Scukz.Com History


Scukz Dot Com

Hi.. ramai yang bertanya kat Khai pasal scukz.com ni. Camana boleh buat scukz.com, mana dapat nama Scukz tu dan macam macam lagi la.. ni khai buat la entry khas pasal Komuniti Remaja Masa Kini, www.scukz.com.. Macam ni ceritanya. Dalam tempoh khai SPM tahun lepas, khai masih lagi online sebab time tu kalau tak online sehari, memang beku otak ni. hehe.. Sebelum nak exam Add Math, malam sebelumnya tu khai Study kat rumah member india. Bila nak tercabut kepala study add math tu, kitorang lepak lepak jap la surf internet..

Dia ni pon bukak la satu portal india ni. Kitorang pon usya la ape ada kat portal tu. Then rasa tertarik plak untuk ada satu. Then nengok kat bawah web portal tu, ade link http://**nuke.com .. then khai register la dan di situlah pertama kalinya khai belajar mengendalikan web berasaskan Php-Nuke. Sebelum ni hanya aktif dalam pembikinan blog jer. Macam macam story la khai letak masa tu.. nama domain dia bukan scukz lagi, tapi wacky.eznuke.net. Tak sampai 10 hari dah 1000 user yang join.. tapi yang menjadi masalah masa tu, user komen portal khai tu lembap sangat. Maklumla, dihostkan secara free..

Nak jaga hati user punye pasal, khai pon tanye la kat member member YM kat mane nak beli Domain & Hosting. Then muncul lah saudara ‘Moghammer’ mengsyorkan khai beli dari CGYhost. Khai pon contact la CGYhost ni.. The beli hosting RM80 setahun. Then terus tempah Domain RM40 sekali.. terus je beli Scukz.Com yang masih available. Sebut pasal nama Scukz.Com ni, actually sebutan dia memang berbunyi ‘skaz’ .. tapi sebenarnye Scukz.Com lebih gemar disebut seperti ‘sucks.com’ yang memberi makna korang leh sedut macam macam secara percuma dari sana..




malam masa khai study Add Math tu khai dah dapat nama tu. Ntah camana teringat satu brand ‘FCUK’ ni.. then khai pon terpikir ok gak kalau pakai nama ‘SCUK’ .. tapi try masuk scuk.net/scukz.com semua tu not available.. so khai pon tambahkan la ‘z’ kat belakang dia.. so tercetuslah SCUKZ.COM tanggal 01 Disember 2005. Masa awal awal penubuhan Scukz.Com ni, khai hanya sasarkan portal tu untuk mendownload file 3GP aje. Slogan pon masa tu ” Scukz.Com – Ur 3gp Resources ” .. Hehehe .. Then sikit demi sedikit portal Scukz ni beralih arah kepada ” Komuniti Remaja Masa Kini “.. Masa tu Scukz.Com ni memang hangat diperkatakan semua. Dalam sehari aje yang register pernah mencecah 400 dan yang paling sikit pon, lebih 100 user. Ranking Scukz.com di Jiwang pon sentiasa antara No 1 dan 3. Masa tu bersaing rapat dengan JWG Torrent dan Jiwang.net. Jarang ade komuniti melayu yang mampu buat macamtu. Masa tu memang letih la.. tak sampai 1 minit korang reply post, dah ade orang lain yang reply balik.. hehe..

Scukz.Com bukan sahaja membina komuniti untuk remaja, malahan membina mobile community (Scukz.Org) bagi memeriahkan lagi dunia technology mobile di Malaysia ini. Mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Scukz.Com juga pada masa itu pernah bergabung dengan Fungkurs-Network untuk membina chatroom bersama.

Sehingga April 2006 aje, ahli di scukz.com dah mencecah lebih 8000 users. Bayangkan lah dalam masa 4 bulan, Scukz.Com dah mampu menerima sejumlah 8000 users, hits mencecah 4 Juta dan user online sentiasa 100 users ke atas.

Hinggalah dugaan tuhan datang melanda (16 April 06), Scukz.Com terpaksa ditutup disebabkan CGYhost menghadapi masalah dengan server yang Scukz.Com gunakan yang menyebabkan Scukz.Com dan lebih 8000 users hilang begitu sahaja. Backup juga dibuat ke dalam server. Pihak CGYhost cuba mendapatkan data itu semula dari server yang ditahan di Singapore, namun hampa.

Khai dan pihak CGYhost menunggu dalam hampir 2 bulan untuk mendapatkan data itu semula, namun terus hampa. Disebabkan semangat yang diberikan oleh Kimiraikonen (member YM merangkap Scukz Promoter) dan user scukz sendiri (Khai memang dah putus asa masa tu), Khai pon membina semula Scukz.Com Version 2.. Memang pedih bila website yang pernah mencipta sejarah satu masa dahulu, kini bermula dari bawah semula. Pada awal June 06, Scukz.Com Version 2 dibuka.

Dan apa yang korang dapat lihat sekarang, Itulah Scukz.Com Version 2. Muka muka lama dah tak ramai .. banyak muka muka baru je kat Scukz.Com V2 ni… Otai Otai semua dah hilang ke mana.. maybe diorang ingat Scukz.Com dah berkubur kot.. maklumla, 2 bulan menunggu tapi tak muncul muncul.. ade user yang dah post kat forums sampai berbelas ribu, tapi hilang macam tu je. sapa yang tak tension kan?

Walaupon kejadian yang memberi tamparan hebat itu melanda, Khai masih lagi setia dengan CGYhost.. Masalah tu pon bukan salah CGYhost tapi 1st party hosting Provider kat Singapore tu yang buat hal.. tak bayar bil!! Kini Scukz.Com dihostkan dengan CGYhost VPS Server yang memberikan kepuasan surfing yang amat smooth.. Kadang kadang masalah skit tu biasa la. Bayaran VPS ni RM250 sebulan tapi disponsor oleh CGYhost memandangkan ramai yang refer beli hosting diorang dari Scukz.Com. Thanks all!!

Scukz.Com juga sama macam web portal lain, tak lari dari kene hack oleh orang tak bertanggunjawab termasukla seorang hacker dari arab, Dr. 3vone. Masa tu khai kat Limkokwing lagi.. xdinx yang kasi tahu khai.. masa tu hari jumaat.. tak ingat tarikh.. usya kejap then ngan tensionnya, pergi solat jumaat… Alhamdulillah, backup tetap ade.. itulah kelebihan CGYhost.. korang tak payah buat backup, CGYhost akan buatkan hari hari..

scukz_hacked

Walaubagaimanapun, perjuangan tetap diteruskan demi kerana semua user Scukz.Com yang dihargai.

IMPORTANT DATE ABOUT SCUKZ.COM :

Tarikh Penubuhan : 01 December 2005. (scukz v1)
Tarikh penutupan Scukz V1 : April 2006

Tarikh pembukaan semula Scukz V2 : June 2006

so keputusan diambil untuk mengganggap Scukz.Com telah ditubuhkan pada June 2006.

Adakah anda salah seorang user di Scukz.Com? kasi komen anda yer!!

Ditulis pada 9:37 AM 7 November '06 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 874 views | Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by nanino
2006-11-07 10:42:20

sy dh register kt scukz.com…..tp x dpt pn fedback….lmer tnggu…dh dkat seminggu…huhu… x bley nk login….:”>

..
 
Comment by Khai
2006-11-07 11:42:55

actually mesti dapat.. kalau takde kat inbox, try la usya bulk folder kat email tu..

..
 
Comment by fuad
2006-11-07 14:12:56

khai, apsal tak letak cpc ads skali. dapat gak modal nk buat projek lain untuk scukz (tv streaming, torrent, video portal ala2 youtube,etc)..

..
 
Comment by aman
2006-11-07 14:13:14

pas STPM baru join ar yer.. :d

..
 
Comment by n3sya
2006-11-07 18:51:18

cm menarek eh scuks.com nie..
nggee~~:d/

..
 
Comment by Khai
2006-11-07 19:21:54

Fuad : tu ar.. ramai nasihat kan khai .. tapi khai x berminat la nak letak ads banyak2 kat website.. ermm.. takpe la.. selagi khai mampu tanggung semua perbelanjaan tu, insyaAllah …. scukz.com akan terus wujud…

Aman : OKies aman.. janji tau…

N3sya : eh eh .. budak gile baru kasi 1 komen.. hehe .. mmg la menarek.. join la ape tunggu lagi sayang ๐Ÿ˜ก

..
 
Comment by yasmin
2006-11-07 22:52:06

oh..camtuh ker cara sebut.. mula2 mmg ingat ‘sucks’ jer.. tapikan.. adalah org nih kan..dia sebut ‘sechaks’… :d

hmm.. dah tk brp aktif dah skrang kat forum sbb komitmen study…:(

..
 
Comment by Khai
2006-11-07 23:41:59

tu la kak yasmin.. khai windu je nak nengok kak yasmin aktif macam dulu.. time scukz mula mula wujud tu … :((

kalau dah x bz nanti, janji tau .. mesti aktif balik ^:)^

..
 
Comment by shadowX_19
2006-11-08 16:13:38

uhuhuu… aku ni kengkadang je lepak sane…. yg penting 3 topik yg ko amanahkan kat aku tu aku jage :)>-

..
 
Comment by Khai
2006-11-09 23:05:52

Shadowx : thanks a lot acul … ko la member dunia akhirat aku .. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by kid
2006-11-10 09:47:06

“Tak sampai 10 hari dah 1000 user yang join..” mcm mana leh ramai join,apa cara tarikan ko?.Apa yg ko taruh kat website pertama ko tu?.Tolong explain sikit.

..
 
Comment by azleah
2006-12-27 20:13:56

[Comment ID #506 Will Be Quoted Here]

mengimbau kembali peristiwa januari tahun lalu, khai usha blog saya and promote scukz.com hehe…

khai, scukz skrg makin berani ye
๐Ÿ˜•
i mean, dkt forum TnSE tu rasanya ada post yg x sesuai dibaca oleh remaja. kena ingat gak, tempat tu utk remaja so x berapa sesuai klu remaja asyik baca tentang hbgn husband n wife, cara2 nak wat *tuut* etc. kita mg boleh bagi nasihat tapi kita x tahu ada ke x forumers yg leh tahan nafsu sendiri, silap2 hari bulan mau x hancuss awek2 skrg yg dah sememamangnya hancus.

pepe pun, u go khai :)>-

..
 
Comment by lazaac
2009-12-17 17:17:27

aku ingat portal ko ni khai… pernah skali kena detect sebagai unsafe oleh firefox(browser aku dulu..)… tapi dulu la dlm hujung tahun 2006 gitu… dah kena block, aku pun malas nak layan sbb wkt tu pun baru kenal internet ni hapa… ahha… skrg ni baru nak masuk balik… :o:

..
 
Comment by sahibul hikayat
2009-12-31 16:43:35

dekat ofis aku scukz nie x boleh bukak…. kena block dgn bhgn teknologi msklumat cni….. sbbnya ada unsur sexual….tp kalau taip terus ohtidak tu bole plak…..

..
 
Comment by Don Hussayn
2011-09-06 06:58:54

Saya orang baru.tak sempat pun nak guna sckuz ni.huhu

..
 
Comment by ejardkethot
2013-02-03 10:49:45

dem…rindu gila… zaman ala2 bukak buku scukz… donload sedut movie bagai nk rak T^T …

haih*sori khai ku tgh rindu scukz gila* huhuhu….

mcm nk buat group kt fb..sapa geng2 scukz dulu…kekekeke ๐Ÿ˜€

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post