Di mana dia, Apple iPhone saya?

justkhai-iphone4s

Tengahari 4 Disember 2011 lalu, Khai ke Balakong untuk majlis perkahwinan anak saudara seorang kawan bersama 3 yang lain. Dipendekkan cerita, iPhone Khai hilang dan baru perasan masa dalam kereta on the way nak balik rumah. Raba-raba poket, alamak!! Mana iPhone aku? *pengsan*

Nak taknak pusing balik dan cari merata tempat, memang dah takde lagi. Ramai yang tanya di Twitter, tak try find iPhone tu guna Find my iPhone ke untuk cari balik phone tu. Jadi ini kisahnya. Disebabkan masa tu memang susah nak dapat internet (selalu online kat iPhone je bila di luar), terus suruh member try find iPhone tu ada kat mana. Dengan menggunakan app “Find my iPhone”, katanya yang iPhone tu sedang bergerak, which mean memang sah la dah ada kat tangan orang lain. Dari Balakong, terus pencuri tu ke Shah Alam. Berhenti di perhentian bus dan teksi seksyen 17 dan akhirnya tiba ke rumahnya di disebuah kawasan perumahan pangsa sekaligus membuatkan iPhone tu memang takde harapan nak dapat balik. Kalau rumah dia jenis teres ke, memang boleh tahu rumah dia kat mana. Tapi disebabkan dia duduk kat kawasan flat bertingkat, memang susah nak tahu mana lokasi sebenar iPhone tu.

Call banyak kali dia tak angkat. SMS pun taknak balas. So memang confirm’lah dia nak ambil terus phone tu. Bukan senang orang nak pulangkan kalau dah jumpa iPhone ye tak? Haha. Mula-mula member Khai dah lock phone tu so orang yang ambil tu memang tak boleh nak off phone tersebut. Bila dah rasa takde harapan nak dapat balik, sempatlah Khai wipe terus iPhone tu. So semua data-data yang ada dalam iPhone tu, sempat dipadam bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan lagi. Nak find pun dah tak boleh lagi sebab Apple ID pun dia delete terus dari phone tu.

justkhai-iphone4s

Report polis dah pun dibuat sekadar nak cukup syarat. Phone ni hilang Khai takdelah nak rasa sedih sangat. Kecewa sikit tu ada sebab kecuaian diri. Tapi tak apelah. Khai anggap bukan rezeki Khai la nak pakai iPhone tu lagi. Patutnya 16 Disember 2011 ni baru plan nak beli iPhone 4S, so iPhone 4 tu Khai nak jual kat abang ipar Khai (dia dah booking dari awal tahun lagi), nampaknya takde rezeki la dia nak beli iPhone tu.

So itulah kisah bagaimana Khai kehilangan iPhone 4 tersebut. Khai beli bulan Januari 2011 kalau tak silap sekali dengan iPod Nano yang Khai dah jadikan jam tu. Hurm, sayu pula hati sebab phone tu memang dah banyak berjasa dari dulu sampailah saat dia hilang. Tapi kisah iPhone4 hilang ni tak berakhir di sini.

Tak Pasal-Pasal!

Petang tadi Khai ke DiGi Centre untuk ambil simcard yang baru. Terkejut bila pekerja DiGi tu cakap yang bil Khai dah RM600. Dua hari sebelum iPhone tu hilang, check bil baru RM120 terus Khai bayar time tu juga. Then tiba-tiba petang tadi dah RM600. Memang pelik la kan camana boleh sampai RM600 sedangkan credit limit’nya RM450. Menurut DiGi, kemungkinan si pencuri tersebut dan gunakan simcard tersebut untuk buat panggilan luar negara (roaming). Untuk roaming, credit limit tidak akan diambil kira. Pakai ajelah sampai lebam then jangan buat-buat lupa untuk bayar bil. Hehe.

So nak taknak, kena juga bayar RM600 tu tak pasal-pasal. But still, Khai masih tersenyum lagi sebab problem tu jadi sekali lagi sebab kecuaian Khai. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa. Boleh lupa nak block nombor tu padahal. Kalau pakai prepaid takpe, ini pakai Postpaid. Seronok la si tuan baru iPhone tu call entah sapa-sapa kat luar negara tu agaknya.

So kalau korang hilang phone, jangan lupa untuk block dulu nombor tersebut before korang dapatkan replacement untuk simcard yang baru.

Apa yang berlaku ni, diharapkan tidak berlaku pada korang yang lain, Firstly, kecuaian diri sendiri ni bukan setakat hilang phone, malah negara pun boleh tergadai. Jadi hati-hatilah dan jangan cuai. Then, kalau phone hilang, jangan lupa block terus simcard takut nanti orang yang curi tu pakai sampai lebam.

Pengganti

Apapun pada hari yang sama Khai kehilangan iPhone 4 tu dan memang sah hilang untuk selamanya, teruslah Khai pergi Plaza Low Yat untuk cari phone baru. Mana boleh hidup sehari tanpa phone. Apa phone baru yang Khai beli agaknya? Orang kata kalau sekali dah guna iPhone, takkan berminat lagi nak gunakan phone lain. Ianya memang benar. Kepada peminat iPhone, izinkan Khai pakai dahulu sebelum ianya sampai secara rasmi di Malaysia pada 16 Disember 2011 ini ya? Hehe.

4 Disember 2011 | 8 Malam | Apple iPhone 4S

justkhai-iphone4s
justkhai-iphone4s
justkhai-iphone4s
justkhai-iphone4s
justkhai-iphone4s
justkhai-iphone4s
justkhai-iphone4s

Dari segi luaran susah nak nampak perbezaan antara iPhone 4 dan iPhone 4S. Satu perkara yang menarik pada iPhone 4S ni pastinya kamera dia. Gambar memang jauh lebih cantik dari iPhone 4. Memang seronok nak main Instagram atau setakat gambar nak keluarkan dalam artikel blog (saiz kecil), ambil gambar pakai 4S ni je sudah. Tak payah susah-susah nak pakai DSLR sebab bila gambar bersaiz kecil, memang rasa macam ambil gambar guna DSLR.

Kemudian kalau korang dah biasa guna iPhone 4, mesti akan rasa yang iPhone 4S ni punya kelajuan dan kelancaran. Tak banyak beza dengan iPhone 4, cuma perbezaannya tu masih dapat dirasai.

Apa lagi?


SIRI beraksi

InsyaAllah, Khai akan cuba keluarkan review penuh sebelum iPhone 4S secara rasmi sampai ke Malaysia. Pastinya review sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Kalau versi mat saleh, baik korang Google sendiri je kan? Hahaa. So dari review tu nanti, korang bolehlah putuskan samaada perlu atau tidak untuk mendapatkan iPhone 4S ni. Khai beli ni sebab dah memang terpaksa beli. Dah phone hilang kan?

Pssttt: Alhamdulillah. Patah tumbuh hilang berganti. Jadi tabahlah dengan apa sahaja dugaan yang datang kerana pastinya, akan ada yang lebih baik disebalik sesuatu kejadian.

Ditulis pada 3:48 PM 5 December '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,826 views | Dalam kategori: Apple, Gadget, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

81 Comments »

Comment by paihujey
2011-12-05 16:09:30

lambat lagi ada kat malaysia tapi khai beli kat mana? beli online dari luar negara?

..
Comment by Khai
2011-12-05 16:15:35

Malaysia lambat sangat. Tapi kat Lowyat dah banyak kedai dah jual. Singapore set.

..
 
 
Comment by syahirul
2011-12-05 16:10:16

salam.. sham kamikaze dah pakai dulu yg ni, aritu aku testing la, mmg lawa, tambah2 lagi bila dia install camera +.. sangat2 kacak itu pic.. jeles.. bila nak hadiahkan aku sejibik? hahaha.. takziah atas pemergian iphone lama..

..
Comment by Khai
2011-12-05 16:16:28

Salam. Lama tak baca komen huha-huha ko kat blog ni Syah. Hahaha. Ayat yang masih sama dari dulu “bila nak hadiahkan aku sebijik”.. Ekekeke. Btw thanks Syah.

..
 
 
Comment by yapompiow
2011-12-05 16:10:48

iPhone 4S brape harga??

..
Comment by Khai
2011-12-05 16:18:07

Beli di Plaza Low Yat, RM2590 dan percuma screen protector. Kena pandai cari sebab banyak kedai yang jual melampau mahal. Ada kedai tu, warna putih harga lagi mahal dari hitam padahal sama aje harganya. So setakat beberapa kedai yang Khai round, itulah harga yang paling murah beserta free gift lagi. Hehe.

..
 
 
Comment by pistonpecah
2011-12-05 16:11:32

Takpe, hilang iphone 4, ada iphone 4S

..
 
Comment by Junaidiey
2011-12-05 16:11:45

best gila…. hilang sebiji… beli sebiji lagi…. ๐Ÿ™„

..
 
Comment by Sis MQ
2011-12-05 16:15:25

Takziah la khai coz ilang phone tp Alhamdullilah coz dpt phone baru….akak giler mgumpuiiii nie nk smbaq 4s jugak….huhuhuhu
doakan ye…heheh ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Omar
2011-12-05 16:18:26

Kejap jer dah dapat pengganti yer Khai, kalau iPhone lama tu seorang perempuan, confirm dia sedih+touching.. hilang beberapa jam, sebelah malam dah ada iPhone lain..hehehe~

Review iPhone 4S versi Melayu rasanya dah ada keluar di Amanz.my, menarik gak. Seperti biasa, versi JK selalunya informal kan, pembacaan santai la katakan..Haha..

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:52:59

Nak taknak kena ada phone baru juga secepat mungkin. hehe. Kalau perempuan pun, saya akan lakukan perkara yang sama. Siapa suruh dia pergi dari hidup saya. Kihkih.. Apapun nantikan ya review dari saya. Sedang bekerja keras untuk itu (banyak keluar untuk ambil gambar, video etc ni)

..
 
 
Comment by hasbul aqill
2011-12-05 16:22:16

Datang dan pergi dengan senyuman. Tengok, rezeki berganda-ganda kurniaan tuhan. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:51:49

Alhamdulillah Aqill ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by yapompiow
2011-12-05 16:23:37

RM2590 utk 16GB ke tue? atau 32GB? ๐Ÿ˜ฏ

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:51:32

16GB. iPhone yang hilang tu pun 16GB. Itu pun saya dah tak reti nak penuhkan dengan apa. Hehe. Tak tahulah kalau 32GB bagaimana ceritanya.

..
 
 
Comment by Pamie
2011-12-05 16:27:34

hilang iPhone4 dapat iPhone4s..huhu..

..
 
Comment by sukacuka
2011-12-05 16:57:51

Sabar sahaja Khai. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Kalau iphone ini tidak hilang, pasti Khai akan lebih cuai untuk sesuatu yang benar-benar berharga didalam hidup Khai nanti.

Kehilangan merupakan ujian yang perlu dilalui setiap insan agar diri menjadi lebih kuat dengan segala rintangan mencabar yang akan mendatang.

Terima kasih.

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:50:48

Ya benar. Bagi saya iPhone ni masih kecil lagi jika nak dibandingkan dengan kecuaian hilang sesuatu yang lebih berharga dalam hidup saya. InsyaAllah, lepas ini akan lebih berhati-hati dalam setiap urusan.

..
 
 
Comment by azman
2011-12-05 17:43:14

Patah tumbuh hilang berganti wow harganya boleh tahan yer Khai.

..
 
Comment by Faris
2011-12-05 17:51:20

wah! ko dah beli iphone 4S dulu…mana aci! *jeles dalam hati*. Insya Allah, satu hari nanti aku akan cuba dapatkan iphone jugak. Dari kejadian ni yg pernah ko lalui jadikan sebagai tauladan supaya beringat dan takkan berlaku lagi pada masa akan datang. Waspada dengan situasi yang menyebabkan kecuaian secara tak sengaja. Apa yg berlaku skang pasti akan menjadi lebih baik ini pun membuatkan hidup kita menjadi lebih sempurna. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:49:51

Ya benar, apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya masih tersenyum bila tersedar yang saya baru kehilangan iPhone.

..
 
 
Comment by ShibliVision
2011-12-05 18:33:44

yummy2… jelesnye hahah ๐Ÿ˜ˆ

..
 
Comment by Khairilhusni
2011-12-05 19:01:55

Bro, kalau roaming x bleh check ke detail call? Kot2 dpt bg ko penunjuk. Ikhtiar bro, moga leh dpt kembali iphone ko.

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:49:06

DiGi lambat update latest punya report. Nanti aku try juga kalau-kalau ada rezeki.

..
 
 
Comment by are_rull
2011-12-06 03:12:21

wah,best nye!!mmg pth tumbuh ilg berganti..huhuhu..
teringin nk ad 1 gak iPhone..

..
 
Comment by titan
2011-12-06 03:19:05

hoho..terus beli baru. kacak la ko. hoho..

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:48:21

dah takde phone lain, kena la beli baru. hehe

..
 
 
Comment by wandisini
2011-12-06 04:28:47

kalau seksyen 17 umah flat. aku rasa ramai mat nepal/bangla keje kat kilang area shah alam yang duk situ. aku rasa dia video call dengan orang rumah dia kat sana.bangga lah dia dapat guna hp yang canggih.hehe…

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:47:58

Kalau betul. untunglah bangla tu. Hehe

..
 
 
Comment by Umar Faruq
2011-12-06 06:44:29

Khai, belanja aku iPhone 4S satu.. tak pernah lagi merasa pakai iphone.. ๐Ÿ™

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:47:38

Kalau benda 20 30 ringgit boleh jugalah nak belanja wahai Umar Faruq. Hehe.. Takpe, insyaAllah nanti dapatlah tu. Pasang target dan gandakan usaha untuk itu. Bila dapat nanti, pastinya anda akan rasa dunia ini ante yang punya. Hehe

..
 
 
Comment by Faisal Reza
2011-12-06 07:06:00

Takziah atas permergian Iphone4 tersayang… (sob3x) hehe… apapun dah patah tumbuh hilang berganti… Iphone4s gitu… macam best je… nak sambar satu la bro ๐Ÿ˜ฏ

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:45:59

Sambar jangan tak sambar bro. Puas hati wa cakap sama lu. Hehe

..
 
 
Comment by LawrenceVision
2011-12-06 07:49:45

Mesti orang yang dapat iphone tu tersenyum dah tak tidur semalaman ๐Ÿ˜ˆ

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:45:37

Rezeki dia lah tu. hehe

..
 
 
Comment by arnamee
2011-12-06 08:24:57

Ish , apapun hargailah iphone 4s yang baru ye khai . Jangan tercicir lagi:P

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:45:26

Saya akan hargai. Hehe

..
 
 
Comment by Raisha
2011-12-06 08:41:12

iPhone 4s putih lagi. tengah ready juga nak sambar satu bila officially masuk Malaysia nanti. apa-apa pun hati-hati selepas ini. iphone dah macam wallet kita no 2. hilang memang rasa parah.

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:45:13

Putih nampak lagi smart. Sama dah dengan iPad2. Hehe. Terima kasih, insyaAllah saya akan lebih berhati-hati.

..
 
 
Comment by Lorna
2011-12-06 13:30:24

Pergghhhh….ilang iphone4 trs sambar iphone4 s…
Hebatt arr khai…murah rezkiii…
X sbr nk bc review iphone4 s dr khai ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:42:20

Alhamdulillah. Nak buat camne dah no choice. Bila dah pakai iPhone, kita tetap akan nak pakai iPhone juga. Kalau nak beli iPhone 4 lagi sekali, macam tak menarik je. Hehe. So bila dah terlanjur 4S keluar ni, baik angkat 4S terus. Hihihi..

..
 
 
Comment by Nizam Aziz
2011-12-06 15:33:12

Takziah Khai di atas pemergian “arwah”. saya bersimpati. ๐Ÿ™

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:41:27

Terima kasih Nizam.

..
 
 
Comment by blowie
2011-12-06 19:18:25

ahahahaha rasanya x best gak ko gelarkan sapa yang amik iphone ko tu as pencuri pasal kecuaian ko. Kalo aku jumpa iphone pun, secara jujurnya mmg aku sapu la kan hahaha.

Btw iphone4s ni agak2 brapa RM kalo masuk Msia officially?
Ko beli plak brapa rm?

..
Comment by Khai
2011-12-07 05:39:42

Masih pencuri sebab tak respon bila kita call dan sms. Kalau ko jumpa iPhone pun then ko ambil sedangkan ko tahu tuan dia ada hubungi ko, memang pencuri le tu. Sejak bila jumpa barang orang yang tahu siapa tuannya, mengatakan barang tu dah jadi hak ko? tak kiralah tuan barang tu cuai ke tidak ke yang pasti, itu bukan barang ko dan sedihnya, ko tahu siapa tuan dia. Hehe. Terpulang kepada peribadi orang yang mengambil tu. Masuk Malaysia mungkin dalam 2200+.. aku beli 2600

..
 
 
2011-12-07 05:23:50

tu laa kene hati2 skang ni!!.. jom usha!!

..
 
Comment by niki
2011-12-07 13:36:01

khai..
xikhtiar…. jumpa bomoh ke..? ๐Ÿ˜ฏ

..
Comment by Khai
2011-12-08 16:22:46

Erk, tak perlu sampai ke bomoh la kot. Hehe. Takpelah bukan rezeki saya lagi.

..
 
 
Comment by Nor
2011-12-07 16:38:29

semoga khai sentiasa dimurahkan rezki oleh-Nya.
Khai cepat cepat la kawin ye

..
 
Comment by nasrullizam
2011-12-07 17:18:37

salam, khai tolong terangkan macam mana tak lock supaya orng yang curi phone dari turn off dan macam mana nak delete semua data klu iphone hilang boleh tak?

..
Comment by Khai
2011-12-08 16:25:55

Salam.

Untuk pengguna iPhone, pastikan kita ON setting Find my iPhone dalam iPhone tu. Then kalau ada iPad, pastikan install app bernama Find My iPhone kat dalam tu. Kalau nak find iPhone melalui PC, hanya pergi ke icloud.com kemudian login guna Apple ID dan dari situ akan keluar map tunjukkan di mana lokasi iPhone/iPad kita. Klik pada gambar iPhone/iPad di atas peta tu kemudian akan ada option untuk Lock, Wipe atau Send Message. Cubalah find iPhone tu untuk melihat ianya menjadi atau tidak. So lepas ni kalau salah letak atau mungkin hilang, boleh gunakan ia untuk mencari semula iPhone/iPad tersebut.

Harap membantu.

..
 
 
Comment by larina
2011-12-07 20:36:09

khai, i da pkai iPhone 4s nie dlm 3minggu cmtu..order direct dr us..tp nk tnya r..4s khai bateri thn x?? sbb 4s i xthn r..bayangkan, sblm tdo tgk ade dlm 40% bila bgn tdo tgk batt terus flat.. klu compare ngn ip4 rasanya lg thn lama dr 4s nie..haru gak kan klu asik nk charge je..agak2 khai ape masalahnya ekh??..

..
Comment by Khai
2011-12-08 16:27:31

Saya ada baca, US set memang ada masalah sikit then Singapore Set dah tiada masalah tersebut. Apapun baru-baru ini Apple ada release satu update (iOS 5.0.1) yang memperbaiki masalah pada bateri. Saya percaya anda belum update lagi ke iOS 5.0.1 bukan?

..
 
 
Comment by Firdaus Latib
2011-12-08 01:39:53

Part menerima ujian Dia dengan seadanya tu….BIG LIKE Bro!

..
Comment by Khai
2011-12-08 16:29:04

Thanks bro! Saya percaya dugaan tu membawa erti Allah tarik sesuatu dari kita dan akan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

..
 
 
Comment by addin
2011-12-08 04:19:00

No wonder la Khai ni jd org yang successfull..all the things happen dia pandang positif jk..rasa kecik sgt nk compare aku sma dia..biarpun badan aku lg besar dr dia..hahaha..

p/s- nak tnya Khai..iPhone tu pencuri dapat free skali ngan wallet BookBook tu ka?

..
Comment by Khai
2011-12-08 16:30:12

Saya cuba menjadikan diri saya se’positif yang boleh. Masih belajar untuk jadi lebih positif, positif dan sangat positif suatu hari nanti. iPhone sahaja yang hilang. BookBook tu tak hilang sekali kerana masa tu saya tidak menggunakannya.

..
 
 
Comment by memmo
2011-12-08 09:18:41

ade kerja part time x? hehehe ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Nor
2011-12-08 15:31:43

Orang kaya je yang boleh pakai smartphone ni

..
 
Comment by aku
2011-12-09 06:34:59

kat bill digi xda tunjuk nom yg si pencuri tu call ke?
kot2 leh cr sapa pencuri tu…

..
 
Comment by hakim
2011-12-09 08:37:06

wow, kagumnya dengan kehebatan apple family.. nk beli iphone kena beli macbook skali ni! ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by abc
2011-12-09 12:40:36

Rasanya nk snap screen iP4(s) cmni haa…

1. Press and hold the power button.

2. Press the home button while holding the power button (the screen will flashed, do not be alarmed, it’s doing its Steve Jobs magic).

3. Open the Photos app. (The photo will be in the Camera Roll Album)

4. Select the photo and touch the share button to email it to engkaupunya@email.com ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

COPY PASTA!

..
 
Comment by Syed Azim
2011-12-09 23:34:52

Nak tanya… kan khai ada beli cover iphone 4 yg skali ngn beg duit tu.. So mse hilang tu skali ngn ngn beg duit ker?

..
Comment by Khai
2011-12-10 00:58:35

Masa hilang tu tu tak gunakan BookBook. Nasib! =.=

..
 
 
Comment by tips
2011-12-12 23:22:15

baru saye tau, roam’ tu unlimited crdt… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by enoshinoda
2011-12-15 00:52:21

Saya pun senasib ngan Khai..iphone4 hilang jugak di mall…mmg kecuaian diri sendiri sbb tertinggal masa salin pampers baby…mmg sgt sedey..tp en hubby dah bg iphone4 dia utk pengganti…sbb masa beli dulu, kami dah pakat pakai ip4 sama2…betul kata Khai, pengguna iphone tak kan berminat dgn phone lain…terima kasih kpd en hubby kerana hadiahkan ip4 dia…dan dia cari galaxy tab..

masa fist2 hilang..mmg tak tau nk watper..cuma ingat pegi kt info centre kt mall tue jer wat report..pastu pegi maxis block sim card..mmg dah tau takder harapan nk dpt blk..ip4 kot..

tp Khai lg best..pengganti dpt ip4S..leh sembang2 ngan SIRI plak tue… jeles tau…hehehehehe ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-12-20 14:24:40

Hehe. dah hilang nak buat camne kan? Takde rezeki la tu.. redha.. hehe

..
 
 
Comment by Rahman Sallehin
2011-12-19 03:44:29

Memang susah la macam tu kan.
Apa-apa pun, biar Siri yang menjaga anda

..
 
Comment by misshannajr
2011-12-28 13:34:46

huhu masih belum mampu nak pakai smartphone..bestnya khai kejap jer blh beli 4s.. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2012-01-19 21:39:23

Atas tujuan kerja dan keperluan. Hehe

..
 
 
Comment by shamsul
2011-12-28 15:08:49

kalau nak beli online saya tahu kat mana nak beli…murah juga.emailkan ke iphone4gplaza….tolong beritahu yang shamsul
khan yang beritahu..

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-01-09 17:50:32

app Find my iPhone tu ada limit time ke Khai?

..
Comment by Khai
2012-01-19 21:44:30

limit apa tu? Kalau untuk find, tiada limit selagi phone tu masih mempunyai connection internet.

..
 
 
Comment by fazila
2012-01-10 01:31:20

samalah ngan hubby i la khai..hilang iphone4 tuhh…dia sedih mcm kucing hilang anak..i pn turut sedih gak..almaklum la..byk pic..anak2 n family kat dlm tuhh…smlm bru jer hubby beli i phone 4s bru n i pad sekali…bru la terasa terubat kesedihan tu..

..
Comment by Khai
2012-01-19 21:45:19

Hoho. Saya faham perasaan dia. Sama la apa yang saya rasakan. Hehe. Tapi macam biasalah, Allah tarik sesuatu untuk beri sesuatu yang lebih baik. Enjoy dengan iPad dan iPhone 4s baru anda.

..
 
 
Comment by naim
2012-01-20 00:39:11

hp ak 65 ringgit ja..haha

..
 
Comment by Khamelia
2012-09-23 13:50:17

Assalam.en khai gune apps ‘find my iphone’ tu drp iphone sape?sy try wat utk cri iphone4 suami yg hilang tp xbole…leh details kn sy?huhu

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:37:02

Hi Khamelia,

Itu mungkin sebabnya phone suami yg hilang tu tak on kan fungsi Find my iPhone tu atau jika dah on, phone tu dah re-format dan sebagainya lah tu atau maksud lainnya dah terlambat. Hehe

..
 
 
Comment by farah
2012-10-11 14:49:22

saya baru jer beli i phone…masalahnyer saya x jumpa menu untuk delete msg..minta bantuan..please…
:8

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:37:38

Hi Farah, pergi bahagian atas sekali ada “Edit”. Lepas tu boleh pilih mana yang nak padam.

..
 
 
Comment by dIYANA
2013-01-30 03:33:19

sekarang harga iphone 4s ni berapa yer? masih wujudkah?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post