Pak Hassan
Pak Hassan sebelum ni tak pernah sakit, tak pernah pergi hospital dan jauh sekali untuk masud wad. Tibalah satu hari dia mengadu sakit kaki. Then pergi berurut dan masa nak balik berurut, abah saya jatuh terduduk dan hempap kaki sendiri. Jadi terus tak boleh nak jalan. Bawa pergi hospital buat xray tapi doktor cakap takde apa-apa. Tak puas hati bawa ke Hospital Seremban bila Xray terus tahu rupanya ada patah dan kaki dia kebas (sebelum jatuh) tu berpunca dari simptom apa ntah Khai tak ingat tapi ianya simptom yang menyerang saraf bermula dari bawah tapak kaki dan membawa naik ke atas. Menurut doktor ianya tak serius sebab dia bermula di bawah. Ada kes yang menyerang dari atas bawa ke bawah, itu yang amat bahaya. Penyakit ni juga sangat rare di mana dalam 100,000 orang, hanya 2 orang akan kena.
Jadi bila dah kena tahan wad ni, bermulalah tanggungjawab kami satu keluarga membuktikan kasih dan sayang kami untuk abah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Seronok duduk di hospital sebab selain temankan abah dan berbual-bual dengan dia. Rasa ada banyak sangat masa dengan abah di mana masa dia sihat, kami semua jarang dapat berbual bersama. Selain tu, dapat juga menginsafi diri bila tengok ramai orang lain yang sakit biarpun masih kanak-kanak. Terus memanjatkan kesyukuran kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah.
Ada juga kami bawa ustaz untuk perubatan Islam dan alhamdulillah, keadaan abah dah makin pulih. Tak kisalah saamada ada orang niat tak baik ke, ada jin itu ini ke atau apa sahaja, apa yang penting bagi kami sekeluarga adalah lihat abah sihat semula seperti dahulu. Apa yang paling respek, biarpun tengah sakit langsung sedikitpun tak ditunjukkan wajah sakitnya. Senyuman dan manis di muka sentiasa terukir dan dalam keadaan sakit, abah masih tetap seorang yang selalu bergurau bersama anak-anaknya atau sesiapa sahaja sahabat beliau yang datang melawat. Bila kena inject dengan doktor, langsung tak tunjuk muka sakit walhal kami tahu sakitnya bukan kepalang. Idola saya memang manusia paling cool atas dunia.
Abah Khai ni sebelum ni dah beberapa minggu tak buang air besar. Mungkin sebab ini pertama kali dia terlantar di wad jadi mungkin ada rasa malu untuk susahkan anak-anak. Tapi kami anak-anak dia selalu beritahu yang abah tak payah malu dengan kitorang. Kitorang kan anak abah dan kalau masa kecil dulu abah jaga kami, sekarang turn kami pula jaga abah. Khai pun ada kasitahu adik beradik lain harap-harap bila abah nak buang air besar nanti, biarlah masa turn Khai yang jaga.
Beberapa hari lepas, Khai jejak je pintu wad, kebetulan masa tu lah abah sakit perut dan buat pertama kalinya, Khai sebagai anak dapat menunaikan tanggungjawab yang amat-amatlah diinginkan oleh sesiapa sahaja anak yang menyayangi kedua ibu dan bapanya terutamanya anak lelaki yang sampai mati pun tanggungjawab kepada kedua ibu dan bapanya tidak akan terlerai. Macam tak percaya niat di hati terlaksana dalam masa yang begitu singkat. Masa tu abang ipar pun ada sama jadi sama-sama dengan dia bersihkan. Baiknyalah abang ipar ku. Alhamdulillah happy sangat.
Abah saya biarpun sakit tak habis fikirannya nak berbakti kepada masyarakat melalui caranya yang tersendiri biarpun dari dahulu kami adik-beradik semua dah suruh dia berehat. Itulah hebatnya Pak Hassan yang sentiasa menjadi ikutan untuk saya. Abah, ketahuilah selagi hayat dikandung badan, anak abah ni akan jaga abah sebaik-baiknya. Anak abah akan sentiasa cuba menjadi anak kebanggaan abah dan nama abah akan tetap di bawa dalam apa sahaja perkara yang saya lakukan. Ke mana tumpahnya kuah Pak Hassan kalau tidak ke Khai Hassan bukan? Hehehe. Semoga Allah memberi kesihatan kepada abah dan keceriaan yang sangat hebat keapda keluarga kita seperti dahulu. Amin ya rabbal alamin.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mendoakan kesihatan abah saya. Moga setiap kebaikan yang kita lakukan diambil-kira dan diberikan balasan yang baik oleh Allah. InsyaAllah.
Semoga Pak Hassan cepat sembuh.
sabar ye khai.. dugaan.. aku pun ditimpa dugaan ni.. dunia ibarat roda…
Doa banyak2 semoga cepat sembuh. Time ayah aku sakit dulu tak sempat jaga dia sebab dah masuk u ๐
semoga pak hassan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala, insyaAllah. amin.
bab tanggungjawab, sebagai seorang anak lelaki. memang amat besar, tidak kira kedua orang tua kita masih hidup atau telah meninggal dunia.
hopefully bro dapat melaksanakannya dengan baik, peringatan juga kepada aku. walaupun berjauhan dengan keluarga, tanggungjawab perlu dilaksanakan juga. insyaAllah.
assalamu’alaikum,
cm ne nk download vid ‘abah’ tu ye?
Salam Khai,
Semoga pakcik Hassan segera sembuh seperti biasa. Manusia ni sakitnya hadir tidak kira masa. Namun orang lebih tua, selalunya sangat jarang sakit sebab mereka pandai jaga kesihatan, orang mudah selalu je sakit-sakit.
Zaman sekarang ni tak tentu kan..
Saya doakan Pak Hassan cepat sembuh. Apa yang penting setiap perkara ada hikmahnya. Keluarga2 semua dapat membantu dan merapatkan lagi silaturrahim.
pengalaman yg dilalui sama seperti sy
>semoga pak hasan cpt sembuh<