Semuanya takkan hilang jika.. Part 2


Lagi beberapa hari dah raya dan mungkin ini entri terakhir sebelum hari kemenangan kita semua menjelang tiba. Hari ini juga adalah hari terakhir Khai duduk di hostel milik Limkokwing University ni. Terima kasih kerana menyediakan internet percuma dengan ‘superlaju’ tanpa banyak masalah.

So dikesempatan ni, Khai nak ucapkan kepada semua Selamat Hari Raya yer. Kalau ada salah dan silap tu, Khai menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Tak mungkin dilupa, keluarga tercinta, para sahabat tersayang dan yang kalau Khai lupa dia akan merajuk, Nieza lah.. my girlfriend. Kalau-kalau la ada sesiapa yang tak tahu duit nak buat apa tu dan rasa nak kasi Khai duit raya, contact je Khai via email ye. Hahaha. Tak malunye aku dah tua-tua mintak duit raya 😛

Mengenai entri sebulum ni, ini adalah part kedua. Silalah renungkan….


Member korang takkan hilang jika… korang bukan jenis yang poyo, berkira, kerek dan talam dua muka. Itu adalah faktor terpenting untuk ada ramai member. Ramai member di sini tak bermaksud just member-member biasa yang selalu lepak kedai mamak, tapi mungkin juga member yang sehidup-semati. Member yang boleh bersama tika senang dan susah. Khai ada ramai member yang talam dua muka. Macam yang Khai tulis dalam about Khai tu, Khai cukup tak benci orang macam ni.

Talam dua muka ni bagi Khai sama la macam tikam member dari belakang. Depan kita dia burukkan orang tu, dan depan orang tu dia burukkan kita. Cuba korang lihat diri korang dalam-dalam. Kalau ada sifat tu, tolong la buangkan jauh-jauh. Bukan member je yang marah, tapi Allah pun marah. Sebab itulah agama larang kita mengumpat kan? sebab dari mengumpat tu la datangnya tikam dari belakang ni. Minta jauhkan.

Korang juga tak perlu berkira dengan member. Kalau setakat teh tarik tu, belanja aje la. InsyaAllah sebagai perumpaan, Tuhan akan balas berkali-ganda lagi teh tarik untuk korang. Tapi ini tak bermakna korang perlu jadi member yang suka “minta dibelanja”. Pantang lepak sikit suruh member belanja. “Ala air suam jee… ” atau “rokok sebatang geng!”. Kalau sekali dua tu member korang akan balas dengan senyuman, tapi kalau dah melampau member korang still akan balas dengan senyuman, tapi disulami hati yang bengkek!! Kompem korang akan diblacklist dari senarai kawan sehidup semati. Kalau korang ni jenis minta orang belanja, tapi selalu jugak belanja orang takpe la jugak kan (tapi elakkan la.. nanti orang cakap korang ni suka minta balasan..”

Poyo. Please la.. Please.. Khai paling tak suka orang yang poyo. Poyo ni maksudnya macam ni contoh dia. Kalau korang cerita pasal asal usul website yang popular, member korang akan menyampuk seolah-olah dia pun tahu semua tu. Malah lebih tahu dari korang. Dan paling menyakitkan, korang terpaksa hipokrit dengan meng’iya’kan segala fakta salah member korang tu atas dasar nak jaga hati. Lagi satu kalau ada awek. Please la jangan nak over. Orang lain pun ade awek jugak ape? takde plak buat macam yang korang buat tu. Rasanya korang sendiri akan rasa diri korang ni poyo dengan cara korang bayangkan korang ditempat kawan korang tu. Kalau rasa macam sakit hati je, kira korang dah sedar pon yang korang ni poyo. Hehehe. Itu contoh aje la Faham kan?

Lagi satu, Kerek! Alamak aii.. rilek ar. Kate member. Apekes ye tak nak kerek-kerek? Kalau ada problem ngan member tu, cakap terus terang. Kadang-kadang orang ni suka memfitnah. Saja nak buat kita gaduh. So dengan cara one by one pasti dapat menyetelkan problem tu. No need la to be ‘kerek’ kan?

Pakaian korang takkan hilang jika… korang ni tak pemes. Mean takde siapa sudi curik pakaian korang. Hahaha. Gurau jer.. Ok macam ni.. pakaian korang takkan hilang kalau korang tak suka-suka kasi member pinjam. Ade jenis member ni dah pinjam tak reti nak pulangkan (mean buat harta). Samaada dia terlupa atau saja-saja buat lupa, hakikatnya pakaian korang tu tetap ade pada dia dan ianya bermaksud satu je iaitu pakaian korang dah hilang.

Lagi satu, jangan la letak pakaian tu merata-rata. Lepas pakai sangkutla baik-baik dalam almari. Jangan main campak atas bawah katil. Bila tak jumpe, mula la nak tuduh orang curi baju (padahal sapa la yang nak curi baju dia tu). Lagi-lagi awekaweks yang comel-comel tu. Hindari dari jemur seluar dalam korang (lagi-lagi pink) kat ampaian luar rumah. Tak tahu ke ramai jantan-jantan kat luar tu gilakan suar dalam. Tak dapat tuan, dapat suar dalam pun jadila.. ade jugak ek mangkuk macam ni?

Korang yang bermisai tu, tak payah nak berangan pakai suar dalam pink plak macam mamat dalam gambar atas tu. Itu pun kalau tak nak dicop? GA ga, Y y.. GAY! Pandainye Khai mengeja.

Ok semua tu je entri buat kali ni. Selamat hari raya lagi sekali dari Khai. Raya kalau dah habis mengayau satu kampung tu, jemput la kerumah Khai di Negeri Sembilan. Kalau la tahu rumah Khai. Kalau tak tahu, baik la tak yah datang sebabnya korang bukan dapat duit raya pun kalau datang. Hehehe….

Psstt: Minyak turun lagi 10 sen. Ramai yang still mengeluh cakap eleh setakat 10 sen. Bersyukurlah kerana ianya still “turun” dan bukan “naik”..

Ditulis pada 7:33 AM 26 September '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 6,134 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by Pakcique
2008-09-26 09:45:08

Lagi sekali..aku jadi yg pertama…sebelum terlupa..Selamat Hari Raya…Maaf Zahir Batin…

Nyawa takkan hilang kalau raya nanti drive elok2…hati2 dan kereta diservis sebaiknya…

Jumpa lagi lepas raya..

..
 
Comment by smaelz83
2008-09-26 09:53:39

Aku bkn sorang yg poyo.. tp ramai org kata aku poyo (kot) sbb kalu org len tgh borak2, aku suka diammmm jer.. sampai la ke topik2 yg aku tau.. lg satu org suka igt aku sombong sbb muka ku yg mmg azali jenis muka masam (x ensem), tp kalu nampak aku senyum tuh mmg sesuatu yg sgt bermakna la wat org tuh… Tikam belakang? harap2 x pernah la..

p/s: Selamat ari raya.. maap zahir batin ku pinta.. semoga selamat semuanya..

..
 
Comment by pelukispelan
2008-09-26 10:24:58

Minta-minta la dijauhkan dr perangai buruk yang ko ckp tu khai…

Selamat Hari raya, Maaf zahir dan batin…
jmp lg lps raya..

..
 
Comment by nikillas
2008-09-26 10:52:03

haaaa.. kawan ni mmg susah sket nak cari yg setia kan.. time senang semua ada keliling pinggang.. time susah.. lesap..!! pakaian.. baju aku kena curi dari ampaian.. homosapiens mane la curik baju aku tu..

..
Comment by Khai
2008-09-26 16:41:02

hahaha.. homosapiens… biasa la tu bro.. manusia kan… kita ni pon manusia, so mungkin gak boleh buat perangai yg sama.. so just berhati2lah…

..
 
 
Comment by khairilz
2008-09-26 11:34:39

kawan?
ermm…aku ada kawan mmg rapat tapi bile die dah pergi MRSM terus tak pandang aku..biasala orang pandai mana layan orang biasa…aku pun dah xlayan die sebab die sombong ngan aku..

aku peduli ape! bukan rugi pe2 pun xkawan ngan die..

..
Comment by Khai
2008-09-26 16:42:42

haha.. prinsip ko sama macam khai.. bila ade member buat taik ngan khai, khai pon akan x kisah… sbb bukan ape, dia kawan atau x kawan ngan kita pun, kita sama je macam ni.. langsung tak memberi effect.. dia yg cari jalan nak tolak kita, kita terima aje la ye tak?

takpe bro.. setakat gi MRSM tu, takkan ke mana… kalu perangai macam tu..

..
 
Comment by ubey
2008-09-29 06:12:10

jgn ckp cmtu bro. hehe. kot2 die bz sgt ke. bdk mrsm kan ad projek, komitmen2 len, dsb (ak bkn dak mrsm). xkan x rindu kenangan mandi parit dolu2

..
 
 
Comment by emptyspace
2008-09-26 11:36:50

Bersyukurlah kerana ianya still “turun” dan mukan “naik”..

ape yg “mukan”nye khai =))

..
Comment by Khai
2008-09-26 16:46:27

Mak ai… thanks bro…. 😛

psstt: ala bro, tulis blog kul 8 pagi dalam keadaan still belum tidur dari smalamnyee… pusing2 mata ni dah..

..
 
 
Comment by zue
2008-09-26 14:56:26

selamat hari raya khai:)

..
 
Comment by zool
2008-09-26 21:35:50

Selamat Hari Raya Khai…. Kalau tersinggah Melaka boleh singgah umah aku

..
 
Comment by aeropama dot com
2008-09-27 04:51:52

aku bkn jenis berkira dgn kawan2. tapi kalau yang muka tembok, asik muka die je mintak kita belanja, memang aku bengang. ingat aku ni sugar daddy die nak tanggung die? lagi2 kalau yang tak pernah pun terbuka hati nak belanja aku walupun gula-gula seposen

..
 
Comment by YaNa
2008-09-27 11:26:21

arrr ngumpat ni mmg sinonim ngan girl la kan..
aku ada member ni suka sangat ngumpat hatta kawan dia sendiri.. bengang sey.. even kekadang join gak tp xpuas ati la..
yelah kadang2 tgk org lalu pon dia leh ngumpat… padahal dii sendiri bukannya elok sangat pon.. ntahla.. nak tegur pon malas sebab dah pernah tegur tp dia wat dek jer..

..
 
Comment by hafreze
2008-09-27 16:41:05

turun minyak sikit je tu khai, orang yg bawak kete cam aku nie trasa gile babi..hahaha..aku rindu kan zaman Rm40 = 20 liter..

..
 
Comment by Kak Lia
2008-09-27 23:07:09

Selamat Hari Raya KhaiNieza

..
 
Comment by apiz
2008-09-28 01:12:44

biarlah kwn kite buat buruk, kite blaslah kebaikan plak kat dierkan? klu kita bls keburukn kat dier, mknenyer same jer kite dgn dier, 2×5= 11.. hu hu.. ari ni memang susah cari kwn…

..
 
Comment by Truckster
2008-09-30 11:13:28

selamat berhari raya….kalo makan lemang & rendang jangan sampai lupa dunia

..
 
Comment by tunepal
2008-09-30 16:01:48

hehe. dalam tapi ringkas. aku suka!

..
 
Comment by Mohd Ismail
2008-10-01 17:51:53

suka part kawan yg suka menyampuk mcm tahu semua tu.. nk jaga hati punya pasal, kawan lain leh dapat salah info..

*selamat jari raye khai! nk duet raya sekeping dua leh?*

..
Comment by Khai
2008-10-07 23:53:02

nak duit raya eh? leh leh… meh sini meh…… amik duit sposen 10 keping ni..

..
 
 
Comment by nawkaz
2008-10-05 23:41:08

adekah maknenye sape yg pkai underwear pink tu gay? salah ke minat pink? haha..btw aku x pakai suar dalam pink..haha..

slmt hari raye..ko blk n9 bkn nk dtg rembau..ceyt..

..
Comment by Khai
2008-10-07 23:52:17

sbb ko dah mmg gay sejak azali.. sbb tu la.. haha..gurau je.. jgn mara…

pink tetap colour… colour is colour… pink x pernah tertulis pon maksud dia gay.. sapa yang rasa pink tu gay, dialah gay sejati.. kot? hehehe

..
 
 
Comment by lochoe
2008-10-09 02:26:42

khai, gua nak bagi projek.. tapi x mahal.. boleh tolong edit layout satu website tourism.. this thing urgent.. YM me :lochoemail.. price around rm300 ++ .. anyway this first project ko dgn aku..aku dah setup.. the site.. cuma layout je tak berkenan…
join x?

..
Comment by Khai
2008-10-26 19:18:07

mak ai… baru arini aku terbaca komen ko ni.. dasat sungguh… neway leh lagi ke bro/

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post