Nak Explore Dunia.

Pernah tak korang berimpian atau berangan-angan nak jual segala harta-benda macam motor, kereta, dan rumah, then explore dunia? Maksudnya menetap kat negara lain? Adakah kerana kita lahir kat Malaysia, kita kena hidup kat Malaysia je? Sama juga macam jodoh, adakah sebab kita lahir di Malaysia, jodoh kita pun ada di Malaysia sedangkan ada berbilion manusia kat luar sana?

Kalau kat Malaysia kita hidup susah, entah-entah rezeki kita bukan ada di Malaysia tapi kat luar sana. Silap-silap kau jadi bilionaire kat negara orang. Memanglah kata orang dulu-dulu hujan emas di negara orang dan hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri tapi, tapi zaman sekarang ni antara emas dan batu, kau gila ke apa nak pilih batu berbanding emas? Kan lebih baik kalau emas dapat, batu pun dapat. Gitu kan?! Hahaha! Lain macam pemikiran aku ni.

Khai ada satu impian yang besar kalau diizinkan ada kesihatan yang baik dan umur yang panjang, memang Khai akan cuba diusahakan untuk berlayar di negara orang. Dimulakan dengan menjual segala aset yang ada kat Malaysia ni, selesaikan apa sahaja hutnag yang ada, kemudian bawa keluarga keluar merantau ke negara lain dan terus menetap di sana.

Buat masa sekarang ni, bukanlah mustahil tapi tak tergamak nak buat sebabnya masih ada keluarga dan orang tua. Pastilah mustahil untuk kita berlayar jauh meninggalkan mereka terutama mak yang dah semakin berusia. Akan datang, biarlah takdir penentu segala.

Ditulis pada 5:22 PM 1 July '23 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 230 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by mieza s
2023-07-03 09:04:32

boleh je buat. pergi mengembara sebulan dua ke negara orang. lepastu gerak ke negara lain. cukup separuh tahun pulang ke malaysia, kumpul semula wang. macam kawan saya. saya taktahu dia kerja apa. tapi buat UK macam rumah kedua (kampung). mungkin sebab dia pernah kecewa dulu masa tunang. dia pun dah hilang hati . dia cuma nak habiskan masa dengan mengembara. ibu ayah pun dah meninggal. adik beradik tak ada yang support. terasa seperti sebatang kara. mencari kasih sayang masyarakat dekat negara luar dari rakyat malaysia yang tinggal disana.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post