Bila Pemimpin Kita Duduk Semeja


Jika korang baca entri ni pada pagi Jumaat, mungkin Khai dah gerak ke Kuala Lumpur kot. Esok Sabtu, nak jumpa client bincang pasal web projek terbaru. Web Ais Krim Mingo-Mingo katanya. Tak tahulah. Then ingat nak nengok member Khai yang baru lepas kemalangan. Harap si Syed cepat kembali pulih macam biasa. Tu la rempit lagi. Neway, Doakan Khai semuanya setel dengan segera yer. Kang tak berupdate plak blog ni dan oh oh tu semua karang.

Lepas isu harga minyak naik je, terus slow orang bercerita pasal dunia politik kan? Apa lagi bila harga minyak dah pun turun balik macam biasa. Tak sempat pun Anwar Ibrahim nak jadi hero. Ah lantak. Ape pun ni ada something yang buat Khai ketawa tergolek-golek. Habis kotor baju. Haha, gurau jer. Serious, memang best. Tapi Khai dah edit sikit la mana part yang tak berkenaan.

Saja aku terbayang kalau 4 pemimpin iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Pak Lah duduk semeja dan untuk berbincang tapi sebelum tuh masing-masing pakat order makan dulu. mungkin ini dialog-dialog yang bakal terjadi…

waiter : ok tuan-tuan nak minum apa?

anwar : saya seorang humanist, peka kepada kesusahan rakyat jadi bagi saya minuman biasa rakyat marhaen saja, teh o ais satu dan sebab saya sudah biasa dengan makanan jail bagi nasi kosong dan ikan kembung goreng satu. air teh tuh tolong test dulu takut-takut ada ARSENIK!

nik aziz : bung nuar panggil ambo ko?

anwar : dok eh.

waiter : che det pulak nak order apa?

mahathir : ni apa nama bagi roti sudahlah, emak saya pesan kalau makan kena berhenti sebelum kenyang. roti nih belum kenyang dah habih sebab tu saya bukak kedai The Loaf kat Langkawi sinun. tauhu sumbat dengan pulut panggang feveret saya ada dak? pulut panggang ni kat Kedah nun depa panggil pulut udang. ayaq bagi jus tembikai dalam gelas yang ada payung berkembar dua.

waiter : assalamualaikum, tuan guru nak makan dengan minum apa?

nik aziz : waalaikumussale, ambo nih baru sudah make nasik ngan budu, kenye lagi. minum air sajo lah. air zam-zam mung ada jual tak?

waiter : air zam-zam takde dalam menu tuan guru

nik aziz : kalau gitu bagi ambo air kosong aje lah.

waiter : Pak Lah nak makan apa?

Pak Lah : bagi nasi kandar Perth satu

waiter : maaf Pak Lah kami tak jual nasi tu

Pak Lah : takpa takpa kita boleh hantar helikopter pergi Perth dan bawa balik nasi tu ke Malaysia.

waiter : tapi Pak Lah kedai tu dah tutup sebab tak laku, jual mahal sangat.

Pak Lah : ok kalau begitu saya nak order nasi yang paling mahal kat sini. apa nama dia?

waiter : nasi Hadhari

Pak Lah : menarik tu? kenapa nasi ni mahal sangat?

waiter : nasi ni ada 10 ramuan dan mendapat sijil pengiktirafan halal oleh Washington.

Pak Lah : ooooooo hebat hebat.

waiter : minum Pak Lah?

Pak Lah : ermmm bagi jus epal… eh jus oren kot… sekejap… air sirap bandung satu.. eh itu dah minum kelmarin.. bagi ni… air kelapa.. ahh ihh uhh bagi champagne la senang!

nik aziz : ehem ehem Pak Lah order ayor apa tu?

Pak Lah : err bukan dia pok nik, tershashul pulak. hehe. Bagi Kopi Tongkat Ali sechawan. jangan jeles naaa.. saya masih pengantin baru sebab baru lagi kawin dengan beras saya.

Anwar : bukan beras lah bodoh, birassss! beras tu yang dah naik harga, biras tu yang naik ataih Pak Lah malam2.

Mahathir : OK, semua dah order makan. kita teruskan kepada agenda kita mai berkumpul kat sini malam ni. bincang pasai rasuah atau bahasa lembut dia apanama… apanama… politik wang. Pak Lah, yang hang kensel jambatan bengkok aku pasai pa? tiba2 dok buat *tahana lagu ni.

Susuk hitam tiba-tiba muncul entah dari mana dan lembaga itu pun mengeluarkan suara…

KJ : Maaf semua saya lambat sikit, jam kat jalan tadi. ada beruk terlepas daripada Zoo. besar-besar pulak beruk kat jalan raya tadi. mujur bila tengok kereta saya dia tak lompat naik, tapi dia jalan tunduk macam kawad hormat pulak. barangkali beruk jinak kot.

Pak Lah : haaa itu dia penasihat saya mai dah. hang tanya dia Che Det… tanya dia… aku tak tau.

waiter : cik KJ nak makan apa?

KJ : bagi la saya tarik nafas dulu, penat lagi nih. terkejar-kejar saya datang ni takut lewat. ermm waiter.. soto mee ada tak jual tak?

Anwar : apa semua ni? nak perli la tu. jangan ingat tulang belakang saya baru lepas operation, saya tak boleh belasah orang. kurang ajar budak hingusan nih. dah lah hitam, dulu ada hati nak mengorat anak aku. izzah tak mau kat hang la, dia kata gigi hang sama kuning dengan gigi Zainudin Maidin.

nik aziz : sabo bung nuar, budak mudo, biaso lah. masih kurang make budu lagi. pok loh mung nasihat sikit anak menantu mung nih jangan nok tunjuk gedebe sangak.

Pak Lah : KJ, menantu kesayangan bapak. Nori sihat? Jibril dah tido ker?

nik aziz : ambo suruh mung nasihat, yang mung dok merepek tanyo malaikat dah tido ke dok tido ni gapo dio. malaikat dia menyembah Allah 24 jey (jam) sehari. dia tak tido macam kito manusio.

KJ : Nori sihat babah, dugong pun tak sihat macam dia. datok nik, jibril tu sebenarnya anak saya yang baru lahir.

nik aziz : haaa sudohhh. (sambil garu kepala)

Mahathir : ni apanama budak ejen Singapore, nih mesti tuan hang Kuan Yew tuh suruh hang kensel projek mega aku. hang tau dak bawah jambatan tu kapai boleh lalu. kapai tu mai port kita dia tak pi port Singapore. genius tak aku? budak *kanyaq macam hang apa tau. makan hasil Pak Mentua. Melayu mudah lupaaaa…

KJ : genius takde maknanya kalau tak masuk Oxford. Hidup Oxford!

kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! ( handphone KJ berbunyi)

KJ : sorry gentlemen, i had to take this call.

pemanggil : hai abe itam ku, sihat ker?

KJ : siapa nih? Maya ker?

pemanggil : hemph.. ini Fasha lah… Fasha Sundel..

KJ : Fasha mana pulak nih

pemanggil : Fasha lah, Reader JustKhai.Com

KJ : tak kenal pun.

pemanggil : sampai ati abe buat Fasha macam ni.. dulu abe berjanji nak bertanggungjawab, sekarang Fasha dah mengan…

KJ : click ( KJ memutuskan talian )

Pak Lah : Sapa tu KJ? hang jangan nak buat skandal. babah tak suka.

KJ : takdelah babah, pompuan yang call tadi Michelle Yeoh dia cakap tengah shooting kat Australia, filem James Bond baru tajuk The Horny Prime Minister. Dia kirim salam kat babah. Minggu depan dia sambung shooting kat Malaysia.

Pak Lah : OK minggu depan hang panggil Patrick Lim, Kamaludin, VIP-VIP dan orang-orang kenamaan yang gedik-gedik kita buat parti besar-besaran kat Seri Perdana. Kita panggil Lionel Ritchie dan George Benson mai nyanyi.

KJ : chek nak panggil Beyonce dan Mariah Carey datang sama pak.

nik aziz : nauzubillah! kerja syaiton semuo nih. selamatkanlah negaraku ya Allah daripada resuah dan manusia2 sekular.

kamus loghat Kedah
*tahana = derhaka, aniaya
*kanyaq = mentah, berhingus

Haha lama tak baca lawak versi politik. Apapun walau ianya hanya lawak, kalau betul-betul terjadi para khalifah kita semua ni mampu duduk semeja dan berbincang habis-habisan, mesti lebih sempurna kan pentadbiran kat Malaysia ni? Oh ya, hari krismas dah lepas semalam. Harap takde la yang buat pesta bukan-bukan. Nak Tsunami kali kedua? Hehe..

Kudos: Budak Kecik

Ditulis pada 2:11 AM 26 December '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 670 views | Dalam kategori: Politik | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

28 Comments »

Comment by miss madiey
2008-12-26 02:27:16

har, har, har…

kalaka gilerk…

tang nk pi Perth segale, carik nasik..

n title film tuh..

tq, entri yunk membuatkan ku terbahak – bhak di mlam ari…

..
Comment by Khai
2008-12-26 02:47:57

hahaha… sakit perut kan.. :beurk:

..
 
 
Comment by ubey
2008-12-26 03:10:48

haha. satira politik. seme benda2 di atas 95 fakta% 5% je meroyan

..
 
Comment by |1f34|-|1r3
2008-12-26 07:36:25

aku ada gak satu lawak politik kat blog aku…ko search jer roti pak lah kat blog aku tuh…haha :p

..
 
Comment by Apiez
2008-12-26 07:55:27

ha ha… lawak…. politik oh politik… x tau nk kata apa… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Hamdi
2008-12-26 09:53:48

weh, apa punya loghat kelantan nih??
banyak betul nik aziz cakap loghat kelantan yang salah

ish, marah betul aku orang tak pandai cakap kelantan
argh! urgh!

..
Comment by Khai
2008-12-26 11:17:14

haha.. apesal ko x betulkan.. yg create lawak pon dah tentu la bukan oghe kelantee… ๐Ÿ˜‰

..
 
 
Comment by Sabri
2008-12-26 10:46:48

hahahaha, lim guan eng tak masuk skali kew?

..
 
Comment by frahynx
2008-12-26 11:05:00

haha…mmg klakar kan..itulah..bila da msg2 wt sniri pny hal.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by zieyn
2008-12-26 13:43:42

Hak3! :o:
siot btol sape yg create dialog nih..
tp mmg kena sgt ngan btg idong msg2..
aik,fasha reader justkhai?yg mne erk..

..
 
Comment by deennasour
2008-12-26 14:21:36

aku tak tahan gelak sengsorang kat airport nih khai. kelakar gile babas dowh.
tak tahan apa nama tu..keke betul2 mahathir lah. kui3..

hoho. aku kat airport nak pg miri sarawak eh.
yahooo

..
 
Comment by Malaynium_
2008-12-26 14:41:30

ekeke..
xmenahan betol lawak nye..
huehue..

..
 
Comment by azleah
2008-12-26 16:09:55

hah.. pekena satu

..
 
Comment by aman
2008-12-26 20:46:18

sambung ar citer dia khai..tergantung lagi tue… :p

..
 
Comment by someone
2008-12-26 20:50:39

hahaa…
lawak2…
wat a good joke… ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by miss kaka
2008-12-27 02:58:30

meh saya btolkan dialog nik aziz tuh..
saya org kelate ye..

* abe nuar panggil ambo ko?

*waalaikummussale, ambo ni bru sudoh make nasik nge budu, kenye lagih, minum air sajolah. air zam-ze mung ado jual dop?

*kalo gitu, bagi ambo air kosong je lah..

*ehem..ehem.. pok loh oda air gapo tu?

*saba abe nuar, budok mudo, biaso lah. masih kure make budu lagih. pok loh mung nasihat sikit anok menantu mung nih, jange nok tunjuk gedebe sangat..

*ambo suruh mung nasihat, ye mung dok merepek tanyo malaikat doh tido ko dok tido ni gapo dio. malaikat dio menyemboh allah 24 jey sehari. dio tok tido mace kito manusio..

*haaa sudoohh… parok parok…

*nauzubbillah.. kijo sete sumo nih.. selamatke lah negaroku ya allah daripado rasuoh de manusio2 sekular…

tu je la mampu tolong
salah silap maaflah coz dialek kelate pun macam2 jenis n gred jugok..
depend on kepekatan si pengguna..
hahhaa..

pssst… to be continue????????????????

..
 
Comment by nisa
2008-12-27 03:15:22

klaka beruk dowh… lawak pijak2 betul lah… huehue

tp lebih kene batang idung kj, paklah ngn tun M lah…

..
 
Comment by eda
2008-12-27 12:59:59

hahahahaa…mmg klako gilow..sampai terbayang2 neh..dorank dok borak2..kuikuikui….*klanyak tol arr …haha

*klanyak : longhat Terengganu bermaksud “khianat’ or kenekan orang.. :[

..
 
Comment by affuan
2008-12-27 13:47:06

lawak giler tapi bahasa kelantan yang tok guru cakap tu kena baiki skit. hehe.

..
 
Comment by wani
2008-12-28 01:28:08

sy org kedah.xpnah dgq pn kanyaq n tahana.
appun,
lawak lah.
๐Ÿ™‚ hahaha!(gelak gulin2)

..
 
Comment by ikanstim
2008-12-29 00:34:56

khai!
izinkn aku repost entri ni
lawak tahap babun
haha
bole?

..
 
Comment by culienpa
2008-12-30 11:03:35

cayala khai..
pedas tol lawak ko ni ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by fira
2009-01-02 01:07:14

hahaa.
lawak2 ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Khalif
2009-01-07 12:05:05

hahaha. mung kecek klate pun tok btul. dsyat la mung ni… hehe ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Enlargement
2009-01-18 05:20:05

I am amazed with it. It is a good thing for my research. Thanks

..
 
Comment by muhammad amin
2010-07-01 03:07:19

hahahah…giler lawak…caman leh mai idea nie..hu3..

..
 
Comment by panglima hitam
2011-01-10 15:02:26

hahaha… menarik! kena wat story macam ni lagi. asyik isu berat je, tension bro

..
 
Comment by Faris
2011-04-20 01:04:50

Wow! Betapa indahnya kalo Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim bersatu semula…sudah pasti negara Malaysia akan maju lebih awal sebelum menjelang tahun 2020…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post