Trip to Taman Negara, Malaysia

Dua hari aku tak menghadap komputer. Itu adalah satu perkara yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan harian aku. Dua hari lepas seperti yang aku war-warkan, aku bercuti ke Taman Negara, Malaysia di Jerantut, Pahang. Tolonglah, aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. Mengapa?

Aku, Nieza dan dua orang member lain bertolak dari Cyberjaya jam 8 pagi menaiki RapidKL ke Puchong Utama. Kemudian menaiki satu lagi bas ke KL Sentral. Di sana, sempat aku keluarkan duit RM100. Aku rasa ianya lebih dari cukup kerana kata member aku yang seorang tu, jangan risau sebab tunang dia kerja kat situ so RM50 pon dah cukup. Mati-mati aku dan dua yang lain percaya. Dalam hati aku, wah! best nya. Dari KL Sentral, aku menaiki Komuter pula ke Masjid Jamek. Kemudian ambil tiket ke Jerantut di Perhentian Pekeliling. RM13 harga tiket itu. Bas ekspres ke Jerantut itu bertolak jam 11 pagi dan sampai di Jerantut pada pukul 3 petang. Di Jerantut, kami menaiki satu bas lagi untuk masuk ke Taman Negara. Bus Sekolah, buruk dan berhabuk, itu yang boleh aku katakan mengenai bas rasmi untuk masuk ke Taman Negara. Malu beb omputeh nengok!

taman-negara-trip-2.JPG
Sampai di sana, puas mencari bilik untuk tidur. Semuanya penuh dan sudah ditempah awal. Akhirnya jumpa dan sempatlah bermalam di Dakili Hostel. Satu kepala RM10 sahaja satu malam. Sangat murah bukan? Ya, memang murah kerana di dalamnya pun hanya terdapat satu plug untuk kipas kecil yang uzur. Menyesal aku bawa notebook. Buat penat badan bukannya boleh pakai nak charge handphone pun susah! Tapi si Zul (member aku) nak main game punya pasal, dia cabut je plug lampu ganti dengan plug notebook. haha. Pengusaha melayu di situ juga terbukti hanya memikirkan keuntungan semata-mata apabila tidak kira jika bilik lelaki dicampurkan dengan pelancong perempuan asalkan setiap bilik penuh dan duit mereka masuk. Melihat dari keadaan bilik itu, aku yang tiada pilihan hanya menghulurkan duit. Ye la, takkan nak tidur bawah pokok rambutan kot?

taman-negara-trip-3.JPG
Keesokkan harinya, sempatlah juga membuat sedikit research mengenai kampung tersebut. Baru aku tahu Taman Negara rupanya hanya sebuah perkampungan Felda yang mempunyai sungai dan hutan simpan yang menarik. Aku dan yang lain menaiki bot ke seberang sungai yang tidak sampai 30 Meter dan harga yang dikenakan adalah RM1 untuk sekali perjalanan. Harga yang sangat tidak berbaloi untuk perkhidmatan yang diterima. Sampai di seberang, tanpa dirancang, aku dan yang lain tiba-tiba terus memulakan aktiviti Jungle Trekking untuk ke Titian Kanopi iaitu sebuah jambatan gantung yang tinggi.

taman-negara-trip-4.JPG

Siapa sangka aku yang ber’seluar jeans dan tshirt mampu berjalan hampir 2KM meredah hutan untuk ke sana. Dalam perjalanan tekak aku dan yang lain betul-betul rasa dahaga. Ialah, perkara tak dirancang, sebab tu air pun tak bawa. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah restoran minuman di sana. Aku dengan penuh rakusnya, meng’order Coke dan diorang pun order 100Plus dan Coke. Minum punya minum bil pun sampai. Terkejut bagak aku bila nengok air coke satu tin berhara RM6.50. Oh!! patut ke?

taman-negara-trip-5.JPG
Sampai di Titian Kanopi, kelihatan satu papan tanda yang memberitahu hari Jumaat hanya dibuka hingga jam 12 Tengahari. Oh tidak!! aku berjalan pulang 2KM balik dengan perasaan yang sungguh kecewa. Dan Akibat kerja yang dah siap dan ditipu oleh rakan sendiri yang kononnya ingin membawa kami menaiki bot dan dapat sewa bilik yang murah, aku dan mereka semua pulang ke KL tanpa menunggu seorang member yang sibuk dengan tunangnya. Ada tunang kerja situ pun tak memberi apa-apa makna. Isk, sabar aja lah. Bajet RM50 sudah cukup seperti katanya, hanya mimpi ngeri semata apabila RM100 aku habis awal tanpa sebarang pembaziran.

Aku manaiki bas pulang ke Jerantut pada jam 7 Malam. Tak lain tak bukan, masih bas sekolah sama yang buruk, huduh dan berhabuk juga yang aku naiki lagi. Sampai di Jerantut, aku terpaksa menaiki Keretapi KTM akibat bas ke Kuala Lumpur sudah tiada. Keretapi bergerak pada jam 12 setengah pagi dan tiba di Kajang pada pukul 7 pagi. Pelbagai stesen aku tiba termasuk Stesen Gemas iaitu tempat yang aku selalu datang dahulu kerana kampung’ku terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan. Dari Kajang, aku dan yang lain terus menaiki RapidKL ke hostel kami di Cyberjaya. Akhirnya, aku, Nieza dan Zul tiba dengan selamat di Desaria..

Jika kalian ingin bercuti, aku berharap sangat, hindari Taman Negara dari masuk di dalam carta percutian kalian kerana kalian pasti menyesal jika bercuti di sana. Just one word, NOTHING! Pergi la Ulu Yam ke? Kalau untuk study pasal alam, its OK eventhough kat situ bukannya ada macam-macam pokok dan haiwan pun. Hutan punya tebal tu, aku just jumpa monyet je..

Malam semalam, akak aku call, sebentar lagi dalam jam 11 pagi, dia akan datang ambil aku untuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk melihat baby baru Along aku. Tahniah Along kerana menerima cahaya mata pada hari Jumaat lepas. Untuk pengetahuan kalian, ini adalah cahaya mata pertama abang sulong aku setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya dimakbulkan Tuhan. Semoga anakmu nanti menjadi anak yang solehah.

Mengenai theme blog ini pula, janganlah hairan kerana inilah perangai aku seorang lelaki yang mudah bosan dengan sesuatu. Aku ingin mencuba theme wordpress dari Bob ini pula kerana ianya kelihatan lebih ringkas dan profesional. Theme Pink sebelum ini tidak akan ke mana-mana, mungkin akan kembali semula nanti. Akhir kata, nantikan pelbagai jenis info dalam artikel esok!

Ditulis pada 3:20 AM 12 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 785 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

41 Comments

Comment by gurl life
2007-08-12 03:51:29

hahaha….watever la. tp best plak g sana rasa nye….kwang3……..kenangan manis jgk ler, masuk hutan kan.. walopun penatt, tp best plak rasa nyeee……kiter jalan2 sama…ngan zul, hehe…hepi laa…biler dah smpai balik desaria, mmg tringat2 plak time spanjang pjalanan kiter kannn cayunkk!!!!

 
Comment by tina
2007-08-12 04:25:15

hhahahahhaha..nampak cam best je korang g sana..ahhahahah..mesti enjoy…..

 
Comment by Khai
2007-08-12 04:33:47

gurl life: haah.. best kenangan time dalam KTM.. kekeke.. time gi makan tu.. gelak nak pecah perut…

tina: memang best pon.. bukan selalu nak jalan2 kuar.. hehe…

 
Comment by tina
2007-08-12 04:59:05

dari korang gi taman negara tu lagi bagus korang korang gi laut cam kat cherating tu….

 
Comment by Bat
2007-08-12 11:46:38

Tenkiu Khai sebab inform pasal Taman negara, pehni boleh la aku prepare apa2 yg patut, sebab ada kemungkinan akan pergi sana..Erk.. Mahal gila coke,huhu..

 
Comment by Khai
2007-08-12 12:19:33

[Comment ID #11347 Will Be Quoted Here]

tu lew.. aku gi pon sebab yatie yg nak buat kat situ… kalaw tak, tak kosee ah…

 
Comment by gurl life
2007-08-12 12:20:40

hehe……cyg ngan zul ler…wat lawak xhengat dunia..penat nieza gelak taw. kwang3…best r. nnt kiter g PD plak nak..ajak zul r, kalo ader dia best kan cyg kan….hehehe……

 
Comment by Eriyza
2007-08-12 14:15:16

Tak sangka plak tempat yg tersohor tuh hampeh yer?? Herm, patutnya kena naik taraf sket laa prasarana yg ada. Baru laa imej Malaysia tepelihara. Gitoo ke keadaan Taman Negara selepas 50 tahun merdeka??

 
Comment by rokudaime_jr
2007-08-12 19:24:17

Korang gi “Taman Negara” negara mana???Hahhahahhah….Sorry2….xde la..kawan aku pon ada pegi…dia kata facilities sume bagus….pelik gak aku ko kata x bagus…Xpe…nanti aku try gak ar….Huhuhuhuhu….

 
Comment by dragonfly
2007-08-13 09:00:28

jauh perjalanan luas pemandangan…duit pun banyak abis..haha..yg pahit masam tu bila dikenang akan jadi manis gak..terutama bila bersama org tersayang…wiewitttt…..

 
Comment by musnazdotnet
2007-08-13 13:39:30

oh? taman negara? taman negara memang BEST. saya dan rakan2 penah layan tawan gunung tahan, route dari ‘belakang’ ke ‘depan’, 7 hari 6 mlm….

err… tu muka khai full face ke? cayalah! 1st time lah! giler matured! syabas!

 
Comment by Vile Dante
2007-08-13 20:04:11

LOL…
naik bot RM1
tapi minum RM6.50 1 tin??
Bilik 1 kepala RM10??
plik

 
Comment by gurl life
2007-08-13 21:54:53

hua3…mmg ler best kalo ader org tlg bwakkn…tp kalo g tp tatau aper yg ader kt sna xbest ler…huhu. lg best kalo g ramai2 wat camping kan……kwasannye sesuai wat aper2 event rmai2 je..

 
Comment by gurl life
2007-08-13 22:03:53

[Comment ID #11359 Will Be Quoted Here]

ooo..nakal eh dragonfly ni..hehehe….

[Comment ID #11362 Will Be Quoted Here]

abg muss…..ohooo..dah dpt tgok full facee khai eh…amacam…leh jd adik angkat takk?? nieza nk jugak..ehehehe

 
Comment by Khai
2007-08-13 22:05:21

tu la..
maybe kalau gi ramai2 memang best coz kalau tempat tu x best pon, kita leh wat aktiviti ngan kawan kawan…

 
Comment by mohdismail
2007-08-13 22:08:54

taman negara.. masa kat kampus ni,byk je trip ke’sana.. apa kejadah budak engineering suka masuk hutan pun aku tak tahu..

๐Ÿ™‚

hai nieza!

ha ha ha

 
Comment by gurl life
2007-08-13 22:09:29

cyg…machonye gmbar atas skali tuh….pkwe sape ntah….saper la ambik gmbar tuh kan. pndai dia ambik gmbar…heheheee

 
Comment by firdee
2007-08-14 00:26:30

dah ke taman negara 2 tahun lepas…mmg mahal makanan n minuman kat sana…tapi apa leh buat…tu je yg ada…sebat jek :p

 
Comment by gurl life
2007-08-14 02:19:48

[Comment ID #11369 Will Be Quoted Here]

saper ismail nie eh….blasah jer la…hye!!! hehe

 
Comment by alin
2007-08-14 11:44:46

huhuhuhu..nasib baik aku x pegi..mlm sblm korang pegi tu,yati beriya2 ajak aku g..tp ntah nape ati aku berat je nak g..rupenyer jd mcm tu plk..

 
Comment by alin
2007-08-14 12:00:17

zul tu aku tgk dh mcm pemandu pelancong la plk ye..hehehe

 
Comment by azmie
2007-08-14 20:00:19

besh tu…a walk into the nature…dah lamer tak wat camtu…

 
Comment by gurl life
2007-08-14 22:04:15

ko x g pon xper alin…nnt duit ko xckup. jd cam zul tuh….haha..

 
Comment by kak su
2007-08-15 03:01:11

ksu gi 10thn lepas, rame2 dlm 8rat sorang. bes giler. dekat 2 minggu, jumpa rimau, gajah, badak, tenuk, burung2 yg takde kat klang tu… ko gi cucu taman negara kut khai.

 
Comment by Khai
2007-08-15 03:30:20

rimau? gajah? tenuk? alamak.. sorry to say, tak tipu.. khai just jumpe babi je…. ade pic dia.. kalau nak nanti khai tunjuk.. wakaka..

babi tu pelik gile.. cam comel le plak.. sebab bukan babi pink yang hidong tak leh blah tu.. tapi ni jenis babi comel.. geramnyee.. nasib haram!! hahaha

 
Comment by kid
2007-08-15 21:37:31

Korang berdua ni…bila masanya nak berjauh-jauhan ha?…..my mood “ANGRY”

Comment by dakili management
2007-09-23 23:39:05

yer laaa…
nampak sangat giler seks!!

Comment by Khai
2007-09-24 04:31:04

kalau saudara ni selalu bersama-sama dengan kucing kesayangan, mungkin saudara juga gila seks ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by pat
2007-08-15 22:35:56

tu la korang makan salah tempat…len kali tanye aku dulu..kehkeh (cam aku tau je..huhuhuhu)pesal malang sangat nasib korang kat sane isk isk…aku bersimpati nih (sedapkan hati korang je nih)huhhuhu

 
Comment by tina
2007-08-15 22:37:54

tu r…nasib diorang yang malang….pastu nak salahkan taman negara plak

 
Comment by pat
2007-08-15 22:41:00

mesti sebab kua umah ngan kaki kiri dulu…lenkali bace2 doa sket..tak pown bawak orang2 beriman macam alin..buwekkk

 
Comment by gurl life
2007-08-15 23:06:01

[Comment ID #11396 Will Be Quoted Here]

aiks…kid jeles kew?? kwang3….kim salam cik zura yer kid!!!!

[Comment ID #11432 Will Be Quoted Here]
cetss..pat. mcm ler ko tau sgt tempat tuh…hahaaaa…lg pon tmpat ktorang g tuh, mmg 1tmpat tuh jer jual air…kalo nk patah balik g tempat murah…alamat nyer, mati kebulur ler ktorang. kena bejalan bkilometer ko taw x…..sedih wooooooo

[Comment ID #11434 Will Be Quoted Here]

hahahaha…alin????? adesss….rugi xbwak doo, kalo ler bwak…sure bnasib baik jer ktorang…kikikikiiii…aku report kat alin arr pattt

 
Comment by kid
2007-08-16 11:44:45

[Comment ID #11436 Will Be Quoted Here]

Insyaallah..nanti sy sampaikan salam awk pada cik zura…

 
Comment by pat
2007-08-16 13:26:48

alolo niza…ko ni jgn r bagitau alin…eh tapi aku puji die la…takpe2 bagitau la kat die…kehkehkeh

 
Comment by gurl life
2007-08-16 14:09:40

alamak ppat….aku dah tergitau alin, mampus ler ko dia blasah ko kt kelas nnt..baik ko jgn g…hahahaaaa

 
Comment by dakili management
2007-09-10 12:31:31

SAUDARa.. tolong sikit!!!!!!!!!
kalau dtg ke taman negara jika terlampau budget tu laa akibatnya!!duit ada tapi terlampau kedekut! lepas tu memburukkan org.. Pesanan utk yg lain2, jgn mencontohi beliau!! lain kali nak dtg, dtg ramai2 baru seronok!!FUN!! dah dtg tmpt org jgn sombong… tanyalah org kampung sana ckit!! Nak kutuk org mulut jaga sikit!!ingat JAGAN TERLALU KEDEKUT!!!!

Comment by Khai
2007-09-24 04:35:50

hi saudara? tak boleh terima kritikan?
bukan terlampai budget, tapi air tin yang dituang dalam cawan tidak kesemuanya beharga RM6.50.. ape komen saudara?

Datang ramai2 memang fun.. tidak saya nafikan.. apa yang saya katakan, tentang management di sana.. lihat sahaja keadaan rumah tumpangan.. pemilik sanggup megambil untung tanpa mengira siapa yang tinggal di dalam bilik tersebut. Padahal Islam. dek kerana keuntungan, perempuan melayu pon boleh campur sebilik dengan lelaki mat saleh. Saya ada bukti untuk berkata begini……

Saya tidak sombong.. ramai kawan baru dapat di sana.. maaf la kalau dalam post di atas mengusik jiwa saudara, tp di mana silapnya?

 
 
Comment by niegy_luv
2008-03-18 21:38:10

visit malaysia..~!~

 
Comment by achi
2009-02-12 21:17:43

ye ke..? cam xcaye je..takpe bia aku try sendiri. aku rase ko yg tak suke msok utan kot?? hehe..gurau babe!

 
Comment by juvat
2009-11-29 23:14:39

saya pernah pergi taman negara..saya rasa taman negara adalah tempat yang menarik bg saya untuk adventure. naik bot panjang lawan arus menyusuri jeram-jeram yang amat bahaya..samapi ker kampung pagi. Melihat perkampungan orang asli.. mandi bersama ikan kelah(kelah sanctuary). paling best mengharungi sungai..lawan arus..merentasi 8 kali jeram yang amat bahaya. tgh malam naik bot melihat binatang(rimau,kijang, gajah, beruang) turun minum air di sungai. pesanan..kalau budget rm 100.. pergi makan kat depan chalet agoh jer la…

 
Comment by ummu
2010-08-28 07:09:58

uhuk.
da konpius da nie?
nak pegi ke tak??
pas spm nie. klas ak mmg nk wat rombongan g sane..
alahai. :bloody:

 

Sorry, the comment form is closed at this time.