tiga dot piramid tu x… πŸ‘Ώ

kalu xde ok la selamat rm300 tu… πŸ˜€

..
Comment by Khai
2012-03-15 15:35:33

Lepas baca feedback para pembaca, memang saya check. ALhamdulillah tiada tanda-tanda ianya kulit khinzir. Hehe.

..
 
 
Comment by hafizrahim
2012-11-13 02:53:15

nak pakai jugak..tapi kena tunggu beli iphone dulu la.. =(

..
 
Comment by Rizuan
2013-04-28 11:51:40

hmmm best..:8 .Ada tak BookBook untuk iPhone 5?

..
Comment by Khai
2013-07-16 05:10:00

Rasanya ada.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post