Semuanya takkan hilang jika…. Part 1


Pembuka bicara, korang semua diseru untuk join dominasi kami yang membangun dengan pesat di Scukz.Com.. Khai jamin sekali lepak forums kat sana, korang takkan cari yang lain.

Lepas drama Sindarela, muncul plak drama “Pertama Ramadhan” yang berlokasikan Limkokwing University. Dua-dua drama ni Khai selalu dapat nengok diorang shooting. Tak tahu ape kejadahnye diorang nak shooting kat sini. Bagus betul strategi nak mempromosi ye Limkokwing ni. Dulu Gol & Gincu, Sumo-Lah, Impak Maksima dan macam-macam lagi. Baru-baru ni iklan vitagen la pulak shooting. Kalau korang tak sempat nengok kat TV3, nengok je la kat Youtube. Sila search “Pertama Ramadhan”. Memang best cerita dia.

Teruskan baca ye..


Barang korang takkan hilang jika… korang jaga dengan baik. Contohnya, kalau korang beli sebuah kereta, basuh dan jagalah kereta itu dari sebutir habuk pon setiap hari. Jika korang beli motor, ingatlah sentiasa kunci even dengan 20 biji lock sekalipun. Biar orang nak kata apa, yang beli tu pakai duit korang, bukan duit depa. Depa ape tahu iye tak? Kalau Khai ada benda baru, Khai selalu anggap benda tu bernyawa. Contoh macam motor Khai, bila kotor je, Khai akan cakap “sabar ye, nanti esok kita gi mandi”. So besoknya Khai terus bawak dia mandi snow. Haha. Korang nak cakap dengan benda yang tak bernyawa ni pastikan takde orang. Nanti orang ingat korang ni biol la pulak. Perlakuan sebegini sedikit sebanyak akan ajar korang untuk jaga benda yang tak hidup tu macam dia bernyawa. Tercala sikit je, alaa kesiannyaa.. berdarah.. hehe.. sama la macam jaga awek pun. Orang kita ni memang tak pandai jaga barang, lagi-lagi kalau bukan beli dengan duit sendiri. Kalau dengan duit sendiri, tahu la camana rasanya susah cari duit nak dapatkan sesuatu.


Duit korang takkan hilang jika… korang tahu menilai duit tu. Even harga rokok dah naik pun, korang still bakar duit hari-hari. Bila dah hujung bulan, terhendap-hendap rokok member. Itu bagi mereka yang merokok la. Yang ada basikal terpakai tu, buat la macam gambar kat atas ni. Hehe. Gurau je. Hah, minyak dah naik korang still selalu nak naik Genting. Ape kejadahnye? Baik korang pergi naik Bukit Permai ke ape. Sama je perginya. Yang berkereta tu, agak-agakla. Time minyak tak berapa nak mahal dulu, boleh la korang bawak laju macam pelesit. Berlagak sana sini dengan kereta Kancil turbo buruk korang tu. Bila minyak dah naik ni, pandai-pandai la nak jimat duit. Bawak secara berhemah. Korang selamat, orang lain yang tak bersalah pun selamat. Untuk top up pulak, hindarkan diri dari men’topup’kan awek. Kalau korang tu CEO ke, tak kisahlah. Ni duit pun cukup-cukup makan iye tak? Kalau awek korang “give and take” takpe la jugak. Ni kerja mengikis korang je, takkan tak perasan kot? Awek belum tentu jadi isteri beb. Begitu jugak ngan perempuan. Pakwe lom tentu jadi suami. Tunang pun belum tentu.


Couple korang takkan hilang jika… korang menyangi mereka macam korang sayang diri sendiri. Benda ni tak susah pun. Korang tak perlulah separuh nyawa nak bahagiakan hidup si dia, apa yang perlu korang buat just ambil berat pasal dia dan janganlah terlalu berkira. Kalau ada duit lebih tu, belikan lah si dia sesuatu. Khai baru je belikan girlfriend Khai lagi satu teddy bear taw. Dua tahun kami bercouple, dua teddy bear dia dapat. Ok la tu. Macam yang Khai cakap tadi, awek belum tentu jadi isteri pun. So tak perlulah nak belikan rantai emas celup tu semua even korang memang mampu. Pada awekawek kat luar sana, kalau sayang pakwe tu, jangan jadikan alasan hormon tak stabil (period) sebagai alasan korang boleh marah-marah dan bad mood sana sini. Even kami ni tak de period-period pun, kadang-kadang mau tak stabil jugak hormon kitorang ni nengok perangai korang yang mengalahkan budak-budak. Nak sekeh kang awek. Tak sekeh kang makan hati. Isk!! Paling penting tolong hormati boyfriend korang tu. Kami ni lelaki tak pernah mintak nak ini nak itu, cukuplah sekadar korang amik berat. Ini call pun nak harap pakwe call dulu, dengan alasan korang ni perempuan. Siot tak siot la alasan korang kan? Kalau boyfriend ada kawan perempuan tu, tak payah la nak jeles-jeles sangat. Dari takde ape-ape, elakkan dia langsung tinggalkan korang macam tu jer nanti.

Part 2 akan bersambung nanti…..

Diari Ramadhan Khai

Nak dijadikan cerita, Latihan industri (Internship) selama 4 bulan dah pun berjaya Khai lalui. Dimulakan dengan interview di Asia Media dan dapat kerja di sana, Khai tinggalkan untuk bekerja di Limkokwing University. Tamat 4 bulan, Khai disuruh bekerja terus as web designer untuk Limkokwing University. Tapi semalam Khai buat keputusan yang drastik untuk resign kerana Khai ingin menumpukan perhatian sebagai full time blogger & freelancer. Dah lama Khai fikirkan mengenai ni, dan akhirnya semalam Khai buat keputusan.

Lagi satu sebab tak tahan kerja dengan perangai bos yang kerek. Memang kerek gile wa cakap lu. Bos besar company Khai, si Timothy Lim (Anak Tan Sri Lim Kok Wing) pon tak sekerek beliau. Dah la bukan Malaysian. Tendang hantar balik Mauritius kang haa.. Kalau korang nengok dia pon, mau nye korang tempeleng. Satu lagi kalau korang nak tahu, kerja di Limkokwing University ni adalah satu kerja yang paling pressure yang amat. Korang mesti akan terfikir berbaloi ke gaji yang diterima dengan kerja yang nak kene siapkan ni? Masa Khai intern dengan sekadar elaun je pun, dah kene buat kerja macam orang yang gaji 1800. Kalau bos nak hari ni, hari ni la kene siapkan. Tak kiralah balik jam 10 malam sekalipun. Kadang-kadang Ahad pon kene masuk office. Cheyy ~

So lepas raya ni, InsyaAllah Khai nak mulakan project sendiri. Masuk balik Streamyx dan 24 jam depan laptop. Sesiapa yang rasa wordpress, Joomla atau Phpnuke tu perkara kecil dari segi design dan content, silalah hubungi Khai melalui email: khai_luct[at]yahoo[dot]com. Untuk freelancer sahaja yer.

Ditulis pada 3:18 PM 19 September '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 689 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

31 Comments »

Comment by PakciQue
2008-09-19 16:30:59

Huh…aku jadi yang pertama ke komen…?biar betik..

Aku suka gambar pengantin lelaki tu tidur kat atas pelamin.. dah lama aku nampak gambar tue..dan memang aku plan nak buat peel mase majlis aku nanti..hahaha..buat peel gile…

Ape2 pun..salam ramadhan…sekarang ni dah masuk pertengahan ramadhan yang kedua…

selamat hari raya gak…hmm..minggu depan dah nak raya dah…

..
Comment by Khai
2008-09-19 20:23:57

Selamat hari raya juga buat pakcikque biar betik.. hehehe

..
 
Comment by ketuk_angel
2008-09-20 01:33:59

dah agak lama aku x dengar orang cakap biar betik nih…. wahahaha

..
 
 
Comment by menteil
2008-09-19 16:44:55

memang betul pon…
duit yang takkan perasan mengalir kalau pegi ke rokok, topup, enjoy.. huhu..
pengalaman diri sendiri…

pergh.. rempit tol basikal tu..
haha…

..
 
Comment by nieza
2008-09-19 16:56:59

elehs…perli nampak….myampahhhh

..
 
Comment by anak tekak
2008-09-19 18:48:31

ko dah abis praktikal ker..ingatkan sampai bulan 10…

..
Comment by Khai
2008-09-19 20:25:47

ape kes sampai bulan 10.. dalam buku panduan report tu pon dah tulis sampai 20hb Sept je kan…

..
 
 
Comment by smaelz83
2008-09-19 19:59:13

Huish!.. Keputusan ko mmg berani betul yerk… mesti ko dah pikir jauh nih… freelancer.. aku x berani la.. tabik la sama ko! ~~tepuk2~~

..
 
Comment by smaelz83
2008-09-19 20:00:49

apsal komen aku asyik masuk spam nih? ko blok aku ke Khai?..

..
Comment by Khai
2008-09-19 20:27:31

Dia automatik detect Smaelz sebagai SPAM la… tapi jgn risau sbb khai ni still manusia bukan robot macam anti-spam kat blog ni.. so khai dah approve… so lepas ni komen je sesuka hati.. x kuar pon takpe dulu sbb nanti khai akan kuarkan jugak..

Hurm, sampai skang khai pon x tahu ni pilihan tepat atau tidak.. tapi orang yg bernama Khai, dia ni berani mengambil cabaran..

rezeki ada di mana-mana.. insyaAllah…. doakan kejayaan Khai yer…

..
Comment by smaelz83
2008-09-20 05:40:55

Ok la tuh.. dah mula buat pilihan hidup sendiri, tau apa nak buat.. semoga berjaya hendaknya..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by sape ntah
2008-09-19 22:47:25

laaa da benti ker…ganazzz…papepon hope ko berjaye ea…

..
 
Comment by miss madiey
2008-09-20 00:13:37

hurm, bab top up tuh memang btol..

duet mengaler cam aer je…

papepown, best of luck la ntok sume yg khai bakal lakukan n lalui..

..
 
Comment by azleah
2008-09-20 00:41:23

sabaq aje lah encik khai.

dugaan tu.

hehehe..

all the best.

btw, awat nama aku xleh nak log kat scukz??? hari ni try tukar pasword tetiba dia cakap error fatal apa ntah :'(

..
Comment by Khai
2008-09-21 00:37:52

Aiyark… ye ke? email Khai kat khaixy@gmail ek? nanti khai solve kan… leh kan? just ntuk reference.. sbb tu nak kene emailkan jugak… tq haelza.. eh azleah..

..
 
 
Comment by ketuk_angel
2008-09-20 01:37:56

giler brani nko nih khai… muda2 lg dah decide nak jd freelancer… cayok2.. tp dgn hasil tngn nko nih, aku rasa nko bleh berjaya jd freelancer…

..
Comment by Khai
2008-09-21 00:33:53

Thanks bro..

..
 
 
Comment by deennasour
2008-09-20 09:05:03

khai!!
goodluck la aku ucapkan kat ko.
moga ko berjaya dlm idop,
freelancer tu,
aku dari 6 bulan lepas pk sal tu,
tak gak berani,
dan kau sudah mulakan….tahniah!!
goodluck yosh!!!!

p/s : tmpt aku keje lagi pressure gle babenk khai oi..
dah la tak ramai tau company tu…sebut nama company tu, orang ingat company lain…dush2

erm, napa ko tak tempeleng bos ko tu lepas ko resign..duh, rugi

..
Comment by Khai
2008-09-21 00:35:57

ala deen, jom la kita join venture… insyaAllah Khai akan buat team dalam internet ni je.. leh kerja dari rumah je…

PSstt: Bukan aku x nak lempang muka bos aku tu, tapi kesiann… ~

..
 
 
Comment by imperialism
2008-09-20 11:18:49

Pembuka bicara, korang semua diseru untuk join dominasi kami yang membangun dengan pesat di Scukz.Com.. Khai jamin sekali lepak forums kat sana, korang takkan cari yang lain.

— khai,sampai skang aku xpat log in ke scukz.maybe,its time for me to say goodbye to scukz.sejak dari 2006 bersama ngn scukz,skarang lah masa nya untuk aku berundur diri..k chow.

..
Comment by Khai
2008-09-21 00:39:28

aiseh bro.. takkan macam tu kot? ko orang lama kat scukz.. semua orang pon mesti perasan ketiadaan ko kat scukz tu?

neway ni scukz version baru, kalau login pakai account yang dulu, mmg x leh..

plss bro, jgn tinggalkan scukz tu.. kitorang still perlukan support dari otai-otai lama scukz…

..
 
 
Comment by Awangku Yusli
2008-09-20 11:49:18

Just nak tanya.. apa ek ko nyer rationale nak jadi full time blogger & freelancer? I guess the main factor must be the income you received. I can see that you’re good. Followers pun banyak. But then, it’s still a risky thing.

Whatever it is, good luck la ek.. I’m sure you can do it.

..
Comment by Khai
2008-09-21 00:41:05

Yeah, khai sedar tu semua.. risiko mmg tinggi.. but khai yakin Khai boleh lakukan..

Khai buat macam ni bukan ntuk selamanyaa… Khai just nak berehat sebentara dari kerja masuk pagi balik petang.. pressure….. Khai still x banyak pengalaman nak terima pressure.. lagi2 kerja kat limkokwing ni..

..
 
 
Comment by faiz
2008-09-21 22:22:56

salam, agak lama gak aku jadi lurker kat sini, tapi pasal gamba selipar berkunci tu je buat aku terkenang zaman sekolah. memang aku buat macamtu masa pegi solat jumaat. sayangkan selipar n takut kena balik berkaki ayam.

teruskan menulis. aku enjoy baca blog ko ni. take care.

..
 
Comment by lochoe
2008-09-23 19:59:24

erlo khai, aku dh lama suka dgn ko nye keje, kalau nak cari team.. aku join.. hehe.. joomla tu makanan aku je, eh ye ke?? haha, sembang kosong je..

aku pun mcm ko, aku bosan keje.. mcm tuh.. aku buat freelance.. sapa kata x secure.. one month mesti ada 2/3 projek jugak.. kalau 1 projek kos rm1500, 2/3 projek sebulan pun dh gaji lebih tinggi dr keje biasa.. aku x tipu..

so apa perancangan ko lepas ni.. ?

aku tgk scukz.com kena suspend??

..
Comment by Khai
2008-09-24 03:33:30

Scukz habis bandwidth la bro.. betul ke ni bro makanan je joomla tu? hehehe.. cool…. i’ll contact u… kita bekerjasama…

SalamX!!

..
 
 
Comment by kancil turbo
2008-09-24 02:36:15

“Berlagak sana sini dengan kereta Kancil turbo buruk korang tu. Bila minyak dah naik ni, pandai-pandai la nak jimat duit.”

“Biar orang nak kata apa, yang beli tu pakai duit korang, bukan duit depa. Depa ape tahu iye tak?

-2 ayat kt atas ni ayat ko sndiri dlm artikel ko kt atas 2..-

Apa yg ko nk melalut ni khinz..eh,khai..Macam org bodoh jer ko ni..

..
Comment by Khai
2008-09-24 03:34:43

Hi Khinz…. yg tidak ku kenali.. kau bodoh atau aku yang bodoh? bahasa melayu pon x boleh paham ke? heh…… selamat berpuasa.. SalamX!!

..
Comment by kancil turbo
2008-09-27 03:22:31

Marah ke??wakakaka..
Orng lain pn cm2 jgk…

Sebb aku paham bhasa la aku ckp cm2..
Ko xkenal aku??Biar btol..

Slamat Hari Raye..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by misskaka
2008-09-25 02:22:40

good luck 4 ur new journey la khai..
gambate..

..
 
Comment by tunepal
2008-09-30 15:58:03

waa..nampak gaya nak fulltime blogger la ni..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post