Dah Kahwin, Yay!
Perjalanan blog ini nampaknya terlalu banyak catatan kehidupan seorang Khai. Bermula dari Khai masuk belajar di universiti dahulu tension dengan assignment, mula belajar bercinta, mula mengenal erti sebuah kerjaya, jatuh bangun, putus cinta, putus harapan, jumpa pengganti dan pada artikel ini, semua itu sampai ke penghujungnya. Kisah-kisah yang tidak akan bermula semula melainkan segalanya akan bermula dengan kisah baru seorang lelaki yang mencuba untuk menjadi seorang suami yang terbaik di dunia.
Alhamdulillah, hari ini dah dua minggu lebih Khai hidup bergelar seorang suami kepada si cantik manis pilihan hati, isteriku yang tersayang. Perkenalan kurang 2 tahun telah diikat dengan status tunangan orang dan 8 bulan kemudiannya, disatukan menjadi pasangan yang diredhai Allah. Well, mestilah sekali lafaz aje kan? Hahaha. Kata orang, kejayaan seoarang suami bermula dengan sekali lafaz di majlis pernikahannya. Eh? Ah lantaklah yang penting aku sekali lafaz je. Hahaha! YAY!
Isk, saya sangatlah tak suka naik pelamin. Kalau boleh takyah pelamin pun takpe tau.. Fuuu..
Bini ambe sebelum akad nikah..
Ini antara gambar hantaran (hadiah) dari kedua-dua belah pihak. Pihak lelaki dengan tema hitam putih dan perempuan dengan tema biru keemasan. Si dia tak kasi upload gambar hantaran ni, tapi Khai nak upload juga sebagai tanda kenangan kepada diri Khai sendiri. Itulah motifnya kewujudan blog ini pun pada asalnya. Hehe.
Di Kelantan hanya ada mas kahwin dan tiada duit hantaran. Terpulang pihak lelaki nak berikan berapa kepada isteri mereka. Khai pilih angka tarikh lahir si dia, 12 Ogos ’88.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mak abah yang teramatlah disayangi. Saya dah ada isteri tapi tanggungjawab saya kepada mak dan abah tetap nombor satu hingga ke akhir hayat saya. Tenkiu mak abah sebab besarkan saya sampailah dah mampu jadi suami orang. Terima kasih juga kepada seorang abang dan empat orang kakakku sekeluarga yang bersusah-payah untuk bersama-sama dalam majlis di Kelantan tempohari. Kepada ibu dan bapa saudara, sepupu, anak-anak buah, juga keluarga pihak perempuan yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan-lancar. Tak dilupa buat kawan-kawan yang hadir ke Kelantan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ijab-kabul yang berlangsung dengan amat sederhana.
Oh ya, kepada pemberi hadiah terima kasih lah banyak-banyak. Serius banyak gila hadiah sampai tak sanggup nak bukak. Hahaha. Untung pengantin dapat berjimat-cermat. Hehe. Moga murah rezeki kalian. Mana yang nak kasi hadiah kat majlis lelaki nanti, tak payahlah susah-susah, cukuplah iMac 27inch sudah lah. Kahkah!!
Alhamdulillah memang semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Saya mohon maaf kalau ada kawan-kawan yang ambil hati kerana saya tak undang dan sebagainya kerana faktor lokasi dan undangan yang limited (majlis kesyukuran). Mungkin juga ada sebabnya kenapa saya tidak mengundang anda di majlis ini dan pasti akan mengundang anda di majlis pihak lelaki di Negeri Sembilan pula nanti.
Doakan saya (Khai Hassan) menjadi seorang suami dan manusia yang baik, positif dan sentiasa berfikiran waras, relevan dan pasrah dalam menempuhi sisa kehidupan yang mendatang. Ok lah dah tak boleh nak tulis panjang lebar macam selalu sebab isteri dah banyak kali panggil. Biasa lah tu kan pengantin baru. Mungkin blog ini pun nak kena convert jadi blog berkisarkan tentang kekeluargaan plak nanti. Hehe.. Ok guys, trimas dan Assalamualaikum..
P/s – Gambar kahwin ada dalam entri ni tapi hidden untuk tatapan keluarga dan sahabat-handai sahaja.
tAHNIAH kHAI….
Terima kasih Bro Nagos!
Tahniah khai and rosmerah ..tp betul2 nak request nak tengok gambar pengantin…..
Terima kasih Sheila. Cuba minta kat Rosmerah.. Heheee
Tahniah bro.. selamat melayari bahtera rumahtangga yang penuh dengan masam manisnya.. kalau pandai jadi pengemudi insyaallah akan bahagia sampai kesyurga.. kunci kebahgian.. selalulah bertolak ansur pada pasangan anda.. ๐ selamat pengantin baru…
Thanks untuk nasihat tu.. InsyaAllah akan cuba jadi suami yang terbaik. Doakanlah saya ya..
tahniah khai & rosmerah ๐
Thanks Syima <3
Salam khai. Dari kolej sampai ke universiti perkembangan khai dapat dilihat menerusi blog pink ni. Apapun tahniah, semoga berbahagia ke akhir hayat dengan bunga khai.
Manis ๐
W’salam Arnamee,
Memang macam-macam kenangan pahit dan manis dalam blog ni.. Hehe. Thanks sebab sudi baca blog ni dari dulu sampailah ke hari ini.
sampai hati khai tak ajak… ๐ papepun nanti kalau kat N9 nak ajak, apa salah nyer kan… ๐ tahniah khai… semoga berbahagia selamanya.. inshaAllah..
Hehe. InsyaAllah dan terima kasih Lazaac.
Tahniah Khai,semoga dapat menjadi suami mithali ๐
Terima kasih Azman. Amin mudah-mudahan begitulah :’)
Dah agak, mesti ada item Apple dalam tepak si Khai. Haha!.
Hahaha. Eh haruslah kalau nak hasilkan generasi celik Apple, kena la tanamkan kat ibu dia juga dari awal.. Trololo..
Salam.. Tahniah khai & eifa. Tapi nak tengok gambar plss ๐
Thanks Rara. Gambar nanti minta kat Cik Eifa ye? Hehe..
Tahniah Khai, semoga kekal sehingga ke akhir hayat ๐
Terima kasih Zala Wajik. Amin..
iPad mini tu ada engraving~! blh nmpk engracing tu.. so sweet.. hahahah.. ๐ papepun tahniah~ ๐
Hehe memang tempah khas untuk si dia bagi hadi terindah. Terima kasih ya Jazz..
penjam celik,
sudah dia berkahwin
selak selik,
ribuan tahniah diucapkan
Good Luck Khai,
Sekarang dah ambik tanggungjawab anak orang,
jaga jaga laa cara berbelanja itu ye?,susah senang tak boleh di teka
haruslah berjaga jaga
itulah je dari saya,
semoga berbahagia~~
Akmal
Terima kasih Akmal akan peringatan tersebut.. ya memang benar dah kahwin ni perbelanjaan memang tak boleh nak buat macam zaman mudah dah, apa lagi bila dah hidup bertiga ke, berempat ke nanti.. Memang masa depan tak boleh diramal kan.. Apapun terima kasih untuk doa anda ๐
tahniah khai! nk tanye secret recipe tu kek ke ape ye ๐
Thanks Mel.. Kek tu saya tak pasti sebab my sis yang setelkan tu.. Saya x sempat tengok pun dalam dia tengok2 dah habis.. Hahaha.
pak cik….. gambar xde ke? semoga bahagia selalu & cepat2la saing aku….
Wahai Norkartini, gambar kat Pesbuk.. Hehe.. Dah berbadan dua ke? Aiseh camne nak kejar ni? Tak aci la jalan dulu.. Hehe
congratz bro. semoga kekal bahagian hingga ke syurga hendaknya. in shaa allah kat n9 nanti aku turun ๐
Terima kasih Acul.. Ya kompem aku kasi kad jemputan wangi nanti untuk majlis pihak lelaki. Wallah!
Aku nak tunggu khai jr. Apa apa pun tahniah. Tak sia sia kenal kau. banyak yang aku belajar.
Terima kasih Een sudi datang ke Kelantan tempohari.. Aku tahu banyak ko berhabis apapun harap enjoice la ya datang majlis aku sambil bercuti di Kelate. Hehee.
ala xdpt tgk gmbo pengantin bersanding… huhu
ape2 pun selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Aku doakan korg sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki sehingga hujung nyawa.
ko jgk atr inspirasi aku utk berjaya dlm bisnes sendiri.. sgt2 kagum ngan perjalanan hidup founder Oh Media Network ni.. tahniah!
Ryehanna, terima kasih ya. Doakan kami.. Tak sabar nak dapat baby tomel macam you.. Hehe.. Harap2 cepatlah dapat rezeki..
Salam Khai, jangan sampai aku hack blog kau ni nak main sorok2 gambar. *hehe jokes
Selamat Pengantin Baru ๐
Macam ni la artis ๐ senyap2 dah kahwin…
#ThumbsUp !!!
Hahaha.. Thanks Shah..
congrats khai n wife.. semoga berkekalan n berbahagia hingga ke syurga… Insya Allah..
Terima kasih Azif.. Mudah-mudahan begitulah hendaknya… amin..
Barakallah khai dan isteri!
p/s- gambar x nampak..
Terima kasih Nadzirah! ๐
alhamdulillah khai, dari zaman scukz aku follow engko walupn dlm internet je. jatuh bangun Allah kurniakan sebuah perkahwinan. semoga kekal ke akhir hayat. semoga terus maju bro!
Alhamdulillah.. Ya memang tu sahaja yang mampu untuk diucapkan ketika ini.. Rasa diri champion sungguh bila dah berstatus halal dengan insan baru yang kita sayang ni.. Hehe. Thanks bro..
Tahniah Khai… all the best bro…
Thnks bro!
khai ni sampai ke sudah aku tak pernah dapat tengok muka dia, apapun selamat berbahagia wahai pengantin baru ๐
Hehehe.. Terima kasih Shas..
tahniah oh
Tenkiyu oh! Hehe.
Tahniah… moga berkekalan dunia & akhirat
Terima kasih untuk ucapan dan doa tersebut.. Amin..
wieeeeeeyyyy Tahniah Khai.. so Baby? heeeee
Hahaha! Baby? No komen.. LOL :))
Tahniah bro..
Bagi laa aku tgk gambar gak.. ha ha..
Terima kasih Fazrol. Pix official kat mak mertua la tak ambil lagi.. Hehe.
tahniah.
barakallah.
didik diri dengan ilmu agama.
didik isteri dengan ilmu agama.
moga berjaya dunia akhirat.
moga Allah redha apabila kita hendak menuju kepadaNya.
tiada kehidupan yg kekal abadi, melainkan di akhirat kelak.
Thanks Syah sebab sampai gak ko aritu kan kat Kelate. Terima kasih sebab banyak nasihatkan aku selama ni untuk jadi seorang suami yang terbaik. Tq Tq tq <3
Tahniah Bro,
Selamat sudah jadi suami orang, so sekarang kena bagi ucapan kat nko, nak bagi hadiah xmampu… ahaks,
dengan ucapan WELCOME TO DA CLUB….kelab khas tuk orang yang dah kawen je… yang bujang, sila cuba tuk ke arah perkahwinan…
kena ada niat nak kawen, baru perhubungan diberkati…
kalo niat nak geli-geli, JOM ikut rombongan cek senah ke SONGKLA Thai.. ๐ ngee
Hehe, Thanks bro.. Best eh hidup berkahwin ni.. Betul-betul mampu mematangkan diri dengan tanggungjawab yang bukan kepalang mudahnya tapi best! Kalau tahu awal-awal lagi aku dah kahwin tau. Hahahaha..
Tahniah khai..semoga jd suami yg baik yg sntiasa mmbimbing isteri..aku follow blog kau dari kau blaja lg..tetp singgah blog ni wlupon xd update.hee..congrats!!
Hehe, maaf sebab jarang dah update sibuk sangat kononnya dengan hal lain.. Heehe. InsyaAllah lepas ni banyak sikit masa dah nak update blog ni. Anyway Thanks ya!
Hanz ke pengapit Khai tu? dari aritu nak main dota dengan dia tapi tak berkesempatan lagi.
Walauapapun, Tahniah Khai. Semoga ikatan ini kekal hingga keakhir hayat. =)
Haah Hanz dan tunang dia jadi pengapit.. Hehe Terima kasih ya!
Nak tengok gambar lagi Khai. Please. :8
khai, nak tgk gambar kawen. pleaseeeee
Minta kat si dia eh? hehe
Tahniah Khai..
Semoga berbahagia bersama isteri tercinta hingga akhir hayat..
Thanks Izwan. Begitulah hendaknya, insyaAllah..
congrats! khai-dh jd suami org khai ni ye
Thanks El Zahraa, sampai hari ni macam tak percaya tapi terpaksa gak percaya.. Hahaha!
baru berkesempatan komen di sini setelah bercuti panjang.
Nak tengok gambar kawin.
Welcome to the club.
Semoga berbahagia ke anak cucu dan dimurahkan rezeki justkhai menjadi inspirasi ku.
jangan lupa jemput kenduri di belah lelaki.
# bila lagi otw FaizalPj jr nie
Thanks bro.. InsyaAllah nanti majlis di pihak lelaki akan diundang ya.
Alhamdulillah [^_^]
semoga berbahagia selalu… selamat menunaikan tanggungjawab sebagai SUAMI ๐ … dan seorang Bapa [^_^]
Tenkiyu Ejard. InsyaAllah.
Tahniah. semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat dan alam barzarkh..
Terima kasih <3
yg hantaran brg apple tu apa ada? ipad mini? iphone 5 lagi?? hehe Nak tahu. ๐
ipad mini, iphone 4s & iPhone 5 aje deh..
tahniah khai, moga berbahagia dan kekal ke akhir hayat ๐
Thanks bro!
Tahniah KHAI,Alhamdulillah semua berjalan lancar,tapi teringat ustaz don cakap,xboleh letak alquran selevel dgn brg2 hntaran..alquran itu jauh tinggi martabatnya dri brg2 hntaran laen ๐
Thanks Jaejna. I see, terima kasih untuk peringatan tersebut. Saya pun tak tahu menahu pasal hantaran Al-Quran tu sebab dari pihak sana. Tapi insyaAllah bila dah kahwin ni, akan gunakan sebaik2nya bersama isteri tersayang <3
Tahniah Khai, Semoga Allah melimpahi segala anugerah kebahagiaan rumahtangga
Terima kasih Kak Kujie. Moga Kak Kujie juga berbahagia bersama keluarga tersayang. Saya doakan.
Tahniah Khai…moga bahagia sehingga ke anak cucu dan cicit.Sentiasa cool selalu..
Hehe thanks! InsyaAllah akan sentiasa cool se cool cool nya selalu. Hahaha.
tahniah Khai.. Semoga berjya menempuhi alam berumah tangga…
Aku baru masuk fasa ‘tunang’. nak tunggu masuk fasa ke arah yang lebih serius..
Terima kasih Rizuan, yeah, selamat menempuhi alam yang lebih mendebarkan. Jeng3.. hehe..
tahniah khai.. baca blog ni dr khai belajar sampai da kawen sekarang. kejap jek rasa ms ni berlalu. semoga berbahagia till jannah,
Hahahaa.. Kan? Thanks Eiyda. Amin2.
tahniah semoga kekal hingga hujung nyawa….:)
Thanks Rizuan. Amin mudah-mudahan.
Alhamdulillah…punya la lama aku xjengok site ko khai..since graduate 2007 kut..tahniah..ko gak yg kHwin dulu…haha..
Hahaha. Seru sudah sampai katanya! Hehe.
tahniah khai…
Terima kasih LeeZ ๐
OMG! HAHAHA
blogger pemes hensem kegilaan ramai dah kawen!
after really long time x bukak blog ni, shocked by this news. hahahha
Selamat Pengantin Baru, Mr. and Mrs. Khai. ๐
Wahahaha.. Terima kasih. Seru dah sampai saya sambut dengan sebaik2nya. Hehehe.
Tahniah Khai. U lahir pun tahun naga, wife pun tahun naga tapi tak sempatlah nak dapat baby naga emas. – 2012 is tahun naga emas. Umur kita sama, umur wife pun sama. Tapi I dah ada 4 orang anak. 3 charlie’s angels and one the great sultan : Muhammad Fateh was born in 5th December 2012. Bersyukur sangat atas nikmat yg dikurniakan. Ingatlah satu pekara berkaitan dengan kawin ni, ujian dlm perkahwinan ini sehebat nikmatnya.
I dlm prosess untuk bukak blog berkaitan Safety dan Management System dan Audit. My wife pun berminat nak joint dunia blog ni utk berkongsi ilmu dan pengalaman.
I pun dalam proses nak dapatkan kia forte.
Best nya usia muda dah ada ramai anak kan? Anak dah besar semua boleh bawa jalan2 saing macam kawan-kawan. Hehehe. Thanks ya dan good luck untuk pembukaan blog perniagaan anda. Kalau ada apa2 nak tanya, contactlah saya.. kalau2 boleh tolong, saya tolong.. ๐
tahniah bro. ๐ moga berkekalan.
Thanks Adha ๐
Tahniah! selamat menjalani kehidupan berumahtangga
Thanks Syanabel. Harap2 begitulah. Aminnn…
tahniah khai…semoga perjalanan hidup anda sentiasa bahagia sampai akhirat…Dan terima kasih juga untuk blog nie, banyak bagi saya info yang tidak saya ketahui…
Terima kasih Angah. Moga bermanfaat ya ๐
wah,khai dah kawen.. tahniah.. moga jadi suami yg baik, yg boleh pimpin isteri sebaiknya.. moga bahagia..
Hahaha. Usia dah makin meningkat kenalah berganjak ke satu lagi kehidupan penuh mencabar. Hehe. Terima kasih ya.. Doakanlah saya ๐
Wah tahniah abg Khai… hehe lama tak jenguk sini.. bila jenguk je, tup tup dah kawin.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. Btw comey molek bini tu.. Hehe jadi suami dan bapa yg baik ye..
Jom join ni ๐
http://meyalolyppop.blogspot.com/2013/03/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html
cbuk je hntran dia. org nk google tgk hntran bole plak kluar dia punya. ptutlah mcm pernah nmpak hntran 2.. basi.basi. hahhahaha.
Hahahaha! Terima kasih Puan Lulu Lelen sebab sudi datang majlis kami tempohari ๐
Tahniah Khai..moga jadi suami yg mithali..
Cepat2 dpt baby… =)
Amin. Thanks ya.
saya dari blog tak top langsung ewksem.blogspot.com mengucapkan selamat pengantin baru. Baru hari ini nak komen hehe..
as salam
“kata orang kejayaan seorang suami bermula dengan sekali lafaz di majlis pernikahannya…”
sedara…jika percaya kata2 di atas oleh jadi syirik.
kejayaan seorang suami sebenarnya terletak kpd kelakuan,keadilannya,ibadahnya kepada Allah S.W.T
“kata orang” which is kita pun tahu bukan itu yang menjadi pengukur kepada kejayaan seorang suami.
wah khai. mantap nian langgeng nie
tahniah bro semoga bahagia hingga akhir hayat
Terima kasih Khairul Zamri ๐
Tahniah Khai. Baru buka blog balik, baca-baca tau-tau Khai dah berkahwin. Alhamdulillah. Tahniah.