Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 2)
Sambungan kepada Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 1).

Berbalik kepada kisah aku yang tak berkesudahan pada bahagian entri ini yang sebelumnya, bukan mudah untuk aku ceritakan. Mungkin ada yang menanti sambungan entri ini. Jadi aku sambung entri ini walau pada hakikatnya, aku tak rela sebenarnya. Aku tak berniat nak kisahkan ceritera cinta aku di sini, tapi anggaplah kisah aku dan kisah dia, sedikit sebanyak menambahkan asam garam dalam kehidupan kita semua. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan aku.
Aku mempunyai kekasih. Orang yang paling aku sayang. Pernah dulu aku meletakkan dia nombor 1 di dalam hidup aku. Biasalah, budak baru nak kenal erti cinta sebenar kononnya.
Tiap kalinya dia merindukan aku, tanpa sempat ingin merasa rindu, terpacak aku hadir di sisinya. Dek kerana taknak dia merengek, habis sahaja azan aku terus memecut ke sana dan kadang-kala dari habis azan, terus berkumandang azan yang seterusnya, aku masih tidak mengambil air sembahyang (faham-faham je lah maksudnya). Nyatanya betapa bodoh dan banggangnya aku hanya kerana keinginan seorang wanita, aku abaikan perkara yang patut aku dulukan. Itu dulu, sekarang insyaAllah tidak lagi. (more…)
















