Malaysiaku Gemilang

merdeka_by_blur_berry.jpg

Disaat orang lain dah lama menulis mengenai erti kemerdekaan di blog mereka, baru hari ini aku tergerak untuk menulis. Sebenarnya sahaja aku tunggu sehingga ke hari ini dikala saat aku sudah memasuki umur 19 tahun. Baru la aku pun merdeka sama! Hari ini genap umur aku 19 tahun 3 hari. Yay!!

Kalau ditanya kepada aku apa makna kemerdekaan, rasanya jawapan aku sama sahaja dengan orang lain. Contoh jawapan membosankan yang selalu kita dengar seperti kita bebas dari jajahan, kita boleh mengikut acuan kita sendiri dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, semua itu memang betul cuma aku teringin sangat nak lihat rakyat Malaysia kita ni bebas dari segala propaganda. Contohnya, kau sendiri pun tahu harga internet di Malaysia ni sangat mahal berbanding negara maju lain. Internet di negara kita dua kali ganda lebih lembap dari negara luar tetapi dua kali ganda lagi mahal dari negara luar? siapa nak jawab? Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi perkara yang ternyata membuatkan kita hidup dalam penipuan. Aku juga ingin melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan dengan menaikkan harga rokok yang ternyata tidak mendatangkan effect kepada si perokok malahan mungkin memberi kesan negatif dalam masyarakat kita sendiri. Harga rokok naik siapa yang kaya dan siapa yang sakit? kau sendiri pun tahu.

Selain itu juga, aku sangat berharap Malaysia akan bebas daripada kretiviti yang tiada nilai. Contohnya, lihat sendiri animasi dari tangan anak Malaysia. Sampai sekarang masih lagi dalam bentuk animasi 2D. Di negara Jepun, animasi 3D mereka dah cukup melambak sampai tak tahu mana satu nak layan. Tetapi di Malaysia, hanya RTM sahajalah yang sanggup menerima kartun kita sendiri. Syarikat Swasta seperti TV3 ingin nak siarkan? kirim salam aje la. Apa yang ada di TV3 hanya animasi-animasi Jepun yang telah dirosakkan dengan mengalih bahasa asli’nya ke dalam Bahasa Melayu. Kasihannya. Ye la, sampai bila pengertian merdeka itu masih di tampuk lama. Sampai bila kita nak berbangga yang negara kita dah merdeka 50 tahun sedangkan negara lain sudah lama merdeka dan terus mengejar sesuatu yang dinamakan “Creative Technology”.

logo-50-tahun-malaysia-merdeka-ye-khai.jpg

Beralih kepada logo kemerdekaan tahun ini, aku dah buat sedikit research mengenai’nya petang semalam. Logo untuk tahun ini dicipta oleh seorang pereka grafik, Nor Azian A. Hasan. Dia hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk menyiapkan logo tu dan hasilnya, dia menang moto!! eh silap, dia dapat RM10,000. How lucky he is? Nor Azian telah menekankan suasana hidup dan pergerakkan pada logo tersebut memandangkan Malaysia sudah mencapai usia kemerdekaan ke-50 tahun.

pereka-logo-merdeka.jpgGambar di sebelah ini adalah gambar Nor Azian. Kalau kita lihat dari logo kemerdekaan tersebut, apa yang aku nampak Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo tersebut. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

twin_towers_merdeka_by_warkel.jpg

So apa yang menjadi tanda tanya di sini, adakah Malaysia benar-benar merdeka? Bagi aku sebenarnya Malaysia di jajah dalam diam. Lihat saja budaya budak-budak remaja sebaya aku di luar sana. Berpakaian serupa makhluk asing. Skin Head? Punk Nazhi? ape kejadahnya semua ni? agaknya kat mana letak kepala otak mereka tu ye? mungkin aku tahu di mana letaknya. Berkemungkinan besar otak mereka di kepala lutut. Bukan begitu? Oh, hati aku jadi sakit bila teringat pasal Mat Rempit. Mat Rempit si hero jalanan. Teringat pengalaman aku di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas melihat gelagat Mat Rempit beraksi tetapi tergolek macam nangka busuk. Amik motor terus blah!! Haha. Mereka tu memang muka satu sen! Kesian gile!!

Oh ye, aku dah pun selitkan logo kemerdekaan pada banner blog ini. Bagi sesiapa yang ada blog, mengapa tak ikut jejak langkah murni aku ni? hehe.. Mungkin lepas habis bulan kemerdekaan nanti, aku akan selitkan pula logo ‘Visit Malaysia’ di banner kat atas tu sebagai tanda aku rakyat Malaysia yang berjiwa rakyat. Ceeewah!! Orait, dah pukul 2:40 pagi dan mungkin ini masanya aku akan cuba beradu memandangkan esok kelas bermula pukul 9 Pagi. Oh please… Kalau nak tahu, sekarang ni aku betul-betul seksa kerana aku perlu cuba setting mata aku ni untuk tido awal dari pukul 6. Kalau nak ikutkan mata aku yang nak tidur pukul 6 hari hari ni, mati la aku sebab kelas pukul 9. Sabar aje la Khai ye..

Ditulis pada 2:30 AM 6 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,852 views | Dalam kategori: Acara, Istimewa | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by gurl life
2007-08-06 02:43:47

hua2……semangat nye khai tulis sal hari merdeka…mentang2 ler besday bulan 8….huhu….nnt kiter g tgok bunga api yer cyg…..cantik nyeee

..
 
Comment by pat
2007-08-06 02:48:21

yay!! merdeka merdeka merdeka….

..
 
Comment by gurl life
2007-08-06 09:18:56

tanggal 31….bulan 8….yay!!! merdeka jgk..!!!!!

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-08-06 10:40:57

oh, sy pon nak letak gak logo 50 taun merdeka kat header saya, tapi tak reti, ho ho…. apa-apa pon, kepada para remaja sekalian (esp. yang dah rosak tuh), contohilah khai, budak yang ingin merdekakan dirinye dengan pengertian merdeka yang tulin (zahir dan batin)

..
 
Comment by azmie
2007-08-06 21:06:00

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke 50 buat semua pengunjung di site khai ni. Sudahkah anda meMERDEKAkan diri anda?

..
 
Comment by jinbara
2007-08-06 22:34:11

khai… aku copy paste pasal logo tu letak dlm blog aku bleh? nk tulis laen nnt lebih kurang je….. 😀

..
 
Comment by Khai
2007-08-07 19:18:13

to jinbara: hehe.. copy la… khai dah nengok.. thanks ya!

..
 
Comment by pluginbaby
2007-08-07 20:55:45

tak sangka aku khai ade semangat patriotik.. hahaha

..
 
Comment by shadowX_19
2007-08-07 22:32:48

salam… selamat menyambut hari kemerdekaan ke-50. jgn laung je merdeka tu kalo tak hayatinya dengan betul. n jadilah diri sendri dari jadi org lain. peace

..
 
Comment by xbrain
2007-08-09 15:32:46

yo..tunggu nanti kami akan keluarkan kartun 3D – tapi bukan movies cuma animation series..

..
 
Comment by alin
2007-08-14 11:52:30

thn ni g sambut merdeka kat putrajaya ye kwn2..penuhkan ruang kat situ..hehehe.penuh student limkokwing..br gempak..

..
 
Comment by gurl life
2007-08-14 21:07:00

cewah alin…sejak biler mau gempak2 niii….caya laaaa

..
 
Comment by ady
2007-08-16 08:18:12

Malaysiaku, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-50. Semoga Malaysiaku terus merdeka dari pelbagai aspek & kita sebagai Anak Malaysia wajib bersyukur kerana kita mempunyai Ketua Negara yg gemilang & kita harus mempertahankan Malaysiaku terus gemilang. Merdeka Malaysiaku…

..
 
Comment by catridge_1
2007-09-17 20:37:38

ade sapa2 tau tak profile Nor Azian A.Hasan??urgent..nak cari dia.sapa tahu er?plzz

..
Comment by Khai
2007-09-17 22:09:35

susah la nak cari profile pasal dia.. dia bukan pemes pon sebelum menang peraduan reka logo ni…

ape kata contact beliau sendiri… cari di web kekwa

..
 
 
Comment by dya
2009-07-25 13:13:34

cantik blOg ni…camna ya wat cantik2 camni? ajar boleh?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post