Perlukah Berbadan Sasa Untuk Perempuan?

Entry Khinzir, Sucikah Ia? betul betul meletup. Sabar, jangan terlalu emosi. Sama-sama kita memperbetulkan kesilapan antara satu sama lain secara profesional. Maklumlah, perkara yang melibatkan soal agama terlalu sensitif. Aku cuba berkata apa yang aku tahu dan aku menerima sebarang pembetulan dari yang lebih arif tapi biar kena dengan caranya. Ah, aku tidak dapat ke Rumpun 07 petang nanti atas sebab-sebab tertentu. Sebentar lagi jam 7:30 pagi aku dah perlu ke Putrajaya menghadiri Karnival Bunga dan Taman bersama Lecturer. Pukul 6 pagi dah kena bangun sedangkan waktu tidur aku pukul 6 pagi juga. Oh tidak. Aku tak tahu apa-apa tiba-tiba Nieza mengajak aku petang tadi. Kalau tak ikut nanti, kata kita tak sayang dia pula kan? Aku sebagai Boyfriend yang mithali, turutkan saja! Hahaahacumm!!

Masih ramai yang membuat permohonan mahukan blog Free di Scukz Free Blog. Buat masa sekarang, agak susah untuk aku setting’kan untuk mereka kerana talian internet yang macam jadah. Jadi aku akan umumkan di blog ini bila aku akan buka kembali permohonan tersebut. Tetapi jika kau tahu bagaimana mahu install WordPress sendiri (kira kau dah ada pengalaman tentang ftp semua), baru lah kau boleh request blog sepertimana yang dilakukan oleh Hafreze yang meminta blog berdomain’kan http://hafreze.scukz.com/. Hubungi sahaja aku di YM. ID’nya, khai_luct. Jika mahu berkenalan juga boleh. Hihi

bina-badan-6.jpg

Entri kali ini, aku ingin tunjukkan bagaimana manusia yang terlalu obses untuk menjadi seorang yang gagah. Aku pernah kenal dengan seorang lelaki yang berbadan sasa. Kelihatan sungguh gagah dan bergaya. Kau juga pasti mengenalinya jika kau ada menonton iklan Shieldtox di kaca televisyen. Lelaki tersebut pernah menjadi tunang akak aku suatu ketika dahulu. Semasa itu aku masih di sekolah rendah. Pernah dia datang ke rumah aku tetapi apa yang menyusahkan, dia tak boleh makan semua makanan istimewa yang ibu aku sediakan semata-mata untuk menyambut kedatangan dia. Dia hanya makan daging yang direbus atau telur separuh masak bagi merealisasikan set pemakanan harian’nya. Ah, aku takut melihat orang seperti itu mujurlah kini akak aku sudah berkhawin dengan lelaki lain dan sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata. Fuh!

Ramai lelaki yang mengimpikan badan yang sasa dan tampak gagah. Ya, aku pun inginkan badan sebegitu. Tidak’lah terlalu kurus melidi ataupun tampah lemah tidak bermaya. Tetapi bagi aku cukuplah seperti badan hero Hindustan, Salman Khan mahupun Hero melayu kita, Fahrin Ahmad. Memiliki badan seperti mereka merupakan satu daya tarikan kepada kaum wanita. Kepada kaum wanita yang membaca, pasti kau mengangguk-anggukkan kepala kerana kau tahu lelaki akan lebih kelihatan macho berbadan begitu. Aku ada seorang kawan yang terlalu obses mahu memiliki badan yang sasa. Selalu pergi ke Gym. Suatu masa semasa ingin mengurat wanita idamannya, wanita itu berkata melalui telefon yang dia mahukan lelaki yang kecil-kecil sahaja bentuk luaran’nya. Kecewa sahabat aku mendengarnya lantas terus meninggalkan Gym sekian lama hingga hari ini.

Lelaki yang terlalu obses memiliki badan yang sasa dan gagah, sebenarnya mempunyai risiko yang besar dengan penyakit dan tampah terlalu hodoh. Tersangat tidak normal. Aku ada buktinya.

bina-badan-1.jpg

bina-badan-2.jpg

bina-badan-3.jpg

bina-badan-4.jpg

bina-badan-5.jpg

Sejauh manakah kebenaran berbadan sasa menjadi idaman perempuan. Adakah mereka yang berbadan seperti di atas masih lagi menjadi impian seorang wanita. Mungkin wanita itu tidak normal pada pandangan aku. Oh aku seorang yang sederhana. Mampu juga memiliki teman wanita. Kalian pula bagaimana? Sudah pukul 2:17 pagi. Aku ingin beradu dahulu esok mahu bangun awal.

Psstt: Sebenarnya aku seorang lelaki yang mengimpikan untuk menjadi seperti The Hulk. Seorang yang berbadan sederhana tetapi menjadi gagah pada masa-masa tertentu. Aku sukakanya!

Ditulis pada 2:28 AM 25 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 804 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa, Kisah Cinta | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

24 Comments »

Comment by gurl life
2007-08-25 06:42:45

elehs…g jim pon mls…wekss

..
Comment by NuNu
2008-08-05 10:40:27

erm aq xmo la bdn cmnie…xlena tidow
kalu aq crik blak pown xnk cmnie…sesak nk pelookk…

..
 
 
Comment by medic_khai
2007-08-25 10:26:49

aik … boleh keww nak jadi mcm fahrin ahmadd ngan salman khanh hehhe .. tgok aweks hang pn dok kata .. gi gim pn mls hehheeh …

..
 
Comment by Khai
2007-08-25 13:36:31

[Comment ID #11766 Will Be Quoted Here]

aiyo.. bila masa plak aku cakap, aku nak jadi macam diorang.. aku cakap “kebanyakkan lelaki” ..

aku dah cukup bersyukur dengan apa yang ada.. Alhamdulillah… peace ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by Qubezo
2007-08-25 21:16:46

Bapak ah, badan diorang lagi besa dari kepala diorang! XD Er, ni pic betul ke? Cam photoshop je ๐Ÿ™‚

..
Comment by key
2009-10-26 06:30:27

btul3…..yang pic first tu serius nmpk mcm edited photo~ ๐Ÿ˜

..
Comment by key
2009-10-26 06:32:47

erk..okey, silap! yg second~ :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by hafreze
2007-08-26 02:27:27

perghh..my blog disebut dlm ur blog..ehek3..tq2..share sikit traffik..kui3..btw..blog yg under scukz tue..still under construction..tgh pening tk reti pakai plugin..ehek3

..
 
Comment by nurizwah
2007-08-26 22:31:53

emmm…akak memang suka org badan besaaar tp besaaar sangat macam dalam gambor ni idak lee.
tp ..aper-aper pun abenggg sayang memang badan besar sbb akak kecil
kelebihannya very d selamat naik motor kalau hujan x kena tempias, kalu hilang senang cari..dan mcm2 lagi..
kekurangannya..susah cari baju dan seluar..!!

..
Comment by anto miloo
2010-03-26 17:28:20

ee..
tanak lee laky giniee..
ta bez nk pelokk
ngeh3:)

..
 
 
Comment by Khai
2007-08-27 00:46:35

[Comment ID #11802 Will Be Quoted Here]

kelebihan tu sangatlah siot.. hahaha… pandai ek.. x kene tempias hujan… hurmm.. pasal kekurangan tu, jgn risau.. dah banyak kat shoping tu jual.. hehehe

..
 
Comment by dragonfly
2007-08-27 09:58:43

bentuk badan lelaki idaman wanita..yg x kurus kering macam penagih dadah!!!nak hug x best…hahahhahahah….yg sedang2 aja…

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-08-28 11:35:17

tak kesah tu sumer… tu sumer bonus jek… yang penting BMI mesti mau unggul…. (saya dah terlebih sket, hu hu)

..
Comment by Khai
2007-09-08 00:26:53

alamak.. camana nak kira ek BMI tu.. tunjukkan skit bro?

..
 
 
Comment by kaSyah
2007-09-07 21:42:43

actually girls ni memang susah nak faham citarasa mereka yg pelik.

aku lebih suka badan seperti athletic. nampak 6pax.

..
Comment by Khai
2007-09-08 00:53:43

Hurm.. itu lah.. sebenarnya athletic badan kegemaran kebanyakkan wanita…..

..
 
 
Comment by test
2007-10-01 18:03:38

tessssssssssssssssst

..
 
Comment by Naza_europe
2008-04-06 02:33:09

Ko macam2 la khai
xpe aku tolong doakan kat ko

..
 
Comment by she_ emo
2008-12-28 12:46:49

x suke ar badan cam tu.. geli nak tgk.. mcm katak lor ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by pening
2009-06-10 17:11:38

hish…bdn dorang tu mcm nk meletup je aku tgk…takut lak kalau dpt laki camtu..takut mati terhimpit nnt. hehe..yg sedang2 je asal sdp mate mmndang… :[

..
 
Comment by saffanadiah
2009-10-26 05:32:08

YA KARIMM!!
klau macam ni nyer badan, jumpe terus lri! hahaha.
menakutkan gle. diorg ni mesti xde bini en? wahaha.
basically, xyah la berbadan sasa untuk perempuan. bukan nye kesah pon senanyer. bdan sasa bukan nyer leh bgi duet pon kn.
klau sapu sampah pakai badan sasa tu cmne? haaa. can’t imagine how. haha. patah agaknyer penyapu tu ek?
;)as the conclusion, perempuan xperlukan lelaki yg musclenyer bergunung ganang. cukup lah hatinyer dikira bukan fizikal. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by paan
2010-07-24 19:03:24

sy nk jd badan mcm tony jaa

..
 
Comment by sayur
2012-03-07 06:42:55

agak2 la kalo ye pun.. 4 gmbar terawal tu gmbar photoshop la. konfem. aku slalu ikut perkembangan bina bdn ni aku tau.

..
 
Comment by arool
2012-07-07 05:51:24

hampeh..nampak benor nipunye

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post