Pencukur elektrik yang diimpikan jejaka moden, Philips AquaTouch! – Pt. 1
Hai. Lama Khai tak buat review sebarang produk kan? So apa kata hari ni korang baca review yang lain sikit dari selalunya. Selalu tak habis-habis dengan smartphones mahupun sebarang gadget lain kan? So kali ni kita cerita pasal bagaimana teknologi mampu memberikan kesempurnaan pada diri kita sendiri tapi teknologi yang akan Khai ceritakan berkenaan mesin pencukur moden di mana sangat penting untuk orang lelaki tapi tidak kurang pentingnya juga untuk kaum wanita. Perempuan nak cukur apa? Eh come on, macam-macam yang boleh dicukur ok. LOL!
Berbicara soal mencukur misai dan janggut ni, ianya sangat subjektif mengikut citarasa si jejaka itu sendiri. Ada lelaki yang sukakan misai tapi tak suka janggut. Ada yang suka bela janggut tapi tak suka misai dan tak kurang juga yang tak sukakan kedua-duanya. Khai tergolong dalam golongan yang sukakan janggut tapi tidak menyukai misai kerana membuat diri rasa 10 tahun lebih tua dari usia. Boleh dikatakan setiap hari lepas mandi mesti akan cukur misai. Tak kasi chance langsung misai nak tumbuh walau sedikitpun. Janggut pula memang nak sangat dia tumbuh, tapi segan-segan pulak dia dia nak tumbuh. So nak taknak, memang akan cukur juga janggut ni untuk kasi dia tumbuh semula dengan panjang. Tapi alhamdulillah ada juga dari yang bersungguh-sungguh nak janggut tapi sehelai pun tak sudi nak keluar. Lagi kesian. Haha! Apapun Khai tak mempunyai bulu di pipi atau lebih dikenali sebagai jambang lah kan.
Khai memang tak suka gunakan pisau cukur atas beberapa sebab. Satunya sebab lambat dan leceh. Bila dah siap-siap nak pergi meeting tu lah baru perasan ada misai. pakai pisau cukur biasa, kalau tak hati-hati bersepah jatuh misai tu atas baju. Kalau tak jatuh atas baju pun, bersepah dalam sinki. Lepas tu silap sikit mesti kulit akan luka. Paling tak best lepas pakai sekali dua, tak sah kalau pisau dia tak berkarat. Dah kena beli baru kan? Tak ke mambazir namanya tu? Jadi untuk artikel ini, lupakan terus tentang pisau pencukur yang menyusahkan. Kita bercerita tentang mesin pencukur yang terbukti memudahkan semua orang terutamanya para lelaki moden yang hidup sentiasa dalam kesibukan urusan harian.
Pencukur elektrik yang digunakan sekarang.
Bila dah give-up dengan pisau cukur, apa solution yang Khai buat adalah beli satu mesin pencukur dari Philips seperti gambar di atas ni. Dah lebih kurang 2 tahun dah guna dan tak pernah lagi memberikan sebarang masalah hinggalah ke hari ini. Tapi ada satu yang cukup memberi masalah sebab mesin yang Khai gunakan ni hanya boleh digunakan dalam keadaan kering. Kiranya dah lepas mandi dan keringkan badan, baru boleh gunakan dia. Nak bersihkan pun tak boleh guna air tapi hanya boleh dibersihkan dengan berus yang disediakan dalam keadaan kering. Terfikir juga, dalam perkembangan teknologi hari ini tolonglah keluarkan satu mesin yang boleh digunakan dalam keadaan kering mahupun basah. Lagi best kalau boleh bercukur masa mandi. Baru betul-betul menjimatkan masa. Kiranya Khai nak satu mesin pencukur yang 100% kalis air. Nak bercukur masa scuba pun takde masalah. Haha.
Nak dijadikan cerita, tak sangka pula dah ada. Masa melawat ke Facebook Philips hari tu, terperasan pasal satu produk baru yang ingin mereka perkenalkan ini iaitu Philips Aquatouch. So Khai pun isikan survey yang mereka sediakan di situ dan terima kasih untuk Philips Malaysia kerana memberi peluang untuk Khai dan pihak Oh! Media untuk mencuba mesin pencukur keluaran terbaru mereka ini. Jadi apa yang hebatnya tentang Aquatouch ni berbanding yang Khai gunakan sebelum ini? Oleh kerana ini baru artikel mukadimah, kita tengok dulu video unboxing yang disediakan untuk Philips Aquatouch ini.
Unboxing:
Dalam kesibukan urusan sedia ada, terima kasih banyak-banyak kepada krew Oh! Media TV, Aim yang membantu untuk menyediakan semua video bagi Aquatouch ni untuk tontonan korang semua. Kalau nak tahu harga dan segala apa yang menarik dan apa yang kurang tentang Aquatouch ni, Khai akan ceritakan lagi dalam review yang seterusnya nanti. Khai juga akan buat perbandingan antara pencukur elektrik lama Khai dan AquaTouch yang terbaru ini. Kalau nak tanya apa-apa soalan utau nak request untuk dimuatkan penerangan dalam artikel seterusnya nanti, boleh tanya melalui petak komen ya? Terima kasih and stay tuned yosh!
Lagi banyak artikel tentang ini di Oh! Tidak.
Misai dgn janggut aku malu-malu nak keluar. Sedihnya hati. haha
mahal nok mapuh menda ni
paling murah pun rm200.
paling mahal dkt rm400
takpey ley…kawe simpey jambey aje ley nampak nyey
kalau dapat free best ni..nak beli sendiri pikir dua-tiga kali..hehehe
Kerap guna pisau cukur yg sama.Dr segi kewangan, aku mmg prefer yg murah je. prob nya kena kerap beli yg baru.. xkn nk pakai yg lama yg dh tentunya berkarat kn. btw,thanks for the info..
Lagi 1 khai aku nk tnya, ko ada blog peribadi lain ke…Citer sebijik je. Kereta pun sama..
Link: http://khaihassan.com
dan akhirnya, dapat jugak aku lihat wajah insan bernama Khai Hassan!
kenal blog, kenal oh!media .. sejak 2009 tak penah kenal muka…
oh!ini rupanya dia..hahahah 8)
Nak beli untuk hubby menatang nie ๐ macam best
Salam, memang terbaik benda ni. Aku pengedar sah Philips Aquatouch ni, and aku sendiri dah pakai benda ni mmg convinient. Kalau nak order kat aku pun boleh, original dari philips with waranty. Harga aku jual tak sampai RM 300 pun, free postage seluruh Malaysia. Papehal boleh contact aku 013-3437736. Thanks khai, gudluck !
Salam khai.wah.semoga berjaya,insyaallah.terbaik! ๐
nak jugak beli tapi harga ni kemain lagi tu. hehehe